Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini mendesak agar Kerajaan menyuarakan suara rakyat Malaysia dipersada antarabangsa, walaupun mengenai isu global yang tidak mampu dikawal dan berusaha untuk menjaga kepentingan rakyat termasuk menentukan jurang antara kaum makin luas, terutama kepada orang Melayu sebagai kaum majoriti. Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam program dialog yang dianjurkan Gabungan Teknokrat Merbok di Sungai Petani, Kedah petang tadi.
“Kita mempunyai cara kita sendiri untuk menyelesai masalah global yang ada kena mengena dengan kita” dan member contoh penyelesaian krisis ekonomi semasa matawang Ringgit diserang ‘Penyangak Matawang Antarabangsa’, pada September 1998. “Ada masalah global yang kita tidak boleh buat apa apa tetapi ada isu yang kita boleh tangani sendiri. Malangnya, hari ini perkara yang kawal ditangan kita sendiri, seperti menjayakan Wawasan 2020 sebagai negara maju kita gagal”.
Isu serangan matawang diserang pernah dibangkitkan dalam pelbagai arena antarabangsa seperti Forum IMF tetapi isu kenaikan harga minyak yang mendadak, Kerajaan hari ini gagal membangkitkan dipersada antarabangsa walaupun Malaysia merupakan negara perdagangan ke XVII terpenting dunia. Walaupun sebenarnya bekalan minyak dunia mencukupi, namun begitu kerana kuasa spekulasi Amerika Syarikat berjaya menaikan harga minyak dengan mendadak, bertujuan untuk membiayai peperangan yang mereka anjurkan di Afghanistan dan Iraq.
Beliau menjelaskan dalam soal politik dan diplomasi antarabangsa, Malaysia memang terkenal dengan ketetapan dasar dan suara yang begitu lantang selama ini, termasuk zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang membangkit isu Apartheid. Hari ini, suara lantang Malaysia mengenai isu isu Palestin, serangan ganas Israel ke Lubnan dan sebagainya tidak lagi didengari.
“Jangan setakat hanya menjadi ‘jaguh kampung’. Suatu masa dahulu kita amat dihormati kerana ketegasan dan kelantangan suara kita! Kerajaan mempunyai tanggung jawab untuk menjaga kepentingan orang Melayu, sebagai kaum majoriti (yang akan menentukan kestabilan negara) kerana terpinggir dari arus pembangunan dan pendidikan”.
Beliau menjelaskan bahawa hari ini, berlaku keadaan dimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula dipersoalkan dan Kerajaan yang sepatutnya bertanggung jawab mempertahankanya demi kepentingan kaum majoriti, kini sudah mula tiris.
Dalam UMNO sendiri, isu isu yang dibincangkan diperingkat akar umbi, Cawangan dan Bahagian tidak dibangkitkan langsung diperingkat Perhimpunan Agung Tahuhan UMNO. “UMNO tidak cukup dengar permasalahan akar umbi, terutama ekonomi orang Melayu. Berlaku tapisan isu yang dibangkitkan dalam UMNO terutama waktu Perhimpunan Agung Tahunan, maka orang Melayu mula mencari alternatif lain, termasuk memberi sokongan mereka kepada Pembangkang. UMNO mula menjadi tidak relevan kepada orang Melayu”!.
“UMNO perlu menjauhi rasuah politik kerana orang Melayu memerhati rapat perkembangan parti. Perhimpuan Agung Tahunan kali ini merupakan titik tolak survival UMNO, untuk menentukan ‘Tsunami Politik’ yang dialami semasa PRU 12 tidak menghancurkan UMNO!”.
Majlis yang dihadiri Exco Pemuda UMNO Marzuki Yahya turut mendengar ucapan alu aluan Ketua Pemuda Merbok Abdul Karim Ali sebagai penganjur.
*Perkembangan dikemas kini 5.45pm
Dalam sessi soal jawab, Mukhriz mempersoalkan kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Md. Nor kembali kepada UMNO yang begitu diberikan layanan ‘istimewa’ oleh Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah “Siapa Ezam ni? Dia dulu dengan siapa? Bukankah Anwar Ibrahim merupakan ‘bapak segala rasuah dalam UMNO’ (membuat rujukan bagaimana Timbalan Presiden UMNO En. Abdul Ghafar Baba berjaya disingkirkan pada tahun 1993)?”
Beliau juga membangkitkan perasaan Pejuang Bangsa yang mempertahankan UMNO, terutama ahli ahli UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan tatkala orang seperti Ezam yang dianggap sebagai ‘Pengkhianat UMNO’ cuba meruntuhkan parti dan negara, semenjak gerakan ‘Reformasi’ 10 tahun dahulu dan “Ezam perlu ‘membersihkan diri’ dan menunjukan benar benar keikhlasan (insaf)”. Exco Pemuda UMNO juga itu berikrar “Selagi hayat dikandung badan, membujur lalu melintang patah kita tidak akan benarkan Anwar kembali kepada UMNO!”.
Ketua Cawangan UMNO Kulim High Technology Park pula menarik perhatian hadirin apabila mendedahkan bahawa syarikat pembekal kuasa di High Tech Park Nothern Utilities Resources (NUR) Sdn. Bhd., yang dimiliki Bumiputra akan dijual kepada Singapura. Mukhriz menjelaskan ianya tidak seharusnya berlaku kerana utiliti merupakan syarikat strategik. Beliau menyingkap kisah dimana Time Telecoms pernah cuba dikuasai Temasek tetapi Perdana Menteri ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menghalang dan kemudian ‘memaksa’ Maxis membeli syarikat itu. Hari ini, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sudah berlaku dimana saham Telekom Malaysia dan TNB dijual kepada Temasek Holdings.
*Perkembangan dikemas kini Isnin 9 Jun 2008 9.00am
Menurut laporan The Star hari ini, Mantan CEO Avenue Capital Tengku Zafrul merupakan salah seorang dari yang berminat membida NUR ini. Beliau yang pusingan ini menjawat CEO Tune Money, dikatakan membuat bidaan bernilai RM 700 juta.
Sila juga layari laporan Sira Habibu, Ketua Biro The Star di Kedah mengenai isu Ezam kembali ke pangkuan UMNO dan kenaikan harga minyak.