Tun Dr. Mahathir: MP BN tinggalkan parti dan menjadi MP bebas untuk tukar Perdana Menteri

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesa MP BN keluar dari parti tetapi tidak menyertai mana mana parti lain dan menjadi kumpulan MP bebas dalam Dewan Rakyat, sebagai usaha untuk membuat Kerajaan BN sekarang menukar pemimpin dan Kepimpinan diterajui oleh pemimpin UMNO lain.

Beliau membuat gesaan demikian dalam program “Suntikan Semangat Satria” di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya pagi tadi. “Sekiranya 35 MP BN keluar dan bertindak sebagai MP bebas, maka Kerajaan (PM -Flip-Flop’ Abdullah) yang ada tidak lagi boleh memerintah. Perdana Menteri akan terpaksa berhenti. Apabila pemimpin lain ambil alih Kepimpinan, maka mereka boleh kembali kepada BN dan ada Perdana Menteri lain”. Ini merupakan selesaian agar Kepimpinan Negara ditukar dan segala masalah yang timbul, dapat diselesaikan oleh Kepimpinan baru.

Gesaan ini dibuat kerana beliau mengaku, dengan sistem yang ada sekarang (kuota) dan budaya ‘takut’ pemimpin pemimpin UMNO, kemungkinan besar ada sesiapa yang mampu meraih cukup pencalonan bagi mencabar PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah tipis. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah perlu ditukar segera.

Menjelaskan keputusan untuk keluar bersyarat dari UMNO “Saya mesti membuktikan apa yang saya harapkan orang lain buat, saya buat dahulu”. Sambil berseloroh “Saya biasa dah menjadi Mantan Ahli ni, dah dua kali!”.

“Sekarang ini, keadaan sudah menjadi apabila kita membincangkan soal mengenai ‘Melayu’, kita dianggap perkauman tetapi orang lain secara terbuka boleh membincangkan isu perkauman dan mempersoalkan kedudukan Melayu”.

Dalam isu Pulau Batu Puteh pula, beliau menjelaskan bahawa keputusan yang diberikan merupakan amat mengelirukan. Ini kerana surat yang ditulis oleh seorang pegawai British pada tahun 1956, digunakan sebagai modal untuk memberikan keputusan sedangkan apa apa yang dipersetujui Sultan Johor sebelum itu tidak langsung diambil kira. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan Malaysia “Tidak bersedia” berbanding Singapura, yang menghantar delegasi termasuk seorang Ketua Hakim. “Sedikit sebanyak, seorang berstatus Ketua Hakim akan mempengaruhi Hakim Hakim dalam kes itu”.

Dalam sessi sidang media, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk dipecat dari kedudukan sebagai Penasihat Petronas dan tidak perlu meletakan jawatan. Menurut beliau, Perdana Menteri ke III Tun Hussein Onn bukan ahli UMNO semasa pusingan akhir Penasihat Petronas dan beliau tidak dipecat dari kedudukan itu. Ini ditimbulkan sebagai reaksi kepada isu yang ditimbulkan dua orang Menteri Kabinet, Dato’ Azalina Othman Said dan Dato’ Ismail Sabri mengenai isu Dato’ Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi Sepang International Circuit, kerana mengumumkan keluar dari UMNO.

Program yang asalnya inisiatif oleh UMNO Cawangan Seksyen 14 ini telah diambil alih oleh NGO tempatan ARENA PJS 14 kerana mendapat tekanan Perhubungan UMNO Selangor.

*Gambarfoto ialah ehsan photo-blogger-journo Jinggo

Published in: on May 31, 2008 at 14:26  Comments (18)