Kelemahan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengundang desakan menghasut

Kepimpinan lemah dan ultra lembik PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi makin menyerlah. Semalam, di Dewan Rakyat Pemimpin Chauvinis Cina Lim Kit Siang, yang juga wakil DAP untuk Ipoh Timur mengesa agar ‘kontrak sosial’, yang menjadi asas persetujuan antara kaum dan ‘perkongsian kuasa’ semasa negara ini ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dikaji semula. Ini bersesuaian dengan desakan DAP, sebagaimana gema PAP Singapura sebelum 1965, bahawa semangat ‘Malaysian-Malaysia’ diguna-pakai.

Sin Chew Daily melaporkan kenyataan ini semalam. Jelas, kenyataan ini boleh menjurus kepada Lim didakwa dibawah Akta Hasutan.

Kelemahan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ juga makin terserlah apabila Mantan Ketua Menteri Sabah Dato’ Yong Teck Lee dijangkakan akan membuat pengumuman agar Sabah diberikan kuasa autonomi penuh mentadbirkan negeri itu, kecuali hal hal melibatkan keselamatan, pertahanan, dasar luar negara.

Ini menjurus kepada perkembangan yang amat tidak sihat, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan pelbagai negeri berlandaskan demokrasi Raja Berpelembagaan. Motto “Bersekutu bertambah mutu” kini makin hilang ertinya dan perkembangan ini semua menjurus kepada perpercahan Persekutuan Malaysia, yang terdiri dari 27.14 juta penduduk pelbagai keturunan iaitu 66.4% Bumiputera, 24.9% Cina, 7.5% India dan 1.3% lain lain keturunan dan pelbagai kepercayaan ugama dalam 14 buah negeri. Sekaligus, semangat patriotism negara yang secara rasmi mempunyai 67 kumpulan etnik ini akan tiris selepas kuasa autonomi penuh diberikan kepada Sabah dan kemudian negeri lain seperti Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang juga mendambakan yang sama.

Mungkin apa Yong cuba usahakan ini juga boleh disifatkan sebagai menyalahi Akta Hasutan. Sebelum ini, kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh membidas titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak mengarahkan agar Pengarah JAIP Jamry dilantik balik semula adalah menghasut dan boleh dikenakan tindakan yang sama bawah Akta Hasutan.

Dalam isu yang sama, Penyunting Malaysia Today.net Raja Petra Kamaruddin yang didakwa semalam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dibawah Akta Hasutan kerana menerbitkan artikel “Lets send Altantuya’s murderer to hell” menolak tawaran untuk dijamin dan rela dipenjara sementara kes didengar pada 6 Oktober 2008 ini. Tengahari ini pula, beliau dikatakan masih lagi menolak jaminan dan tidak mahu bertemu keluarga sendiri di Penjara Sungai Buloh. Ramai berpendapat bahawa ini semua adalah sebahagian dari drama untuk memburukan keadaan dan tindakan sengaja untuk memaparkan Kerajaan, agensi penguat kuasa dan sistem perundangan adalah kejam dan zalim.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menegaskan kembali bahawa semua tohmahan mengenai rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat tempur Sukhoi adalah tidak berasas, sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, tatkala kempen intensif negatif memburukan Najib dilakukan semasa Pilihanraya Kecil Ijok April 2007.

Ini sebagaimana dilaporkan The Sun:

Najib: No commission paid on Scorpene, Sukhoi deals
Tim Leonard

KUALA LUMPUR (May 6, 2008): No commission was paid by the Government to any parties for the purchase of the RM4.5 billion Scorpene submarines and the RM3.2 billion Sukhoi jets, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said today.

Najib, who is also Defence Minister, said allegations of corruption and cronyism were baseless as all these transactions were made in keeping with proper procurement procedures.

He was responding to calls by opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail in the Dewan Rakyat yesterday for the Prime Minister to set up an independent commission to probe these purchases as she claimed that large amounts of commission were paid.

Speaking to reporters after presenting excellent service awards to Defence Ministry personnel in conjunction with Workers Day in the Mindef headquarters here, Najib advised those who make such allegations to check their facts first.

His ministry also issued a statement that allegations that the ministry had paid RM540 million to Abdul Razak Baginda (an accused in the Altantuya Shaariibuu murder trial) as commission to secure the Scorpene deal were without basis.

It said that a local company, Perimekar Sdn Bhd, was awarded a contract worth 114.96 million Euros to provide support and coordination services for a period of six years. This was the amount that was miscontrued as “commissions”.

The company’s job scope includes preparing accommodation facilities for 27 families and 156 submarine crew in France and Spain, preparing offices and health insurance policies for staff and crew, paying daily allowances of 50 to 60 Euros per person and buying return flight tickets for the crew three times a year.

Perimekar is a joint venture company between Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Bhd and KS Ombak Laut Sdn Bhd.

The ministry also clarified that the purchase of Sukhoi SU30MKM fighter jets was made through direct negotiations with Russian company Rosoboronexport and the Russians had engaged a Malaysian company to facilitate its business transactions here at their own prerogative.

“But the Ministry is not involved and has no interest whatsoever in any company appointed by the Russians,” the statement read.

Asked about DAP chairman Karpal Singh’s recent comments on the Sultan of Perak that some quarters deemed seditious, Najib said it is up to the Attorney-General’s Chambers to decide if they want to press charges against him.

“His comments were seen as seditious and challenging the constitutional right of the Ruler, but it depends entirely on the A-G’s chamber’s to decide what do next,” said Najib. Karpal Singh had recently claimed that the Sultan of Perak had no jurisdiction over the transfer of Datuk Jamry Sury from the Perak Religious Department.

Perak Umno Youth lodged a police report against him yesterday.

In SUNGAI BULOH, Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Karpal Singh’s statement was an act of “rudeness”.

He said questioning the action of the Ruler openly was not the Malaysian custom and that the MP for Gelugor should have expressed his dissatisfaction in a more “courteous” and “polite” manner.

“We in the BN (Barisan Nasional) government had never expressed our views on such matters and if we have any (dissatisfaction), we will seek an audience and convey our views politely. So this (action by Karpal) lacks finesse,” said Muhyiddin, who is also International Trade and Industry Minister, at a press conference after visiting a furniture factory, Edu World Services Sdn Bhd.

“We must respect (the monarchy). It’s not that we want to fight with anyone. Sometimes he (Karpal) Singh thinks that after being in Parliament for 26 years, he knows everything, so there is no need to give respect to others, especially the Rulers.”

Amat jelas bahawa kelemahan teserlah Kepimpin PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ini diambil peluang secara bersepadu oleh Pembangkang, sepenuhnya. Keadaan sekarang ini mengundang kepada pihak pihak yang berkepentingan sempit berani bangkit dan mencabar kepentingan majority disamping pemimpin yang paling layak diangkat menganti Kepimpinan dan mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN sengaja dibiarkan dihancurkan melalui proses ‘menjahamkan persepsi ‘secara intensif dan konsisten.

*Perkembangan dikemaskini pada Khamis 8 Mei 2008 2.35am

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak apabila ditanya pemberita menjelaskan bahawa Peguam Negara sedang menkaji kesesuaian tindakan yang akan diambil keatas Pengerusi DAP Karpal Singh, setelah peguam terkemuka Dato’ Shafiee Abdullah memberi pandangan bahawa Karpal wajar didakwa bawah Akta Hasutan.

Laporan Bernama.com dari Mersing:

07 Mei, 2008 17:12 PM

Kerajaan Serah Kepada Peguam Negara Nilai Tindakan Karpal

MERSING, 7 Mei (Bernama) — Kerajaan akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menilai sama ada tindakan perlu diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh kerana mempertikaikan tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin Peguam Negara akan bertindak jika perbuatan pemimpin DAP itu jelas boleh menggugat kestabilan dan ketenteraman awam.

“Kita percaya Jabatan Peguam Negara akan perhati berhubung perkara ini (tindakan Karpal Singh). Kuasa untuk membuat pendakwaan adalah kuasa Peguam Negara, kita menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menilai keadaan.

“Jika tindakan itu dilihat boleh menggugat kestabilan dan ketenteraman awam, pada masa itu Peguam Negara boleh mengambil tindakan sekiranya tindakan itu wajar diambil,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, melawat Kem Iskandar di sini.

Najib ditanya mengenai kenyataan peguam terkemuka Datuk Shafee Abdullah bahawa Karpal boleh didakwa mengikut Akta Hasutan kerana dianggap sebagai melaga-lagakan rakyat dan istana.

Timbalan Perdana Menteri juga ditanya mengenai kenyataan Karpal yang disiarkan media hari ini mengenai penulis sebenar titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan persidangan Parlimen minggu lepas.

Najib berkata kenyataan terbaru Pengerusi DAP itu boleh disifatkan sebagai suatu percubaan untuk merendah-rendahkan institusi penting negara ini.

Mengenai tindakan mengikut Akta Hasutan terhadap pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin, beliau berkata ia tidak mempunyai sebarang motif politik.

Ia juga tidak menunjukkan bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan yang keras terhadap penulis blog dan internet, katanya.

“Kerajaan akan terus mengamalkan sikap yang liberal terhadap penulis-penulis blog dan internet, tetapi negara ini mempunyai undang-undang berkenaan hasutan dan fitnah,” kata Najib.

Mengenai bencana alam di Myanmar yang sehingga kini telah mengorbankan 22,000 orang, beliau berkata, kerajaan sedia menghulurkan bantuan kemanusiaan jika ia diperlukan oleh Yangon.

— BERNAMA

Published in: on May 7, 2008 at 12:48  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/07/kelemahan-kepimpinan-pm-flip-flop-mengundang-gesaan-menghasut/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Unlike ISA, the Sedition Act is invoked when one breaks any of the fundamental or sacred foundation of thsi country – status of islam. the king, malay rights, non malay citizenship, justice, etc.

    The Sedition Act was originally enacted by the Britih in 1948 and further added few more cluaes subsequent to the May 13, 1969 incident as prevention.

    RPK has allegedly actually accused the process of law enforcement and justice as fraudulent based on hearsay and evidence that has not gone through due process of the court.

    If he believes that he had not been libelous and seditous, he should have allowed for the due process of law.

    By refusing to post bail and allow his family members visitation, he is hoping to impose himself on the will of people as represented in Parliement as the law making body to change the law.

    Thats a world of anarchy without law, and order!

  2. Saudara Big Dog,
    Saya rasa masyarakat secara umumnya tiada masalah dengan Malaysian Malaysia. Apa sebenarnya yang dikhuatiri? Hampir seluruh pelusuk masyarakat – pendidikan (sekolah berasrama, mrsm, uitm, biasiswa), perkhidmatan awam (pekerjaan), perumahan (diskaun pembelian rumah), pembangunan (program2 luar bandar), ekonomi (pinjaman perniagaan kecil,skim usahawan,amanah saham), dsb, semua berpihak kepada kaum bumiputera. Saya telah mengeluarkan pertanyaan yang sama di blog jedyoong.com, iaitu sekiranya secara hipotetikal, negara kita terlibat dalam perang, adakah ini bermaksud kaum bumiputera yang akan dipanggil dahulu untuk menganggotai tentera ataupun akan ke barisan depan dan berjuang untuk mempertahankan negara kerana hak-hak istimewa yang dinikmati di tanahair ini. Kaum-kaum lain juga turut rakyat senegara, tetapi pada pendapat saudara adakah mereka akan sanggup mati mempertahankan kedaulatan negara ini apabila masih dianggap orang asing walaupun telah bergenerasi nenek moyang mereka mendiami bumi Melayu ini. Ada yang telah bertapak sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi tetapi tidak menikmati sumber-sumber kaya bumi bertuah ini seperti saudara sekeluarga. Apa yang diharapkan bukanlah untuk melupuskan hak dan budaya Melayu atau bumiputera, lagipun ada yang telah bersebati dengan kaum-kaum yang lain – makan ulam dengan sambal belacan sambil bersuapkan nasi, tetapi hanyalah peluang yang adil untuk anak-anak Malaysia kalau masih tidak boleh diberikan hak sama rata. Janganlah kerana ingin mempertahankan ego segelintir orang, negara ini tidak tercapai potensi yang sebenarnya.

  3. barangkali singh yang tak pakai serban itu sudah nyanyuk dek kerana lama sangat duduk. singa yang lama tidak dapat menggunakan kaki sudah tentu menjejaskan sama kepalanya. boleh jadi dia berangan mahu menjadi pm selepas 16 september ini kerana dia juga salah seorang yang berkelayakan sebab sudah berpengalaman luas dalam parlimen. pelik juga mengapa pihak peguam negara lambat sangat nak bertindak. mungkin kerajaan kena tubuh suruhanjaya perlantikan peguam negara pula lepas ni supaya keadaan berubah. kerajaan yang lemah itu sudah satu masalah, tetapi masalah yang lebih utama ialah kepimpinan yang terlalu lemah. kalau kerajaan lemah tetapi kepimpinannya kuat, keadaan tidaklah seteruk yang ada sekarang. bertambah parah bila pemimpin yang lemah itu masih tidak mahu menyerah kuasa kepada orang lain. mengapa dia buat macam tu, Allah sahaja yang maha mengetahui. tidak lama lagi, kalau baca perkataan Allah, kena lebih berhati-hati.

  4. baru habis baca respon anda dekat rocky’s bru. sangat jelas. menjadikan respon2 lain seperti datang daripada orang yang baru ‘jumpa’ kebebasan bawa pendapat (medium tulis). yang baru jumpa ini tidak faham: jika tulen mendokong kebebasan – menulis dalam konteks ini, kita tidak ada pilihan lain melainkan iktiraf dan tidak sekali-kali melanggar sempadan hidup/pihak orang lain. ini terpakai juga untuk pihak lain terhadap kita. kebebasan sebenar hanya boleh mengambil tempat apabila sempadan hidup setiap unit itu tidak diganggu, diceroboh, dicabul dan apa2 setara dengannya.
    dalam hidup bernegara untuk kerukunan bersama, ‘adakah ada pilihan lain melainkan bertolak dengan fakta? sejauh mana penulis blog popular yang menjadi isu sekarang menulis buah pendapatnya bertolak dari fakta? siapa yang serius membaca boleh mengkajinya dan jika kajian itu tidak berat sebelah jawapannya akan muncul di benak anda. ini pasti.
    selingan – kalau artikel Noam Chomsky pun anda boleh berhujah, siapalah sangat RPK ni?

  5. […] menyelesai masalah, terutama isu dalaman dan UMNO dan BN dihukum kerana kegagalan ini”. Kelemahan Kepimpinan ini memberi peluang anasir seperti Karpal dan Kit Siang kini berani mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berbaur […]

  6. […] Mukhriz Mahathir bersuara.. Jump to Comments ” Kelemahan Kepimpinan UMNO dan BN memberi peluang anasir seperti Karpal dan Kit Siang kini berani mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berbaur […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: