Sidang media Dato’ Mukhriz

Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun akan memanggil sebuah sidang media di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur jam 5.30pm ini.

Ini adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar semalam. Tun Dr. Mahathir mengesa ahli UMNO keluar ‘bersyarat’ dari UMNO dan membubarkan Cawangan UMNO tetapi meminta agar tidak menyertai parti lain. Mereka dinasihatkan kembali menjadi ahli UMNO setelah ada Kepimpinan lain mengantikan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan.

*Perkembangan terkini 6.25pm

KENYATAAN MEDIA

UNTUK KELUARAN SEGERA

20 MEI 2008

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

AHLI PARLIMEN JERLUN

EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:

1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;

2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan

4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.

Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.

Sekian.

*Perkembangan terkini 7.15pm

Semasa sessi soal jawab, Mukhriz menjelaskan bahawa beliau belum lagi berunding pengundi Jerlun dalam isu keluar UMNO yang banyak pihak membuat jangkaan dan andaian. Beliau memilih untuk masih setia dengan UMNO kerana begitu banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan parti dan tidak akan berganjak dari terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan. Keputusan ini tidak didorong mana mana pihak.

Exco Pemuda UMNO itu juga menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir ada membincangkan tindakan beliau mengumumkan keluar bersyarat dari UMNO, tetapi beliau tidak pula membincangkan sebaliknya. Beliau mengaku bahawa keputusan beliau untuk terus bersama UMNO akan mengecewakan ayahandanya dan akan bertemu ayahandanya untuk menjelaskan tindakan beliau.

Beliau menegaskan bahawa menurut tradisi UMNO, Timbalan Presiden akan mengambil alih seorang Presiden. Apabila ditanya siapa yang paling layak menjadi Presiden, beliau berkata atas ahli UMNO untuk menentukan calon itu.

Apabila ditanya apakah tindakan ini (terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletak jawatan) akan memporak perandakan UMNO, beliau menjawab “UMNO sekarang ini sudah pun porak peranda!”. Beliau terus menjelaskan bahawa dengan Kepimpinan yang lemah, Malaysia tidak lagi menjadi destinasi menarik untuk pelaburan asing langsung (FDI) dan antara buktinya pengumuman Tun Dr. Mahathir semalam memberi kesan negatif kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk soalan kenapa beliau gagal menghadiri majlis makan tengahari bersama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diParlimen siang tadi, beliau menjelaskan bahawa beliau sedar ianya dianjurkan hanya untuk MP BN menyatakan terus sokongan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan beliau memilih untuk setia kepada parti dan Perjuangan, bukan Kepimpinan.

*Perkembangan dikemaskini 7.30pm

Laporan Bernama.com:

20 Mei, 2008 19:24 PM

Mukhriz Tidak Akan Keluar Umno

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak akan keluar daripada Umno bagi mengikut jejak langkah bapanya yang semalam mengumumkan untuk meninggalkan parti itu.

Mukhriz, yang juga anggota exco Pemuda Umno, bagaimanapun sependapat dengan bapanya mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan dengan segera “bagi menyelamatkan Umno”.

“Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini.

Mukhriz berkata beliau faham dan setuju tindakan bapanya keluar parti kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah serta mahu menyelamatkan Umno.

Katanya Majlis Tertinggi Umno perlu membuka seluas-luasnya ruang demokrasi kepada anggota Umno untuk menyuarakan pandangan mereka termasuk melalui mesyuarat agung luar biasa.

— LAGI

*Perkembangan dikemaskini 21 Mei 2008 6.45pm

Video dalam format Youtube sidang media Dato’ Mukhriz 20 Mei 2008

Published in: on May 20, 2008 at 15:13  Comments (22)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/20/sidang-media-dato-mukhriz/trackback/

RSS feed for comments on this post.

22 CommentsLeave a comment

  1. Yes…mari kita ikut TDM. Kalau PM masih tak phm bahasa gak, what else can we do? Hari ni Utusan M’sia menyiarkan berita seolah2 mengutuk TDM, tetapi mrk harus faham, hanya TDM yang boleh menegur & membetulkan keadaan yang diwujudkan oleh PM sekarang. Pengikut & peminat TDM memang ramai, rasa-rasanya jauh lebih ramai dari PM & menantunya!

  2. i agree with Tun!! PAK LAH is the most useless creature on earth!! he’s selfish!!!

    Just pray that allah will show him the way… Pak Lah should just step down. But unfortunely UMNO ppl now love to lick his ass!!

  3. TDM is UMNO, UMNO is TDM. If we love UMNO and seriously think that UMNO has gone way out of its path, then this is our chance to balik ke pangkal jalan.

    Syabas bagi semua yang keluar parti demi agama, bangsa dan tanahair.

  4. I AM WITH YOU IN WHATEVER YOU DECIDE.

  5. Kami bersetuju perlu juga ada suara-suara lantang sptmana komitmen Dato’ Mukhriz untuk terus memerhati dan bersuara dari dalam manakala sebahagian yg lainnya pula bersama Tun Dr Mahathir di luar.

    Salam perjuangan terus ke hadapan.

  6. What Mukhriz is trying to say is he has to stay in UMNO because he would play bigger part as an EXCO. He will be our(grass root) voice, ear and eyes from.

    I am sure that Mukhriz welcomes grass root action by quitting party as to show disagrrement to Pak Lah and also pressure

  7. Good move. If Mukhriz leaves, PL and his family, SIL cronies and ass-kissers would have the whole house to themselves and live like kings and queens.

    He must remain as the thorn in the Dollah’s Dynasty flesh.

  8. satu keputusan yg tepat sbg ahli politik, bermakna mukhriz sanggup menghadapi segala sepak terajang dlm parti terutama dgn media. Tunggulah kita lihat mcmana media akan berperanan merosakkan imej mukhriz sepuas-puasnya. Mukhriz telah memilih jalan ini maka jgnlah berada dgn keadaan tanpa apa2 strategi dan taktik utk menghadapinya, media akan guna tembak 2 dlm 1, sambil tembak mukhriz, Tun akan menerima sama tembakan itu. Inilah dia taktik satu peluru kena 2 musuh.

  9. aku setuju ngan ataturk. DM (dato’ Mukhriz), jgn takut, pak lah pasti jatuh. Teruskan asakan. walaupun aku dah keluar UMNO, tp aku akan tetap sokong DM. Pak Lah bukan tuhan hanya manusia yang kerterlaluan.

  10. Marilah bersama sama baca Yassin malam Jumaat ni dan sembahyang Hajat kerana Umno dah NAZAK SANGAT!!! Ya Allah tunjukkan lah kami ke jalan yang betul.

    Ada video untuk kita
    http://www.metacafe.com/watch/1327397//

    The funniest home videos are here

  11. PEMUDA mesti lantang.
    PEMUDA mesti tentang.
    PEMUDA mesti berani dan tegas
    PEMUDA mesti bergerak dan tentukan hala tuju.
    Hishamuddin dah tak boleh diharap. KJ lupakan saja.

    Masa hadapan UMNO adalah masa hadapan PEMUDA.

    PEMUDA harapan Bangsa, harapan UMNO

    Pembesar2 UMNO dah terlampau banyak kepentingan.

    Biarlah PEMUDA berkorban. Perjalanan PEMUDA masih Panjang.

    BIarkan PEMUDA yang teruskan perjuangan yang belum selesai.

    HIDUP UMNO!!!

  12. mukhriz tak perlu keluar umno. dia mesti lawan khairy dan pengkhianat bangsa yang lain. yang perlu keluar parti ialah ahli-ahli umno terutamanya ahli-ahli kepala batas pulau pinang untuk membuktikan bahawa pak lah tak diterima ditempatnya sendiri. come on work on it friends, prove it. let pak lah down.

  13. More than anything else you showed your true mettle in defying the wishful hopes of the Prince of Darkness and his kuncu-kuncu; you demonstrated you can decide on your own and defy those thoughtless allegations that you are a mere shadow of your heroic father. Practice and strengthen your legs to send the young Count Dracula to oblivion with a super flying side kick at the championship due this year end, that if Count Dracula dares enter the arena. That I believe would be your prime mission in not letting down the masses solidly backing you. Father outside and son inside fighting for the same cause, what an excellent combination!

  14. Masanya sudah sampai untuk YB Jerlun bergerak bersendirian, tanpa ayahanda dan bonda, di dalam Umno. Tapak yang semakin kukuh di peringkat Pemuda sudah tentu akan memberikan Mukhriz kekuatan untuk pergi lebih jauh dalam kembara politiknya. Memilih untuk tidak sehaluan dengan ayahanda Tun pada ketika ini menunjukkan kematangan pertimbangan Mukhriz. Walaupun sedar akan ada pihak menggunakan pendiriannya untuk memperkecilkan tindakan ayahanda Tun melangkah keluar Umno, sebagai anak yang cepat dewasa dalam politik, Mukhriz mengumumkan pendiriannya secara terbuka. Berdasarkan keadaan semasa, sokongan kepadanya, sama ada di dalam Umno atau di kalangan rakyat, semakin meningkat dari hari ke hari. Di kalangan segelintir pemimpin hari ini yang sanggup menyuarakan luahan dan harapan akar umbi ke tengah khalayak, Mukhriz adalah yang paling lantang dan konsisten. Dengan rekod peribadi dan kepimpinan yang bersih, masa hadapannya, adalah cerah untuk melangkah lebih jauh sebagai pemimpin negara, insya Allah. Selamat berjaya, Mukhriz

  15. Dulang kata paku serpih
    sebenar nya Umno sudah tak relevant
    beginning of the end

  16. Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kamu semua sebenarnya telah menderhaka bukan hanya kepada Raja-Raja Melayu tetapi kamu juga telah menderhaka kepada Orang Melayu keseluruhannya dan rakyat Malaysia kesemuanya.

    Dan kamu juga telah …… baca seterusnya di:

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

  17. DMM mesti teruskan perjuangan mendesak Pak Lah dari dalam UMNO untuk mengundurkan diri dari kerusi nombor satu, dan ayahnda TDM menekan Pak Lah dari luar bersama-sama ahli marhien seperti aku. InsyaAllah akan berjaya menrunkan Pak lah dari terus memusnahkan UMNO.

    Kepada mereka yang lain yang syangkan Melayu dan UMNO mulalah gerakkan anda. Yang terang tidak lagi perlu bersuluh kecualilah buta walupun celik, bertelinga tetapi tuli ada hati tetapi buta. Rakyat terus-terusan dimangkasakan oleh gelodak hati yang gilakan kedudukan walaupun massage dari rakyat amat jelas.

  18. Someone tipped me off that ..

    Raja Petra Kamarudin is a Commoner ..

    Q1: How come Raja Kamarudin has TWO GRANDFATHERS ie. Raja Uda and Sultan Musa?
    Q2: Why he refused to answer such questions posted in his own site (Malaysia-Today.net)?

    A: Here [ http://thexstories.blogspot.com/2008/05/raja-petra-kamarudin-is-commoner-i.html ]

  19. Its a one man show,fighting against all odds,and not shlepping party line,do you think this son of Mahathir can survive?

    And if so for how long?

    cheers.

  20. Kami anak-anak Kulim berdiri teguh bersama sama YB Dato’ Mukhriz. Bersama sama kita robohkan empayar paklah dan co.. Bagi rakya tkulim mari bersama kita pecahkan empayar dinasti pak kadiaq dan keluarganya serta cikgu hussin dan keturunannya…

    Pemuda kulim di perantauan

  21. Teman-teman semua dekat atau jauh,

    Apakah tidak ada cara lain yang tidak memerlukan sengketa walau apa matlamatnya?

  22. […] Sidang media Dato’ Mukhriz Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun akan memanggil sebuah sidang media di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur jam 5.30pm ini. Ini adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar semalam. Tun Dr. Mahathir mengesa ahli UMNO keluar ‘bersyarat’ dari UMNO dan membubarkan Cawangan UMNO tetapi meminta agar tidak menyertai parti lain. Mereka dinasihatkan kembali menjadi ahli UMNO setelah ada Kepimpinan lain mengantikan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan. *Perkembangan terkini 6.25pm KENYATAAN MEDIA UNTUK KELUARAN SEGERA 20 MEI 2008 YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR AHLI PARLIMEN JERLUN EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut: […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: