Kenyataan media Dato’ Mukhriz Mahathir mengenai pengumuman kenaikan harga runcit petrol

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos.

Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga..

Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi. Seperti yang kita lihat, keputusan ini telah memberikan kesan yang negatif kepada rakyat. Golongan peniaga dan pedagang pula mengalami ketidak ketentuan yang merumitkan perancangan untuk perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berjaya menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara, dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.

Saya juga terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini menggesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah meningkatnya kos sara hidup pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

*Ikuti temuramah Dato’ Mukhriz dengan Astro Awani mengenai isu pengumuman kenaikan minyak mendadak

*Notakaki yang dikemaskini pada 7.10pm:

Malaysia telah menyaksikan tujuh kali kenaikan harga minyak semenjak 1 Mei 2004 (setelah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah Ahmad Badawi di’sah’kan sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berjaya membawa BN memenangi 198 kerusi dari 219 kerusi Dewan Rakyat dalam Pilihnaraya Umum ke XI 21 Mac 2004).

Jadual kenaikan itu adalah:

– Harga runcit petrol ialah RM 1.37 dan diesel RM 0.78 seliter pada 1 Mei 2004

– Harga runcit petrol ialah RM 1.42 dan diesel RM 0.83 seliter pada 1 Okt 2004

– Harga runcit petrol ialah RM 1.42 dan diesel RM 0.88 seliter pada 1 Mac 2005

– Harga runcit petrol ialah RM 1.52 dan diesel RM 1.08 seliter pada 1 Mei 2005

– Harga runcit petrol ialah RM 1.62 dan diesel RM 1.28 seliter pada 31 Jul 2005

– Harga runcit petrol ialah RM 1.92 dan diesel RM 1.58 seliter pada 28 Feb 2006

– Harga runcit petrol ialah RM 2.70 dan diesel RM 2.58 seliter pada 5 Jun 2008

Published in: on June 5, 2008 at 13:40  Comments (46)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/05/kenyataan-media-dato-mukhriz-mahathir-mengenai-pengumuman-kenaikan-harga-runcit-petrol/trackback/

RSS feed for comments on this post.

46 CommentsLeave a comment

  1. Bro, The PM is batting for the other team! This eliminates the upperhand we might have in frightening the BN MPs from hopping out in view of a possible snap election. Call a snap election after this announcement and we’ll get slaughtered like a squealing pig. The bookies have left the Malaysia Cup. Now it looks like they’re soliciting our lawmakers to sell the game.

    I doubt it he has guts to call for snap elections.

    Maybe, he will use the unrest derived from this abrupt and sharp increase in retail petrol price as an excuse to have more grip in power. A perfect opportunity to suspend Parliament and re-introduce NOC (just like Tun Razak came into power in 1969).

    But this time, de facto joint Directors of NOC are guys name Khairy Jamaluddin and Kamaluddin Abdullah!

  2. July 12th demo untuk turunkan minyak. Suruh minyak turun dengan dia-dia sekali! Bawak turun orng Jerlun 10 bus.

  3. Senario

    Bapa kerja makan gaji. Jawatan: Kerani Kanan. Bini tak kerja. Anak 4 orang.

    “Nak, harga minyak dunia dan makanan dunia naik mendadak lah, mulai hari ini kita kena ubah makanan asasi kita dari nasi ke maggie.”

    Selang beberapa bulan…

    “Nak, harga minyak dunia dan makanan dunia naik mendadak lagi lah, mulai hari ini kita kena ubah makanan asasi kita dari maggie.ke ubi kayu”

    Selang beberapa bulan…

    “Nak, harga minyak dunia dan makanan dunia naik mendadak lagi lah, mulai hari ini kita kena ubah makanan asasi kita dari ubi kayu ke BATU.”

    Kalau dah bapa tak reti nak berpikir cara mana nak dapatkan pendapatan lebih, memanglah keluarga akan melarat!!!

    KALAU KEPALA NEGARA TAK RETI CARI PENDAPATAN UNTUK NEGARANYA, RAKYAT AKAN MELARAT!!!

    Harga barang, petrol dll akan tetap naik!!! Itu kenyataan. Tapi kerana kita ada OTAK, kita patut pikir camno nak dapatkan lebih pendapatan supaya dapat menampung apa juga kenaikan

    STEP DOWN PAKLAH!!!

  4. kasi tampal ini poster

    12 julai lambat sangat ar.. esok bleh?

  5. At least Pak Lah’s and his cabinet is acting in a consistent way – act hastily and without much planning! Consequently causing much confusion to the public.

    Any taxi driver of sound mind would refuse to use their meter. Why should they? If I were to use a cab and the taxi driver dutifully uses the meter, then I would step out of the cab as the I am sure the cab driver is an insane person.

    How about bus fares? How on earth can the operators bear the additional (and significant) increase in the cost without jacking up the bus fare?

    The hastiness can only means the country’s coffer is bare.

    Still a half past six cabinet.

  6. I am sick and tired of everything. There is only one person that I see that is fighting so hard for the future of the country. Everyone else: your bark is worse than your bite!!!

    He fought for Malaysia to emerge as a world respected country years ago and now fights a battle to ensure its relevance to all of us.

    Tun Mahathir, you must come back and lead the country back to the right path. Even in your eighties, you still have the guts and above all being the wisest.

    By the way, I am sure there are a minority who would not agree especially the group who write comments in Malaysia Today. For this group of people, regardless of the issues everything bad is because of TDM. Now, Malaysia Today definitely have very good write-ups but the comments not worth reading – like a broken records- the same music.

    Why are we like this today? Must be “sumpahan kerana kerap derhaka”. Derhaka kepada Raja, pemimpin yang telah menabur jasa…”. Think about it.

  7. BILA MINYAK NAIK !

    Pak lah gemar buat kejutan
    Dahulu PRU 12 diterjahkan
    Ogos naik harga jangkakan
    Tetiba esok dikuatkuasakan

    Bukan sedikit amaun naikan
    41 peratus harga ditokokkan
    Kalau RM20.00 dulu isikan
    Kini RM28.00 baru sepadan

    Esok akhbar elok kita belikan
    Teliti rebate/subsidi janjikan
    Adakah rakyat makin tertekan
    Atau pun lebih jelas keadilan

    serling
    [05.06.08]
    khamis
    ….
    p/s:
    – Kejutan PRU 12, BN gagal 2/3 majoriti parlimen dikekalkan & 5 + 1 negeri bukan BN perintahkan

    – Kini impaknya sapa pulak ? Diri paklah sendiri ke ?

  8. […] Untuk membaca kenyataan penuh Ahli Parlimen Jerlun tersebut, klik disini. […]

  9. Wahai para kekawan sekelian
    Rebet dijanji cara pengagihan
    Melalui MO/Wang pos urusan
    Empunya POS siapa gerangan ?

    Ingatkah Avenue & LCMLibra
    Tak ada istilah khidmat percuma
    Ambil Roadtax komsen pun kena
    Sebegitu Paklah & Co laba dijana

    p/s;
    -tolong betulkan maklumat takut kalau2 POS kini jadi hak milik majority pihak lain !

  10. Agreed with all these comments.

    Permission to stick all these comments in malaysia today for all those bozo’s commentators.

    If I’m RPK, I’ll quit with that sort of audience..

  11. If the Government does not waste so much money on all the unnecessary activities that it is undertaking the money could have been put to much better use for the Rakyat. The fuel price increase could have been in stages and in line with a workable plan to improve the overall public transport system (which is really necessary if you want people to drive less). The PM and all his cronies should change their lifestyle – please stop travelling overseas all the time on my tax dollars, give up your big and gas guzzling cars and for goodness sake stop thinking about setting up a science lab (?) on Middle Rocks. The Rocks will be gone soon anyway with global warming. I’m sorry if my post sounds so disco-ordinated – I’m just sick and tired of the whole situation.

  12. tahniah..
    terima kasih PM Malaysia yg “disayangi”..
    ini lah “hadiah kemenangan” BN pilihanraya lps..
    time kasih skali lg..
    sok2..aku pn tpkse mkn batu & kayu…=(

  13. Following Tun’s 22 years of administration, Tun has put in place a system of governance designed for the good of the people and consequently our country has adapted its own and culture conduct of resilience.

    Then came the House of Abdullah Badawi, desperately wanting to introduce changes = reforms, reforms and after reforms were introduced to undo what Tun has put in place in trying to create a vision for its own legacy into the hallmarks of the country. Unfortunately, most of these reforms were initiated not necessary for the best interest of the people but particularly to appease the whims and fancies of key western powers led by the US, Britain & Australia, in demonizing Tun and more recently focusing on recapturing its lost electorates. As a consequence, the present leadership, in steering off good governance, has become so weak and without credibility, trapped by the pitfalls of its own selfish visions. Incompetent, PM is being led rather than leading, making more disastrous mistakes along the way.

    We would be foolish to expect any leadership out of the imminent crisis. The people are of one united voice- down, down, down PM, you have to go.

  14. during Tun’s tenure as PM, we were never told to change our lifestyle. and i swear if he was still in power, he would have taken out his magic hat and save us from drowning in this deepshit. OR, he would at least minimise the impact that as we all know, have been hitting us hard.

  15. I’ve post my view at http://fluxlounge.wordpress.com/2008/06/05/dollah-badawi-one-word-for-you-pukimak-kau/ it’s a bit harsh, but who care? I am mad… And so are you..

  16. KOMEN LE APA PUN, DOLAH HARAMJADAH BUKAN NAK BACA.

    SEMINGGU LAGI ORANG LUPA LE KES MINYAK NAIK HARGA.

  17. KOMEN LE APA PUN, DOLAH HARAMJADAH BUKAN NAK BACA.

    SEMINGGU LAGI ORANG LUPA LE KES MINYAK NAIK HARGA.

    DONT BOTHER ABOUT MALAYSIA TODAY. THEY ARE JUST
    “GENG ALONG”

  18. Ciss!!!!

    Sekelip mata, rakyat menjadi susah! Kos sara hidup meningkat! Kualiti hidup rakyat menurun!!!!

    Apa kerajaan mau lakukan sekarang?

    Apakah Jemaah Kabinet benar benar merasakan kesempitan hidup sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah?

    Jika benar, maka sanggupkah mereka dahulu yang buat “PENYESUAIAN DALAM GAYA HIDUP”, seperti gaji, elauns dan claims diturunkan 40%? Elauns perumahan dan keraian, perks seperti motorkar dan pemandu dan kalau buat perjalanan, First Class dan Suite dalam hotel 4/5 bintang LANGSUNG DIHAPUSKAN?????

    BOLEH BUAT TAK, DEMI MENUNJUKAN KEIKHLASAN MEREKA KEPADA KESEMPITAN HIDUP SEBILANGAN BESAR RAKYAT??????

    Kawan setuju sangat dengan cadangan ini!

    “Kepimpinan melalui teladan”.

    Jemaah Kabinet, yang membuat keputusan menaikan harga runcit petrol 40% sekelip mata akan menurunkan kualiti gaya hidup rakyat. Oleh itu, mereka dahulu patut “turun”kan kualiti gaya hidup mereka dan menghayati kesempitan hidup rakyat jelata.

  19. Dulu batal macam-macam projek dengan alasan duit tak ada. Harga minyak dinaikkan berkali-kali sebab tak mampu nak tanggung subsidi. Bunyinya macam bagus tapi hakikatnya haprak. Sebenarnya kerajaan memang tidak mahu memberi subsidi walaupun keadaan itu mencetuskan kepayahan rakyat.

    Petronas diletak di bawah kuasa Perdana Menteri sepenuhnya. Apa tujuan mereka yang menetapkan sedemikian itu ketika permulaan Petronas. Kenaikan harga petroleum dunia turut memberi keuntungan besar kepada Petronas. Kalau Perdana Menteri sebelum-sebelum ini cukup jujur untuk menggunakan sebahagian royalti dan keuntungan Petronas bagi membantu rakyat, khususnya dalam detik-detik sebegini, Perdana Menteri sekarang secara rakus memastikan semuanya itu dibolot oleh kroninya semata-mata.

    Perdana Menteri hari ini sudah tidak patriotik. Tindakan-tindakannya jelas menjahanamkan negara ke peringkat asasnya. Sememangnya dia tidak layak untuk mengetuai kerajaan. Tidak patriotik samalah dengan pembelot. Sebagai rakyat yang patriotik, tanpa mengira kecenderungan politik, kita perlu memastikan pembelot ini turun dari pucuk pimpinan kerajaan serta merta, dengan apa cara sekalipun.

    SETUJU!

    Apabila tindakan yang diambil oleh Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, tidak lagi memenuhi kepentingan majoriti rakyat dan negara, maka sesuai ianya dianggap tidak lagi patriotik.

    Sebenarnya, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mula menjadi “TIDAK PATRIOTIK” semenjak perbincangan/perundingan antara ‘Tingkat Empat’, EPU dan UPEN Johor mengenai South Johor Economic Region enam bulan sebelum Tuanku Sultan Johor melancarkan Iskandar Malaysia (Nov 2006).

  20. Masaalahnya…….yang dok diatas bg cadangan tak realistik ..suruh ubah gaya hidup , sampai sutuh makan kledek , banyak ke bapak dia orang makan kledek, suruh ubah gaya hidup . jangan tengok TV ..jimat letrik dan bill Astro..abis nak tengok apa .tengok Wayang Kulit . aku doa kan mereka mereka yg makan duit rakyat biar dia mati besok keluar duit ikut bontot dia. padan muka

  21. Sengsara dan derita rakyat Abdullh x tau… yang dia tahu berkepit dengan Jeanne aje……

  22. Tariff dah nak naik juga. Jika lifestyle rakyat harus tukar, maka menteri2 dan timbalan2 menteri juga harus tukar gaya hidupnya. Dari bulan hadapan, segala bil letrik mereka harus di tanggung oleh mereka sendiri dan bukan kerajaan. Minyak kegunaan kereta kerajaan juga harus di tanggung oleh mereka. Ini, kereta kerajaan satu, entah2 isi minyak kereta peribadi yang 7-8 bijik pun charge kat kerajaan jugak. HARAMI punya pemimpin!!! Nak kahwinkan anak paksa bernas sponsor beras ber-ton ton, lepastu kutuk bernas kerana nak tambah pengeluar bagi kroni. Masa banjir Bernas sponsor beribu ton beras kepada mangsa. Tak kedengaran pun terima kasih dari kerajaan. Kawan pun dapat beras untuk kawasan kawan. Terima Kasih Bernas.

    Pergi tengok kawasan Damansara Heights sahja. tengok macam mana mereka boleh mampu buat rumah macam gedung dengan gaji mereka termasuk si Anwar jugak dulu.

    Berapa agaknya nilai kekayaan keseluruhan MKT yg di Glenmarie sekarang? Berbillion agaknya. Lu ingat dia orang pedulikan kita?

  23. […] said the decision taken was “tidak bijak”. Read here, and watch the Astro clip […]

  24. Rakyat yang terlupkan..terus merana dalam keresahan. Kenaikan BBM hanya menguntungkan ORang2 kaya, sementara si Miskin semakin menderita. Inflasi terus naik, berikut harga2 kebutuhan pokok.

  25. سلام

  26. Memang dah jangka. Masa kempen dulu pun dah habaq, jika BN menang minyak akan naik RM3.00. Depa tak caya.

    La ni, kawan cadangkan, turunkan atau hapuskan terus tol untuk offset kenaikan minyak kerana kos minyak dan tol hampir sama. Contoh, jika dari KL ke shah Alam, dulu minyak RM20.00, tol RM16.80, jadi jumlahnya RM36.80.
    Jika dihapuskan tol atau kurangkan 50 peratus (degan KWSP kerajaan menerusi badan berknaun mengambil alih share PLUS, ini bererti kos minyak ke destinasi yang sama ialah RM28.00 dan tol RM8.40, jadi jumlahnya RM36.40.

    Apa kata Pak Lah, Datuk Shahrir. Tak kan sifir tu pun tak faham?

  27. MAAF ADA PEMBETULAN. Bukan dari KL ke Shah Alam tapi dari KL ke Seremban.

    Memang dah jangka. Masa kempen dulu pun dah habaq, jika BN menang minyak akan naik RM3.00. Depa tak caya.

    La ni, kawan cadangkan, turunkan atau hapuskan terus tol untuk offset kenaikan minyak kerana kos minyak dan tol hampir sama. Contoh, jika dari KL ke Seremban, dulu minyak RM20.00, tol RM16.80, jadi jumlahnya RM36.80.
    Jika dihapuskan tol atau kurangkan 50 peratus (degan KWSP kerajaan menerusi badan berknaun mengambil alih share PLUS, ini bererti kos minyak ke destinasi yang sama ialah RM28.00 dan tol RM8.40, jadi jumlahnya RM36.40.

    Apa kata Pak Lah, Datuk Shahrir. Tak kan sifir tu pun tak faham?

  28. KITA NI DOK SEMBANG JE…. ORANG DIATAS TAH DENGAR KE TAK AGAKNYA.TAH TAH INTERNET PUN TAK PERNAH BUKAK… ASIK SURUH ORANG SURUHAN JE PANTAU… YANG BAGUS DIA AMBIK, YANG PEDAS ORANG SURUHAN PUN TAK SAMPAIKAN KE YANG BERKENAAN.(PASAL APE TAK AMBIK PEDULI??? SEBAB TAKUT KAT ORANG ATAS. NANTI KENE PECAT PULAK. ANAK BINI KENE TANGGUNG.. SAPE NAK BAGI DUIT..SEBENARNYA ORANS ATAS NI BUKAN SAPE PUN. LAMBAT LAUN KETANAH JUGA. KAIN PUTIH JUGA… BUAL-BUAL KOSONG JE….BANG BUNG BANG HABUK PUN TAK DAPAT…BILL INTERNET JUGAK KENE BAYAR. DUIT JUGAK TU.

  29. TAK GUNA CAKAP SEKARANG DAH. DEPA DAH JADI MENTERI. SAPE SOKONG??? KITA SEMUA JUGA… TAK KIRA LAH PEMBANGKANG KE PEMERINTAH KE SAME JE KALAU DAH LEPAS UNDI… DEPA DAH MENANG… MANUSIA SEMUA GILA KUASA. PADAHAL TAK SAMPAI KEMANA PUN. NANTI JAWABLAH WAKTU AKHIRAT KELAK…

  30. Pak Lah “Saya nasihatkan rakyat menyesuaikan gaya hidup dengan perubahan yang berlaku dengan berbelanja cara berhemah…”

    Saya “Saya cadangkan, ko, Pak Lah, ambik alih gaji rendah seorang pekerja biasa beranak 5, isteri tidak bekerja dan cuba menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.”

    Shahrir Samad “Kita buat keputusan untuk menyelaraskan kenaikan dengan segera. Buat apa kita tunggu berbulan2 untuk sesuatu yang pasti akan berlaku…”

    Saya “Samada ko suka ke tak, keputusan yang sepatutnya ialah selaraskan kenaikan harga secara berperingkat, bukannya drastik, demi meringankan beban kami seberapa boleh…biarpun sampai ke saat akhir.”

    Pak Lah “Cemerlang, Gemilang, Terbilang..”

    Saya “Temberang, Gemerlap, Terbuang..”

    Pak Lah “Saya pantang dicabar!”

    Saya “Saya pantang tido tempat kerja!”

  31. KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN ( YANG TUHAN ANUGERAHKAN USIA PANJANG ) CEPAT- CEPATKAH KUMPULKAN BEKALAN DI ALAM SEBENAR… TAK LAMA LAGI DAH TU… BERINGAT CEPAT… TUHAN TAKKAN BAGI PELUANG KEDUA LAGI DAH. TOKSAH SIBUK URUSAN KAT DUNIA NI DE… LANTAKLAH ORANG YANG MUDA PULAK YANG TERUSKAN….

  32. Pak Lah “Amacam kalu lepas PRU ini kita naikkan, ummm, apa yang boleh kita naikkan aaa?”

    Shahrir “Pak Lah, minyak ni kalu kita naikkan sedap nih. Balas dendam kat rakyat, last PRU bagi kita majoriti mudah je.”

    Pak Lah “Baguih tu. OK, aku announce jam 5 ptg, enforce jam 12 malam hari tu gak! Bagi huru-hara! Tu la, saya pantang dicabar nih!!”

    Shahrir “Amacam kalu kita announce naik letrik sekali? Baru piaoo, left and right kena..”

    Pak Lah “Aku setuju, tapi jangan la left and right sangat, kesian. Kita bagi le sikit, macam turun harga beras wangi dgn beras pulut ka. Bagi semua orang beli banyak2, boleh cepat gemuk. Baru orang cakap rakyat Malaysia nih sihat2 belaka…”

    Anwar “Bagus korang nih, semua korang naikkan. Apa lagi nak korang naikkan? Naikkan darah rakyat Malaysia korang takde pikir ke?”

  33. For one whose approval rating is at an all time low (among all PMs of Malaysia), clutching the results of a badly administered and significant loss of BN last election, who incurred the wrath of the monarchy, a deepening crisis within UMNO and components of BN, and awkward standoff with Sabah and Sarawak…he’s still got the guts galore to hike the fuel, electricity and, heck even gula I was told, wont be spared.

    Yippeeee ka yaaayyy…he does have balls.

    p/s: Dear Blogmaster, apologies for my continuing comments. I just cant help it, I’m just peeved…

    Obi Wan Kentucky signing out.

  34. Anok Oghe Tupat – AKA Org Minyak Yg Dah X leh Jadi Org Minyak Sbb Minyak Naik. Tq F**k Lah.

    SKARANG NI AKU DOK MENYUMPAH SETIAP PENGUNDI X KIRALAH DIA PENGUNDI BETUL KER PENGUNDI HANTU YANG MANA MENGUNDI B*BI NASIONAL (BN). KERANA MEREKALAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENDERITA!!!!!!!!!!!!

    Dr Blog ahmadatalib.blogspot.com

    * kerajaan kita tak berhati perut!
    * tak boleh buat beransur-ansur kah?
    * saya pakai kereta Perodua Kancil. Kenaikkan ini menjejaskan hidup saya
    * kalau macam ni, macam mana nak pergi cuti dan jalan-jalan cari makan
    * What! They think we are millionaires ah!
    * I regret voting the Barisan Nasional and put them back into power
    * Is this how they return our faith and trust?
    * BN menang pilihanraya, rakyat menderita
    * Memang betullah orang kata BN tu maknya Barang Naik!
    * Kalau ya pun nak naikkan harga, takkan tak boleh buat berperingkat
    * Dahlah naikkan harga minyak, RTM pula cuba nak bagi hati kita sedap tetapi mereka tak ikhlas
    * Tak boleh pakailah dia ni!
    * Kita kena ajar BN di pemilihan akan datang
    * Menteri memang mudah cakap, tetapi kita rakyat biasa yang bisa
    * Dengan cara macam ni BN harap nak kembali berkuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor? Pergi jalan dah!
    * Kerajaan dah bayangkan nak naik harga, tetapi tak sangka sampai begini!
    * Apa dah jadi?

  35. Esok kalo F**k Lah & Menteri Sarkas mati aku gi siram ngan petrol `ORI’.

  36. Asmekum….nie lah kalau dah x fikir akan kesempitan rakyat..suka2 je naikkan harga lepas ni rakyat malaysia yg kerja kilang kerja jualan kecil – kecilan xpayah guna kenderaan guna kaki je…
    em…macam mana tun boleh tarik dia jadi PM nie dulu…

  37. obi wan’s conspiracy theory is pretty cool, lols. who knows. revenge on the rakyat for making him look bad, ‘ambik ni korang, lain kali tengok korang brani lagi tak.’

    another theory is possibly time is running out, so a retirement fund of sorts. grabbing as much as possible.

    or before pr takes over, burn down the fortress, and leave them a big mess. ‘aku nak tengok camana diaorang nak turunkan harga minyak. cakap pandai. skarang dah 3 inggit, banyak mana dia nak potong’

    but then guess who was the brilliant guy that created the national car industry. high tariff for foreign cars, public transport system never solved, haphazard town planning where it’s impossible to get from one place to another without a car. after 20 plus years since the brilliant idea, now everyone can drive but can’t afford too!

    you can’t even reach putrajaya without a car, how smart is that. at least we have nice buildings and what was once the world’s tallest twin towers to look at.

    let’s face it, no matter who’s in power, making malaysia a good country for the rakyat was never the priority.

    satu lagi projek terbengakalai barisan…

  38. pk lah & menteri fikir ubah cara hidup macam kartun tu lah tengok kartun banyak sngat..
    formula perubahan yang berkesan untuk menyahut seruan kerajaan?..
    1. nasi kita buat bubur
    2. Makan 3 kali turun 1 kali sehari atau puasa sepanjang tahun ..kan bagus
    3. Baju agak macam nak jadi kain buruk baru tukar la..
    4. spende tak payh tukar koyak-koyak pun orng Xnampak..
    5. Mandi seminggu sekali je cukup…jimat
    6. TV xpayah tengok kalu cite conan 2 suruh anak baca komik kawan je..
    7. guna pengangkutan awam kalu xeffisien naik basikal la..
    8. kenduri kawin nanti cuba2 la hidang ubi atau keledek ganti nasi…jgn malu bole

    formula seterusnya pada sidang 2 salam “NAIK”

  39. Ha ha ha , macam2 cara pembaruan nak ubah cara hidup. Aku tak pun tak faham nak ubah cara mana lagi. Aku rasa diorang yang patut ubah.

    Aku pun tak faham lah macam mana diorang yang bijak pandai bodoh ni berfikir.

    Kalau ikut aku, yang otak ala2 kampung ni, nak naik kan harga minyak banyak mana pun sukahati korang lah, tapi pikir jalan alternatif yang munasabah sikit.

    Contohnya, tarik balik semua subsidi minyak. Dah tentu kerajaan untung berbilion ringgit. Korang marah tak kalau kerajaan tarik balik semua subsidi. Kalau aku, akau tak marah tapi dengan satu syarat!

    Nak tahu syarat dia? Macam ni:

    Keuntungan berbilion ringgit kerana tidak memberi subsidi tu, gunakan lah untuk subsidikan stesen2 minyak pasang NPG gas. Pas tu wujud kan mekanik2 , subsidi jugak , ubah suai nak pasang engin yang guna gas kat semua jenis kenderaan.

    Gas kat malaysia ni kan banyak! Bila semua stesyen minyak ada gas, dan upah nak ubah suai pun murah sebab ada subsidi kerajaan, rakyat pun dengan rela hati guna gas sebagai bahan api.

    Jadi kerajaan pun bagi subsidi pun sekali je, takde lah setiap tahun. Dan rakyat pun buleh jimat berbelanja. Itu pun tak leh nak pikir.

    Kalau ko nak tahu, kerajaan Bangladesh agak nya lebih cekap pikir cam mana nak atasi masalah kenaikan minyak ni. 90 peratus kenderaan kat sana guna gas. Sebab tu ko tak nampak protes kat sana kalau minyak naik melambung.

    ISh ish ish.

    Buleh pakai ke idea aku yang tak seberapa ni.

    PAsar beras pun sama le. Bekalan dalam negara 70 peratus dan 30 peratus diimport. Tapi yang heran nya macam mana 30 peratus tu boleh mempengaruhi 70 peratus tu. Halo dato’ tolong tengok sikit. Kut2 ada suku sakat korang ambil kesempatan.

    Asalamualaikum

  40. pak lah ni memang kurang ajar la..jEnis menatang beruk ape aku pun tak tau..f**k Lah bangang tu.!cube la korang tengok di rata-rata tempat diseluruh peLusuk m’sia sekarang ni..smua orang tengah PANAS hati dengan kerajaan & kabinet yang ada skrg ni..

  41. pal lah bodohlah

  42. Heloo…
    semua ape kabo??…salam kenaikan demi kenaikan…yang kita rasai..kabenet…potong elaun…10%..nak tunjukkan “JIWA RAKYAT”…10% tu berapa????…elaun keraian tu aku ingat..dah 10,000 elaun saja…kalau 10% baru 1,000…heheheeee…..bodoh…kita semua diperbodohkan…potong je tang basic…diorang..30% @ 40% baru betul jiwa rakyat…

  43. pak lah bodoh…

    makan duit rakyat….

    tidur di meeting dan makan gaji…

  44. Assalamualaikum semua yg tengah panas2. Kalau cakap je, tapi tak berani take action,baik diam je lah…Gue ni sonang je. Kalau bukan Nik Aziz jadi menteri (org yg kuat agama), baik tak payah undi. Berdosa kalau undi pengkhianat bangsa. Nik Aziz, gue tabik springggg sama lu. The most lowest profile leader in the whole world. Name one if you can.Other than him, Gue tak trust. Buta dunia, gila duit dan pangkat. Kalu pegang kuasa, tapi dibenci rakyat,baik tak payah. Bini pun tak terjaga…Salam semua. Stay cool.Doakan kepada Allah swt kepada yg Islam (your individual god to other religion) supaya pemimpin tak guna menerima balasan yg sepatutnya….

  45. Dunia sekarang ni susah nak cari pemimpin yang betul-betul amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Ramai yang mengidam pangkat kekayaan. Memang dunia nak kiamat. Banyak bukti dah kearah itu. Pak Lah dikatakan saja Mr Clean, tapi anak menantu dia yang nak ‘clean’ harta negara. Depa tak takut neraka jahanam yang dok tunggu depa. Bacalah sirah Nabi Muhammad saw macamna baginda memerintah negara. Kita takut mati tak sempat taubat.

  46. […] was a month of controversials. The Federal Government abruptly announced the exhorbitant increase of retail price for petrol and diesel, which is deemed to be burdening the rakyat. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, being conned by […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: