Tun Dr. Mahathir umum keluar UMNO!

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan untuk mengumumkan keluar dari UMNO di Alor Setar. Beliau juga mengesa ahli ahli UMNO membubarkan Cawangan UMNO mereka.

Ini merupakan luahan kekecewaan kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang semakin hari semakin lemah dan boleh dimanipulasikan semua pihak, termasuk golongan minoriti tetapi masih lagi angkuh mengatakan sebaliknya dan mengaku menerima mandat besar dari rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu.

Pengumuman ini dibuat semasa sidang media, selepas program Forum “Kedudukan Orang Melayu Pasca PRU 12” di Alor Setar, setelah beliau mengesa ahli UMNO membuat kejutan untuk keluar parti sebagai protes, dalam ucapan. Dalam sessi soal jawab, seorang hadirin mencabar Mantan Presiden UMNO ini mengambil tindakan drastik itu dahulu. Maka peluang itu digunakan semasa sidang media.

Beliau mengulangi isu isu yang dibangkitkan semasa Forum MyKMU.net di Petaling Jaya 1 April, UMNO Pandan 6 April, UMNO Ulu Langat 12 April dan terbaru, Forum MyKMUJohor.com yang juga dijayakan bersama Gabungan Akar UMBI UMNO diJohor Bahru dua hari lepas. Ini juga dipercayai himpunan segala perasaan kekecewaan yang meluap luap dan marah, semenjak beliau dihalangan secara berstruktur semasa pemilihan Perwakilan diperingkat UMNO Bahagian Kubang Pasu 9 September 2006.

Pemimpin pemimpin UMNO sendiri seperti Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Nazri Aziz, Dato’ Shahrir Samad, Dato’ Khaled Nordin dan Dato’ Azalina Othman Said pernah menyelar secara terbuka Pemimpin UMNO bertaraf Negarawan yang amat disanjungi akar umbi UMNO itu. Yang anihnya, apabila Mantan Perdana Menteri itu mengkritik hebat pengantinya, antara yang membidas Tun Dr. Mahathir ialah Karpal Singh, pemimpin DAP Anti Melayu dan Anti Islam.

Pemimpin UMNO yang menjadi ahli semenjak 1946 lagi itu menjelaskan bahawa sistem demokrasi dalaman UMNO yang dipergunakan Kepimpinan untuk mengekang kuasa dan UMNO tidak lagi menjadi parti mendukung aspirasi akar umbi UMNO. Ini menjadi apa apa perubahan yang didambakan akar umbi UMNO menjadi mustahil melalui sistem biasa. Ahli UMNO juga tidak diberi peluang menyuarakan pendapat. Dua Perhimpunan Agung Tahun (PAU) lepas, isu isu yang dibenarkan dibentang dikawal ketat pihak Sekretariat UMNO dan persidangan menjadi hambar. Dalam beberapa program PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu ahli UMNO pula, ianya menjadu interaksi itu hanyalah satu hala dan peserta/hadirin tidak diberikan peluang untuk meluahkan pendapat, maupun soalan.

Beliau juga meminta agar ahli UMNO yang turut keluar dan membubarkan Cawangan UMNO mereka tetapi tidak menyertai parti lain. Yang dimaksudkan ialah parti Pembangkang. Hari ini, timbul banyak khabar angin bahawa Pembangkang, yang bergabung secara tidak sah sebagai Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan, terutama apabila MP BN, termasuk dari UMNO keluar dan menyertai mereka. Beliau cuba mencadangkan ahli UMNO yang keluar ini kemudian menyertai UMNO kembali apabila PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diganti oleh pemimpin lain.

Mantan Presiden UMNO dan kini Mantan Ahli UMNO ini dijadualkan untuk berucap dalam satu majlis anjuran Cawangan Seksyen 14 bagi pihak UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 31 Mei 2008 di Petaling Jaya. Ini merupakan platform yang terbaik untuk beliau menjelaskan kepada ahli ahli UMNO mengenai tindakan kejutan ini. Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Hj Muhd Taib telah mengeluarkan arahan bagi semua Cawangan dan Bahagian UMNO dalam Selangor untuk tidak membenarkan Mantan Presiden UMNO itu berucap disebarang platform UMNO.

Cawangan UMNO akan mula bermesyuarat tahunan Jun ini dan diikuti Bahagian. PAU ditetapkan pada 16-20 Disember dan pemilihan semua jawatan dalam UMNO akan dilakukan semasa PAU tersebut. Perkembangan hari ini akan menjadi isu menarik dalam siri mesyuarat agung tahunan semua peringkat UMNO.

Untuk rekod Tun Dr. Mahathir merupakan ahli UMNO no. 000001, setelah UMNO diharamkan selepas dibawa ke Mahkamah dan dihidupkan semula, Februari 1988. Pengumum keluar UMNO ‘bersyarat’ ini merupakan satu sejarah baru dalam parti nasionalis Melayu itu.

*Perkembangan terkini 3.15pm

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah juga telah mengumumkan keluar dari UMNO dalam sebuah program di Alor Setar. Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid juga mengumumkan keluar parti.

*Perkembangan dikemaskini pada 4.35pm

Laporan awal mengenai Tengku Razaleigh juga keluar UMNO adalah tidak benar. Malah, Tengku Razaleigh akan terus mencabar Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada pemilihan parti Disember ini sekiranya mendapat cukup pencalonan. Namun begitu, beliau menyokong penuh tindakan drastik Tun Dr. Mahathir itu.

*Perkembangan dikemas kini 10.25pm

Mantan Ahli UMNO No. 1 Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini mengeluarkan kenyataan penuh dalam blognya, chedet.com “Pengumuman keluar dari UMNO”.

BigDogDotCom berdoa agar Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah kembali kedalam UMNO segera (maknanya, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah TIDAK LAGI MENERAJUI UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan!)

Published in: on May 19, 2008 at 12:55  Comments (55)