MP BN yang ditawarkan imbuhan untuk ‘melompat’ bertanggung jawab membuat laporan Polis dan BPR

Dewasa ini timbul banyak ‘cakap-cakap’ bahawa sebilangan MP Barisan Nasional (BN) akan ‘melompat’ dan menyertai Pakatan Rakyat (PR), yang lahir atas usaha Penasihat PKR untuk mengadakan kerjasama (yang diragui keikhlasanya) dengan DAP dan PAS, terutama setelah negara dikejutkan Tsunami Politik Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) dimana BN telah gagal dalam 5 + 1 negeri dan UMNO gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri lain.

Ada ‘khabar angin’, yang sering dijadikan modal gembar gembur Pembangkang, terutama pemimpin PKR bahawa 40 MP BN telah bersedia untuk meninggalkan BN dan ‘melompat’ samada menyertai mana mana parti dalam PR atau menubuhkan parti baru, agar PR dapat menubuhkan kerajaan.

‘Khabar angin’ ini yang mula mula sekali disebut Anwar semasa sambutan ‘Black 14’ diKelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008, makin menjadi popular apabila parti barti komponen Sabah, termasuk UMNO, menyuarakan ketidak puasan hati mereka secara terbuka dan lantang kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dua Timbalan Menteri yang dinamakan dari Sabah, Dato’ Anifah Aman dan Dato’ Seri Ghaffur Salleh telah menolak pelawaan menyertai pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan Presiden SAPP Dato’ Seri Yong Teck Lee dikatakan akan mendesak agar Sabah diberikan autonomi (‘Sabahan Sabah’). Sabah juga dikatakan mendesak lebih besar royalti minyak diberikan kepada mereka.

Tarikh ‘perlaksanaan’ (deadline) ini berubah ubah dari 2 minggu selepas ‘Black 14’ hingga ke 16 September 2008 (hari ulang tahun Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia). Ada laporan mengatakan Anwar menunggu sehingga September kerana ingin mengikuti perkembangan mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO seluruh negara.

‘Khabar angin’ mula tersebar mengatakan MP BN ini ditawarkan imbuhan wang berjuta Ringgit, sebagai habuan untuk meninggalkan BN dan menyokong PR. Sejauh mana kebenaran ini, belum dapat ditentukan lagi kerana belum ada mana mana pihak, samada yang menawar maupun sasaran, keluar membuat kenyataan mengenai tawaran imbuhan lumayan ini.

Jika benar ‘khabar angin’ bahawa ada MP BN ditawarkan imbuhan kewangan untuk meninggalkan BN dan menyokong PR menubuhkan kerajaan, maka tanggung jawab moral dan etika MP BN demikian membuat laporan Polis dan BPR agar siasatan dalam dijalankan. Ini kerana apa apa tawaran atau imbuhan yang ditawarkan merupakan rasuah dan perlu dibendung agar senario dan intergriti politik Malaysia mereka yang dipilih dalam PRU tidak menjadi hancur.

MB Kelantan Nik Aziz pernah membuat laporan Polis kerana kunun kunun ada penawaran agar wakil rakyat PAS yang dipilih meninggalkan PAS dan menyertai UMNO selepas PRU 11 2004 dahulu. Oleh demikian, MP BN yang ditawarkan imbuhan atau habuan bertanggung jawab membuat laporan yang sama, jika mereka benar benar ikhlas dengan Perjuangan mereka, sebagai wakil yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi atas keyakinan kepada BN.

Published in: on May 16, 2008 at 14:22  Comments (5)