Kepimpinan lemah dan ultra lembik PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi makin menyerlah. Semalam, di Dewan Rakyat Pemimpin Chauvinis Cina Lim Kit Siang, yang juga wakil DAP untuk Ipoh Timur mengesa agar ‘kontrak sosial’, yang menjadi asas persetujuan antara kaum dan ‘perkongsian kuasa’ semasa negara ini ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dikaji semula. Ini bersesuaian dengan desakan DAP, sebagaimana gema PAP Singapura sebelum 1965, bahawa semangat ‘Malaysian-Malaysia’ diguna-pakai.
Sin Chew Daily melaporkan kenyataan ini semalam. Jelas, kenyataan ini boleh menjurus kepada Lim didakwa dibawah Akta Hasutan.
Kelemahan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ juga makin terserlah apabila Mantan Ketua Menteri Sabah Dato’ Yong Teck Lee dijangkakan akan membuat pengumuman agar Sabah diberikan kuasa autonomi penuh mentadbirkan negeri itu, kecuali hal hal melibatkan keselamatan, pertahanan, dasar luar negara.
Ini menjurus kepada perkembangan yang amat tidak sihat, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan pelbagai negeri berlandaskan demokrasi Raja Berpelembagaan. Motto “Bersekutu bertambah mutu” kini makin hilang ertinya dan perkembangan ini semua menjurus kepada perpercahan Persekutuan Malaysia, yang terdiri dari 27.14 juta penduduk pelbagai keturunan iaitu 66.4% Bumiputera, 24.9% Cina, 7.5% India dan 1.3% lain lain keturunan dan pelbagai kepercayaan ugama dalam 14 buah negeri. Sekaligus, semangat patriotism negara yang secara rasmi mempunyai 67 kumpulan etnik ini akan tiris selepas kuasa autonomi penuh diberikan kepada Sabah dan kemudian negeri lain seperti Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang juga mendambakan yang sama.
Mungkin apa Yong cuba usahakan ini juga boleh disifatkan sebagai menyalahi Akta Hasutan. Sebelum ini, kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak mengarahkan agar Pengarah JAIP Jamry dilantik balik semula adalah menghasut dan boleh dikenakan tindakan yang sama bawah Akta Hasutan.
Dalam isu yang sama, Penyunting Malaysia Today.net Raja Petra Kamaruddin yang didakwa semalam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dibawah Akta Hasutan kerana menerbitkan artikel “Lets send Altantuya’s murderer to hell” menolak tawaran untuk dijamin dan rela dipenjara sementara kes didengar pada 6 Oktober 2008 ini. Tengahari ini pula, beliau dikatakan masih lagi menolak jaminan dan tidak mahu bertemu keluarga sendiri di Penjara Sungai Buloh. Ramai berpendapat bahawa ini semua adalah sebahagian dari drama untuk memburukan keadaan dan tindakan sengaja untuk memaparkan Kerajaan, agensi penguat kuasa dan sistem perundangan adalah kejam dan zalim.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menegaskan kembali bahawa semua tohmahan mengenai rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat tempur Sukhoi adalah tidak berasas, sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, tatkala kempen intensif negatif memburukan Najib dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Ijok April 2007.
Ini sebagaimana dilaporkan The Sun:
Najib: No commission paid on Scorpene, Sukhoi deals KUALA LUMPUR (May 6, 2008): No commission was paid by the Government to any parties for the purchase of the RM4.5 billion Scorpene submarines and the RM3.2 billion Sukhoi jets, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said today. Najib, who is also Defence Minister, said allegations of corruption and cronyism were baseless as all these transactions were made in keeping with proper procurement procedures. He was responding to calls by opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail in the Dewan Rakyat yesterday for the Prime Minister to set up an independent commission to probe these purchases as she claimed that large amounts of commission were paid. Speaking to reporters after presenting excellent service awards to Defence Ministry personnel in conjunction with Workers Day in the Mindef headquarters here, Najib advised those who make such allegations to check their facts first. His ministry also issued a statement that allegations that the ministry had paid RM540 million to Abdul Razak Baginda (an accused in the Altantuya Shaariibuu murder trial) as commission to secure the Scorpene deal were without basis. It said that a local company, Perimekar Sdn Bhd, was awarded a contract worth 114.96 million Euros to provide support and coordination services for a period of six years. This was the amount that was miscontrued as “commissions”. The company’s job scope includes preparing accommodation facilities for 27 families and 156 submarine crew in France and Spain, preparing offices and health insurance policies for staff and crew, paying daily allowances of 50 to 60 Euros per person and buying return flight tickets for the crew three times a year. Perimekar is a joint venture company between Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Bhd and KS Ombak Laut Sdn Bhd. The ministry also clarified that the purchase of Sukhoi SU30MKM fighter jets was made through direct negotiations with Russian company Rosoboronexport and the Russians had engaged a Malaysian company to facilitate its business transactions here at their own prerogative. “But the Ministry is not involved and has no interest whatsoever in any company appointed by the Russians,” the statement read. Asked about DAP chairman Karpal Singh’s recent comments on the Sultan of Perak that some quarters deemed seditious, Najib said it is up to the Attorney-General’s Chambers to decide if they want to press charges against him. “His comments were seen as seditious and challenging the constitutional right of the Ruler, but it depends entirely on the A-G’s chamber’s to decide what do next,” said Najib. Karpal Singh had recently claimed that the Sultan of Perak had no jurisdiction over the transfer of Datuk Jamry Sury from the Perak Religious Department. Perak Umno Youth lodged a police report against him yesterday. In SUNGAI BULOH, Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Karpal Singh’s statement was an act of “rudeness”. He said questioning the action of the Ruler openly was not the Malaysian custom and that the MP for Gelugor should have expressed his dissatisfaction in a more “courteous” and “polite” manner. “We in the BN (Barisan Nasional) government had never expressed our views on such matters and if we have any (dissatisfaction), we will seek an audience and convey our views politely. So this (action by Karpal) lacks finesse,” said Muhyiddin, who is also International Trade and Industry Minister, at a press conference after visiting a furniture factory, Edu World Services Sdn Bhd. “We must respect (the monarchy). It’s not that we want to fight with anyone. Sometimes he (Karpal) Singh thinks that after being in Parliament for 26 years, he knows everything, so there is no need to give respect to others, especially the Rulers.” |
Amat jelas bahawa kelemahan teserlah Kepimpin PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini diambil peluang secara bersepadu oleh Pembangkang, sepenuhnya. Keadaan sekarang ini mengundang kepada pihak pihak yang berkepentingan sempit berani bangkit dan mencabar kepentingan majority disamping pemimpin yang paling layak diangkat menganti Kepimpinan dan mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN sengaja dibiarkan dihancurkan melalui proses ‘menjahamkan persepsi ‘secara intensif dan konsisten.
*Perkembangan dikemaskini pada Khamis 8 Mei 2008 2.35am
Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak apabila ditanya pemberita menjelaskan bahawa Peguam Negara sedang menkaji kesesuaian tindakan yang akan diambil keatas Pengerusi DAP Karpal Singh, setelah peguam terkemuka Dato’ Shafiee Abdullah memberi pandangan bahawa Karpal wajar didakwa bawah Akta Hasutan.
Laporan Bernama.com dari Mersing:
07 Mei, 2008 17:12 PM
|
|