Tun Dr. Mahathir umum keluar UMNO!

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan untuk mengumumkan keluar dari UMNO di Alor Setar. Beliau juga mengesa ahli ahli UMNO membubarkan Cawangan UMNO mereka.

Ini merupakan luahan kekecewaan kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang semakin hari semakin lemah dan boleh dimanipulasikan semua pihak, termasuk golongan minoriti tetapi masih lagi angkuh mengatakan sebaliknya dan mengaku menerima mandat besar dari rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu.

Pengumuman ini dibuat semasa sidang media, selepas program Forum “Kedudukan Orang Melayu Pasca PRU 12” di Alor Setar, setelah beliau mengesa ahli UMNO membuat kejutan untuk keluar parti sebagai protes, dalam ucapan. Dalam sessi soal jawab, seorang hadirin mencabar Mantan Presiden UMNO ini mengambil tindakan drastik itu dahulu. Maka peluang itu digunakan semasa sidang media.

Beliau mengulangi isu isu yang dibangkitkan semasa Forum MyKMU.net di Petaling Jaya 1 April, UMNO Pandan 6 April, UMNO Ulu Langat 12 April dan terbaru, Forum MyKMUJohor.com yang juga dijayakan bersama Gabungan Akar UMBI UMNO diJohor Bahru dua hari lepas. Ini juga dipercayai himpunan segala perasaan kekecewaan yang meluap luap dan marah, semenjak beliau dihalangan secara berstruktur semasa pemilihan Perwakilan diperingkat UMNO Bahagian Kubang Pasu 9 September 2006.

Pemimpin pemimpin UMNO sendiri seperti Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Nazri Aziz, Dato’ Shahrir Samad, Dato’ Khaled Nordin dan Dato’ Azalina Othman Said pernah menyelar secara terbuka Pemimpin UMNO bertaraf Negarawan yang amat disanjungi akar umbi UMNO itu. Yang anihnya, apabila Mantan Perdana Menteri itu mengkritik hebat pengantinya, antara yang membidas Tun Dr. Mahathir ialah Karpal Singh, pemimpin DAP Anti Melayu dan Anti Islam.

Pemimpin UMNO yang menjadi ahli semenjak 1946 lagi itu menjelaskan bahawa sistem demokrasi dalaman UMNO yang dipergunakan Kepimpinan untuk mengekang kuasa dan UMNO tidak lagi menjadi parti mendukung aspirasi akar umbi UMNO. Ini menjadi apa apa perubahan yang didambakan akar umbi UMNO menjadi mustahil melalui sistem biasa. Ahli UMNO juga tidak diberi peluang menyuarakan pendapat. Dua Perhimpunan Agung Tahun (PAU) lepas, isu isu yang dibenarkan dibentang dikawal ketat pihak Sekretariat UMNO dan persidangan menjadi hambar. Dalam beberapa program PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu ahli UMNO pula, ianya menjadu interaksi itu hanyalah satu hala dan peserta/hadirin tidak diberikan peluang untuk meluahkan pendapat, maupun soalan.

Beliau juga meminta agar ahli UMNO yang turut keluar dan membubarkan Cawangan UMNO mereka tetapi tidak menyertai parti lain. Yang dimaksudkan ialah parti Pembangkang. Hari ini, timbul banyak khabar angin bahawa Pembangkang, yang bergabung secara tidak sah sebagai Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan, terutama apabila MP BN, termasuk dari UMNO keluar dan menyertai mereka. Beliau cuba mencadangkan ahli UMNO yang keluar ini kemudian menyertai UMNO kembali apabila PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diganti oleh pemimpin lain.

Mantan Presiden UMNO dan kini Mantan Ahli UMNO ini dijadualkan untuk berucap dalam satu majlis anjuran Cawangan Seksyen 14 bagi pihak UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 31 Mei 2008 di Petaling Jaya. Ini merupakan platform yang terbaik untuk beliau menjelaskan kepada ahli ahli UMNO mengenai tindakan kejutan ini. Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Hj Muhd Taib telah mengeluarkan arahan bagi semua Cawangan dan Bahagian UMNO dalam Selangor untuk tidak membenarkan Mantan Presiden UMNO itu berucap disebarang platform UMNO.

Cawangan UMNO akan mula bermesyuarat tahunan Jun ini dan diikuti Bahagian. PAU ditetapkan pada 16-20 Disember dan pemilihan semua jawatan dalam UMNO akan dilakukan semasa PAU tersebut. Perkembangan hari ini akan menjadi isu menarik dalam siri mesyuarat agung tahunan semua peringkat UMNO.

Untuk rekod Tun Dr. Mahathir merupakan ahli UMNO no. 000001, setelah UMNO diharamkan selepas dibawa ke Mahkamah dan dihidupkan semula, Februari 1988. Pengumum keluar UMNO ‘bersyarat’ ini merupakan satu sejarah baru dalam parti nasionalis Melayu itu.

*Perkembangan terkini 3.15pm

Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah juga telah mengumumkan keluar dari UMNO dalam sebuah program di Alor Setar. Mantan Naib Presiden UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Tan Sri Sanusi Junid juga mengumumkan keluar parti.

*Perkembangan dikemaskini pada 4.35pm

Laporan awal mengenai Tengku Razaleigh juga keluar UMNO adalah tidak benar. Malah, Tengku Razaleigh akan terus mencabar Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada pemilihan parti Disember ini sekiranya mendapat cukup pencalonan. Namun begitu, beliau menyokong penuh tindakan drastik Tun Dr. Mahathir itu.

*Perkembangan dikemas kini 10.25pm

Mantan Ahli UMNO No. 1 Tun Dr. Mahathir Mohamad malam ini mengeluarkan kenyataan penuh dalam blognya, chedet.com “Pengumuman keluar dari UMNO”.

BigDogDotCom berdoa agar Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah kembali kedalam UMNO segera (maknanya, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah TIDAK LAGI MENERAJUI UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan!)

Published in: on May 19, 2008 at 12:55  Comments (55)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/19/tun-dr-mahathir-umum-keluar-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

55 CommentsLeave a comment

  1. Hidup TUN!! Masanya telah tiba…. Pak Lah Resign Nw!!

  2. Its a sad move,nonetheless lets see how many will follow him & hopefully Mukhriz will be the first to lead…

    cheers.

  3. Tahniah di atas satu tindakan berani. Hendaknya pemimpin2 dan ahli2 UMNO yg setakat ini slow-mosi dlm bertindak akan segera menyahut saranan Tun.

    Tanpa domino effect, mampukah strategi ini meninggalkan sebarang kesan kpd pemimpin utama flip-flop dan juak2 nya?

    Dan yg lokek untuk berpadu tenaga kerana mempertahankan hak dan masa depan org2 Melayu Islam, atau pun yg mungkin tertipu dgn merasa kuat sendiri, yg sebenarnya tidak hakiki, sama-samalah mencari re-alignment yg sewajarnya dgn kadar segera.

  4. […] Turut bersama-sama meninggalkan Umno (Baru) pada hari ini ialah bekas musuh ketat Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Sanusi Junid. Sila klik disini. […]

  5. Ku Li announcement di Astro Awani turnout not to be true.

    Thanks. Already rectified.

  6. Star SMS confirmed it too!

  7. Bagus la tu, its about time he leaves UMNO. Dah lama dah dia buat kacau bilau, tak henti-henti nak pecah belah orang Melayu.

    It all started from him actually, tengok track record dia, he forced all his deputies, from ghafar to anwar, to resign. He relieved his power to Abdullah perhaps on cetain conditions, tapi mungkin tak dapat apa yang dia nak, tak habis-habis pressure Pak Lah.

    I think UMNO is stronger wothout him, he is not relevant anymore to the Malay’s struggle, he never was.

    Good decision Tun. Bon Vovage. I hope after this you won’t create disharmony among the malays again.

  8. Bro! Don’t lah provoke like that.

    Laporan awal mengenai Tengku Razaleigh merupakan laporan yang disiarkan Astro Awani.

  9. tidur pak lah!! tidur la lagi!! klau nak bantal aku bagi bantal! tidur pak lah!!
    memang dasar pok duit dari memajukan negara puii!!

  10. Yes, it’s sad, why couldn’t he let the current generation both young and senior still in active politics decide. What is his motive now? He has done a great job uplifting a whole generation of Malays in his tenure. Surely the very people whose rights he has fought for and has guided/mentored are worthy to take over his leadership. If he has failed to groom a single worthy successor, isn’t that also of his own making. This are all unnecessary tension for the party which already has enough at its hands at the moment.

  11. this is mad. never thought it’d come this far. nonetheless i’m wheelin’ with Tun all the way!

  12. Assalamualaikum,…

    “He failed to groom his successor…”

    Yang Berbahagia Tun kini sedar perkara ini dan beliau rasa bertanggungjawab lalu cuba sedaya upaya memperbetulkan semula keadaan.

    Kita yang bijaksana fikirkanlah apa yang terbaik untuk masa depan kita. Demi kepentingan masa depan bersama, kita semua kena berfikir secara bersama (collective).

    “Lidi sebatang rapuh. Dengan mudah dipatahkan. Lidi segenggam menjadi penyapu adalah lebih baik kerana selain dari lebih kuat, ada juga kegunaannya.”

  13. Husin harap janganlah Dr Mahathir itu dibiarkan sorang! sorang! macam mana peristiwa Dol Said tewas dalam Perang Naning ke II.

  14. adakah ini tanda UMNO tidak lagi relevan? adakah ini tanda UMNO terlalu memanjakan MELAYU.. adakah ini tanda UMNO terlalu lemah untuk memperjuangkan nasib melayu yang banyak tergadai kerana orang2 seperti Anuar Ibrahim dan konco2nye telah jual maruah melayu kepada anasir luar.. Tolong sama2 selamatkan melayu…

  15. mantan umno.. you’re wrong.. UMNO ada kerana Tun yang perjuangkan nasib melayu.. kalau Tun dahulu tak perjuangkan nasib melayu.. mungkin hari ini yang jadik PM adalah KAPRAL SINGH yang lahabau.. Tun percaya Kat PAK LAH satu masa dahulu.. tapi sekarag.. PAK LAH dah nodai kepercayaaan TUN.. ISLAM HADARI PAK LAH hanyalah cara untuk melemahkan kita.. KENAPA TAK KEMENTERIAN PELAJARAN BUATKAN JADUAL DEKAT SEKOLAH ADA WAKTU UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH WAKTU ZOHOR DAN ASAR??

  16. Dari satu sudut, memang wajar Tun Mahathir berhenti dari jadi ahli UMNO. Kepimpinan UMNO kini langsung tidak peduli saranan Tun, malah disekat berkali-kali.

    Lebih baik Mahathir berhenti.

    Abdullah tidak boleh terlalu gembira dengan ketiadaan ahli UMNO bernama Mahathir. Kecuali Abdullah selesa dengan rentak dan perjalanan UMNO, BN dan negara sekarang. Ramai menjangka Abdullah sudah terlajak perahu.

    Cakap-cakap kopitiam menyebut bahawa Abdullah perlu belajar lagi tentang sovereignty!

  17. cam cerita mat kilau, terpaksa membawa diri. cam husin lempoyang cakap persitiwa dol said di naning, macam tuk janggut dibunuh oleh kaumnya sendiri. macam macam.

  18. Assalamualaikum semua salam sejahtera, tahniah kepada Tun Mahatir kerana tindakan berani keluar UMNO, Abdullah tu degil sangat tak reti malu,muka tembok,tahu main perempuan jer, mata keranjang gile sex, Dia boleh memeimpin tetapi sebagai pemimpin dia sangat-sangat tidak berupaya,gagal,realaktiv dan yang bahayanya dia macam kura-kura,dia penakut dan pengecut itulah dia PAK LAAAAAAAAAAAAAA, Dia berucap macam robocop yang telah diprogramkan, kalau dengar dia berucap paling lama 5 minit, lepas tu tiba-tiba jer kita tertidur, hanyasanyeeee

  19. Berdoa agar ada hikmah di sebalik tindakan Tun. This must be the final straw for him,nak harapkan MT atau lain lain bertindak, memang tidak ada. Semua leka dengan jawatan dan peluang membuat duit sahaja.Aku hairan dengan some comments made by those who dislike Tun. Adakah selama 22 tahun, memerintah, rakyat tak hidup senang? Kalau komen tu dari non- malays , faham juga but if it comes from a malay, memang betul tak faham.Ini yang di katakan tak kenang budi dan tak sedar diri.
    I hope Tun is at peace with his decision and if this still fail to unseat Bodohwi, then just let go Tun. Biarlah negara ni hancur dan biarlah org melayu yang tak sedar diri pun hancur sekali dan menumpang dan menagih simpati di negeri sendiri. When that time comes, semuanya dah terlambat.

  20. Kemuncak kekecewaan Tun Dr Mahathir setelah sessi ceramahnya diseluruh negara tidak mendapat sambutan. Tun selalu menyalahkan PM & Tan Sri Muhammad kononnya ahli UMNO disekat dari berjumpa dengannya. Hakikatnya kalau ahli UMNO akar umbi masih bersamanya tentu mereka akan datang beramai-ramai kesessi ceramahnya.

    Orang Melayu bukanlah penakut seperti yang digembar-gembur oleh Tun. Ini dapat dilihat pada sessi ceramah Pakatan Rakyat dimana orang Melayu masih datang beramai-ramai walaupun ada sessi-sessi ceramah tersebut tidak mendapat permit polis.

  21. pd saya ini adalah strategi Tun utk menolong penentang paklah dlm PAU Dec nanti. Bagi Tun nothing to loose dgn keluarnya dari UMNO. Tun telah memberi tongkat pd Najib dlm menentang pk lah, kerana sentimental versi melayu amat mudah diusik spt tindakan Tun itu adalah antara approach yg tepat utk mengusik jiwa melayu UMNO.
    Jadi teruskan penentang paklah mencari tapak utk terbang lebih laju lagi, meeting cawangan tak lama lagi, Tun telah memulakan, tinggal lagi ahli UMNO utk meneruskan menyingkirkan paklah. Itupun kalu berdaya dan mampan.

    Selamat berjuang, berstrategi, simpan momentum dlm diri utk memberi gelombang dlm pAU nanti, senyap bukannya lenyap tapi akan melenyapkan pemimpin yg kita tak sukai spt gerakan rakyat lakukan pd PRU 12 yg lepas.

  22. usahlah melayu berpecah,yang pastinya kita kena betulkan umno.kepada tun you are no 1.negarawan yang terbilang

  23. good job tun! as a tun follower, now im announce quits of UMNO under the leaderships of yab abdullah ahmad badawi

  24. Saya hairan mengapa masih ada Melayu yg marah pada Tun Dr Mahathir. Selama 22 tahun jadi PM adakah pernah berlaku ramai rakyat Melayu dll mati tak makan atau selama masa itu berbagai kemajuan telah ujud membantu rakyat hidup selesa?

    Sekali pandang tindakan Tun keluar dari UMNO sebagai langkah tergopoh gopoh. Tetapi Tun lazimnya mengambil tindakan sesudah membuat pertimbangan yg mendalam. Yg umum ketahui Tun tidak pernah ikut emosi apabila buat keputusan.Sudah tentunya tindakan ini ekoran dari hasil pertimbangan yang menyeluruh. Riakesan sudah tentu diambil kira.

    Jelas juga Kabinet Kerajaan tidak lebih berkesan dari kabinet dapur dibawah Kamaluddin/Khairi.Lihat saja apa sudah jadi di Iskandar Malaysia (satu nama yg cukup anih)dimana Telekom Malaysia tidak boleh membuat sesuatu projek tanpa terlebih dahulu merujuk kpd Sintel, Kerajaan Malaysia dibawah PL saolah olah tidak berani langsung membidas dan memprotes tindakan ganas Israel di Palestine dan keengganan Parlimen menerima syor Ustaz Hadi Awang mengenai Nakba amat memalukan.
    Sedih sebagai seorang ahli seumur hidup Tun terpaksa berhenti dalam keadaan yg cukup memilukan.
    Dimana masa depan Melayu – masih ada esok lagi?

    Tindakan Negarawan Melayu hari ini ialah untuk menyelamatkan organisasi politik Melayu yang paling berjasa, bersejarah, bertradisi membela bangsa, berkesan dan harapan yang Bangsa Melayu letakan untuk menentukan kepentingan dan martabat sentiasa dibela, dulu, kini dan selamanya.

    Jika tindakan ‘revolusi’ ini tidak diadakan, maka UMNO akan makin tidak diyakini, sokongan melayu akan lari dan Melayu tidak lagi menjadi bangsa yang bersatu, berpadu dan mempunyai kekuatan sebagai ummah dalam tanahair ini, terutama dengan anasir anasir luar yang didalangi melalui pemimpin Melayu sendiri.

    Bertindak dan tidak hanya berserah kepada takdir adalah fitrah yang dituntut, untuk memenuhi tanggung jawab fardhu kifayah kita, sebagai khalifar Allah ditanahair Bumi Melayu ini.

  25. Bigguy….saya percaya apa saja tindakan tun adalah untuk kebaikan umno….tun adalah seorang pejuang…cinta dia kepada parti umno lebih dari orang lain…sejarah telah membuktikannya….

    sedangkan sekalian org yg keluar dari umno pun diambilnya balik mcm tengku, rais yatim termasuklah si dollah ni sendiri yg diangkat terus sehingga ke tahap perdana menteri..adalah tidak masuk akal untuk dia terus meninggalkan umno secara berterusan…aku menyokong sepenuhnya tindakan tun keluar dari umbo sehinggalah si flip flop ini mengundurkan diri…adanya dia di situ hanyalah menyusahkan umno, menyulitkan kerajaan sahaja…

    hudup tun!!!!!!

  26. […] ini, semua media elektronik menyiarkan laporan dan kenyataan Tun Dr. Mahathir […]

  27. Jutaan Terima kasih untuk Tun yang amat bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan agama , bangsa serta Tanahair tercinta… biarlah si bengong sedar sikit bertapa dunia hari ini bukan ada banyak masa untuk tidur…
    Sayapun nak turut menyertai Tun
    Keluar UMNO hari ini….

  28. bigbro,

    the big Q is, will you follow suit?

    In due time. The earliest would be 1 June 2008.

    Why? Tun Dr. Mahathir will speak at my Cawangan UMNO on 31 May. It would be inappropriate the organiser for him to speak on an UMNO platform no longer a member of the party.

  29. Ternyata Grand Design yg diperkatakan dalam The Toyol Code menampakkan wajahnya. Jelas sudah Abdullah, Anwar dan DAP sekongkolan dalam merealasasikan agenda Zionist. Mereka ini bisa saja menjilat punggung Zionist Singapura demi DENDAM KESUMAT TERUBAT! Apa punya BANGSAT Dolah dan (B)rother (A)nwar (B)in (I)brahim ini!

    Berkali telah saya katakan yg memerintah Malaysia ini adalah baruah Zionist! Abdullah dan Anwar adalah jelmaan DAJJAL yang mana KJ, Kali, Anuar Zaini, Kamaluddin, Patrick Badawi hanyalah krew yang sama-sama menjayakan komplot terancang ini. Base Camp mereka di di Israel Embassy, Singapura.

    Percayalah INTIFADA baru saja bermula. Abdullah dan Anwar akan terlungkup di sebalik lengkingan suara salakan mereka! Punyalah bususk hati mereka jika diberi makan pada anjing pun tak mahu dijamahnya!

  30. Ybhg. Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar Umno secara bersyarat iaitu selagi Pak Lah menjadi Presiden Umno. Tun Musa Hitam mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir sebagai duri dalam daging yang telah menunjukkan wajah. Dr. Ahmad Atory Hussin pula membandingkan Pak Lah dengan Tunku Abdul Rahman Putra yang mengambil masa 7 bulan sebelum meletakkan jawatan PM selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
    Tun Dr. Mahathir sebenarnya meneruskan tradisi, bahawa bekas Presiden Umno akan keluar dari Umno. Dato Onn keluar Umno, tubuh Parti Negara, bertanding dalam Pilihanraya 1955. Tunku dan Tun Hussein juga terkeluar Umno dan sokong Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh. Kalau Tun Musa menganggap tindakan keluar Umno sebagai duri dalam daging, maka samalah juga untuk Dato Onn, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein.
    Perbandingan Dr. Ahmad Atory yang pernah menjadi AJK Umno Bahagian di Hilir Perak dahulu, juga amat tidak kena jika dilihat pada keseluruhannya. Yang paling ketara, Tunku tidak pernah disebut sebagai dipengaruhi anak menantu dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan. Tunku juga tidak pernah dilihat sebagai menggadaikan kedaulatan negara kepada mana-mana pihak. Kedua-dua faktor ketara pada kerajaan sekarang dan dikatakan antara penyumbang utama protes pengundi terhadap Pak Lah dalam PRU-12.
    Jujurkah mereka yang komennya disiarkan oleh pihak media itu? Kita percaya akan lebih banyak komen yang sedemikian disiarkan dalam waktu terdekat ini.
    Kita masih menanti penjelasan lanjut Ybhg. Tun Dr. Mahathir mengenai tindakannya keluar Umno bersyarat dan seruan supaya akar umbi membubarkan cawangan masing-masing.
    Tun Dr. Mahathir pernah buat macam-macam kejutan, pecat Anwar Ibrahim sebagai TPM dan umum peletakan semua jawatan semasa PAU 2002 adalah di antara kejutan terbesar yang dibuatnya. Pada setiap kejutan, ada penjelasan yang perlu kita dalami untuk memahaminya.

  31. Sejenis kancer yang ada dalam hati manusia perlu diubat…kanser itu dikawal oleh makluk bernama Khannnas…tiap tiap manusia akan dilawati khannas itu sekiranya tidak mengikut dia…apa yang berlalku adalah rentetan kepada kejatuhan Pak Lah…semua maklumat kita tahu …Tapi pak lah tak ndak berhenti jugak ..ndak buat macamana…Kesan dari pemerentahan Pak Lah telah dihuraikan oleh Dr M dengan mengkritik tapi tidak mendatang kesan dikepala Pak Lah…Elok lah balik berbincang dan cari jalan untuk memperbaiki keadaan…UMNO ndak runtuh…cuma pertahan sahaja

    globalmalau
    Jitra

  32. Untuk FikirTajam

    Walau apa pun, kita perlu bertenang dan terus mempraktikkan kehalusan Melayu. Janganlah kita hilang pertimbangan dan jiwa sampai memanggil orang dengan nama yang tidak baik atau pun memaki hamun. Sedih saya lihat. Kita berbicara tentang agenda Melayu tetapi dalam perbualan, kita tidak langsung mencerminkan jiwa hormat dan sopan santun Melayu.

  33. Hidup Tun Mahathir!

    Memang ini tindakan bijak dan siapa boleh menyangkal tindakan Tun Dr Mahathir? Kredebiliti Tun telah terbukti sepanjang memerintah Malaysia selama 22 tahun. Dato’ Seri Abdullah perlu undur sebagai seorang gentlement! Sekarang ni pentadbiran kerajaan sudah kucar kacir. Politik berleluasa di setiap agensi kerajaan termasuk JPA. Di JPA, terdapat beberapa kes sabotaj dan penganiayaan terhadap pegawai-pegawai yang tidak sehaluan dengan Pegawai Atasan. Ada yang ditukarkan serta merta, ada yang digantung malah ada yang dipecat terus. Hal ini disembunyikan kerana pihak JPA terlalu berkuasa sehingga tiada siapa yang berani menetang orang yang salah guna kuasa. JPA tidak bersalah, tetapi pegawai kanan yang berkuasa dan telah salah guna kuasa yang mencemarkan nama JPA. Hati-hatilah semua!

  34. Syabas kepada Tun Mahathir… Harap lebih ramai lagi ahli Umno yang turut cabaran Tun Dr. Mahatir dan isteri yang keluar dari Umno demi mempertahankan maruah Umno. Kita perlu bertanggungjawab menyelamatkan maruah bangsa melayu dan negara Malaysia!

    Memang tidak adil jika nak dibandingkan pencapaian Pak Lah dengan Tun, tetapi, Pak Lah kena lebih rasional dimana keadaan semasa menuntut satu pentadbiran baru. Harap Pak Lah dapat buktikan, cuma apa yang dikhuatirkan, makin lama makin ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran beliau.

    Sekiranya perlu, Pak Lah kena berundur sekarang sebelum keadaan bertambah lebih runcing. Aku percaya, sekiranya Pak Lah ‘Step Down’ sekarang, mungkin ramai yang akan terus hormati dan sanjungi beliau. Tetapi sekiranya Pak Lah undur ketika keadaan bertambah rumit, nanti segala usaha beliau akan jadi sia-sia. Pak Lah, dengarlah rintihan rakyat dan kami rakyat Malaysia sudah menunjukkan rasa kurang puas hati dengan pentadbiran Pak Lah masa PRU 12 tempoh hari. Sebelum pilihan raya Pak Lah ada cabar rakyat untuk tunjukkan, so kami dah tunjukkan. Malah penduduk Penang (negeri asal Pak Lah) pun dikuasai pembangkang. Tidak cukupkah itu? 5 negeri sudah tewas ditangan pembangkang, adakah Pak Lah nak tunggu sehingga kesemua negeri termasuk Johor (Kubu kuat BN) turut jatuh ke tangan pembangkang baru nak berundur?

    Tolonglah berundur demi masa depan rakyat dan negara.

  35. Kita yang bijaksana fikirkanlah apa yang terbaik untuk masa depan kita. Demi kepentingan masa depan bersama, kita semua kena berfikir secara bersama (collective).

    “Lidi sebatang rapuh. Dengan mudah dipatahkan. Lidi segenggam menjadi penyapu adalah lebih baik kerana selain dari lebih kuat, ada juga kegunaannya.”

    Memang betul kata saudara ADam.

    Setakat di lapisan rakyat jelata, semua dasar2 dan prasarana telah bertapak kuat sejak 10-15 tahun lagi untuk membangunkan kaum bumiputera, jadi pada pendapat saya isu agama dan bangsa tidak perlu dirisaukan dan bukan lagi isu utama kerana usaha2 80an dan 90an telah berbuah sekarang, yang penting ialah kepimpinan parti dan seterusnya negara yang seharusnya dipegang oleh seorang yang berkebolehan, bebas dari skandal, dan boleh menerajui negara ke tahap pembangunan yang lebih tinggi lagi pada zaman globalisasi ini.

  36. KEPIMPINAN MELALUI TELADAN… semua mantan presiden UMNO akan keluar UMNO. Pengecualian untuk Tun Razak yang meninggal dunia ketika masih jadi presiden/PM. Persoalan seterusnya, adakah Pak Lah akan turut serta keluar UMNO bila dah tak jadi PM lagi?

    Akhirul kalam buat TDM, selamat keluar UMNO. Semoga tindakan Tun memberi kebaikan kepada umat Islam di Malaysia khasnya.

  37. To mantan umno:

    Bg sy memang lah dulu TDM kuarkan orang yg dia tgk sesuai dgn tugas tuh…

    Lg satu..
    Bg sy, TDM x bt kacau bilau pun, dia cuba nk beri sedikit teguran berkaitan kepimpinan..Nah, kepimpinan yang dok ada sekarang ni ok ka?

    “UMNO stronger WITHOUT him” quoted from mantan umno.
    Betul ke?

    Kalau bukan kerana TDM ultra-melayu, yang memang jaga maruah melayu rasanya Melayu dok ada laa ni pun x senang…especially umno…

    Cubalah tgk positif nya…
    Dok kena jadi hamba jaa lg…

  38. Tun,

    We all still love you. You have done a lot to Malaysian. I am one of them, without your government’s (during your tenure) iniatiatives and supports in uplifting Malays particularly in education and economy, I think its hard for my family (used to live in a Kampung of Hulu Terengganu)to provide me the education that made me to become who I am today. You are my idol… I was so lucky to have had opportunities to shake hands and taking photos together with you a few times.

    BUT Tun,

    Please…. for the sake of UMNO’s strength and Malay’s struggle, please advise Pak Lah through closed door discussion with him rather than criticising his leadership in public. Please give him guidance you think neccessary for him. We all love you as good prime minister for 22 years and we always want to remember you as one. Please come back to UMNO and be a good adviser to Pak Lah’s Government.

    Love you Tun..

  39. […] the nation’s Prime Minister. I never thought I live to see the day Tun (whose UMNO number is 000001) abandons UMNO. I thought of the prologue at the beginning of Act 1, Romeo & Juliet’s […]

  40. […] adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad di Alor Setar semalam. Published […]

  41. Tun has made a very wise, strategic and timely move. When they are a good number of takers, those (both Malays and Non-Malays) who had cast their protest votes during the GE12 election would be gratified seeing their wish coming true – the end of the most despicable form of governance where at the helm, the incumbent and his family perpetuates and manipulates on the success of others to plunder the country’s wealth against the best interest of the nation.

    Indeed Tun’s move is direct address to all true members of UMNO to return to its original aims and aspirations; he never encouraged them to leave UMNO but to remain defiant with him until the incumbent and his stooges leave office. The time to negotiate out a compromise with the incumbent is all but over; one would be better talking to a brick wall.

    As in anyway, there will be those hypocrites and ball carriers who would be utterly dismayed and fearsome of Tun’s move and they will come out blazing their guns and giving all kinds of irrational arguments to pin down the inevitable.

    Thus to those UMNO members sincere to the original ideals of their party, do the necessary in adhering to Tun’s call, do not disappoint the Silent Majority who had cast their vote of no confidence against PM at the last election. The deceits prevalent under this period of darkness in Malaysia’s history have to end immediate. There are many other apparent dangers to political stability that need to be addressed thereafter.

  42. Good action!!!Tun Mahathir. Sometimes we need to remind Pak Lah that the politician is not always in good situation.If Pak Lah still cannot control the prices of “beras”and other things, that means Pak Lah failed as a leadership. So my suggestion better Pak Lah resign and replaced by the another person.

  43. tindakan tun betul….. kenapa tun taidak menytakan tindakan sebenar tun bertindak demikian.. apasalahnye kalau umum tahu sebab tun resign… ini dapat membuka minda rakyat lebih jelas dalam apa jua yang dilakukan oleh pemimpin kite sekarang..

  44. As’salam Tun,
    Kami membesar dewasa semasa era Tun. Kami matang dan mengenal dunia di zaman Tun. Kami amat berterima kasih pada mu Tun.
    Peristiwa demi peristiwa kita lalui di zaman Tun.
    Dari insiden Jembatan Pulau Pinang, Kes Anwar Ibrahim,Pengharaman Umno sehinggalah dakwaan kepada George Soros. Kami tetap dibelakang Tun, kerana kami percaya pada Tun.Kami tahu Tun sememangnya mementingkan negara.
    Maka timbul pula Tun keluar Umno ‘bersyarat’. Kami sekali lagi percaya bahawa ada kisah ‘besar’ disebalik pengumuman Tun ini. Kami tetap percaya Tun berbuat begini demi kepentingan melayu dan negara juga.
    Untuk pengetahuan Tun, saya adalah serpihan ahli UMNO yang kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.
    Bapa saya ada berkata, kalau dulu orang yang berpolitik semakin miskin kerana mengambil duit sendiri untuk diberikan kepada rakyat, tetapi orang politik sekarang ambil duit rakyat untuk diri sendiri.
    T.Kaseh

  45. SAYA AMAT MENYOKONG TINDAKAN TUN 100%. BIAR MEREKA YANG TERLENA DENGAN KEMEWAHAN DALAM PARTI ITU TERSEDAR DENGAN APA YANG TELAH BERLAKU. ERTI KATA MELAYU MEMAMG MUDAH LUPA PADA ASAL USUL DIRI SENDIRI. PERBAGAI USAHA UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT JATI DIRI TELAH DI USAHAKAN. AKAN TETAPI IANYA ADALAH UNTUK ORANG KELAS BAWAHAN SAHAJA. KELAS ATASAN HANYA MENUNDING JARI KE KELAS BAWAHAN YANG BERSALAH. WALHAL DIRI MEREKA SENDIRI TIDAK TERURUS DENGAN JATI DIRI TERHADAP AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SENDIRI. TUN TERUSKAN USAHA BANGUN KAN SEMULA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

  46. Dr M berbuat begitu kerana tak puas hati…tak puas hati dengan Pentadbiran Pak lah yang dikatakan lemah…Apa yang Dr M rancang dulu seperti Jambatan bengkok telah dibatalkan oleh Pak lah dan digantikan dengan Projek Mega Malaysia Singapura…Kabarnya Projek mega itu memberi keutamaan kepada Rakyat singapura…disinilah bermulanya percakaran 2 orang kuat ini…betul kata orang, Singapura akan masuk malaysia…kalau ikut logik, malaysia akan untung besar dari PROJEK ITU…singapura akan ternganga dengan cerdik nya Dr M…tapi apa akan daya penggantinya tidak mempunyai pandangan depan yang jelas…membatalkan projek itu samalah seperti mencari kerugian…Apapun standard PM kita ketinggalam jauh dibelakang untuk mencapai wawasan mahadir yang jelas kecekapan nya…Cuma satu yang saya pinta…Dr M maseh ada lagi…berilah penghurmatan kepadanya…jangan lah terus menghina macam tak guna sekupang…yang jelas menteri kabinet sekarang…tidak menghurmti langsung Dr Mahadir…Seperti kata orang kubang pasu tak ada mahadir tak ada UMNO…sekarang ini wakil kubang pasu pun hentam Mahdir…Johari baharum salah seorang yang tidak mempunyai wawasan…politik terlalu sempit… kata arraziii lidah bercabang..itulah jelaslah kebododohan pemimpin yang ada…Tiada pemimpin yang kami harapkan ketika ini…semuanya ta mempunyai intelek yang bagus…kurang wawasan dan memualkan apatah lagi kalu kerap bercakap lagi kami meluat…itulah hakikatnya selagi paklah tak letak jawatannn…tidak membantu rakyat pun…Sekian komen bagai ikut perasaan

  47. Emm…
    Baguslah TUN saya sokong tu…
    TUN bertuah sebab walaupun tidak punyai kuasa lagi akan tetapi masih lagi mempunyai “kuasa” untuk menyangkal perbuatan yang tidak direstui terutamanya Orang Melayu…
    Kalau saya diberi peluang untuk menyuarakan pendapat saya walaupun untuk 10 saat pun saya hanya cakap macam ni ja…
    “BILA LAGI NAK RESIGN NI, BUAT SAKIT HATI ORANG MELAYU SAHAJA”

    Saya bukan apa TUN…
    Menyampah tengok “trend” pemerintahan sekarang!
    Walaupun saya ni tak berminat sangat tentang politik ni, akan tetapi DEMI NEGARA sendiri, saya TERLALU RISAU berbanding diri sendiri kerana ibaratkan “KUNCI” untuk mengundang musuh tumbangkan Nagara ni pada bila-bila masa.

    Kesimpulannya, Rakyat Malaysia dah matang untuk membezakan siapa yang betul siapa yang salah…
    Kita sekarang sukar untuk dijatuhkan oleh talibarut luaran AKAN TETAPI mudah dijatuhkan oleh Orang Sendiri jika tersilap langkah… NauhzumillaminzaliQ…

  48. Saya bangga lahir dizaman TUN…
    Segala kepentingan negara nampak depan mata sendiri…
    Segala tindakan terbukti…
    segala kesenangan dinikmati…
    segala kemudahan dimanfaatkan…

    SEKARANG APA JADI?!

    Segala perubahan bikin sakit hati…
    Segala pengumuman buat meluat…
    Segala keputusan ramai tak puas hati…
    Segala keperluan naik mendadak…

    SAYA BERJANJIKAN PADA DIRI SENDIRI, SAYA TAKKAN MENYOKONG JIKA PEMERINTAHNYA SAMA, KALAU PUN SAYA MENGUNDI BAIK JADI PEMBANGKANG, SEKURANG-KURANGNYA TIDAK BERSUBAHAT DALAM PERLAKUAN MEREKA-MEREKA NI…

    Kesimpulannya, saya tetap dibelakang TUN…
    Saya tak nak masuk neraka bersama-sama orang macam dorang ni…

  49. Yang Amat Dihormati Tun Ku Sayang,

    Selepas habis era pemerintahan tun,saya rasa dah tak ada apa nak saya banggakan menjadi rakyat malaysia selain dari menikmati hasil kerja kuat peninggalan tun.Kalau dulu bila berjumpa dgn orang barat,saya amat berbangga menjadi anak malaysia kerana saya ada PM yang kehebatannya dihormati seluruh dunia dan amat-amat digeruni oleh pihak zionist dan barat.Namun saya tetap sokong 10000% tindakan tun keluar dari UMNO.Saya yakin ramai yang akan mengikuti jejak tun walaupun bukan dikalangan MENTERI KEBINET.Mereka memang suka Pak Lah sebab Pak Lah begi diorang kebebasan dalam kementerian masing-masing.Jangan tak tahu,Pak Lah bagi kebebasan tu sebab dia sendiri tak tahu nak uruskan.Lagipun Pak Lah mana ada masa nak fikir tu semua.Kesian dia,dia terlalu sibuk memikirkan tentang masa depan keluarganya saja.Dia memang pandai,bagi naik harga petrol cukup-cukup,pas tu dia kahwin.Hilang rasa marah rakyat bila PM mereka nak kahwin.Takpelah…..Tun….KAU TETAP PEMIMPIN AGUNG YANG TERBILANG YANG PASTI SUKAR DICARI GANTI DI DUANIA INI.Cuma satu yang saya pinta dari Tun…JAGA KESIHATAN DAN KAMI TETAP MENDOAKAN KESEJAHTERAAN TUN DAN KELUARGA….Sekian dari AHLI UMNO JOHOR BAHRU.

  50. zaman pemerentahan Pak Lah…abih menteri yang dikeluarkan oleh mahadir diambil balik…kerja balik dengan kerajaan…Macamana orang nak sokong…bekas pesalah diambil balik …rakyat makin hari makin dok tanya bila Paklah nak sedar diri untuk berhenti..kena berhenti paklah…rakyat memang dah tahu kenapa paklah kena berhenti…ambik orang lain…elok berhenti jadi penghulu kampung jer lulus ternakan lembu lagi bagi orang kg menternak…kalau menteri mempunyai standard minda yang tinggi mereka tak hentam Dr M…ada cara lain mereka uruskan untuk menasihati Dr M…Sekarang menteri yang ada tidak mempunyai Minda memimpin yang tinggi…semua nya lemah dan pak turut sahaja…tak mempunyai edea jelas sekadar melobi untuk dirisendiri…

  51. Pemimpin yang berkaliber dan berwawasan tinggi tidak senang tidur…

    Bukannye yg suka tidur memanjang!

    Apa punye pemimpin macam tu…

  52. lahirkan banyak blogger agar penyangak bangsa sendiri ni sedar skit…

  53. segala yg baik itu datangnya dariALLAH dan yg buruk dari diri sendiri.kalau niat tu suci ALLAH akan merestuinya.Saya percaya niat Tun adalah suci untuk kebaikan melayu teruskan perjuangan Tun sehingga melayu dapat dimartabatkan semula. Keritikan yang membena adalah perjuangan yg sejati. Teruskan Tun kami menyusur dari belakang.

  54. jgn berjuang separuh jalan,berjuang lah sampai keakhir hayat,sampai ketitisan darah terakhir..jgn sampai si dia tertawakan kita,xkan melayu hilang di dunia.
    ///

  55. […] media di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur jam 5.30pm ini. Ini adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar semalam. Tun Dr. Mahathir mengesa ahli UMNO keluar […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: