Tun Dr. Mahathir: Singkirkan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah!

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendesak ahli UMNO menyingkirkan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana perlu mengembalikan aspirasi akar umbi untuk memartabatkan dan memperjuangan kepentingan Bangsa, dan bukan UMNO yang hari ini menjadi parti yang ujud untuk mendukung PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, kepetingan keluarga dan kuncu kuncu tertentu.

“Singkirkan Kepimpinan UMNO hari ini, singkirkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah!”

“Orang Melayu pernah berpadu dan penyatuan kuat ini berjaya mengagalkan Malayan Union, rancangan sebuah kuasa besar yang baru sahaja menang dalam Peperangan Dunia ke II”, menyingkap sejarah bagaimama orang Melayu yang tiada kuasa berjaya mengahalang rancangan dan mula menetukan nasib dan masa depan mereka, dalam 1946.

Beliau mengulangi gesaan yang pertama sekali dibuat di New York Hotel pada 10 Februari 2007 anjuran MyKMUJohor bahawa UMNO perlu menukar Kepimpinan, demi kepentingan Melayu dan sejarah menujukan UMNO akan menjadi kuat dan lebih baik kerana pertukaran Kepimpinan ini. Kepimpinan UMNO yang begitu berjasa, seperti Dato’ Onn menyatukan Melayu telah ditolak akar umbi UMNO pada 1951 dan Tunku Abdul Rahman juga pada 1969 kerana kegagalan mendukung aspirasi Bangsa Melayu.

“Yang penting ialah parti (UMNO), dan bukan Kepimpinan”.

Sebelum itu, beliau membuka ucapan rumusan beliau dengan mengatakan bahawa dalam keadaan geting ini, pemimpin UMNO lebih berminat untuk membuat “tafsiran atau muhibah”, bagi masalah yang belum selesai. Yang dimaksudkan ialah krisis Kepimpinan dan ‘Tsunami Politik’ yang melanda baru baru ini.

Beliau juga menegaskan bahawa masalah sekarang ialah bukanlah mengenai beliau, sebagai Mantan Presiden UMNO yang milih untuk bersuara, malah banyak kepincangan dalam parti. “UMNO mesti kekal walaupun pemimpin datang dan pergi”. UMNO juga merupakan parti rakyat dan aspirasi akar umbi merupakan dasar perjuangan parti. “Kepimpinan merupakan cara untuk aspirasi akar umbi diketengahkan dan diberikan perhatian”. Sekarang, menurut beliau UMNO lebih mementingkan Kepimpinan dari segala lain.

*Perkembangan 2.20pm

Dalam sessi sol jawab, Tun Dr. Mahathir ditanya mengenai ‘Peralihan Kuasa’ dan gandingan Tengku Razaleigh-Tan Sri Muhyiddin, beliau menjawab bahawa mana mana Kepimpinan tidak menjadi isu, asalkan mememtingkan aspirasi parti dan tidak boleh dipengaruhi ‘Penasihat Dalaman’ seperti keluarga terdekat. Beliau masih lagi mengunjurkan cadangan ‘Majlis Presiden’, yang dianggotai oleh mereka yang boleh menentukan aspirasi parti dan akar umbi dilaksanakan.

Belaiu juga menyindir kecenderungan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mendadakan ‘Suruhanjaya DiRaja’ dan mengesa agar diadakan ‘Suruhanjaya DiRaja’ untuk menyiasat AirAsia dan ECM Libra (siapa pemegang saham dan bertindak bagi pihak mana) dan skandal “Oil-for-food”, dimana telah dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN).

Mengulas kes video VK Lingam dimana nama beliau dibabitkan (sebagaimana yang dilaporkan NST semalam), beliau mengesa agar “Melakukan tindakan soal siasat. Biar ada kes, jangan tiada kes. Dakwa saya dalam Mahkamah. Saya mahu didakwa dalam Mahkamah agar saya berpeluangan untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku (mengenai Hakim Hakim) dan beri peluang untuk saya mencerita semua”. Yang tersirat disini ialah kes Ketua Hakim Negara dan lima Mahkamah Agung dipecat pada 1988. Beliau juga sempat menyindir mengenai komen Ketua Hakim Negara yang dipecat Tun Mohamed Salleh Abas yang menyifatkan beliau sama seperti ‘Idi Amin’.

Untuk soalan lain, beliau menjelaskan bahawa sekarang merupakan masa paling baik untuk Parti Pembangkang mendesak dan mempersoalkan pelbagai isu, termasuk kedudukan dan Hak Istimewa Orang Melayu. “Persamaan yang diminta adalah sebenar sehaluan dengan agenda ‘Malaysian Malaysia’”.

Menjawab soalan Mantan ADUN Dr. Azam, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa sekiranya UMNO kuat, maka BN juga akan menjadi kuat kerana UMNO ialah tunggak kekuatan BN dan sebelum itu, Perikatan “UMNO ialah umpama sebuah magnet”.

*Perkembangan 3.30pm

Dalam sidang media, apabila ditanya mengenai kenyataan Dato’ Kadir Jasin berkenaan usaha terancangan mengubah sistem Kehakiman terakhir pagi tadi, “Kerajaan hari ini lemah, tetapi tidak mengaku lemah, cuba sedaya upaya untuk melayan kehendak Pembangkang. Ini masa keemasan Pembangkang untuk ‘menghapuskan sistem Kehakiman’, yang disifatkan “Tidak Baik”. Pihak minoriti seperti Bar Council pula mengambil peranan dalam menentukan Kehakiman”. Tambah beliau lagi “Apa akan jadi apabila peguam yang melobi menentukan seseorang hakim muncul dihadapan hakim itu dan apakah keadilan boleh diperolehi (dengan cara Bar Council mempengaruhi perlantikan Kehakiman)?”.

Apabila ditanya mengenai sistem perlantikan Kehakiman sediada lemah, “Sistem itu baik. Tetapi orangnya yang tidak baik”. Beliau menegaskan bahawa beliau mendengar pendapat semua pihak, termasuk Ketua Hakim Negara yang akan bersara (mengenai calon Ketua Hakim Negara akan datang) dan tidak semestinya boleh dipengaruhi mana mana pihak dalam soalan perlantikan. Beliau juga mengulangi kesediaan untuk didakwa dalam Mahkamah agar beliau berpeluang memberi keterangan mengenai isu yang sama dan memberi pengakuan “Ada hakim melobi saya. Nanti, kalau dipanggil (memberi keterangan dalam Mahkamah), saya akan luahkan semua”.

Untuk soalan kenapa Pembangkang, terutama Anwar dan PKR begitu giat dan konsisten menghentam dan memburukan TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, jawab beliau “Strategi mereka ialah tidak menghentam PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (tetapi menghentam Najib). Sehinggakan Karpal Singh pernah menyelar saya kerana mengkritik PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Pembangkang tidak suka kepada TPM Najib tetapi suka kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (untuk kepentingan mereka)!”.

Published in: on May 17, 2008 at 13:26  Comments (14)  

Mukhriz: Selamatkan keadaan dan UMNO dengan apa cara dan berapa lama sekalipun!

“Selagi nyawa dikandung badan, saya akan memastikan UMNO dan keadaan diselamatkan dengan apa cara, selama mana, membujur lalu melintang patah!” akur Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, dalam Forum MyKMUJohor.com di M Suite Hotel, Johor Bahru pagi ini.

Beliau mengatakan demikian setelah menjelaskan “Ada yang diluar sana yang menyiapkan kain kapan untuk UMNO”, “UMNO tidak lagi relevan” dan “UMNO hanya tinggal dalam sejarah”.

Beliau mengesa ahli UMNO agar berhenti dengan sifat takut dan mementinkan diri sendiri dan berani melakukan yang terbaik, demi ikrar meningkatkan syiar Islam, memartabatkan Bangsa dan memajukan negara.

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah gagal kerana:

1. Tak dapat selesai masalah rakyat

2. Gagal tunai aspirasi rakyat

3. Amalan kronyism diperingkat tertinggi

Bercakap mengenai ‘Tsunami Politik’ yang melanda PRU 12, beliau member ikrar “Kita pastikan tsunami politik melanda mereka pulak!”.

Dalam soal jawab, beliau menjelaskan isu Anwar Ibrahim, sebagaimana yang telah dibangkitkan dalam ucapan sulung beliau di Parlimen 13 Mei 2008:

1. Keakraban Anwar dengan Wolfowitz, strategis penaklukan Iraq selama 5 tahun ini dan beratus ribu umat Islam terbunuh

2. Penglibatan dan agenda Anwar dalam Foundation of the Future

3. Kenapa Israel memberikan begitu banyak perhatian dalam politik Anwar di Malaysia perlu menjadi sangsi

Published in: on May 17, 2008 at 12:24  Comments (3)  

Ron: Kepimpinan bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan agen Yahudi

Mantan Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen Dato’ Ruhanie “Ron” Ahmad pagi ini membentangkan konspirasi ‘Budak Tingkat Empat’ dalam peranan mempertingkatkan pengaruh Yahudi Zionis dan Amerika dalam rantau ini, semenjak PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk Kepimpinan.

Beliau membuat analisa undi rosak yang dialami Johor, iaitu 1/3 dari jumlah undi rosak seluruh negara semasa Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) kerana manifestasi akar umbi Johor menentang pembatalan projek Jambatan Indah (Mac 2006) dan sebaliknya keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menubuhkan Wilayah Pembangunan Iskandar, yang dilihat sebagai member kepentingan kepada Singapura. Iskandar Malaysia (nama sekarang) disifatkan sebagai “Singapura Raya” (Greater Singapore).

Jambatan Super Bridge, yang mempunyai keperluan ketenteraan tertentu merupakan salah satu perancangan Iskandar Malaysia disesuaikan Malaysia akur kepada agenda Singapura.

Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juga jelas mula tunduk kepada Amerika Syarikat. Contoh yang diutarakan ialah kapal pengangkut pesawat berkuasa dan bersenjata nuklear serta kapal selam nuklear tentera laut Amerika Syarikat mula dibenarkan berlabuih di Pelabuhan Klang.

Published in: on May 17, 2008 at 11:49  Comments (1)  

Kadir Jasin: PM ‘Flip-Flop’ Abdullah alat Pembangkang dan Liberal untuk membelakangkan hak Melayu

Forum MyKMUJohor.com dibuka pagi ini dengan persembahan MantanKetua Pengarang Kumpulan NST Dato’ A Kadir Jasin (Blogger “The Scribe”) bahawa scenario sekarang merupakan agenda Pembangkang dan kumpulan ‘liberal’ melaksanakan agenda dan berjaya dijadikan ‘alat’ mereka melalui “Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lemah, angkuh, bongkak dan tidak bermaya”.

Antara analisa Kadir ialah:

1. Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) bukanlah pilihanraya luar rancangan

2. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menjadi pemimpin dalam sejarah paling tidak popular dalam tempoh paling singkat, dari sokongan terbesar hingga sokongan paling lemah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang begitu ramai keluar membuang undi kerana benci dan meluat kepada Kepimpinan

3. Kepimpinan yang banyak membuat janji, tetapi gagal melaksanakanya (Rasuah, ketelusan pentadbiran, Kehakiman, sistem penyampaian)

4. Gagal menangani kos kehidupan yang meningkat, malah menghina rakyat Malaysia untuk “Merubah gaya hidup”

Beliau juga menjelaskan bahwa semasa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, oleh pengubal berketurunan Inggeris, India dan Pakistan, ketentuan melantik Kehakiman merupakan hak mutlak Seri Paduka yang DiPertuan Agong, atas nasihat Eksekutif dan perkenan Majlis Raja Raja.

“Hari ini, kenapa kita (Zaid Ibrahim) mahu merubah semua itu dan memberikan ruang agar Majlis Peguam pula menentukan siapa yang paling layak menjadi Kehakiman? Apakah sistem perlantikan Kehakiman selama 50 tahun ini sudah tidak relevan?”.

Published in: on May 17, 2008 at 11:12  Comments (5)