Tun Dr. Mahathir: MP BN tinggalkan parti dan menjadi MP bebas untuk tukar Perdana Menteri

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesa MP BN keluar dari parti tetapi tidak menyertai mana mana parti lain dan menjadi kumpulan MP bebas dalam Dewan Rakyat, sebagai usaha untuk membuat Kerajaan BN sekarang menukar pemimpin dan Kepimpinan diterajui oleh pemimpin UMNO lain.

Beliau membuat gesaan demikian dalam program “Suntikan Semangat Satria” di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya pagi tadi. “Sekiranya 35 MP BN keluar dan bertindak sebagai MP bebas, maka Kerajaan (PM -Flip-Flop’ Abdullah) yang ada tidak lagi boleh memerintah. Perdana Menteri akan terpaksa berhenti. Apabila pemimpin lain ambil alih Kepimpinan, maka mereka boleh kembali kepada BN dan ada Perdana Menteri lain”. Ini merupakan selesaian agar Kepimpinan Negara ditukar dan segala masalah yang timbul, dapat diselesaikan oleh Kepimpinan baru.

Gesaan ini dibuat kerana beliau mengaku, dengan sistem yang ada sekarang (kuota) dan budaya ‘takut’ pemimpin pemimpin UMNO, kemungkinan besar ada sesiapa yang mampu meraih cukup pencalonan bagi mencabar PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah tipis. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah perlu ditukar segera.

Menjelaskan keputusan untuk keluar bersyarat dari UMNO “Saya mesti membuktikan apa yang saya harapkan orang lain buat, saya buat dahulu”. Sambil berseloroh “Saya biasa dah menjadi Mantan Ahli ni, dah dua kali!”.

“Sekarang ini, keadaan sudah menjadi apabila kita membincangkan soal mengenai ‘Melayu’, kita dianggap perkauman tetapi orang lain secara terbuka boleh membincangkan isu perkauman dan mempersoalkan kedudukan Melayu”.

Dalam isu Pulau Batu Puteh pula, beliau menjelaskan bahawa keputusan yang diberikan merupakan amat mengelirukan. Ini kerana surat yang ditulis oleh seorang pegawai British pada tahun 1956, digunakan sebagai modal untuk memberikan keputusan sedangkan apa apa yang dipersetujui Sultan Johor sebelum itu tidak langsung diambil kira. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan Malaysia “Tidak bersedia” berbanding Singapura, yang menghantar delegasi termasuk seorang Ketua Hakim. “Sedikit sebanyak, seorang berstatus Ketua Hakim akan mempengaruhi Hakim Hakim dalam kes itu”.

Dalam sessi sidang media, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk dipecat dari kedudukan sebagai Penasihat Petronas dan tidak perlu meletakan jawatan. Menurut beliau, Perdana Menteri ke III Tun Hussein Onn bukan ahli UMNO semasa pusingan akhir Penasihat Petronas dan beliau tidak dipecat dari kedudukan itu. Ini ditimbulkan sebagai reaksi kepada isu yang ditimbulkan dua orang Menteri Kabinet, Dato’ Azalina Othman Said dan Dato’ Ismail Sabri mengenai isu Dato’ Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi Sepang International Circuit, kerana mengumumkan keluar dari UMNO.

Program yang asalnya inisiatif oleh UMNO Cawangan Seksyen 14 ini telah diambil alih oleh NGO tempatan ARENA PJS 14 kerana mendapat tekanan Perhubungan UMNO Selangor.

*Gambarfoto ialah ehsan photo-blogger-journo Jinggo

Published in: on May 31, 2008 at 14:26  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/05/31/tun-dr-mahathir-mp-bn-tinggalkan-parti-dan-menjadi-mp-bebas-untuk-tukar-perdana-menteri/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. Adakah En. Muhkriz akan menyahut seruan bapanya?

  2. going by Mahathir punya past precedent, i say Mahathir harus disumbat dalam ISA.

    what say u all? or are mahathir’s supporters gonna say whats sauce for the goose is not sauce for the gander? If thats the case, then namanya hipokrit.

  3. Dear Bigdog,

    I’m conduction a research project on “blogging and democracy” in Malaysia. It would be great if you could be part of the project. Please contact me at mingkuok@gmail.com or mingkuok@psu.edu to further discuss this.

    Thank you.
    Ming Kuok

  4. […] media alternatif untuk bacaan di : BIGDOGDOTCOM, […]

  5. Siapa bilang sesaorang itu hiprokrit, dia lagi hiprokrit (it takes a bigger thief to catch a thief.). Sebagai seorang manusia pastinya Tun ada membuat kesilapan tetapi selama 22 tahun jasa Tun tidak ada tolok bandingnya sehingga negara kita yang hanya sebuah negara kecil menjadi negara contoh dan dikagumi. Kalau hanya biasa duduk, baca komik serta memerhati tetapi mulut ternganga besar dengan lidah membelit-belit macam ular sendok mengata-ngata macam-macam terhadap seorang yang diiktiraf sebagai negarawan, bukankah.itu hiprokrit no.1 atau lebih tepat Bangsat. Begitu juga perangai seekor beruk bila diberi ‘Bunga Raya’ (Guess what happens when you give a rose to a monkey). Yang mustahak kita umat Islam bukan hypokrit sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Quran atau hadith dimana balasannya hanyalah satu – NERAKA atau the very depths of HELL.

    Tun harus teruskan “perjuangan (Tun) yang belum selesai” dan kami rakyat jelata akan terus menyokong Tun tanpa berbelah bagi kerana Tun memperjuangkan kepentingan kami semua. Insya’Allah perjuangan Tun dan kami akan tercapai. Hidup Tun!!!!

  6. Ape hal nak marah sama Mahathir. Dia dah jadi PM lama dia tentu kenal anak anak buah dia dahulu yg sekarang jadi menteri. Biarlah dia tegur anak cucu dia. Semangat kenegaraan dan mempertahankan hak melayu dia haruslah di puji. Semangat ini lah yg dibenci oleh American, Western & sejenis org di M’sia ni (konon nya dasar sempit padahal diorang punya dasar benci org kulit hitam lagi sempit & egoistik).

  7. bilamana kita orang melayu bercakap pasal hak kita orang melayu. kita dipanggil racist.

    apabila sebuah kedia di suria klcc mempamerkan kekosongan jawatan yang hanya berkehendak bangsa cina saja.

    so wat should we call them?

  8. We are clearly living in unstable times, TunM’s call for a change in leadership is his right as a rakyat and former PM, but in doing so, with such drastic action like the mass resignation of 35 MPs is surely a tad too much considering it would set a precedent for future political instability. AAB was made president based on the existing regulations and culture within UMNO and the issue should also rightly be settled within that frame.

    apabila sebuah kedia di suria klcc mempamerkan kekosongan jawatan yang hanya berkehendak bangsa cina saja. so wat should we call them?
    you call them racist as well, but two wrongs don’t make a right.

    on a similar note,
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/2/nation/21425360&sec=nation
    (Malay students affected)
    Umno Youth Education Bureau raised scholarship issues again. This is their right to look out for the interest of the people they represent. In the article it was reported that the scholarships for non-bumis have increased, probably due to AAB’s call for meritocracy or some other factor. Anyway, isn’t it strange how it is always the Malays that are affected and not other bumiputeras, eg. Iban, Kadazan, Orang Asli, etc.

    As we are bound together by a thin thread of racial harmony/tolerance, the only solution is for the PSD, or any other government department for that matter, to clearly state how many positions/scholarships/jobs are reserved for Malays, other bumiputeras and non-bumiputeras, that way we can all get on with our lives, and the other bumis and non-bumis especially can know what their chances are and apply for scholarships elsewhere if they have good enough grades but are down in the list in terms of priority. Scholarship issues especially are tricky and is a recurring problem every year. Why can’t they just lay it out once and for all instead of waiting for it to go away by itself.

    By making this statement, the Umno Youth Education Bureau is simply saying that after 30 years of intervention policies to uplift the Malays, they are still unable to compete for scholarships fairly and still need such protectionist measures for them to advance academically. Or am I reading it all wrong.

  9. Kenapa pula Mokhzani perlu kekalkan post SIC tu?? Untuk kepentingan keluarga dia sendiri ke? Dah keluar UMNO, sah2 la letak jawatan tu lagi bagus, Suruh orang lain yang pegang jawatan. selagi Mokhzani ada dalam SIC, mestilah isteri dia, adik beradik dia akan terus kaya raya kerana projek2 dan event2 F1 yang mereka anjurkan sama2. Siapa pula kata SIC tu keluarga Mokhzani punya??

    Mokhzani dilantik sebagai Pengerusi SIC sebab dia ahli UMNO atau kapasiti kebolehan mengurus sukan lumba motorkar, terutama Presiden Kelab Pemilik Porsche????

    Dr. Sheikh Muzafar dipilih menjadi astronaut sebab dia ahli UMNO ka?

    Tengku Ahmad Shah menjadi Presiden FAM sebab dia ahli UMNO ka?

    Tunku Imran menjadi Pengerusi OCM sebab dia ahli UMNO ka?

    Apa relevan keahlian atau tidak UMNO dalam kebolehan sukan atau bakat?????

  10. Seruan Tun untuk MP UMNO keluar parti adalah satu perkara yang amat memalukan.Beliau yang saya anggap sebagai negarawan sanggup mengeluar perkataan yang amat menyinggung perasaan UMNO dan paling penting orang melayu.Apa sudah jadi pada anda, sudah hilang pertimbangan ke.Pejuang Bangsa Melayu berkata begitu
    Seperti yang saya kata dulu Tun sudah bersara sebagai PM sepatutnya menjadi penasihat tetapi Tun berlagak seperti berkuasa dahulu.Bagi saya ini soal Pak Lah.Kalau masa Tun berkuasa dulu saya nak tanya berapa kali Tun tanya pendapat YAM Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien semasa mereka hidup.Saya rasa tiada.Usahlah Tun menegakkan benang basah di sini. Nasihat saya, mungkin pendapat dan nasihat Tun boleh PakLah terima tetapi kalau dari segi keputusan sesuatu perkara itu hak PM yang berkuasa sekarang iaitu Pak Lah. Kenapa keluar UMNO secara bersyarat, keluar teruslah. Perbuatan ugutan terhadap Paklah macam budak2.Maaflah kalau saya bercakap kasar kerana saya masih hormatkan Tun. Tetapi kalau dah keluar UMNO, jangan bercakap tentang UMNO lagi.Apa Tun ingat Tun saja yang mempunyai prinsip dan Pak Lah tiada prinsip.Maaf saya kata bahawa Tun masih dibuai lagi dalam mimpi berkuasa dan mahu semua orang dengar kata Tun.Kalau saya berada di tempat PakLah saya pun terasa hati, tetapi Paklah ni orangnya tak mahu balas balik kerana kalau dia balas mungkin biasannya kena Tun sendiri. Kenapa Tun nak marah tentang Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan BPR kalau TUN tak buat salah. Itu hak PM dan rakyat serta MP UMNO lain selepas Pak Lah menjadi PM. Bukan nak jek PakLah tetapi kenyataannya begitu.Harapan saya Tun sebagai seorang tua yang dihormati,berundurlah serta kendurlah dalam memberi penerangan yang boleh menambahparah keadaan UMNO.Saya tak punya kuasa dalam menyekat Tun memberi pendapat dalam berbagai majlis tetapi saya minta sebagai anak melayu dan ahli UMNO,Tun akan lebih dihormati jika lebih bersifat ketuaan dalam memberi pendapat serta nasihat. Jangan buat kami tak hormat TUN atas jasa-jasa dalam UMNO lagi tambahan Tun sudah keluar UMNO

  11. Dr M dah malas nak layan kabinet sekarang…sangat lemah dan tidak dihurmati rakyat…

  12. Guys/girls, please use proper English when you leave a comment. Your comment is being viewed by people from all over the world. Dont tarnish the image of Malaysia by your broken English… Please….

  13. There must be a reason why did Tun voice out what he has been protecting and fighting all this while. you have no idea what he knew and what you dont. let us put it this way, if you were in Tun’s shoes, if you happens to know that your current government try to sell-off your country, or in another words, your country’s sovereignity, what will you do? he has his own reasons on why he did that, but, he dont dare to voice it out loud as our “nemesis” i can say, would know what he thinks and what moves he would take. he tried very hard with his whole heart to protect our sovereignity and the people of Malaysia from being pinned down by the westerners or anyone who wants to destroy us. for example, let’s do some flashback on what happened to Dato Seri Anwar about a decade ago, while Asian Continent was in attack by George Soros whom manipulated our currency, what was Anwar’s move at that time? didn’t he tried to borrow money from the IMF? isn’t that what he proposed to the then Prime Minister? no doubt he (Anwar) has his own formula to stimulate the economy to bounce back, but was the proposal he made really going to help us, instead of selling the country to the westerners? u can imagine if, the IMF has a total and precise control of Malaysian BNM, our GLCs and our economy for instance, isn’t that going to leave us in a big jeopardy? there’s no telling of how bad it would be if the westerners has total control of malaysian economy. as for the current situation, from the way we look at it, the current government is trying to sell us off. that is why Tun is really disappointed with the current government for jeopardising the Rakyat and putting us in danger. Mahathir has his own formula to develop our nation and he tried very hard to uphold and protect our legacy from being attacked by the outside world. he’s doing it for our future generation, think about your children, if we were again in the finger-point of the westerners. think about that for a second, as we may not live that long to watch our future generations suffer from our grave mistake. to Tun, you will have our continuous support and we will be with you. Hidup TUN MAHATHIR!!

  14. Assalamualakum…
    Semoga Tun diberi kesihatan yang berpanjangan dan senantiasa dicucuri rahmat dariNya.

    Kemanakah pendirian UMNO sekarang? Amat berbeza sekali di zaman pemerintahan Tun. Mengapakah UMNO sekarang mengambil senang dan mudah tentang pengambilan calon-calon baik dari akar umbi sehingglah ke buah yang masak ranun. Kini terdapat ahli-ahli UMNO, malah orang penting dalam parti terdiri dari orang-orang yang telah menerima tindakan undang-undang, lebih-lebih lagi amat mengejutkan apabila UMNO sekarang menerima orang yang telah banyak menghina UMNO dan menghina NEGARA sendiri di luar negara. Orang macam ni sepatutnya bertuankan negara yang menjadi dalang atau sebagainya.
    Kemanakah hilangnya kuasa Parlimen sekarang?
    Parlimen sekarang telah hilang kuasa mutlaknya kerana terdapat orang-orang yang tidak memahami dan sengaja tidak memahaminya. Parlimen sekarang telah menjadi tempat untuk ahli-ahli politik bertengkar dan ingin menonjolkan parti masing-masing.Boleh dikatakan tidak ubah seperti pasar borong Selayang. Tidak bolehkah mana-mana ahli dewan yang tidak mematuhi peraturan parlimen digantung @ dilucut dari menjadi EXCO.
    Keistimewaan Orang Melayu Kini makin terhakis? Di mana silapnya fikir-fikir la sendiri…..
    Terima Kasih Tun kerana menjaga kepentingan orang Melayu…Sesuai dengan laungan slogan UMNO – HIDUP UMNO…HIDUP ORANG MELAYU.
    Sedarlah & Bangkitlah Wahai BangsaKU

  15. salam tun disini saya nak memberi sedikit pendapat mungkin cara pemikiran saya tidak sama seperti pemerintah sekarang sewaktu tun menjadi pm byk ujian tun tempuhi seperti seorang panglima yang gagah berani mempertahankan bangsa dan negara tetapi selepas pemergian tun kami merasa kecewa dengan kepimpinan sekarang pak … hanya diuji dengan kenaikkan harga minyak global dan kesan ini memberi tekanan kepada rakyat kenapa seorang pemimpin hanya berucap menyuruh rakyat berjimat tetapi pemimpin tidak berani menurunkan gaji atau elaun pada diri dan menterinya untuk mengurangkan bebanan rakyat inikah pemimpin melayu sejati ataupun pemimpin yang bakal menjatuhkan umno dan rakyat akan berpaling kepada parti pembangkang yg diterajui oleh anwar yang sekarang ini menunjuk taring seperti dialah bakal menjadi perdana menteri bertarikh 16/9/2008 adalah hari keramat bagi parti rakyat adakah peralohan kuasa ini berlaku sekiranyan berlaku adakah hala tuju org melayu akan terpelihara atau mainan kata2 sahaja.tun adalah pejuang bangsa dan negara yang sejati susah untuk berjumpa orang seperti tun hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa tun semoga tun mendapat rahmat dariNYA

  16. Tun… dari 100% rakyat malaysia…mungkin 2 peratus sahaja yang tak stuju ngan Tun, tp selebihnya menyokong. Tapi biar apa pun tomahan dan hinaan di lemparkan kepada tun oleh manusia yang TIDAK MENGENANG BUDI( yang dahulunya menikmati kehidupan mewah dizaman tun) kami tetap berdiri teguh disamping Tun, kerana Tun lah kami BERJAYA..harapkan pemimpin sekarang ni… tak blh harap LANGSUNG!!!!

  17. […] 2008 yang sebenarnya dianjurkan UMNO Cawangan Seksyen 14, Pengerusi BN III itu mencadangkan agar MP BN meninggalkan BN (tetapi tidak menyertai Pembangkang dan/atau Pakatan Rakyat) dalam usaha untuk mendesak agar Perdana Menteri ketika itu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: