Muslihat Ezam kembali kepada UMNO

Kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Md. Nor kembali kedalam UMNO dua hari lepas, yang diberikan layanan VVIP oleh Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan sesuatu yang begitu banyak diperkatakan, terutama peringkat akar umbi.

Dalam upacara khas tetapi luar biasa di Bangunan Parlimen, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menerima borang keahlian UMNO Ezam, berserta dengan RM 100.00 sebagai yuran membolehkan beliau menjadi ahli seumur hidup. Apabila ditanya pemberita samada permohonan Ezam itu akan diluluskan, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menjawab spontan “Kira luluslah tu”. Apakah Presiden UMNO mempunyai hak untuk memberikan kelulusan terbuka kepada mana mana pemohon, terutama seseorang yang pernah menentang calon UMNO dalam Pilihanraya Umum dan malah pernah memijak bendera keramat UMNO, Sang Saka Bangsa?

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin memberikan reaksi berbeza. Laporan Utusan Malaysia:

MT perlu bincang- Muhyiddin

KANGAR 29 Mei – Penyertaan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO perlu dibincang dan dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai parti pembangkang.

“Beliau tidak boleh diterima secara automatik sebagai anggota parti kerana MT perlu melihat rekod politiknya.

“Kalau dia orang baru dan tidak ada rekod, MT tiada masalah untuk menerimanya tetapi kalau seseorang itu ada rekod atau misalnya pernah meninggalkan parti atau dipecat daripada parti lawan, selepas itu nak masuk semula UMNO, itu kena bawa kepada MT.

“Dalam perlembagaan parti, MT ada kuasa untuk menerima atau menolak permohonannya,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi taklimat tataetika UMNO kepada pemimpin UMNO Perlis di sini hari ini.

***************

Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Hussein pula apabila ditanya mengenai kemasukan Ezam semula kedalam UMNO, mempersoalkan apa yang UMNO boleh dapat dengan kemasukan ini dan keikhlasan seorang pemimpin yang tidak lama dahulu begitu berusaha menghancurkan UMNO.

Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir juga mempersoalkan keikhlasan dan agenda sebenar Ezam kembali kepada UMNO yang diragui sebagai ‘pembuka jalan kepada Anwar Ibrahim kembali kepada UMNO’, sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia:

Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Noor kemungkinan mempunyai agenda tersendiri apabila kembali menyertai UMNO.

Tambahnya, beliau sehingga kini masih samar-samar mengenai tindakan itu kerana Ezam seperti diketahui mempunyai ‘sejarah tersendiri’ sewaktu berada dalam UMNO mahupun di luar parti.

”Saya risau apakah kemasukan Ezam menjadi satu petanda awal bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali menyertai UMNO,” katanya.

*******************

Sebenarnya, UMNO sekarang dalam persimpangan rumit dengan usaha Ezam kembali kepada UMNO dan Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah begitu mengalu alukan tindakan ini.

Banyak pihak melihat bahawa Ezam merupakan ‘kuda tunggangan’ Khairy Jamaluddin dijawatan Ketua Pemuda UMNO, dalam keadaan dimana Naib Ketua Pemuda UMNO itu sebenarnya amat tidak popular dikalangan akar umbi Pemuda UMNO. Sekiranya Ezam berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti 16 Disember ini, Khairy ‘berjaya’ kerana menghalang Mukhriz menduduki kerusi strategik itu dan sekaligus, akan ‘memperkudakan’ Ezam untuk terus ‘menguasai’ Pemuda UMNO. Ini mungkin percangan strategik Khairy untuk mempersediakan diri bagi merealisasikan impian menjadi Kepimpinan UMNO suatu hari nanti.

Ezam juga sebagai ‘kuda tunggangan’ Khairy untuk kunun kunun membawa perpaduan dan penyatuan Melayu, apabila Ezam kembali dan akan membawa jumlah yang signifikan orang Melayu dalam PKR kembali kepada UMNO. Ini akan di’putar belit’kan media arus perdana, yang akan menunjukan ketokohan dan kehebatan minda strategik Khairy dalam “Terus memperkuatkan UMNO”, tatkala begitu ramai orang Melayu, termasuk akar umbi UMNO sendiri berada dalam keadaan kurang yakin dan tidak menyokong parti itu. Sekiranya percaturan mebawa Ezam kembali kepada UMNO ini gagal menepati hasrat menunjukan usaha penyatuan Melayu, Khairy dengan mudah “lepas tangan” dari sebarang ‘tanggung jawab keatas eksperimen ini’.

Telahan bahawa usaha membawa Ezam kembali kepada UMNO sebenarnya membuat laluan (paving the way) agar Anwar Ibrahim kembali kepada UMNO adalah sesuatu yang menjadi fasa kedua mengenai cakap cakap ‘konspirasi’ Khairy-Anwar ini.

Apa pun, UMNO perlu berhati hati dengan pemimpin yang memang licik dan karier politik mereka selama ini berdasarkan ‘main wayang’ (deception) semata mata. Amat malang bagi orang orang Melayu dan UMNO ‘belajar dari kesilapan’ hanyalah selepas “Sudah terhantuk baru tergadah” (getting wiser after the event) kerana orang Melayu sebenarnya tidak mempunyai banyak masa dan peluang lagi, untuk membuat kesilapan besar. Terutama setelah 8 Mac 2008.

Published in: on May 30, 2008 at 23:58  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/30/muslihat-ezam-kembali-kepada-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Saya melihat episod ini sebagai suatu tindakan melulu Pak Lah tanpa memikir implikasi dan impaknya terhadap UMNO. Saya percaya ahli MT was never consulted, as always by Pak Lah. Siapa yang menjadi dalang kemasukan Ezam ini tentu anda dapat menekanya!
    Kalau lah asas penerimaan Ezam olih Pak Lah sebagai satu asset untuk memerangi DSAI, saya rasa lebih baik Ezam berada diluar Umno dan bisa memrangi PKR lebih effektif. Kalau dah duduk dalam UMNO, orang akan beranggapan Ezam jadi orang upahan UMNO dan apa jua yang di luahkan nya kelak tidak mempunyai kredibiliti!! Jawabnya Pak Lah dan penesihatnya kurang bijak dalam hal ini (itu pun kualiti mereka!)
    Saya amat setuju , we have ttreat ezam with a pinch of salt! Saya berpegang kepada kepercayaan saya sendiri bahawa kemasukan ezam ada udang disebalik tom yam!! Kita tahu hubungan DSAI dengan ezam tidak seburuk yang disangka, yang menjadi duri kepada ezam ialah azmin!!
    Jadi tiada untungnya ezam berada dalam UMNO selain jadi kuda tunggangan KJ aje!!!!!

  2. This guy ezam, is one scary dude, he speaks and walks like anwar ibrahim now leaves PKR, parking sekejap kat GERAK now wants to rejoin UMNO ostentibly impressed by Dollah’s so called brave reforms. Dollah welcomes him to UMNO to shore up support to cling to the presidentship, ezam is so cocky and arrogant that he did not bother about saying sorry for the years that he was out of UMNO and the many things that he done to destroy UMNO. Even called a press conference with Nallakaruppan (who used to be Anwar tennis partner) to explain why he wants to rejoin UMNO, this person has no credibility whatsoever and his principle is whatever that suits his self interest at this time. Orang macam ezam ni makes me want to puke.

    I do not see any benefit to UMNO with him joining, in fact UMNO would become more divided if he joins, Majlis Tertinggi UMNO must be aware that the ENEMY is at the gate, reject his application do not just be a stamp pad for Dollah hegemony in UMNO.

  3. I got sick looking at the pic – semua muka2 desperado!!

  4. Memandangkan situasi UMNO yang tenat, kemasukan Ezam ni hanya menambah parah je. Tiada nilai dalam apa jua segi sejarah, latar belakang, kredibiliti, hubungan etc etc..

    Orang macam ni hanya membuktikan lagi kelemahan Pak Lah. Saya dah tak segan-silu lagi mendakwa yang Pak Lah nilah sebenarnya ketua pembangkang dan UMNO terang-terang dah disabotajnya melalui PRU12.

    35 MP yang rasa-rasa UMNO dah jadi parti ‘Abdullah & Co’ cepat-cepat buat keputusan ‘bebas’kan diri anda SEGERA!!..

  5. “Kitorang kawan-kawan mana makan kawan”

    syed

  6. Kawan tak penting, KEBENARAN yang penting..

  7. Salam

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

  8. Salam

    Kemasukkan Ezam Mohd Noor adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, di mana mengikut Fasal 20:

    20.10
    Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

    Mengikut rekod bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu telah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan sekaligus membuktikan beliau tidak layak untuk menyertai UMNO kerana ianya telah melanggar perlembagaan UMNO yang dibuat pada tahun 2002 itu. Khas untuk ahli UMNO baru sahaja.

    Kenapa ya ahli UMNO yang mengkritik Presiden UMNO nak di kenakan tindakan disiplin dan di halang dari menyuarakan pendapat untuk menyelamatkan UMNO dan rakyat Melayu di Malaysia…KENAPA?

    Kenapa pulak orang yang pernah memaki hamun ahli UMNO dalam karier politik semasa bersama PKR hendak di bawa masuk ke dalam UMNO. Mana logik nya..KENAPA?..Orang yang banyak menyusahkan orang melayu dengan perhimpunan haram dll hendak di terima..KENAPA?..Orang yang hendak menghapuskan DEB hendak di terima..KENAPA?…Sebenarnya banyak persoalan yang perlu di jawab oleh kepimpinan UMNO yang semakin pincang dan tak tentu arah matlamat perjuangan untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..

    Kepada Dato Mukhriz teruskan perjuangan Dato untuk menyelamatkan orang Melayu di Tanah Melayu yang tercinta ini. KEPADA SELURUH AHLI UMNO AKAR UMBI FIKIR-FIKIRKAN JASA ANDA KEPADA ANAK CUCU KITA SEBELUM TERLAMBAT.. JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

    Wasallam

  9. Keahlian Ezam seharusnya atas dasar “probationary”. Dia harus “deliver something” sebelum diterima masuk.

    Dosa Anwar dan Ezam terhadap UMNO terlalu besar dan tidak seharusnay dilepaskan dengan mudah. Pelbagai rahsia parti yang dilakukan utk mengekalkan kedaulatan Melayu di bocorkan tanpa rasa tanggngjawab.

    Dia seharusnya confess dan ceritakan habis baru boleh dilepaskan dan dipertimbangkan keahliannya.

    Deliver a resounding defeat of Anwar Ibrahim dan lakukan expose itu sekarang baru kita pertimbangkan.

  10. Ezam boleh disangka bersih dan jujur. Lihat pada wajahnya. Ramai lagi manusia bersih dan jujur dalam negara ini. Lihat pada Anwar, lihat pada Perdana Menteri, lihat pada Khairy.

    Mereka bernasib baik, punya wajah dengan air muka yang bersih dan jujur. Hati mereka sukar diselami. Tindak tanduk mereka sering memberi makna lain dari wajah dan air muka.

    Cuma ada masanya, penumbuk sulung singgah dimuka dek kerana mulut yang celupar. Yang melihat jujur pada wajah sering tertipu. Yang melihat tindak tanduk sebagai ukuran kejujuran, memang ada, tetapi mereka berdiam diri kerana mulut mereka tidak celupar untuk menjaja setiap CERUK.

    Dikalangan pemimpin, yang jujur adalah yang malang.

  11. Islam Hadhari was launched with much pompous and money but grossly failed to become PM’s desired legacy to reform Islam. Most of those who saw on TV Ezam’s application to rejoin would be surprised at arranged splendor of the welcoming function. Most of us would also agree that SIL was instrumental in hoping to bring in Ezam and his ex-PKR entourage into UMNO.

    Questions

    1. What new themes are these ex-PKR boys bringing into Pemuda UMNO besides enhancing and linking up to PM’s proposed populist reforms? The slant of religious favor is quiet evident in the prelimeney statements of the ex-PKR chaps.Will they be “Liberal” Islam Hadhari zealots like the type favored and propogated by the US Administration and western powers similar to the ideals of the Foundation of the Future or the form of liberal Islam advanced by the many Malay Islamist socialists found in PKR and DAP?

    2. Are the proposed populist reforms perpectuated by PM or by SIL with his 4th Floor boys now found to be floundering and require new super actors to come to the rescue or have these been planned well in advance to prepare the stage for these new actors?

    3. What’s the real game plan of SIL since he is central in bringing these ex-PKR boys into possibly the nucleus of Pemuda UMNO? Is SIL dreaming to continue being the puppet master of Pemuda UMNO by letting Ezam be his dark horse against the genuine contestents for the Ketua Pemuda UMNO position so that the real black sheep of UMNO i.e SIL can continue holding officially the no 2 position?

    Update: Ezam’s 2 hours “Pengakuan Ezam” in Malaysiakini is not an eye-opener but more of eyes wash and deception perhaps to prepare the mindset of Pemuda UMNO to readily accept the “keiklasan” of Ezam under the whims and fancies of SIL. All the gala and huha is the typical type of Freedom of the Press/ Media played the SIL to achieve his desired propoganda. Let’s be honest, all the disclosures, the historical storyline by Ezam is non-relevant except that the UMNO names Ezam refered to have coaxed him into re-joining UMNO are SIL’s kunchu-kuncu. Thus can UMNO specifically and the Silent Majority generally accept another foolhardy ill conceived strategist game plan initiated by SIL?

    4. SIL is deemed responsible for the too many unforgivable disasters and failures of UMNO, BN and the country and that reality is imprinted deep in everyone’s mind. SIL’s only little perceived value left in UMNO is his slim win in the Rembau Parlimentary seat; should not SIL just remain as an ordinary member of parliament and lay his hands completely off UMNO youth and not interfere in the security and strategic directions and issues of country? No form of good governance can be assured for this beloved country unless the party does away with SIL and his disgusting ways! SIL better in solitude to concentrate on retaining his seat in parliment.

    5. UMNO and Pemuda UMNO grassroots conciously dislike curse and at best cynical of these new zealots of SIL. All the fanfare created by SIL for Ezam’s entry should not deminish such grassroots’s negative perception irrespective even if SIL dishes more bucks. At this lowest ebb in its history, can UMNO afford another mis-adventure by SIL with the ex-PKR youth leaders? To go against the populous tide of swealing disgust against No.1 and the 1st Family is no longer reverseable and UMNO is doomed to failure. MT UMNO tak faham-faham lagi ke? Hopefuly the grassroots will reject outright these ex-PKR boys and let the SIL be left in solitude sulking over his latest disastrous “brilliant” endeavour.

    Last couple of days at several functions I attended, I did a spot check again with several members of the public and the general perception at every spectre is the same: PM and the 1st Family must go. What has happened to our beloved country, it seemed totally lost, unrecognizable and going no where? When asked whether these new actors can sway such entrenched public opinion; there was more disgust in their laughter than anything else.

    6. To impress and appease the Silent Majority, will these ex-PKR youth leaders come forth with some central theme or idealism about new Malay Islam unity (the hallmarks of DSAI) in trying to bridge the gaps amongst the supposed divided Malay and Muslim communities under UMNO, PAS and PKR? For sure, the days of DSAI’s Reformasi are already back except this time DSAI has his boys invited deep inside UMNO to carry out such agenda. Let us not forget, the disastrous performance of BN at GE12 was not due to UMNO but the protest votes against PM and the 1st Family.

    7. The rift between these boys with DSAI is actually not serious. The growing perception of a PM-DSAI-SIL-Ezam- PKR plot runs wild with much rage and disgust among the Malay populace. In the days to come, will we see more of Tun’s remarkable words of wisdom “UMNO Bukan Lagi UMNO”, “Pemimpin Pemusnah”, “Perjuangan Yang Belum Selesai” etc? Many including Tun has already remarked that Ezam is a possible Trojan hours.

    8. Who is these ex-PKR youth leaders are trying, under SIL grandeur plots, promote as the next great statesman of Malaysia– PM, DSAI or SIL?

    These are common but critical isssues and questions currently and persistently lurking in the minds of the very concern Silent Majority after having seen the peace and tranquility of this country shattered by ill considered populist policies of the incompetent and power crazy SIL while his “senile” father-in-law at.helm of the country continues his deep sleep. The entry of these ex-PKR punks into UMNO will likely become UMNO’s Brutus in the Making.

    My full article under Enter UMNO’s Brutus in the Making can be viewed at http://www.whackthembugger.blogspot.com

  12. Bukan Ezam punya muslihat tapi KJ yang keparat. Pak Lah memang dah tak larat sampaikan senyum pun dibuat-buat.
    Susahnya MT dan jadi “macam tiang”, tak reti nak bertindak memenuhi kehendak akar umbi. Pak Lah tu dah lemah, kalau MT bangkang, dia mesti terkangkang.
    Tapi nak buat macam mana, orang Melayu memang takutkan benda-benda yang tak nampak. Pak Lah yang dah nyata lemah seluruh anggotanya pun masih ditakuti. Agaknya MT takutkan pontianak KJ, sebab tu semua asyik angguk-angguk.
    Harapkan Mukhriz aja yang berani sanggah. Dia pun bukan MT, cuma exco Pemuda aja. Tinggallah Khir Toyo, tapi Jawa Sungai Panjang ni tak berani mana pun. Kalau berani, tentu dia dah panggil EGM Bahagian sebelum ni.
    Akar umbi memang ternanti-nanti keputusan MT. Kalau terus bersikap “macam tiang”, tunggulah pula tindak balas akar umbi selepas ini.

  13. […] Some even issued press statement for this. The suspicion for Anwaristas is still strong and the distrust is very apparent. There will be certain quarters to question what is Ezam’s contribution for him to be […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: