Semalam, Dewan Rakyat telah mengundi Usul Penstrukturan Harga Minyak dan Kenaikan Harga Barangan yang dibawa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Penguna Dato’ Shahrir Samad. Pembangkang, yang cuba menghalang usul ini dibentangkan, gagal berbuat demikian.
Utusan Malaysia melaporkan:
Pembangkang gagal – Usul subsidi minyak dibawa kerajaan lulus dengan majoriti undi
Oleh HATA WAHARI
KUALA LUMPUR 23 Jun – Cubaan pakatan pembangkang untuk menolak usul penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang yang dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat hari ini tidak berjaya apabila keputusan undian belah bahagi memihak kepada kerajaan.
Usul tersebut disokong oleh 129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) manakala 78 undi menolak usul yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi dengan BN mempunyai 140 Ahli Parlimen dan pembangkang dianggotai 82 wakil.
Ini merupakan kali kedua pembangkang memilih kaedah undian belah bahagi selepas berbuat demikian ketika undian meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 pada 28 Mei lalu, yang juga memihak kepada kerajaan sebanyak 92 berbanding 60 undi menentang.
Usul itu antara lain menjelaskan secara terperinci penstrukturan semula subsidi minyak iaitu strategi yang boleh mengelakkan negara daripada terjejas ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan tidak meletakkan Malaysia dalam kemelesetan ekonomi.
Ia juga menghuraikan penjimatan hasil penstrukturan semula subsidi minyak yang disalurkan kepada golongan miskin serta kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ketika membentangkannya, Shahrir turut menggariskan peranan Petronas dalam pembangunan negara dengan pendapatannya digunakan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi.
Kesemua 129 Ahli Parlimen BN yang menghadiri mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen ke-12 itu menyokong usul tersebut termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usul itu dibahaskan selama tujuh jam dari pukul 12.30 tengah hari oleh seramai 18 wakil rakyat iaitu sembilan daripada BN dan sembilan wakil pembangkang, antaranya Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Sebanyak 11 Ahli Parlimen BN tidak hadir semasa pengundian termasuk dua Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Dr. Chua Soon Bui (BN-Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (BN-Sepanggar) yang disebut-sebut minggu lalu akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.
Ahli Parlimen BN lain yang tidak hadir semasa pengundian usul kerana urusan rasmi ialah Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim (BN-Jelebu), Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique (BN-Setiawangsa) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh).
Turut tidak hadir ialah Tan Sri Rafidah Aziz (BN-Kuala Kangsar), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Datuk Tiong Thai King (BN-Lanang), Datuk Dr. James Dawos Mamit (BN-Mambong) dan Raimi Unggi (BN-Tenom).
Empat Ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir pula ialah Gobind Singh Deo (DAP- Puchong), Chow Kon Yeow (DAP-Tanjung) dan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
Usul itu pada mulanya dipersetujui diputuskan melalui undi persetujuan suara semasa sidang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua, Ronald Kiandee.
Bagaimanapun, ia terpaksa dimuktamadkan dengan pengundian belah bahagi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Ahli Parlimen pembangkang membuat bantahan.
Bantahan itu menyebabkan dewan menjadi gamat seketika apabila wakil daripada kedua-dua belah pihak saling mempertahankan keputusan masing-masing.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berhujah bahawa keputusan Ronald itu telah dibuat dan ia adalah muktamad.
Ahli Parlimen pembangkang, bagaimanapun, bertegas mahukan pengundian dijalankan melalui belah bahagi berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 44 (3).
Ketua Whip PKR, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang bangun membantah keputusan Ronald menegaskan, Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M. Kulasegaran telah bangun lebih awal untuk meminta pengundian dijalankan secara belah bahagi.
Kulasegaran mendakwa ada Ahli Parlimen BN yang akan menolak usul itu dan mencadangkan agar sistem pengundian di Dewan Rakyat diubah bagi melindungi mereka yang bercadang menolak mana-mana usul kerajaan.
Dewan kecoh seketika dengan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang itu, mendorong Pandikar Amin memutuskan supaya pengundian dijalankan secara belah bahagi.
Terdahulu, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) ketika membahaskan usul tersebut menyarankan kerajaan mengkaji perolehan syarikat minyak negara, Petronas, agar ia dapat digunakan bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat.
Katanya, kenaikan harga minyak dan barangan lain amat membebankan rakyat dan beliau percaya peningkatan itu lebih tinggi daripada gambaran inflasi 2.9 peratus yang dinyatakan kerajaan.
Halimah Sadique (BN-Tenggara) pula mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu akaun khas bagi menyatakan penjimatan yang diperoleh daripada penstrukturan semula subsidi harga minyak.
****************************************************
Usul yang diluluskan 129 undi menyokong dan 78 undi menentang ini diadakan secarakan undi terbuka, melalui sistem pengundian blok. Usul ini dilihat sebagai ‘pengesahan’ kepada kepada kenaikan harga yang diumumkan secara mendadak oleh PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hampr tiga minggu lepas. Kenaikan harga minyak secara mendadak ini diberitakan tidak dibincangkan dalam Kabinet terlebih dahulu dan diputuskan dalam perbincangan antara Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Mustapha Mohamad dan Menteri diJabatan Perdana Menteri Dato’ Amirsham A. Aziz yang pada asnya tertumpu kepada perbincangan cadangan menarik subsidi keatas gas asli untuk pembekal tenaga bebas (IPP).
Hari ini, ramai MP BN menyuarakan ketidak puasan hati dengan cara pengundian usul ini. Dalam pertemuan tertutup sesama antara mereka (Kelab Penyokong BN – BN BBC) di Parlimen, mereka meluahkan perasaan bahawa sebenarnya ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan usul ini, yang dianggap sebenarnya membebankan rakyat. Malangnya, mereka ‘terpaksa’ akur dengan ketetapan parti dan kemudian akan berdepan dengan rakyat dikawasan masing masing dan mempertahankan usul yang mereka sendiri tidak bersetuju.
Sistem whip yang diamalkan tidak membenarkan MP meluahkan perasaan sebenar rakyat yang mereka wakili tetapi sebaliknya mengundi usul yang ditetapkan oleh parti. Dikhabarkan BN BBC cuba mendapatkan pertemuan seberapa segera dengan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, selaku Ketua Whip Dewan Rakyat mengenai ini.
Dilemma MP BN yang cenderung untuk bangkit bersama sama tidak menyokong usul ini ialah Pembangkang mengunakan sepenuhnya peluang mempolitik dan polemikan isu Kenaikan Harga Barang ini dengan perkataan seperti “Menganiaya rakyat”. Ini sebenarnya lebih menghalang MP BN untuk bersama sama mereka dalam menentukan usul ini tidak diluluskan. Sepatutnya Pembangkang mengambil kedudukan non partisan dan mengutarakan hujah hujah menentang usul ini dari perspektif objektif rakyat , bagi mencari penyelesaian dan bukan mencari mileage demi kepentingan politik mereka semata mata.
Dalam pada itu, tiada siapa yang mengaku, termasuk Menteri DiJabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Nazri Aziz, yang juga Menteri yang bertanggung jawab hal ehwal Parlimen, mengeluarkan arahan melarang pemberita berkeliaran sekitar lobi Parlimen sehinggakan dikhabarkan bahawa pemberita bercadang untuk memboikot Parlimen. Cadangan ini tidak disenangi MP, samada BN ataupun Pembangkang. MP Kinabatangan Dato’ Bung Radin Mokhtar telah membuat pengumuman bahawa pemberita dibenarkan masuk ke kawasan lobi dan penghadang diangkat. Pemberita selepas itu kelihatan di Parlimen untuk membuat liputan, termasuk media alternatif.
Who and why would anyone wants to put Anwar’s life in ‘grave danger’, at this point of time?
So it was true PKR Adviser and convicted Former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim sought sanctuary in the Turkish Embassy in Kuala Lumpur. The excuse was, “Under assassination threat”.
Funny thing is, who and why would anyone want to physical hurt or threaten Anwar up to endangering his life, that he actually need to seek sanctuary in a foreign diplomatic mission in this country?
What did he actually do and why at this point of time?
Politically, yes, he is growing stronger. But this is not this week’s news. He had the ‘Black 14’ rally in Kampung Baru in mid April and other more rallies all over the country and he was fine, trumpeting his arrogance then. He made one announcement after another about how and when the Pakatan Rakyat ‘unholy’ coalition he managed to set up will seize power from Barisan Nasional, include the ‘fluid’ execution dates promises. That also includes the one in Ulu Kelang few weeks back, immediately after Government had the hefty petrol price increase, where thousands of people came to hear his rhetorics and out of this world promises, like always.
Anwar was so confident of himself that he actually took up the challenge to have the public debate, organize by an online paper with a Cabinet Minister.
So why suddenly, when young Saiful Bahri Azlan decided to make a Police report after alleging being sodomized by Anwar for the eighth time and “Anwar starting to get more “demanding”, after announcing his engagement” (just like what happened to UKM lecturer Hairani Mohd. Nafiz), now Anwar’s life is under grave threat that tantamount to ‘assassination’?
(Lets get this right: “Anwar sodomise a young man, so the ‘Government’ tried to assassinate Anwar for this????”. I have gone through so many fictional political thriller works and I must confess, this the most ridiculous of them all!)
Wouldn’t the ‘boy who cry wolf’ aka Saiful Bahri, be the one who should be under grave threat, especially by the mob-mentality rabid Anwar supporters?
Again, Wan Azizah and Azmin is quick with the “Police and Judiciary cannot be trusted” excuse (conveniently, these are the people who rallied on ‘Judicial Reforms’ since last September with the revelation of the V K Lingam tapes). So by wrongfully accusing Anwar with preposterous sexual criminal charges, the BN Government could even demise faster. So, again, how would it benefit the Government if Anwar were to be assassinated, at this point of time?
How can this episode this time, not be another crappy Anwar Ibrahim sordid sandiwara, all over again?