Kenyataan media Ketua Ketua Cawangan UMNO P005 Jerlun

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN

1. Kami dari ahli akhbar umbi UMNO Bahagian Jerlun memberi kenyataan akhbar seperti berikut :-

Kami memberi sokongan padu serta memahami tindakan Yg. Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas tindakan beliau keluar daripada UMNO demi untuk memperkukuhkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan UMNO untuk berundur dan seterusnya membenarkan pucuk pimpinan baru mengambil alih teraju UMNO supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kami faham bahawa proses membaikpulih parti akan memakan masa dan proses ini perlu dilaksanakan segera. Kami diperingkat akar umbi tidak berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan sediaada mampu untuk menerajui proses pemulihan ini.

2. Kami juga menyokong dan berada dibelakang ahli Parlimen kami Yg berhormat Dato’ Mukhriz Mahathir untuk terus lantang menyuarakan hasrat akar umbi untuk mengkritik pucuk pimpinan demi keuntuhan UMNO. Dengan itu kami memohon supaya tiada tindakan dan juga sebarang tekanan dikenakan ke atas ahli Parlimen kami kerana tindakan beliau mengkritik pucuk pimpinan. Kritikan terhadap pucuk pimpinan tidak bermakna yang beliau mengkritik UMNO.

Pada hemah kami kritikan beliau adalah untuk memperkukuhkan UMNO dan tanda sayang beliau dan kepercayaan beliau bahawa hanya UMNO yang menjadi wadah perjuangan agama, bangsa, dan negara.

3. Kami juga ingin menyatakan bahawa tindakan Ketua Bahagian kami Yg. Bhg Dato’ Abd. Rahman Arifin yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menyarankan agar ahli Parlimen kami YB Dato’ Mukhriz bin Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pucuk pimpinan bukanlah satu tindakan yang mewakili ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun. Tiada sebarang perbincangan dan mersyuarat diadakan dengan kami di peringkat akar umbi.

Published in: on May 28, 2008 at 21:54  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/28/kenyataan-media-ketua-ketua-cawangan-umno-p005-jerlun/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Salam Bigdog,

    Kenyataan akhbar ni disiarkan dalam akhbar mana? So far tak nampak pun ada di mana-mana.

    Tak keluar TV pun?

    Warga lemas, KL

    Kenyataan akhbar ini dikeluarkan Selasa 27 Mei 2008. Malangnya tidak mendapat liputan dimana mana sekali pun, terutama media perdana.

    Itu sebab kenyataan media ini dikeluarkan semula dalam blog ini, setelah ianya tidak mendapat sebarang perhatian awam.

  2. Terima kasih. Inilah yang saya maksudkan dengan warga lemas. Semua info di’spinned’ kalaupun didedah.

    Bila agaknya dapat didesak Pak Lah disclose surat tentang penjualan pasir dan ruang udara negara kepada Singapura untuk tatapan rakyat?

  3. Terima kasih. Itulah yang saya maksudkan dengan warga lemas. Semua info di’spinned’ kalaupun didedah.

    Sekarang, bila pulak nak didesak Pak Lah untuk disclose surat perjanjian penjualan pasir dan ruang udara negara pada pihak Singapura?

  4. Bro,

    sahih tak surat tu? siapa yang tandatangan?

    Kenyataan ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan beberapa Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian P005 Jerlun.

    Ini bukan surat tetapi kenyataan media.

  5. This press release should contained signatures to be more credible. However understanding the forces of terrorism in place in UMNO today, it’s best for all that their names and signatures remain anonymous. However I would take the press release in good faith as a genuine effort in making the truth known unless there are objections.

    Similar press releases, if found reasonably genuine by Big Dog, should also be published.

  6. Ketua bahagian Jerlun yang minta Mukhriz jangan mengkritik Pak Lah sebenarnya takut kehilangan kuasa…tu sebab minta Mukhriz senyap aje…

    sekurang-kurang ada juga ahli UMNO yang sedar dan malu bahawa Presiden mereka adalah Perdana Menteri Malaysia dari negeri yang dikuasai pembangkang.
    Pelik tapi Benar……

  7. Big dog,

    PKR men are in!!!

    KJ is losing clout in Pemuda and this is the step prior to next UMNO election.

    He’s adding his proxy in UMNO.

    There will be some real big money politics in the pipeline. filthy big i guess.

    Mukhriz will have to start campaigning hard now.

    The ex PKR need to be watched.

    Perhaps DSAI beginning to see it will be much easier to become PM under UMNO.

    He only has to buy his way into UMNO and in the mean time plant his people to make that in-roads.

    UMNO members has the history of being bought.

    It’s time to draw a line between the hardcore and the spineless.

    I’m not surprised if AAB suddenly accepts DSAI into UMNO, PKR dissolved, and a new election to be called.

    Only AAB now have the say to allow DSAI back in UMNO. The rest are yes men.

    AAB will use this excuse for the malays as uniting the malay to strengthened his position and thus obtaining stronger mandate.

    This is his political survival and to collaborate with DSAI seems more viable for him to stay in power for at least another term.

    Then DSAI will step in as PM and later followed by KJ.

    How’s that?

    http://mmcrossings.blogspot.com/

  8. dah banyak sangat yang jadi macam ni… ketua pemuda bahagian sana sini… terpekik terlolong suruh Mukhriz berhenti menghentam presiden dan pucuk pimpinan… kemudian tu keluar lah penafian dari akar umbi..mengatakan bukan suara mereka 100%… apa ni… ketua bahagian ke…ketua cawangan ke.. mungkin akan jadi wakil ke perhimpunan agung mengundi bagi pihak akar umbi… kalau macam nilah caranya…. suara akar umbi yang mahukan perubahan dalam MT takkan sampai…

  9. kepada ahli umno yang nak perubahan tapi takut bersuara saya sarankan supaya luahkan hasrat anda bermula dari mesyuarat cawangan lagi. kenapa kita perlu takut untuk bersuara demi kebaikan umno jika kita benar2 ikhlas. umno adalah hak ahli2nya, bukan hak individu.kepada yang berkenaan jangan jadikan umno sebagai platform untuk kepentingan diri. jika wang ringgit dan kedudukan menjadi keutamaan insyaallah umno akan hancur.ciri2 tersebut dah pun ada. kepada mereka yang berjuang di atas prinsip2 mulia marilah kita berdiri teguh di belakang prinsip2 tun mahathir. saya dapat merasakan betapa kecewa tun dengan keadaan umno sekarang ini.siapa lagi yang akan merubahnya jika bukan kita semua.sama2 kita pastikan HASRAT JERLUN kesampaian.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: