Mukhriz: Karpal dan Kit Siang ekstremis / Raja Petra anarchist dan DEB semua merasa nikmat

Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir mala mini menegaskan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP merupakan golongan ekstremis dan sengaja mengunakan apa peluang dan ruang, termasuk dalam Dewan Rakyat untuk mengelirukan keadaan dan menimbulkan keresahan dan kemarahan golongan majoriti manakala Pengarang Malaysia Today.net Raja Petra Kamaruddin pula disifatkan sebagai ‘Anarchist’.

Beliau menegaskan demikian dalam sessi soal jawab program Wacana Generasi Muda anjuran Biro Penerangan Pemuda UMNO petaling jaya Utara di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya bagi menjawab kepada satu pertanyaan mengenai kedua orang MP veteran Pembangkang anti Melayu itu dan Raja Petra yang disifatkan seorang peserta sebagai “Cyber-Arnachist”.

Dalam ucapan, beliau menjelaskan bahawa Peralihan Kuasa yang didambakan ramai ahli UMNO peringkat akar umbi amat perlu bagi mengembalikan keyakinan dan kemudian sokongan rakyat kepada UMNO. Walaupun Peralihan Kuasa atau pertandingan jawatan Presiden mungkin disifatkan sebagai menghalang pembangunan parti pasca Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12), ianya diumpamakan sebagai pergerakan strategik yang perlu diadakan. “Macam kita mahu melompat sebuah parit yang besar, kita perlu berundur dan lari untuk mendapatkan momentum agar mampu melepasi parit itu”.

Beliau membuat analisa bahawa apa yang berlaku kepada UMNO dan BN dalam PRU 12 merupakan “Kegagalan Kepimpinan menyelesai masalah, terutama isu dalaman dan UMNO dan BN dihukum kerana kegagalan ini”. Kelemahan Kepimpinan ini memberi peluang anasir seperti Karpal dan Kit Siang kini berani mengeluarkan kenyataan yang lebih jelas berbaur hasutanya. Kini masa paling sesuai untuk UMNO menentukan orang bagaimana yang wajar memimpin parti dan mengariskan kriteria ini

Ahli UMNO yang berani bercakap dan menyuarakan aspirasi akar umbi dan rakyat

Ahli UMNO yang tidak mementingkan dan berharap peluang perniagaan, kontrak dan kedudukan harus ditolak dan ketepikan

Ahli UMNO yang tidak mengamalkan ‘Politik Wang’ – UMNO dan negara akan terjual sekiranya pemimpin seperti ini diketengahkan dan UMNO pernah menyaksikan episod ini pada 1997-1998.

Beliau juga menjelaskan dengan mendalam mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang kerap dan begitu mudah disalah tafsirkan, untuk kepentingan sempit pihak pihak tertentu. DEB adalah program untuk membantu majoriti rakyat Malaysia yang tiada peluang apabila ianya dilaksanakan, mereka yang tidak termasuk dalam kumpulan sasar juga mendapat hasil dan kenikmatan dasar.

Proses penilaian dan perundingan semula semula DEB yang dibuat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada 1990 melihat parti Melayu, seperti UMNO, PAS dan Semangat 46 bergabung dan padu tenaga dan idea untuk menangkis parti Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP, demi kepentingan orang Melayu; contoh ialah sistem kuota. Malangnya, setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan menubuhkan gerakan Barisan Alternatif, MAPEN II (2000), kerjasama startegik untuk kepentingan Melayu tidak berlaku kerana PAS dan PKR enggan memberikan kerjasama sebagaimana sepuluh tahun sebelumnya.

Mukhriz juga menjelaskan panjang lebar bahawa orang Melayu memerlukan kerjasama strategik orang Bukan Melayu kerana DEB dilaksanakan bukan sebagai dasar “Robin Hood”, tetapi memperbesarkan ‘kek ekonomi’ dan golongan Bukan Melayu memainkan peranan menjana pertumbuhan ekonomi yang orang Melayu juga turut nikmati. “Cara kita ialah sikap terbuka dan memberi peluang orang lain datang mencari rezeki, asalkan hak kita terpelihara dan kita berpeluang untuk terlibat dalam pencarian rezeki itu secara aktif”.

Bagi konsep ‘Permuafakatan’ pula, UMNO merupakan pengamal konsep ini, melalui kesediaan ‘kongsi kuasa’. “Orang yang benar benar menghayati Islam tidak akan melakukan ketidak adilan dan bersedia untuk member ruang, selagi perjuangan kaum itu (nasionalism) itu tidak membelakangan Islam”.

Mukhriz juga mengingatkan Pemuda UMNO bahawa pewaris Kepimpinan parti ini perlu ada jatidiri yang jitu dan sifat Pejuang Bangsa yang menebal, tanpa perlu ‘menghunus dan mencium Keris’. “Biar kita hunus dan cium Keris itu dalam sanubari kita, setiap hari dan kita suburkan semangat juang itu dalam tekad Perjuangan”.

Published in: on May 8, 2008 at 02:01  Comments (21)