Blog Pemuda UMNO “Media Saka Bangsa”

Dipetik dari laman blog Media Saka Bangsa:

Media Saka Bangsa ialah blog untuk Sekretariat Perhubungan Media Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diujudkan agar pergerakan sayap kiri parti nasionalis Melayu tertua negara ini dapat berinteraksi dengan semua pihak, secara terbuka, konstruktif dan dalam suasana berunding, wacana ilmiah dan konsisten.

Ini adalah sebahagian dari plan untuk kami memahami suara hati, pendapat, hasrat, aspirasi dan idealism yang diharapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pewaris Kepimpinan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Terima kasih kerana memberikan kami peluang untuk berinteraksi dan sama sama mewarnai dunia bloggosfera ini.

Kata kata aluan Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO, Dato’ Sazmi Miah:

Dengan nama ALLAH ang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Pemuda UMNO Malaysia mengakui, PRU12 baru baru ini telah mengajar dan menyedarkan ramai dari kalangan pemimpin muda UMNO yang sesuatu harus dibuat untuk menguatkan kembali sayap UMNO ini. Kami juga mengakui sesuatu perubahan perlu dibuat untuk pemuda UMNO diterima kembali oleh generasi muda sebagai wadah perjuangan mereka.

2. Penubuhan Sekretariat ini adalah salah satu pendekatan yang telah diambil oleh kepimpinan pemuda didalam mengharungi suasana yang mencabar kewibawaan dan kerelevenan parti keramat ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan reaksi dan berinteraksi secara lebih terbuka dengan pihak media, ngo dan lain lain yang berkenaan, agar Pemuda dapat merubah, jika perlu, halatuju perjuangan sayap ini demi kepentingan parti.

3. Sebagai langkah awal, sekretariat bercadang mengadakan perjumpaan dan berinteraksi dengan pihak media, samada alternatif atau mainstream yang dilabelkan oleh pihak tertentu, bagi mendapatkan reaksi, pandangan, kritikan serta pendapat sebenar, pihak media yang secara langsung menyampaikan suara rakyat.

4. Ini berdasarkan kepada penting dan relevennya peranan media, di dalam membentuk minda dan persepsi rakyat generasi muda terhadap kerajaan dan perjuangan parti.

5. Oleh itu saya bagi pihak sekretariat mengalu alukan kedatangan pihak media ke majlis ini, dan sama2 menyumbang idea, pandangan dan kritikan terhadap Pemuda UMNO, agar kami dapat mengembalikan kepercayaan generasi muda terhadap perjuangan kami.

6. Saya juga mengalu alukan komen, kritikan, pandangan yang membina melalui laman web ini dan akan dibuka selama 44 hari dari hari ini, untuk memberi peluang kepada pelayar web, bloggers, atau sesiapa sahaja yang berminat untuk berbuat demikian, terutama kepada mereka yang tidak dapat bersama di dalam majlis tersebut samada berada jauh atau pun kerana minyak telah naik.

Tepuk dada tanya selera.
Wassalam dan terima kasih.

SAZMI MIAH
Pengerusi

sakabangsa@yahoo.com

Published in: on June 8, 2008 at 00:15  Comments (60)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/08/blog-pemuda-umno-media-saka-bangsa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

60 CommentsLeave a comment

  1. Beb Alaikum salam. Kalau sekali sahaja menhunus keris sudah bersikap pondan memohon maaf kepada rakyat bukan Melayu, buat apalah awak sibuk buat bolg, nanti setiap artikel yang di tulis kena mintak maaf tak habis-habis.

    PEMUDA SUDAH HILANG HAKNYA UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU. PERGI JALANDAH DENGAN KAU SEMUA.

    Kita tunggu Dato’ Mukhriz naik baru kita iktiraf blog ini. Kalau bawah Dato’ Mukhriz juga Pemuda bersikap macam Pergerakan Pondan UMNO Malaysia, maka beliau pun harus di kejam habis2an.

    Jangan kita begitu mudah memperkecil atau memperlekehkan.

    Pemuda UMNO sekarang dalam proses ‘peremajaan semula’ (rejuvination). Sekurang kurangnya ada usaha ‘berfikir diluar kotak’.

    Kalau kita penyokong UMNO tidak memberikan pandangan konstruktif, bagaimana Pemuda UMNO akan bergerak kehadapan membawa aspirasi kita?

    P/S: Isu “Memohon maaf mengenai soal Keris merupakan sesuatu yang dilakukan ‘sekali lalu’ (in passing). Malangnya, media memilih untuk memperbesarkan isu tersebut.

  2. Beb, sekali lalu ke sepuluh kali lalu ke, IANYA TAK SEHARUSNYA BERLALU LANGSUNG. Hisham menghunus keris sebagai ketua pemuda di arena Pemuda UMNO. Dia tak boleh memohon maaf diatas namanya sendiri kerana nama Hishammuddin itu tak laku satu sen pun. Kedudukan Ketua Pemuda UMNO itu tinggi nilainya. Dia seharusnya tahu beza di antara dua itu.

    Brader, kita sentiasa memberi pandangan konstruktif tetapi baghal pemimpin2 kita semacam Ketua Pemuda yang frustratekan usaha dan semangat kita.

    Rejuvinate the damned movement when Mukhriz takes over. Right now you still have a bad apple leading the Wing. This is the problem when you get in through the back door using your family name. While Mukhriz is going against the grain to make it right, he is going with the flow and kissing ass while diminishing our position in the Malaysian society.

    Don’t worry, I’m not a Mukhriz fan rightfully whacking the so called youth chief. I’m a Malay who has yet to receive handouts from the Malay govt yet am holding high the struggles of the Malay party.

  3. pemuda umno sekarang mesti menerima hakikat bahawa slogan keris,topi percuma,t-shirt percuma,beras percuma,jalan tar sampai ke laman rumah,hanya sesuai untuk golongan umur 70an.bagaimanapun golongan 55 tahun kebawah khususnya guru-guru,ahli professional,pemuda-pemudi yang bekerja di agensi kerajaan dan swasta dah muak dengan cara itu.umno dan pemuda umno sebelum pru ke 12 khayal dengan kemegahan dan kemenangan dari pru ke 11.ramai kontraktor-kontraktor kelas f yang berlagak dengan 4 wheel drive (pajero atau pick-up) mengekor bakal-bakal calon berkempen , tunjuk muka dengan bakal yb (nanti terlepas tender pulak). Namum mereka ini semua tidak buat kerja untuk parti untuk berkempen. hanya nak tunjuk lagak sahaja (mengabih boghes ajo).khusus di n.sembilan, ketua pemuda perhubungan negeri n.s., gagal melaksanakan tugas, kononnya nak sedia gempur pembangkang. saya pernah mencabar seorang pemimpin pemuda umno cawangan kalau berani pergi gempur kerumah orang kuat PAS p.besar. mereka tak pergi pun.hanya cakap aje besar. mat-mat rempik hanya memekak telingga orang kampong. orang kampong meluat dengan gelagat pemuda-pemuda khususnya yang bawa 4 wheel drive yang langsung tidak hormat orang tua atau menegur pengundi-pengundi.

  4. kesempatan di blog ini, maseh ada masa sebelum bermulanya mesyuarat agong cawangan, bahagian dan pusat,umno dan pemuda,wanita,puteri,putera perlu memikirkan semula bahawa buat masa sekarang pemilihan mesti ditangguhkan ke tahun depan. yang penting sekarang memulihkan parti dan menangani krisis ekonomi yang begitu teruk sekarang. lapuran analisis ekonomi dari bank negara dan pengalisis professional tidak boleh dipakai dan diterima kerana mereka merujuk pada graf koporat yang dah berjaya. sebenarnya orang melayu dan usahawan melayu amat terseksa sekarang ini, khususnya yang berpendapatan rendah dan peniaga-peniaga kecil. kos sara hidup dan kos pengurusan perniagaan semakin tinggi.kenaikan minyak kita boleh terima.bagaimanapun tindakan lain perlu dilakukan lebih drastik seperti menurunkan semua cukai impot, menaikan gaji kakitangan awam, harga komoditi getah, kelapa sawit dan lain-lain perlu dinaikan. hasil keuntungan petronas menjual minyak mentah dengan harga tinggi ke luar negara mesti di agihkan bersama-sama dengan rakyat malaysia iaitu kos rawatan kesihatan percuma, semua yuran pibg,yuran sukan,lain-lain yuran di sekolah kerajaan adalah percuma. yuran ke IPTI diturunkan 70% dan biasiswa dan pinjaman pelajaran dinaikkan nilainya.duti impot untuk semua impot makanan utama dihapuskan dan harga makanan dikawal serendah-rendahnya harga. para nelayan diberi subsidi yang utama bagi mengurangkan harga ikan yang begitu tinggi.pinjaman perniagaan kepada peniaga kecil hendaklah pertingkatkan nilai pinjaman supaya kecairan tunai terus aktif. perjalanan ke luar negeri dikenakan bayaran yang tinggi dan penghantar wang tunai melalui cek/mo/po oleh pekerja asing keluar negeri dikenakan komisyen yang tinggi.(nilai dalal).inilah tugas sebenarnya umno/pemuda umno dan parti komponen bn. pertelagahan pemimpin hendaklah dibawa ke meja rundingan.yab pak lah mengalahlah sikit dan berjumpa berbincang dengan pak tun mahathir demi agama, bangsa dan parti.

  5. dah tersungkur baru nak sedar diri. Doa ajelah mudah2an selamat.

    Biasalah. Orang Melayu ada bidalan, “Dah terhantuk, baru nak tergadah”.

    Bahasa Inggerisnya, “Wiser after the event”.

  6. SALAM BRADER, Saya amat sedih sekali melihat Tun Dr Mahathir dihina dan diaibkan bukan oleh pembangkang tetapi UMNO sendiri. Kalau pemimpin agung itu dihina sedemikian rupa apatah lagi saya hanya ahli biasa cawangan UMNO. Walaupun byk krisis politik dikatakan dari TDM sendiri tetapi kami sebagai rakyat biasa tetap hidup aman damai tanpa kesengsaraan walaupun berlaku kegawatan ekonomi. Krisis kehakiman,ISA, isu dalaman UMNO tidak mengubah apa-apa nasib rakyat marhain cuma mereka yang berkenaan sahaja.Saranan saya kepada sang saka bangsa, nasihatlah pemimpin tertinggi anda sekarang supaya ambil peduli kesengsaraan rakyat terutama kenaikan harga minyak. BERPOLITIKLAH TANPA MENYUSAHKAN RAKYAT. alasan subsidi tinggi, kenaikan minyak antarabangsa hanya boleh diberi kepada pelajar tadika sahaja. SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI KALIAN SEMUA MEMBELA NASIB RAKYAT FAQIR MISKIN DAN SEDERHANA. “kalau tidak buat jugak alamat Tuhan dah tutupkan pintu hati kalian”.TQ

  7. terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada yb dato’sharir samad (menteri hdn &hp) yang berjaya dalam debat dengan yb salahudin ayub (ketua pemuda pas pusat).kita akui dato’shahrir memang hebat berpidato dan boleh mematahkan tohmahan pembangkang kerana itulah beliau kekal sebagai ahli parlimen j.bahru. apa yang penting, yb dato’shahrir tentunya dapat menerima teguran secara terus dari peringkat akar umbi tanpa tapisan dari pegawai-pegawai jabatan yang suka mengampu. yang saya ingat dato’shahrir ketika menjadi timbalan menteri perdagangan pada 1982 dulu, beliau kreatif mencari halatuju membantu peniaga-peniaga melayu dengan menganjurkan konvensyen usahawan melayu di dewan chanselor universiti malaya.
    oleh itu saya berharap pemuda umno kena belajar dan rujuk dari dato’shahrir bagi nak berdebat dan mencari idea untuk mencapai wawasan 2020 serta membantu peniaga-peniaga menangani masaalah krisis minyak sekarang ini. dato’shahrir bukan mengampu perdana menteri atau sesiapa demi menjaga mempertahankan jawatan, tetapi beliau melihat kepada realiti siapa lagi yang nak tolong rakyat khususnya orang melayu.dulu beliau sanggup keluar umno demi rakyat dan kebenaran dan menang dalam pilihanraya (calon bebas) begitu juga sekarang ni dato’ibrahim ali (ibrahim lari) .wakil rakyat yang sebeginilah yang kita perlukan untuk membela rakyat . yang lain (tak semua) ramai untuk jaga jawatan dan keluarga.ada wakil rakyat terpaksa berdiam diri kerana ekonomi sendiri tak stabil termasuklah wakil rakyat pembangkang.bila pakatan rakyat sudah menguasai 5 negeri, kita mesti lihat apa kebaikannya untuk kita jadikan contoh atau alternatif yang lain untuk kita bersaing. sama macam saingan peniaga, tawaran yang terbaik dan munasabah maka ramailah pelanggan yang datang membeli (tidak semestinya harga barang murah). yang penting bagi pelanggan biasanya ialah kualiti dan kuantiti serta perhidmatan yang bersifat ‘win-win situation’.
    begitu juga dalam parti, jika bn mampu membiayai dan menguruskan parti dan kerajaan dengan telus, maka kepercayaan rakyat terus akan menyokong umno.

  8. Politics Must Take the Backseat Now
    http://www.kulitpisang.com

    The axe has fallen. And it fell hard. Petrol price at Malaysian pumps increased by 40% overnight. A hike of RM0.78. But in reality, an increase, no matter how painful, was inevitable. Rational Malaysians are not under the illusion that we will be spared this global phenomenon but the quantity of increase and timing is an issue of debate on the ground.

    Members of Parliament and State Assemblymen must have had to use their spare battery last night because the flood of calls and SMS would have overtook the congratulatory messages they received when they secured their seats.

    Our elected officials must answer pertinent and pressing questions. Why wasn’t there a longer time frame to condition the mindset of Rakyat?. If you save RM56 billion from the reduction in subsidy, where is the funds channeled to? What are the immediate and long term plans for use to encounter this problem? What are proposed improvements to public transportation? Are we examining the use of alternative energy, if yes what is the extent of the study? Is Proton going to manufacture cheap, easily accessible and functioning hybrid cars? What are the policies to assist businesses adversely affected by the hike? How would you enforce retailers increasing prices for a profit?. These and many-many more.

  9. SEKADAR RENUNGAN…!!!

    SIAPAKAH TUAH YANG SEBENARNYA.

    Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya

    Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ?
    Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ?
    Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ?
    Apa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?
    Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T
    Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakukan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.

    Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela..
    Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya
    Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana ..
    Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi..
    Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Yang Bernama Taming Sari Dgn Segala Tipu Daya.
    Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta..

    Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah..
    Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..

    Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram.

    Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah
    Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..
    Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela..

    Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka..
    Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya..
    Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka..
    Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa
    Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana..

    Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah..
    Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah..
    Redha Ia Dengan Ketentuan Allah..
    Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Menurut Segala Hasutan Syaitan.

    Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..?

    Si Tuah Durjana Juga Sanggup Membunuh Jebat Dgn Tipu Daya..
    Si Jebat Pembela Keadilan Terbunuh Kejam Di Tangan Tuah Yang Gila Kuasa Dan Nama
    Selaku Anjing Raja Tuah Sanggup Membunuh Siapa Saja..
    Segala Titah Terjunjung Di Atas Batu Jemala..

    Sudah Menjadi Resminya Dunia..
    Manusia Jahil Menilai Permata..
    Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka…
    Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja..

    Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha..
    Dicari Pembesar Serata Melaka..
    Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..
    Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka…
    Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana.
    Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama..
    Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara… !!!

    Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana
    Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita..
    Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina )
    Di Dalam Istana Raja..
    Dang Baharu Dijadikan Mangsa
    Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua
    Sebelum Terjadi Segala Peristiwa
    Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka
    Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..
    Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya
    Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..

    Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka

    ” Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan.
    Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa…
    Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka…
    Janganlah Kita Alpa..
    Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah..
    Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran

    Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah..

    ” Tak kanMelayu Hilang Di Dunia ”
    ” Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) ”

    Tiada Gunanya Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat..”

    Salahkah Jebat Menuntut Bela ?
    Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ?
    Yang Mana Lebih Tinggi ?
    Perundangan Islam Atau Kuasa Raja ?
    Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..

    Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..??

    Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..??
    Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat…
    Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat… !!

    Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini…
    Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..

    Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat..
    Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat..
    Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..

    Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang..
    Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang..
    Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang..
    Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang..
    Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang..
    Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang
    Dan Tun Mamat Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi Meminang..

    Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..

    Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah..
    Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah..
    Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah..
    Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..

    Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah
    Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat
    Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan..
    Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah..
    Namun Nasi Telah Menjadi Bubur..
    Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
    Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..

    Sejarah Sentiasa Berulang… !!!
    Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam..
    Maka Bala Allah Pun Sampai..
    Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu…

    Melaka Di Serang Portugis Pada Tahun 1511..
    Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara..
    Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara..
    Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar..
    Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..

    Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..

    Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman PemerintahDanJugaUlama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta MembiarkanSegala kemungkaranTersebut BerleluasaKeranaTaat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..

    Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif
    Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..

    Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat
    Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..

    MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA… !!!

    Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang ” Pantang Dicabar ” Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!!

    Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta.. Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba… Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!!!
    Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim..
    Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..
    ~ TAMMAT~

  10. Permasalahan UMNO hari ini banyak merujuk kepada KJ. Tingkah laku dan tindakan KJ. KJ dilihat sebagai punca UMNO bermasalah. KJ dilihat terlalu mencampuri urusan parti dan negara. KJ dilihat terlalu berkuasa dibelakang tabir. Aku nak tahu apa stand pemuda dalam hal ini. Bercakap secara jujur, without fear or favour. Jangan jaga kepentingan. Penyingkiran KJ dari scenario politik adalah sebahagian plan pemulihan keyakinan rakyat. Rujuk artikel Masa Depan UMNO dalam chedet.com. Itulah sejujurnya luahan the silent majority. Aku tidak mahu pemuada @ KJ punca kehancuran UMNO. Kill one to save the thousands, Saya cabar pemuda berani menegakkan kebenaran. HIDUP TUN

  11. Aku didatangi rakan-rakan semalam memberitahu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis akan jadi runner KJ di Johor. Bersiap sedialah Pemuda UMNO Johor digempur $ KJ. Jangan sampai UMNO hancur

  12. to the silent malays umno or non umno , mukhriz is the best candidate for the no 1 pemuda post. What say u pemuda?

  13. PEMUDA!! If u have the GUTS!!! DENY KJ From PEMUDA.

    Thats what we all demand from u pemuda

    Otherwise UMNO and pemuda is still rubbish and stay irrelevant.

  14. Hang Tuah lambang pembodek, pengampu , pak turut Pak lah

    manakala

    Hang Jebat pahlawan yang bangkit menegakkan kebenaran

    KALAU PEMUDA HENDAK MENEGAKKAN KEBENARAN JADILAH JEBAT

  15. Pemuda UMNO,wake up lah brader….selagi Khairi itu dok menang tanpa tanding,demokrasi amendanya korang ni semua???? Dok jadi pak turut aje adalah..Tak habis-habis nak kenyangkan perut sendiri!! Janji tu,janji ni..dah dapat pangkat,jawatan..hanyut….
    Baik korang sedar la..yang betul tetap betul!!! Yang salah jangan nak cover!!! Orang dah naik meluat perangai korang ni semua!! Bangsa ke mana? Agama ke mana??

  16. Hayatilah Riwayat Hidup Tuah Yang Amat Disanjung Oleh Orang-Orang Melayu Dulu Kini Dan Selamanya

    Apakah Hebatnya Pemerintah Melaka Sehingga Tuah Tak Boleh Melanggar Segala Amanatnya ?
    Apakah Tuah Takut Dgn Daulat Pemerintah ?
    Adakah Daulat Itu Sama Kuasanya Dgn Mukjizat Seperti Yg Allah Pernah Anugerahkan Kpd Para Rasulnya ?
    Apa Mulianya Pemerintah Melaka Sehingga Allah Menganugerahkan Kehebatan Daulat Tersebut ?
    Selaku Seorang Yg Mengaku Beragama Islam Tuah Sepatutnya Tahu Bhw Manusia Perlu Takut Serta Tunduk Hanyalah Kpd Allah S.W.T
    Adalah Menjadi Suatu Perbuatan Syirik Yg Besar Lagi Nyata Jika Pelakukan Melutut, Menyembah Serta Meratap Nasib Pd Mana2 Makhluk Allah termasuklah kepada Pemerintah Melaka.

    Tuah Seorang Manusia Yang Penuh Dgn Segala Sifat Tercela..
    Tidak Mempunyai Adab Serta Budaya
    Ke Majapahit Membuat Onar Di Taman Larangan Istana ..
    Mengoda Isteri Taming Sari Dgn Penuh Berahi..
    Merampas Keris dari Pahlawan Majapahit Yang Bernama Taming Sari Dgn Segala Tipu Daya.
    Gugurnya Taming Sari Di Tangan Tuah Penuh Bermaruah Demi Mempertahan Kesucian Isteri Tercinta..

    Memperdaya Serta Melarikan Tun Teja Tunangan Megat Panji Alam Juga Dgn Segala Janji Manis, Tipu Muslihat Jahat Dan Ilmu Guna-Guna Yang Jelas Adalah Suatu Perbuatan Syirik Kepada Allah..
    Atas Kehendak Nafsu Serakah Mengadai Tunangan Orang ( Tun Teja ) Kepada Sultan Yang Gila Berjimak demi Pangkat Serta Kuasa..

    Demikianlah Sifatnya Si Tuah Yang tidak Pernah Sekali Pun Mengenal Yang Mana Halal Dan Yang Mana Haram.

    Setelah Tunangannya Dilarikan Si Tuah
    Sayugia Megat Panji Alam Pun Tampil Menebus Maruah..
    Dikesah Sekitar Empat Ribu Orang Pahlawan Sanggup Berasamanya.. Demi Merampas Kembali Tun Teja Serta Menjaga Aib Kerajaan Pahang Yang Sudah tercela..

    Setiba Hampirnya Mereka Semua Di Melaka..
    Maka Disekat Oleh Jebat Tingkah Serta Pergerakannya..
    Dengan Penuh Takzim Jebat Marafak Sembah, Agar Megat Panji Alam Tidak Menyerang Melaka..
    Sesama Muslim Diharamkan Bersengketa
    Adalah Lebih Baik Dihindarkan Segala Bencana..

    Melihat keikhlasan Jebat Mempertahankan Ummah..
    Nafsu Amarah Megat Panji Alam Kembali Beransur Kebah..
    Redha Ia Dengan Ketentuan Allah..
    Menitis Air Mata Keinsafan, Menyesal Ia Kerna Menurut Segala Hasutan Syaitan.

    Mengapakah watak Megat Panji Alam Dihapuskan Dari Pusaka Bangsa..? – Tentu ada Muslihat Yang harus Kita Rungkai..!!

    Si Tuah Durjana Juga Sanggup Membunuh Jebat Dgn Tipu Daya..
    Si Jebat Pembela Keadilan Terbunuh Kejam Di Tangan Tuah Yang Gila Kuasa Dan Nama
    Selaku Anjing Raja Tuah Sanggup Membunuh Siapa Saja..
    Segala Titah Terjunjung Di Atas Batu Jemala.

    Sudah Menjadi Resminya Dunia..
    Manusia Jahil Menilai Permata..
    Jebat Penegak Keadilan Dituduh Durhaka…
    Si Tuah Tamak Haloba Disanjung Serta Dipuja..

    Pemerintah Tertinggi Melaka Arahkan Usaha..
    Dicari Pembesar Serata Melaka..
    Disuap Dengan Pelbagai harta Supaya Dapat Mengadu Domba..
    Keburukan Jebat Harus Diusaha Dengan Alasan Ia Durhaka…
    Keperibadian Tuah Wajib Dicerna Serta Dicakna Konon Terpuji Sebagai Laksamana.
    Tidak Ia Durhaka Kepada Raja, Bangsa Serta Agama..
    Agar Nanti Rakyat Tidak Bangkit Menuntut Bicara… !!!

    Maka Segala Pembesar Yang Arif Lagi Bijaksana
    Duduk Bermuafakat Mencari Jalan Mereka Cerita..
    Dibuat Fitnah Kononnya Jebat Bermukah (Berzina )
    Di Dalam Istana Raja..
    Dang Baharu Dijadikan Mangsa
    Sedangkan Dang Baharu Telah Lama Berbadan Dua
    Sebelum Terjadi Segala Peristiwa
    Mereka Dinikahkan Oleh Datuk Paduka
    Disaksikan Tuah Kekanda Tercinta..
    Kerana Pangkat dan Harta Tuah Melupakan Segala-galanya
    Tergamak Ia Membunuh Saudara Sendiri Agar Memperolehi Segala Yang Dihajati..

    Di Usia Tuanya, Si Tuah Tetap Juga Haloba mengejar Pangkat Dan Darjat, Walaupun Nyawanya Sudah Teramat Singkat, Dikuatkan Kudrat Menjunjung Segala Amanat..
    Nafsu Kebawah Duli Senantiasa Meningkat Dan Tidak Mampu Disekat-sekat, Puteri Gunung Ledang Tuanku Berhajat..
    Diperintahkan Tuanku Akan Tuah Bersama Tun Mamat.. Agar Puteri Gunung Ledang Dapat Segera Dipikat, Bagi Melepaskan Segala Dendam Berahi Yang Teramat Sangat..

    Di Kaki Gunung Ledang Tuah Kecundang..
    Usia Tuanya Menjadi Penghalang.. Tenaga Serta Kudrat Semakin Menghilang.. Tiada Mampu Lagi Ia Menawan Puncak Ledang..
    Rasa Sedih Bukan Kepalang Kerana Cita-Citanya Mengejar Apa Yang Dihajat Akan Terhalang..
    Perasaan Takut Dan Bimbang Datang Berselang..
    Mungkin Tun Mamat Akan Menyilang..
    Adakah Tun Mamat Akan Berpeluang Dan Tun Mamat
    Setelah Pulang Akan Dijulang Kerana Berjaya Pergi Meminang..

    ” Tiada Gunanya Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat..”

    Teringat Segala Pesan Hang Jebat Sebelum Ajalnya Menjelang Tiba Ketika Berusaha Membalut Luka

    ” Bangsaku Harus Berani Menegakkan Keadilan.
    Peristiwa Ini kan Berulang Lagi Di Suatu Masa…
    Benang Tenunan sejarah Pastikan Terbuka…
    Janganlah Kita Alpa..
    Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah..
    Jadikan Perjuanganku Ini suatu Pengajaran

    Teringat Juga Kata-Kata Hang Tuah..

    ” Tak kanMelayu Hilang Di Dunia ”
    ” Pantang Melayu durhaka Kepada Rajanya ( Pemerintah ) ”

    ” Tak Guna Berpencak Silat Jika Maruah Kita Duduknya Di Bawah Telapak Dan Kerja Kita Hanya Sebagai Penjilat..”

    Salahkah Jebat Menuntut Bela ?
    Salahkah Jebat Menegakkan Hukum ?
    Yang Mana Lebih Tinggi ?
    Perundangan Islam ( Allah ) Atau Kuasa Raja ( Manusia ) ?
    Bukankah Merurut Perundangan Islam Hutang Darah Dibalas Dengan Darah..

    Ke Mana Hilangnya Watak Lekir, Likiu Serta Kasturi..??

    Tidak Adakah Di Antara Mereka Bertiga Yang Sanggup Membela Kematian Jebat..??
    Orang Melayu Ini Mudah Dipikat Dan Dijerat…
    Dianugerahkan Emas Dan pangkat Maka Berpaling Tadahlah Ketiga2 Hulubalang Keparat… !!

    Ke Manakah Jua Hilangnya Suara2 Ulama Yang Gah Kononnya Melaka Pusat Perkembangan Islam Di Rantau Sebelah Sini…
    Sebenarnya Ulama2 Di Waktu Itu Juga Telah�Dijamu Dgn Segala Kemewahan Duniawi..

    Setelah Kemangkatan Jebat Negeri Melaka Penuh Dgn Segala Kemungkaran..

    Para Pembesar Melayu Begitu Rakus Melakukan Segala Rasuah Serta Pecah Amanah..
    Kerajaan Melaka Bermewah2 Dan Melakukan Pembaziran, Mengutip Ufti Yang Tak Sudah-Sudah..
    Hasil mahsul Negara Berlegar-legar Dikalangan Pembesar dan Pemerintah..
    Rakyat Jelata Diumpamakan Sebagai Sampah..

    Pemerintah Serta Pembesar Melaka Memuaskan Segala Nafsu Serakah
    Menindas Serta Memeras Ugut Rakyat
    Kejadian Penculikan Anak Dara Serta Merampas Isteri Orang Berleluasa Sehinggakan Rakyat Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan..
    Kerana Tiada Seorang Pun Rakyat Melaka Yang Berani Tampil Menentang Pemerintah..
    Namun Nasi Telah Menjadi Bubur..
    Jebat Tak Mungkin Bangkit Kembali Dari Kubur..
    Barulah Rakyat Sedar Akan Kehilangan Jebat Yang Sanggup Membelakangkan Adat Demi Menegakkan Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah..

    Sejarah Sentiasa Berulang… !!!
    Bila Berlakunya Kerosakan Akhlak Serta Kemungkaran Di Peringkat Tertinggi Kerajaan Islam..
    Maka Bala Allah Pun Sampai..
    Sama seperti Runtuhnya Empayar2 Islam Yang Tedahulu..

    Melaka Di Serang Portugis Pada Tahun 1511..
    Di Kala Pemerintah Dan Pembesar2 Melaka Leka Dalam Segala Kenikmatan Dunia Yang Sementara..
    Peristiwa Yang Paling Tragis Dan Menyayat Hati Dalam Sejarah Rantau Asia Tenggara..
    Perairan Selat Melaka Umpama Lautan Yang Terbakar..
    Serangan Bertalu-talu Dari Meriam Serta Soldadu Portugis Yang Meruntuhkan Keagungan Empayar Islam Melaka Dari Malam Hingga Ke Dinihari Sehingga Tidak Terdengar Laungan Azan Subuh Petanda Islam Dijajah Kuasa Kuffar..

    Sebagai Mana Jatuhnya Empayar Abbasyiah Di Sepanyol Dahulu Begitulah Kerajaan Melayu Melaka Tersungkur Menyembah Kaki Portugis Dgn Penuh Kehinaan Kerana Maksiat Dan Kemungkaran Yang Bermaharajalela Di Kalangan Para Pemimpin Lalu Didiamkan Oleh Para Ulama Istana Kerana Takut Kehilangan Pangkat Dan Jawatan Mereka..

    Semuanya Ini Angkara Rakyat Yang Sanggup Bersekongkol Dgn Kekejaman Pemerintah Dan Juga Ulama2 Kerajaan yang Menutup Mata Serta Membiarkan Segala kemungkaran Tersebut Berleluasa Kerana Taat Terhadap Pemerintah Bukannya Takut Kepada Allah..

    Tentang Ilmu Yang Penuh Di Dada Tuah Tidaklah Aku Arif
    Tapi Jika Ilmu Agama Yang Tuah Amalkan Sudah Tentu Tuah Tidak Akan Berani Melutut Serta Menyembah Kpd Makhluk Allah Seperti Pemerintah Melaka Kerana Perbuatan Itu Bisa Merosakkan Akidahnya Selaku Umat Islam..

    Memang Aku Bernafsu Demi Menegakkan Kebenaran Mcm Jebat
    Bukannya Bernafsu Duniawi Seperti Tuah Yg Mudah Tersilau Dgn Sirna Kemewahan Harta Dan Pangkat Serta Keselesaan Hidup..

    MELAYU HARUS MENUKAR WIRA BANGSANYA… !!!

    Nampaknya Darah Serta Semangat Melayu Yang ” Pantang Dicabar ” Itu Cuma Omongan Kosong Penyedap Cerita.. Kerana Masyarakat Kita Telah Tersalah Mengangkat Tokoh Bangsa.. Hang Tuah Yang Taat Membabi Buta, Pendendam, Tamak Haloba, Bernafsu Terhadap pangkat Dan Kemewahan Duniawi, Bersikap Iri Hati, Bacul Serta Berjiwa Hamba Telah Diangkat Sebagai Wira Bangsa..!!!

    Natijah Yang Harus Kita Terima Sekarang Adalah Anak2 Bangsa Yang Lemah Tidak Bersemangat, Berjiwa Hamba Serta Taat Dan Tunduk Melulu Membabi Buta.. Selagi Tuah Diangkat Sebagai Wira Bangsa Selagi Itulah Bangsa Melayu Akan Menjadi Hamba… Sebagaimana Dayusnya Hang Tuah Begitulah Jugalah Dayusnya Melayu..!!
    Tidak Berani Menentang Pemerintah Yang Zalim..
    Malah Tunduk Menyembah Serta Melutut Terhadap Pemerintah..

    * Diharapkan Akan Akan Lahir Cerdik Pandai Melayu Yang Akan Berani Membongkar Kembali Segala Riwayat Dan Kehebatan Megat Panji Alam Serta Ginius Melayu Iaitu Tun Perak Mereka2 Inilah Sepatutnya Dinobatkan Menjadi Wira Bangsa Melayu..
    Bukannya Si Tuah Durjana..

  17. HARI TU, DENGAN SEGALA KEBEBALAN.. UMNO TELAH GADAIKAN PULAU BATU PUTIH KEPADA SINGAPURA..

    YANG TINGGAL KAT ORANG MELAYU ADALAH BATU PELER… !!!

    LEPAS NI MUNGKIN UMNO AKAN GADAIKAN PULAU PISANG PULAK

    MAKA YANG TINGGAL KAT ORANG MELAYU ADALAH PISANG… !!!

    ORANG MELAYU CUMA DAPAT BATU PELER DAN PISANG… !!!

    LAMA – LAMA NANTI CINA SINGAPURA AKAN MINTAK DGN KERAJAAN UMNO BATU PELER DAN PISANG ORANG MELAYU MALAYSIA..

    MAKA KITA SEMUA ORANG MELAYU TIDAK AKAN MEMPUNYAI KETURUNAN KERANA BATU PELER DAN PISANG PISANG KITA DIGADAIKAN OLEH UMNO KEPADA ORANG-ORANG CINA SINGAPURA.

    SEKARANG NI PUN DAH ADA SIKIT-SIKIT BUKTI YANG PEMIMPIN MELAYU UMNO DAH TERGADAI BATU PELER DAN PISANGNYA PADA SINGAPURA BILA MANA SEMUA RUNDINGAN KERAJAAN UMNO DGN SINGAPURA SEMUANYA MENYEBELAHI KERAJAAN SINGAPURA..

    JANGAN ANGGAP SEMUA INI SEBAGAI SUATU BAHAN LAWAK JENAKA.

    AMBILLAH IA SEBAGAI SUATU IKTIBAR..!!

    UMNO KENA AKUI SEGALA KELEMAHAN MEREKA..
    KEBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN HADITH RASULULLAH..
    CONTOHILAH CARA-CARA KEPIMPINAN RASULULLAH DAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ..

    BERPEGANGLAH KEPADA PERUNDANGAN ALLAH BUKANNYA PERUNDANGAN YANG DICIPTA OLEH ORANG-ORANG KAFIR..

  18. salam.
    Pertama saya minta jangan lah ada dalam kalangan ahli majlis tertinggi UMNo dan ahli UMNO yang menghina Tun Mahathir lagi.
    Kedua, berilah tumpuan kepada usaha memajukan orang melayu segera.

    Ketiga, tarik balik kata- kata Hishamuddin yang memohon maaf berhubung menghubung dan mencium keris lalu. itu hak kita. Kita hunus sebagai semangat kerana nak memajukan bangsa sahaja bukan nak mencantas kaum lain.

    keempat, atasilah masalah sifat kepenghuluan seperti kata dato Seri Utama rasi yatim dan banteras segera politik wang.

    Kelima, UMNO wajar diperluaskan ke Sarawak.

    Semua cadangan harap disegerakan tindakan.

  19. Salam.
    UMNO tumpukan usaha memajukan bangsa Melayu segera. Kita mahu penguasaan ekonomi milik kita di tanah air kita dan di bumi kita

  20. umno umno sudah lah jangan keja bodek dan jual air liur…. semua pemalas … tu hakikat orang umno

  21. Salam.
    Saya mohon semua bahagian dan cawangan Pemuda UMNO menyokong Dato. Mukriz Mahathir. Kita perlukan kepemimpinan yang berpandangan jauh dan berpendirian teguh.

  22. Implikasi Kenaikkan Harga Minyak Terhadap Rakyat dan Negara
    Oleh : Dr. Fakhrul Ezam Al-Hafizh

    Salam. Kenaikkan harga minyak negara berkuatkuasa 5 Jun 2008 mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak. Rata- ratanya menganggap langkah kerajaan ini drastik dan membebankan. Secara kasarnya, keputusan kerajaan ini dilihat sebagai membebankan rakyat lantaran berhadapan dengan kenaikkan barang keperluan serta kos sara hidup yang kian meningkat.

    Namun saya menyambut baik langkah kerajaan menarik semula subsidi terhadap minyak ini. Jika dilihat perbandingan antara harga minyak di Malaysia berbanding dengan negara- negara serantau, harga minyak di Malaysia jauh lebih rendah namun pembangunan negara tetap rancan dan kita muncul sebagai juara antara negara membangun. Keputusan kerajaan selama ini memberikan subsidi minyak merupakan satu risiko yang tidak tertanggung oleh negara- negara lain.

    Apa yang menyedihkan saya ialah sikap masyarakat Malaysia yang tidak dapat berdepan dengan keputusan kerajaan ini. Nasihat saya kepada golongan ini, fikirkan dahulu sebelum anda melontarkan pandangan. Tun Mahathir Mohamad pernah menyatakan suatu ketika dahulu, bangsa Melayu tidak boleh lagi berharap dengan tongkat yang diberikan kerajaan sepanjang masa. Mereka harus bergerak sendiri tanpa bantuan dari kerajaan.

    Mentaliti subsidi sudah menjadi teras pemikiran rakyat Malaysia mengakibatkan masyarakat kita hidup dalam suasana yang terlalu selesa sehingga kita banyak membazir dan berbelanja pada yang tidak perlu. Kekayaan dan kesenangan yang dimiliki melimpah ruah namun kita mengeluh apabila berdepan dengan satu situasi kenaikkan harga bahan mentah dunia ketika ini. Ini adalah gelombang globalisasi. Jika kita berhadapan situasi ini dengan mentaliti negatif dan kurang bersedia, akibatnya kita akan ketinggalan dan gagal mencapai Wawasan 2020 dalam konteks sebenar.

    Penarikan subsidi minyak sebanyak RM56 billion setahun adalah langkah bijak. Sebabnya, nilai RM 56 billion bersamaan dengan lima buah Putrajaya. Maka itu, wang sebanyak ini berupaya digunakan oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan sebagaimana kerajaan membangunkan Putrajaya. Dari tempoh sekarang sehingga 2020, kerajaan berupaya mewujudkan 60 buah bandar lestari seperti Putrajaya dengan purata lima buah bandar setahun. Ini adalah perkiraan secara kasar sahaja. Maksud yang lengkap di sini ialah duit sebanyak itu boleh kita gunakan untuk menyediakan pembangunan yang lebih baik bagi negara. Kerajaan berupaya meningkatkan kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lebih banyak untuk rakyat. Kita memerlukan lebih banyak kemudahan bukan lebih banyak subsidi. Tidak semua orang memiliki kenderaan peribadi. Alangkah baiknya kerajaan menyediakan kemudahan awam yang lebih efisien serta memperbanyakkan kemudahan pengangkutan awam yang berkualiti dan lebih baik seperti LRT dan monorail di serata negara. Wang berkenaan lebih baik digunakan untuk meningkatkan efisiensi pengangkutan dan perhubungan negara.

    Kedua, subsidi hanya wajar diberi kepada golongan yang berpendapatan di bawah RM1500 sebulan sahaja dan berkeluarga besar sahaja. Langkah ini akan mendatangkan banyak manfaat.

    Pertama; mengurangkan beban rakyat atau anggota masyarakat berpendapatan rendah.
    Kedua; Mengurangkan pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia kerana banyak pihak akan berebut- rebut mendapatkan peluang pekerjaan dengan gaji di bawah RM1500 kerana keistimewaan yang diberi pada golongan beperndapatan rendah ini.
    Ketiga; mengurangkan pembaziran dalam kalangan rakyat. Penarikan subsidi dan pemberian subsidi pada pihak yang berpendapatan RM1500 sebulan sahaja akan menjadikan masyarakat Malaysia lebih berhemah dalam berbelanja dan ini berupaya menjauhkan sikap membazir dari diri mereka.
    Keempat; dengan penurunan pengangguran dan pembaziran dalam kalanga masyarakat maka inflasi negara akan berada pada tahap yang rendah dan berupaya diturunkan pada 0%.

    Ketiga, kita harus menyedari pemberian subsidi minyak selama ini hakikatnya tidak mengurangkan beban rakyat. Ini kerana sama ada miskin atau kaya, berpendapatan rendah atau tinggi semua layak mendapat subsidi maka ini mendorong kenaikkan harga barang- barang lain tanpa mengira jurang pendapatan dalam kalangan anggota masyarakat. Jika dilihat pada statistik, golongan yang berupaya menggunakan kenderaan adalah mereka yang berpendapatan RM2000 ke atas manakala yang berupaya memiliki lebih dari sebuah kenderaan seperti kereta, mempunyai pendapatan isi rumah RM3000 – RM3500 ke atas yang rata- ratanya suami isteri yang bekerja. Padahal golongan yang terbeban seperti yang dikatakan ialah mereka yang berpendapatan rendah yakni RM1500 ke bawah. Mereka ini tidak banyak menggunakan kenderaan sebaliknya mereka ini lebih bergantung pada kenderaan awam. Maka wajarlah penarikan subsidi ini namun subsidi hanya patut diberikan pada mereka yang berpendapatan RM1500 ke bawah sahaja.

    Selain itu, dalam konteks pengagihan penguasaan ekonomi negara yang dikuasai oleh pihak bukan Bumiputra, kita harus menyedari implikasi penarikan subsidi ini. Golongan cina majoritinya mampu membeli dua atau lebih kereta dan dengan adanya subsidi sebelum ini mereka terlepas dari beban kewangan sebaliknya terus hidup dalam keadaan selesa. Padahal golongan Melayu yang rata – ratanya memiliki status ekonomi yang rendah meminyta agar subsidi minyak jangan ditarik balik sehingga ada yang mahu kerajaan mengkaji semula perkara ini. Persoalannya di sini, subsidi selama ini menguntungkan bukan Bumiputra atau Bumiputra yang merupakan majoriti rakyat negara ini?

    Secara tidak langsung, implikasi daripada efisiensi sistem pengangkutan dan perhubungan yang ditingkankan tadi hasil wang RM 56 billion itu, kos harga barang akan dapat diturunkan. Ini mendorong kepada penurunan harga barang dalam negara. Dengan kos yang rendah serta sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik maka pelabur akan tertarik untuk melabur di negara kita kerana kos pengeluaran yang rendah. Hasilnya kita berupaya menikmati barangan pada kadar harga yang rendah sekaligus mengurangka import negara. Apabila import dikurangkan kerana produk- produk tersebut dihasilkan dalam negara maka pengguna akan membayar produk tersebut dengan harga yang rendah. Alangkah baiknya begini. Sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan dalam negara terus berkembang pesat, menjana peluang pekerjaan dan membawa manfaat kepada rakyat maka inflasi dapat diletakkan pada paras 0% dan rakyat akan hidup dalam suasana yang lebih selesa. Malahan itu, perkembangan ini akan memastikan ekonomi negara terus bertumbuh pada kadar 7% setahun sebagai syarat mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh selaras dengan idea Wawasan 2020.

    Kenaikkan harga minyak lantaran penarikan subsidi menyeru masyarakat mengurangkan penggunaan kenderaan yang membebaskan karbon monoksida yang mengakibatkan pencemaran udara. Kita harus sedarm dunia hari ini berhadapan dengan kesan rumah hijau yang melampau. Buktinya, cuaca kini sudah tidak menentu dan inilah puncanya berlaku taufan Nargis di Myanmar serta banjir yang mengakibatkan kesengsaraan sesetengah penduduk dunia hari ini. Di Malaysia sendiri, kita berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu yang mengakibatkan sektor pertanian terganggu khususnya penanaman padi. Hasilnya padi kurang dihasilkan dan rakyat berhadapan dengan kekurangan beras sehingga beras dinaikkan harga. Ini mencetuskan kebimbangan dan bebanan kepada semua rakyat kerana beras adalah makanan ruji negara. Persoalannya di sini, kita mahukan sesuatu yang mendatangkan banyak manfaat atau hanya satu manfaat@kentungan sahaja? Amat jelas di sini, penarikan subsidi oleh kerajaan dengan hanya memberikan subsidi pada golongan berpendapatan RM1500 sebulan sahaja mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

    Kita harus sedar, andai kata kerajaan terus memberikan subsidi maka pembangunan negara akan bergerak perlahan. Apabila pembangunan bergerak perlahan, kita tidak berupaya mendepani globalisasi yang rancak berkembang. Hasilnya kita akan terus terbeban dengan situasi semasa global. Alangkah baiknya jika pembangunan diteruskan pada hari ini kerana di masa hadapan kos untuk pembangunan pastinya lebih tinggi dan mampukah kita melaksanakan pembangunan di masa hadapan di samping meneruskan pemberiaan subsidi di mana harga minyak pastinya kian meningkat.

    Peninkatan harga bahan mentah untuk tujuan sektor pembinaan wajar diambil kira. Padahala pembangunan akan mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat bagi satu tempoh yang konsisten dalam jangka masa panjang. Maka itu hentikan pemberian subsidi sekarang dan berilah subsidi pada yang berpendapatan rendah sahaja kerana kita mahukan pembangunan yang lebih besar manfaatnya. Pembangunan yang konsisten mendatangkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk negara di samping menggerakkan terus pelaburan asing dalam negara.

    Malahan pembangunan dalam pelbagai sektor pastinya mampu menjadi teras meningkatkan penguasaan Bumiputra dalam ekonomi di masa hadapan. Ini terjadi menerusi, pekembangan pesat pengeluaran barangan buatan Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa sektor IKS melibatkan majoriti golongan Bumiputra. Apabila import dikurangkan maka IKS menjadi teras untuk menggantikan barangan import. IKS akan meningkatkan pengeluarannya, kos pengeluaran juga rendah kerana dihasilkan dalam negara maka rakyat menerima barangan dengan harga yang murah malahan dalam masa yang sama pengusaha dan usahawan IKS tempatan juga mendapat keuntungan maka wujudlah konsep menang- menang dalam hal ini. Ini adalah jauh lebih baik kerana tidak mewujudkan keadilan. Golongan berpendatan rendah mahupun tinggi masing- masing memerlukan barangan.

    Perkara yang telah saya kupaskan di atas wajar difahami setiap rakyat Malaysia dan wajar diterangkan oleh kerajaan kepada rakyat agar semua mensyukuri nikmat ini. Kepada rakyat Malaysia, jika anda memilih pembangunan maka kita harus berani bersuara dan hendaklah berfikir bijak. Beranilah bersuara untuk pembangunan dan keadilan, kaedahnya kerajaan wajar menghentikan pemberian subsidi kini kerana hanya yang berpendapatan rendah sahaja layak menikmatinya. Untuk semua rakyat Malaysia pula, kita mahukan pembangunan dirancakkan dengan penarikan subsidi. Bangunkan dan efisienkan sistem perhubungan dan pengangkutan serata negara. Ini jauh lebih baik dalam usaha mencapai status negara maju Wawasan 2020 daripada memberi subsidi yang hanya melekakan rakyat. Wassalam.

  23. assalamualaikum., Aku benci betul dengan segelintir pemimpin dalam kabinet dari umno yang menghina TUN MAHATHIR, insan yang amat berjasa pada umno dan orang melayu terutama zahid hamidi dan datuk yang jaga parlimen tu. kalau pemimpin begitu hebat dihina demikian rupa apa agak nya bagi menteri itu yang langsung tak ada jasa..bila bersara kelak.. lagi satu tun musang hitam tu kalau bagi ucapan jangan speaking terlebih mat salleh mabuk [ lebih kuah dari sudu]

  24. KJ! Sudah-sudahlah ko roakkan melayu, UMNO, Islam. Wakil-wakil pemuda sokonglah Datuk Mukhriz, Dollah selagi ko jadi PM sia takkan undi BN. Sia muuuu…..aaaaaaaak ngan ko, menyusahkan rakyat.

  25. Macam mana kami tak baikot umno, kamilah..,permit teksi co aja yang boleh,dok mengadu buat tak tau aja. sekurang nya bagilah permit persendirian sorang satu.Macam kami ni van tak ada permit macam pendatang asing dibuat nya.Sedangkan mat indon/bangla/vnam macam negara dia dibuatnya meniaga sana sini,kacau sikit ajakat depa,sampai ada yang boleh buat rumah batu.Kami kalau kena tangkap tak lepas,kena sita gamaknya..siaplah rm1800.00 naik makhamah.Itu kalau van kita ,kalau van kawan kita bawak?Kalikan duala…Ya Allah tolong lah kami yang menderita ini yang kaih pagi makan pagi,kaih petang makan petang.kalau tangkap saman terus bagi permit tak apalah itu baru membantu namanya,ini tidak saman,saman,saman,sita,sita,sita.Tok oi!kami ni pun ada anak bini ada tanggunjawap,ada segelintir kami dulu bertugas dengan kerajaan juga ada tentera,polis,guru,macam macamla.Ini sampai tak boleh angkat muka kat AIRPORT tu, bagilah muka sikit.macam mana yang kata dasar-dasar yang diuwar-uwarkan tu.Dapat kat depa aja tak kat kami pun.Depa tu dah kaya-kaya dah.. bagilah kat kami sikit.Kalau kata tak dapat kutip cukai pendapatan kita boleh usahakan supaya kerajaan boleh dapat.Bukan hanya co aja yang boleh bagi.Ini bagikat co sampai 300 permit.Las las depa promosi kat kami,pendahuluan rm10,000.00 harian rm160.00 selama 7 tahun sewabeli van toyota baru angaran harga baru sekitar rm90,000.00 tak tolak cukai van sewa.tok boleh ka? Bukan lintah darat nama tu seakan Along juga gamaknya.boleh dapatka satu hari rm160.00 ka? untuk bayar harian.Tak dapat utang lama lama dapat kat co balik lah….awak melopong gamak nya .lagi bagus buat van tak ada permit senang.tak ada nak fikir2 kan beban utang.tok kami ni pun usahawan juga,cara kecil2lan.Apa salah kerajaan bantu .Ini tidak dibenam2 kepala kami dalam tanah ada lagi.Masa ini pun kami ada juga bantu kerajaan,masa tu tak kacau,pasal kerajaan terdesak,macam Jelajah Malaysia,LeTOUR LANGKAWI,Lima macam macamlah adanya tak apa.Jangan tok misalnya kami dalam KL ni adalah 2000 buah.Driver mesti 2000 org ,setiap orang sekeluarga ada 5 org acung2 kawan tak payah undi BN berapa banyak orang yang boleh dipengaroh,sebab kerajaan tak bagi perhatian kat kami.Kami ni kalau ambil tambang tak lah banyak sangat,kalau dalam pepar tu memang lah depa besar2kan.Kalau Dulu lah hanya rm120 aja dari AIRPORT ke KL.Murah apa! sampai pelanggan kalau ada kawan2 yang hendak datang Melaysia,mereka rokomen kat kita.Satu hal kat AIRPORT Tu orang yang tak ulat janganlah melampau,sampai pelanggan kita pun depa kacau.Sikit2 repot,sikit2 repot, kat JPJ. Macam budak2.Tok tolonglah kami insan yang lemah ini,jangan bagi kat depa aja yang sudah kaya.Kalau dah kaya tu buat lah projet yang orang yang pendapatan rendah tak boleh buat.Sebenarnya bidang ini untuk orang pendapatan rendah ajakan.Bagi lah sama rata kekayaan ini,supaya kami merasa sama.Kurangkanlah syarat2 yang tak masuk akal tu,kami tak ada duit dan setahu saya setiap rakyat yang lahir diMalaysia berhak mendapat sekurang2 satu permit.Jangan sampai Pilihan Raya ke13 dalam PTT(PUSH TO TOP)dok kutuk kerajaan aja lagi.Macam Pilihan Raya lepas.Awal2 dah tau.
    (maaf tulisan orang tak sekolah)

  26. Pemimpin UMNO kena berpeganag kepada Quran dan Sunah sebagai panduan.Anda semua hanyut dengan kemewahan duniawi hingga lupa kepada penciptanya.Rasuah,salahguna-kuasa,bermegah-megah dengah kemewahan dan lain-lain lagi adalah sifat pemimpin UMNO.Anda tidak menunjukkan contoh sebagai seorang Islam.Ingatlah jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang ini adalah disebabkan Pemimpin tak mengikut ajaran agama Islam sepenuhnya.Ingatlah jika meninggalkan perintah Allah tunggulah bala yang menimpa.Bertaubatlah semua Pemimpin-pemimpin UMNO.

  27. SETIAP KALI PEMUDA UNMO MELAUNGKAN KETUANAN MELAYU AKAN HILANG SAYA AKAN MENANGIS DIDALAM HATI. KERANA SETIAP KALI DILAUNGKAN, HAK SAYA SEBAGAI HAMBA MALAYSIA HILANG SATU PERSATU DARI MASA KESEMASA. SAYA JADI HAMBA TAK APA, TAPI BIARLAH SAYA JADI HAMBA YANG BOLEH CARI MAKAN. NAK BISNESS INI KENA PERMIT, BISNESS KERETA TERPAKAI PUN KENA PERMIT LESEN BARANG BARANG LUSUH YANG TAK MUNGKIN DIBERIKAN KEPADA SAYA. SEKURANG KURANGNYA BERILAH SIKIT RUANG KEPADA SAYA UNTUK BERNAFAS. DAH BANYAK KALI SAYA PANGKAH BN. SAYA HARAPKAN PEMUDA UMNO BERBELAH KASIHANLAH KEPADA SAYA SEBAGAI HAMBA MALAYSIA.

  28. Well i m glad that umno at least has come forward to realised that reason of lose in PRU12.I considered this as the most worst defeat.I m shah alam city resident for many years.I m seeing tall umno building touching the sky and many other small umno branches among the streets n corners.It was really effective in their operation n work.BUT what happen today.People had pushed UMNO AWAY n PAS is ruling shah alam along with keadilan.Do they ever anaylys this why they went lose?its simple.UMNO people are so much meant to be ARROGANT no matter youth or old..women or puteri or putera.Tis arrogant mentality should be scrapped now..or else they will face much serious defeat later…

  29. Tahniah Datuk kerana sedia kan ruang untuk meneliti keadaan semasa,apa yang diluah kan disini adalah suasan politik kita hari ini,kami semua bukan ingin sesuatu yang berharga tapi perihatin lah dengan keadaan semasa walau pun datuk kalah tapi masih ada orang yang mengundi datuk,jangan hanya bila tiba pilihanraya sahaja YB semua adalah wakil kepada rakyat tapi lepas menang pilihan raya aku lah YB rakyat tah kemana suka-suka hati buat sesuatu janji ada untung ok kalau tak untung tangguh dulu walau pun rakyat amat memerlukan,
    harga minyak naik boleh kata isu global yang tmb sibuk nak naik api pasal untung tak banyak bukan nya rugi,dulu kata siap empangan kenyir boleh tampong separoh malaysia tapi sekarang dah ada berapa janakuasa untong tak banyak,janakuasa tu tadah air terjun je bukan pakai minyak,bagi wang subsidi minyak rm650 setiap kereta ok tapi sampai 5 kereta ni nak tolong orang susah ke tolong begi2 duit kerajaan,kalau 5 kereta wakil rakyat la dapat banyak bmw318 dapat rm650 merc e200 dapat rm 650 clk200k markiman kabiron pun dapat rm650 ni yang rakyat marah ni,itu pandangan saya lah yang tak sekolah tinggi.

  30. Sahabat,

    Jangan over dalam hentam pemimpin. Taku macam orang putih cakap “Dont Over bake”. nanti hangus tak boleh makan.

    Kita kena lihat satu perstau apa yang UMNO ada. Dari Presiden hingga Ketua Pemuda. Yang berlainan jantina tak payah kita sentuh. Dalam Sayap Utama ada Pak Lah, Tok Najib, Mahyuddin dan Ali Rustam.

    Kita mulakan dari bawah : Tok Ali Rustam. Dia bangga Melak BN menang. Tapi dia tidak tahu angin kat bawah dah meluat tengok dia. Memang kita akui dia pandai jaga orang seluruh negara. Kalau boleh semua Perwakilan UMNO doa nak beri gelaran Datuk spuaya berhutang budi dengan dia dan undi dia sebagai Naib Presiden. Dia tidak kira apa rakyat Melaka cakap, janji dia dia dapat undi. Nak beri peruntukan ( sikit-sikit ok) dia di Melaka. Maka dia beri gelaran. Kadang-kadang rakyat Melaka pening bila memikir apa sumbangan Ketua Pemuda Bachok Kelantan pada Negeri Melaka sampai dapat gelaran Datuk.

    Terbaru dia beri juga gelaran Datuk pada rakyat negeri Melaka. Malangnya TOKOH yang diberikannya adalah bekas banduan yang telah dipenjarakan oleh mahkamah tinggi akibat pecah amanah wang Bank tempat kerjanya.

    Apa pemuda buat bila melihat pemimpin TOP FIVE dalam UMNO buat macam ini? Mungkin sahabt-sahabt tumpang seronok dapat Datuk Melaka?.

  31. Assalammuaalaikum, kepada semua Pemuda UMNO Malaysia.

    1. Kedaulatan Negara dan Maruah Melayu & Ugama Islam.
    Apa nak jadi ngan kita ni. Ada kita membela nasib bangsa kita ke? Rasanya kedaulatan negara kita pun UMNO dah tak terjaga. Apakan lagi ugama kita. Presiden adalah presiden yang paling tidak berkemampuan memimpin UMNO dan memimpin Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia. WPI untuk siapa? Tanya orang Johor. Mereka akan menjawab dengan jujur. Banyak koridor Pak Lah rasmikan. Pergi tanya orang berhampiran kat koridor tu, apa faedah diorang dapat. Tanya orang kat EPU JPM, Koridor Pak Lah tu ada ke diorang punya SOP. Rasenya Pak Lah main rasmi, tanpa ada blue print planning. Tanyalah dan umumkan secara jujur, Tak payahlah nak cover-up2, orang dah menyampah.

    2. Kehormatan diri
    Adakah tuan2 ni semua pekak dan tuli? Rasanya tidak. Semua tuan2 tahu punca kita tumbang pada PRU12. (Boleh dikata begitu lah, tak pernah terjadi BN kalah sampai 5 negeri). Janganlah bagi alasan, konon sikap keterbukaan Pak Lah. Rakyat bukan bodoh. Pak Lah patut sudah letak jawatan dan serah kepada Timbalan nya dengan segera. Baru ada kehormatan diri. Tak pasti, Pak Lah nak selamat kan siapa…. Tapi ingat, enkauorang yang kat atas tu, banyak duit dan harta, kalau apa2 terjadi pada Negara korang semua boleh lari luar negara. Kamilah ahli2 biasa dan rakyat bawahan inilah yang tinggal mempertahankan negara. Baru banjir besar kat Johor, Pak Lah dah pergi Australia Cuti. Bayangkan yang lain.. Fikir-fikirlah sendiri.

    3.Insaf dan takut pada Allah S.W.T.
    Sudah-sudah lah dengan beretorik tu. Pak Lah dah tiada sokongan rakyat. Yang hanya ada sokongan pembodek-pembodek UMNO. Aku sayang UMNO, tapi UMNO akan hancur dalam PRU13. Mana orang melayu nak mengadu nasib. UMNO pada pandangan mata ahli biasa sudah tidak mendengar rintihan orang bawahan. Hendak tak hendak terpaksalah beralih ke PAS. Pak Lah kalau dah tersalah langkah balik lah kepangkal jalan. Berhentilah dari jadi Perdana Menteri Malaysia. Takutlah pada Allah, kepada nya juga lah kita kembali. Insyallah pasti.

    3. Ekonomi dan keluarga Pak Lah
    Ramai dikalangan ahli pemuda UMNO menyuarakan pada saya “Pak Lah tak salah – ni Khairy yang buat hal dan mempengaruhi Pak Lah”. Saya senyum sinis mendengarnya. Seorang bapa, adakah dia perlu turutkan aje kata anak-anak nya? Fikirlah sendiri wahai ahli pemuda UMNO. Itu semua permainan propaganda. Kalau macam tu setiap kata anak, mesti dipatuhi bapa ke. Siapa anak, siapa bapa sekarang ni. Dah macam cerita “Anakku Sazali” pulak. Kalau jadi macam tu Pak Lah lah yang bersalah, terlalu bodoh dan mengikut kan aje kata anak. Kerana Arwah Hendon berpesan padanya sebelum kembali kerahmatullah, supaya “Dengar Kata Menantu”. Logik ke ahli pemuda UMNO. Jangan tolong sebar dakyah propaganda ni. Buat jatuhkan nilai pemikiran anda semua aje.

    Ekonomi negara berada dalam bahaya. Pak Lah akan kurang kan perbelanjaan pembangunan. Ini akan memperlahan kan kegiatan ekonomi. Tak payah nak dapat gelaran Professor dalam ekonomi untuk menghuraikan ini semua. Budak pass STPM pun faham akan berlaku kemurungan ekonomi apabila Pak Lah bertindak melakukan begini. Mengapa naikkan minyak dulu, baru sibuk nak potong elaun Menteri. Kalau nak berjimat dan prihatin pada rakyat, potong gaji dan elaun menteri dahulu baru lepas tu naikkan harga minyak. Tengok dan perhatikan betul-betul wahai Pemuda2 UMNO semua. Bijakkah presiden kita sekarang? Sekurang-kurangnya Pak Lah patut memikirkan meningkatkan pendapatan per-kapita rakyat untuk mengimbangi kenaikan kos hidup dan minyak sekarang ni. Cuba tuan-tuan ingat kan kembali ketika zaman Tun kita. Tun pun naikkan harga minyak, tapi dia juga menaiktaraf pendapatan rakyat Malaysia. Kat Malaysia ni golongan miskin tu hanya beberapa peratus sahaja. Golongan menengah adalah peratus yang tinggi golongan nya. Dengan membiarkan keadaan ini golongan menengah ini akan menjadi golongan yang miskin. Pikir lah ahli-ahli UMNO semua. Bijak kah Presiden kita ni.

    Akhir kata, saya mohon maaf sekiranya ada yang tersilap mahupun tersalah kata.

    Hidup Islam!!!
    Hidup UMNO!!!
    Hidup Melayu!!!

    Wassalam

  32. Engkau orang ni semua telah pun bersalah kerana memecah-belahkan orang-orang melayu kerana bersekongkol dengan imam besar Hadari yang munafik (pembohong). Sekejap cakap gini/gitu dan tak memenuhi janji-janji. Dah lebih tiga bulan PRU12 berlalu habok pun takde. Rakyat makin hari semakin nazak masih nak menegakkan benang basah. Engkau orang macam lembu cucuk hidung, ikut aje ketua-ketua yang tak tentu arah tu. Jangan kauorang rendahkan pemikiran orang melayu dan menyangka kita tak tahu nak bezakan yang mana benar atau tidak. Cuma orang yang berkuasa dan korup aje yang tak reti macam kebanyakkan kauorang. Sikit-sikit takut, takut apa lagi kalau bukan pasal periok nasi.

    Orang menegur kau hentam macam tak ada besok sehinggakan periok nasi kawan tu pun kauorang tarok pasir. Kalau macam aku ni rakyat biasa takpelah kalau tak nak dengar, Pemimpin Rakyat macam Tun Mahathir pun kauorang kecam hebat sehingga dia menghalau diri sendiri keluar UMNO. Engkau tahu tak kalau engkau kumpulkan semua ketua-ketua termasuk imam besar hadari kau tu punya pemikiran dan keperibadian, hujung kaki Tun pun tak boleh nak lawan. Orang tua tu buat teguran jujur dan bernas sayangkan UMNO sayangkan kauorang tapi apa balasan kauorang terhadap dia? Memang kauorang ni amat buta hati lagi amat sesat kalau kebenaran yang nak ditunjukkan engkau sia-siakan. Tolonglah insaf dan dengarlah kata-kata orang tua tu. Bukan sia-sia tuanya dia. Amat besar jasanya untuk kita selama pemerintahannya.

  33. KALAU MB PAHANG SANGGUP POTONG 30 PERATUS ELAUN BELIAU DAN EXCONYA KENAPA KERAJAAN PUSAT HANYA 10 PERATUS?

    SEHARUSNYA KERAJAAN PUSAT TUNJUKKAN CONTOH BUKAN NEGERI KAN?

  34. Bila di amati betul-betul blog ini penuh dengan cacian/makian dan rasa tidak puashati orang Melayu.
    Jika dibandingan dengan Blog Tun M, ramai yang menyokokongnya,
    Tetapi kenapa Blog SakaBangsa ini dihentam begini rupa….
    Ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO dan pemuda.
    Kerana Ramai yang tak puas hati dengan kepimpinan sekarang.
    Adakah pemimpin kecil, Bahagian, Eksko, AJK Pusat menyedari perkara ini.?? atau
    buat pekak telinga sahaja demi menjaga periuk nasi sendiri.
    Tahukah anda bahawa orang Melayu masih Sayang Umno…
    Tetapi tidak suka dengan kepimpinan sekarang.
    Kenapa takut bertidak….

    Kami orang-orang Melayu masih menyayangi Tun, jangan sampai Tun dihina dan dikeji
    Hormatilah beliau sebagai bekas PM yang berjaya,
    Jangan cuba cari kesalahannya…. kerana jasanya lebih besar dari segalanya.
    Tolonglah…

  35. Assalamualaikum w.b.t

    Tahniah kerana wujudnya blog ini.Rasanya saudara sekalian sudah faham dan jelas mengapa UMNO jadi begini. Sekali lagi saya ulangi jika masih tidak jelas.
    1. Pemimpin disemua peringkat semakin jauh kepada Agama.
    2. Kepentingan diri melebihi kepentingan bangsa.
    3. Cuba mempertahankan perkara yang salah
    4. Masuk UMNO untuk mencari kekayaan. Orang berniaga masuk UMNO bukan untuk bangsa tetapi semata-mata untuk memperluaskan empayer perniagaan.
    5. Ucapan yang baik tidak dipraktikkan dengan perbuatan, perlaksanaan dan perlakuan.
    6. Masih menganggap rakyat bodoh dan senang diperbodohkan dengan projek dan cerita karut.
    7. Pemilihan pemimpin di setiap peringkat mengikut group yang sedia angguk,akur dan tunduk sahaja tanpa mementingkan kualiti.
    8. Pemilihan pemimpin yang telah rosak akhlak.
    9. Pemimpin dan penasihat tidak bijak.

    Itulah antara faktor-faktor pada saya menyumbang kepada kemerosotan sokongan UMNO. Setelah berlakunya hal ini. Pada pengamatan jika dilihat ditempat saya budaya tersebut tidak berubah. Dalam suasana pemilihan ini, faktor diatas masih lagi berterusan dan seolah tiada rasa apa yang berlaku pada UMNO parti yang disayangi ini.
    Sekian. Wassallam

  36. BA TIRU BN…??benda yg baik buat lah..walaupun dikatakan tiru

    TAPIkan kelantan dah lama potong elaun yb/mb kenapa UMNO/BN tak tiru turun cam MB kelantan punya cara?
    AIR selangor jadi turun kenapa BN tak tiru?
    Aku tengok Pakatan Rakyat (5 negeri)sungguh2 utk bantu rakyatnye TAPI BN sungguh2 susahkan rakyat
    (alasan masalah global)takan takda cara lain utk selesaikan utk rakyat..aku ni gaji dgn isteri aku baru RM3k++ dah jadi taraf miskin belum kira org gajiRM1k kebawah..(daif kot)bukan tak syukur!!!alhamdulillah allah s.w.t maha kaya/tahu..tapi kalu gov.jaga rakyat dari segi kebajikan dan ada arah ketulusan tak hairan BN boleh menang besar pd PR13 TAPI kalau tak BA akan rampas berkuasa maka UMNO/BN akan jadi dinasor.
    ini pandangan aku sebagai ahli umno,maaflah yea semua walaupun ahli umno aku undi BA.sbb aku tak puas hati cara org besar BN.sbb belagak baik masa pilihanraya bila habis susah mau jumpa..lani aku nak kuar umno tapi still wait n c lah kata org kg aku…..

  37. Turunlah Pak Lah.. Turunlah khairi jauhkan diri anda dari kepimpinan negara, nescaya kepercayaan orang muda melayu akan kembali kepada UMNO.Inilah satu-satunya cara yang ada..Dan UMNO perlu kembali mempunyai semangat seperti awal penubuhannya semasa di pimpin oleh golongan guru bukan seperti sekarang yang hanya menonjolkan ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.

  38. PEMUDA PERLU TURUN PADANG BANTU UMNO ATAU WAKIL BN JITRA

    Pemuda UMNO nampaknya cuba mengambil hati rakyat dengan pelbagai cara termasuk saka bangsa ini syabas di ucapkan.

    Dalam masa yang sama saya berharap PEMUDA akan menjadi mata. pena dan kamera UMNO untuk turun padang bagi melihat masalah rakyat.

    Contohnya negeri yang di kuasai pembangkang namun apabila kawasan itu di menanagi oelh BN nampaknya tindakan untuk membantu masalah rakyat nampaknya lesu.

    Projek Perumahan Halban Jaya di Taman Seri Halban Bandar Darulaman contohnya dalam pembinaan 49 buah rumah namun projek itru mendatangkan masalah kepada penduduk sedia ada dengan masalah banjir kilat dan laluan perumahan yang sedia pula di jadikan laluan utama kepada projek perumahan baru itu.

    Pelbagai cara di lakukan termasuk surat kepada Majlis daerah Kubang Pasu, SUK, Kementerian dan lain-lain namun sehingga kini tidak ada tindakan dan apabila di ajukan kepada Majlis Daerah sedang di pantau.

    Berita mengenai masalah ini di pastinya telah di ketahui oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu dan ADUN Jitra namun sehingga kini Pegawai daerah atau MP tidak pernah turun padang walaupun telah mendapat liputan di media massa dan elektronik.

    Harap melalui SAKA BANGSA ini menjadi medan untuk membantu kami.

  39. terbaca di blog malaysia kita, seorang pemuda mata sitap bernama ng seng kiat cuba nak menyalakan api perkauman dengan memberitahu rahsia bahawa cina malaysia membuat strategi untuk menguasai kerajaan.mereka memegang tampok ekonomi dari perkilangan, pemborongan/pengedaran dan peruncitan.jika ada usahawan/peniaga melayu bersaingan dalam apa jua jenis perniagaan, maka golongan peniagaan mata sitap ini akan menurunkan harga agar pembeli melayu membeli barangan mereka.bila mereka menghantar bekalan borong kepada peruncit melayu , harganya tinggi dan berbeza dengan peruncit cina, bahkan kemudahan kreditnya tidak terlalu lama hingga menyukarkan peruncit melayu membuat pusingan jualan.bank-bank kormersil yang dikuasai oleh tauke-tauke mata sitap mengenakan pelbagai procedure kepada peminjam melayu kecuali peniaga melayu yang berkepentingan politik.yang sedihnya kebanyakan orang melayu yang kaki enjoy dan joli sering ke pub, nite club,rumah urut,berjudi nombor ramalan setiap (nombor ekor) setiap minggu,ke pusat-pusat perjudian yang dimiliki oleh tauke -tauke mata sitap.
    ambil contoh yang nyata iaitu agen-agen suratkhabar utusan melayu (utusan malaysia) dan nstp (berita harian), 95 peratus dimiliki oleh peniaga sitap dan india. bila berlaku cuti perayaan (tahun baru sitap dan deepavali) maka pemilik akbar terpaksa minta pam minyak petronas untuk menjual s.khabar.apakah yb khairi jamaludin (pemegangan syer di nstp) memikirkan cara lain?.
    apa yang ng seng keat tulis tu adalah ingatan kepada semua orang melayu bahawa cina singapura sedang bersiap sedia untuk membeli malaysia (tanah melayu tercinta ).
    semua pemimpin melayu (umno,pas,pkr) kena fikirkan cara mana nak atasi.cerdik pandai anak melayu dah semakin ramai, tapi halatuju dan kepimpinan melayu huruhara, berkeliaran,pening lalat,bertelagah,tuduh-menuduh,macam cacing kepanasan. betulkan semua ini.
    kontraktor kelas F asyik harapkan tender pejabat daerah atas ehsan wakil rakyat sahaja,baru dua tiga projek dah berlagak dengan pacuan empat roda. berlagak kononnya macam jutawan, telefon bimbit sentiasa berdering kononnya dapat banyak projek .
    artis-artis melayu pula leka dengan program hiburan yang mana syarikat rakaman dan tv swasta dimiliki oleh tauke mata sitap.kononnya nak kaya dan top macam artis holywood dan bolywood.ingatlah industri seni tak kan kemana jika artis-artis dan ahli-ahli seni meniru indentiti dan cara barat . indentiti malaysia malu nak diperkenalkan.
    dengan keadaan politik melayu dah tak menentu kini, sejarah 1969,sejarah 1511, sejarah 1941 akan berulang walaupun gerak lakunannya tak sama.anak melayu lepas merdeka , lebih-lebih lagi yang dilahirkan selepas 1980. mereka terpengaruh dengan budaya internet, siaran tv dan radio yang semakin banyak.bencana syaitan dadah ramai yang membunuh anak-anak melayu.perjudian berluasa dan dihalalkan oleh kerajaan-khususnya di sebuah bukit peranginan yang popular.
    akhir sekali sedarlah dan bertindak segera wahai pemimpin melayu, ingati sejarah ,lebih-lebih lagi Kupasan Tinta Al-Quran jadikan panduan.

  40. AKU RASA BAIK DITUTUP JER BLOG SAKA BANGSA NI SEBAB SEMUA LUAHAN YANG DITITIPKAN DI DALAM BOLG NI TIDAK DIJAWAB..
    TAK PUN BAIK MODERATOR SAKA BANGSA NI TUKAR JERR TAKUT DARI PADA “SAKA BANGSA” DITUKAR KEPADA SANGAP BANGSA..
    SEBAB SEKARANG NI SEMENJAK UMNO KALAH DALAM PRU-12 KORANG SEMUA PEMUDA UMNO DGN PARA PEMIMPIN TENTAGH HURA-HARA SEBAB KUASA SEMAKIN MENGECIL DAN INI MENYEBABKAN KORANG MENJADI “SANGAP KUASA” SEBAB TU AKU CADANGKAN BLOG NI DITUKARKAN KEPADA “SANGAP bANGSA”

  41. AKU RASA BAIK DITUTUP JER BLOG SAKA BANGSA NI SEBAB SEMUA LUAHAN YANG DITITIPKAN DI DALAM BOLG NI TIDAK DIJAWAB..
    TAK PUN BAIK MODERATOR SAKA BANGSA NI TUKAR JERR TAKUT DARI PADA “SAKA BANGSA” DITUKAR KEPADA “SANGAP BANGSA”..
    SEBAB SEKARANG NI SEMENJAK UMNO KALAH DALAM PRU-12 KORANG SEMUA PEMUDA UMNO DGN PARA PEMIMPIN TENGAH HURA-HARA SEBAB KUASA SEMAKIN MENGECIL DAN INI MENYEBABKAN KORANG MENJADI “SANGAP KUASA” SEBAB TU AKU CADANGKAN BLOG NI DITUKARKAN KEPADA “SANGAP BANGSA”

  42. marilah kita sama-sama berdoa kepada Illahi,agar orang Islam khususnya melayu iaitu pemimpin melayu bersatu menentang penjajahan baru (cina malaysia dan singapura).hanya pada Illahi sahaja jalan penyelesaian agar kemelut ini dapat di uraikan demi orang melayu dan Islam.
    semua melayu mesti ingat, kita hanya ada kuasa sahaja yang semakin terhakis, yang akan menentukan kita.ekonomi dikuasai oleh cina,golongan professional ramai dari kaum india.syarikat-syarikat gergasi kepunyaan cina kecuali syarikat monopoli milik kerajaan.TNB dan Petronas, pengurusan dan ahli lembaga pengarahnya hidup mewah melebihi had.KTM masih rugi dan banyak dana kerajaan ditelan kerugian.felda asyik gagal membentuk peneroka-peneroka supaya berdisiplin dan pengurusannya megah dengan pacuan empat roda (Felda Technoplant Sdn Bhd)macam estate british dahulu.
    Jika berlaku peralihan kuasa kepada DAP atau Cina, MAGERAN perlu di wujudkan. Askar Melayu DiRaja mainkan peranan mempertahankan maruah Melayu.Pendekar Batu Pahat bersedia sebelum terlambat.
    Kalaupun anwar ibrahim akan jadi perdana menteri (mungkin), pastikan kepimpinan melayu dan raja melayu terus hidup.
    jika pemuda umno dan umno terus relevan dan kuat, pemimpin yang korupsi, ada terlibat jenayah atau pembunuhan,mengutamakan kepentingan keluarga dan kroni sila letak jawatan atau disingkirkan.Sokongan terhadap pas dan pkr bertambah, tapi adakah kedua-dua parti ini mempertahankan status quo melayu?pakatan rakyat terikat dengan janji bekerjasama dengan dap. adakah ikatan ini diterajui oleh melayu?
    umno dan bn bersedialah hadapai kemungkinan pilihanraya akan datang berlaku hilang sokongan.
    dari sekarang brsiaplah. mungkin di pilihanraya kecil di sanglang, perlis bn boleh menang, tapi pakatan rakyat sudah bersedia dengan sokongan dari 5 negeri dan wilayah.dulu bolehlah bn dengan kekuatan jentera diseluruh negeri, tapi sekarang pakatan rakyat juga ada jentera yang hebat, lebih-lebih lagi sokongan dari professional, keluarga tahanan ISA, pelajar Universiti dan masyarakat bandar.bn boleh taburkan segala wang dan bantuan kerajaan, tapi senario sekarang, pengundi-pengundi muda sukar diperdaya.Ingatlah PakLah bahawa kawasan parlimen Kepala Batas jika adakan pilihanraya kecil mungkin tumbang kepada PR.Harapan untuk menawan semula 5 negeri PR di pilihanraya umum akan datang amat sukar kecuali PakLah Undur secara terhormat dan inflasi negara diatasi dengan beberapa inisiatif yang menyenangkan rakyat seperti peruntukan dana pinjaman segera kepada peniaga melayu, kenaikan gaji kakitangan kerajaan, pengurangan duti impot untuk makanan, barangan pertanian, kereta, elektrik dan bahan binaan. Petronas patut memainkan peranan memberi dana kepada kerajaan untuk membantu rakyat.ketepikan dahulu keuntungan demi rakyat.TNB jika asyik fikirkan keuntungan lebih baik ditubuhkan semula LLN. TM NET juga diambil semula Telekon Negara. Dalam keadaan sekarang syarikat multi-nasional atau milikan kerajaan mesti fikirkan kebajikan rakyat dahulu kerana rakyat adalah pelanggan mereka. Ahli Lembaga Pengarah Petronas,TNB.TM Net dipecat segera kerana gagal membantu rakyat yang dalam kesusahan pada masa sekarang.Jika PakLah tak tegas lembik macam lembu tua, maka rakyat makin menderita dan yang kaya akan bertambah kaya (bank-bank) kerana mencekik darah rakyat.

  43. cadangan yong teck lee nak undi tak percaya pada Pak Lah tak menjadi hari ini(23.06.08).mungkin gimik atau mungkin nak gertak atau juga mungkin bagi berdebar yb-yb BN.bagaimanapun ingatlah wahai YB BN dan UMNO, ‘KUN’Allah boleh berlaku dan jangan NaZri membebel serta Shahril Samad gumbira.bila Allah kata ‘KUN’, maka dia boleh terbalikan keadaan dan luar dari jangkauan otak kita.Allah boleh membuka pintu hati manusia walaupun ia orang kafir untuk membuktikan kebenaran kepada orang yang sombong dan ego.
    yang penting sekarang, jika PakLah naikkan minyak, sawit dan getah serta gaji pekerja kerajaan dan swasta (ekuiti kerajaan) kena naikkan sehingga 70%. pada formula saya yang kreatif ni, bila sawit,getah,gaji naik maka peniaga/usahawan kecil dan besar akan ada pembeli.kecairan tunai menjadi mudah dan bank-bank akan tersenyum.kerajaan kena arahkan bank-bank komersil turunkan kadar faedah seperti apa yang Pak Tun Mahathir buat dulu (1998/99) sewaktu krisis kewangan. potongan gaji wakil rakyat tidak relevan kerana wakil rakyat juga teruk bekerja ikut arahan kerajaan.
    Pak Tun Maharhir memikirkan jika empangan bakun dan jambatan bengkok selesai dibina, krisis minyak untuk tenaga letrik boleh diatasi kenaikan takrifnya.jambatan bengkok pula untuk membolehkan kapal-kapal terus berlaboh di pasir gudang tanpa pergi ke selat singapura lagi.biarkan singapura melopong dan terjelir lidah melihat kapal dagangan ikut selat tebrau ke pasir gudang.Pak Lah dah buat silap dalam hal ini.
    Nilai mata wang perlu diikat semula dengan dollar US . Pak Tun Mahathir lebih suka barangan (termasuk petrol) atau perhidmatan di malaysia jauh lebih murah dari negara asean kerana Tun ingin melihat pelancong asing menghabiskan wang mereka di malaysia.dengan itu pengaliran wang negara ke luar dapat dikurangkan.tak apalah orang singapuran/siam/indonesia bawa balik minyak ke negara mereka. yang penting mereka telah membeli barangan malaysia. tak payahlah bersusah -payah kerajaan mengekspot barangan, mereka sanggup datang kesini kerana barangan di sini murah.kita kena contohi hongkong, cina, thailand dan indonesia yang terkenal barangannya yang murah.dengan ini rakyat malaysia khususnya orang melayu mendapat keuntungan dalam perniagaan khususnya makanan HALAL dan keindahan pantai serta membeli-belah yang murah harganya.
    diharap PakLah, menteri kabinet, ahli-ahli parlimen,DUN, pakar ekonomi memberi keutamaan membeli nasib rakyat dari berkelahi krisis kepimpinan.YANG PALING RUGI NANTI ADALAH ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM AKAN HILANG PEGANGAN JIKA KITA LUPO………..

  44. Assalamualaikum w.b.t

    Kepada yang bertanggungjawab segeralah memberi jawapan kepada setiap persoalan, sebab, cadangan, sindiran, makian yang telah dibuat. InsyaAllah jika kita ikhlas mengembalikan kedaulatan bangsa, hak bangsa tiada apa yang perlu ditakutkan. Yang salah tetap salah jangan diulangi. Kenalpasti kesilapan, cuba berubah dan stategi disusun semula.

  45. Emmhh…!!!
    Kalau dah Lembu tu, Lembu jugak…!!!!

  46. Emmhh…!!!
    Kalau dah Lembu tu, Lembu Jugak…!!!!
    Berbuaihlah korang komen tak akan di jawab oleh Lembu-lembu Blog ni…!!!

  47. DEMOKRASI KAH KITA?

    SALAM,

    WALAUPUN tak berjawab persoalan namun harapan saya sekurang-kurangnya siapa yang melayari dapat sedikit maklumat walaupun tidak dapat disembunyikan geram kerana tindakan atau jawapan terhadap semua isu itu dibiarkan begitu sahaja?

    Mungkin kepakaran atau mereka yang di pertanggungjawabkan untuk mengendalikan blog ini tidak mampu atau sedang mencari jalan untuk menjawabnya.

    Saya ingin berkongsi dengan pelayar laman ini,
    Apabila saya ke sebuah sekolah di negeri yang diterajui pembangkang terpapar persoalan masih tergantung gambar menteri besar sebelum ini iaitu BN.

    Walaupun pilihanraya ke 12 telah memberi mandat kepada wakil rakyat yang di pilih namun terdapat halangan untuk menghormati pilihan rakyat ini.

    Pejabat SUk telah mengeluarkan dan mengedarkan gambar Menteri Besar baru tetapi poster itu tidak boleh digantung di sekolah jadi yang menjadi persoalan sekiranya ada kalangan pelajar bertanya siapa menteri besar maka apa yang perlu di jawab.

    Begitu juga dengan derma yang ingin disampaikan oleh pihak pembangkang di terima oleh pihak sekolah tetapi melarang pembangkang baik MB atau EXCO mengunakan majlis daerah untuk program atau menghadiri majlis penyampaian hadiah jadi dimana demokrasinya.

    Harap kita memberi kebebasan kerana sekarang ini rakyat telah memberi mandat kenapa dihalang MB atau exco turun ke sekolah.

    Ini dilihat sesuatu yang tidak adil kerana seolah-olah memulau atau tidak menghormati pilihanrakyat sedangkan rakyat juga mempunyai hak seperti pemilihan wakil kerana cukai tetap dibayar baik bermula dari cukai pendapatan hingga pembelian barangan yang dikenakan cukai kerajaan.

    Renung-renungkanlah.

  48. ada sesuatu yg tak kena dengan Pemuda UMNO sekarang. kelantangan dan keberanian sebahagian besar pemimpin pemuda UMNO terkena tempiasnya pada kerajaan itulah sebabnya kerajaan kalah pilihan raya dulu.
    tgk pemuda di kedah, perak, selangor, penang dan kelantan, tak berfungsi.

  49. BEZA TUN MAHATHIR DGN PAK LAH

    Pak Lah tu melayu sedangkan Mahathir tu mamak sebab tu mahathir pandai dalam bidang ekonomi tapi Pak Lah sebagai seorang melayu lama hanya pandai dan gemar berhibur semata2

    Contohnya pada malam kemerdekaan ke 50 tahun negara – rakyat diminta mengenang sejarah perjuang2 melayu terdahulu sedangkan Pak Lah setiap malam selama seminggu mengadakan pesta hiburan di kediamannya di Seri Perdana Putra Jaya..

    Jangan nak bohong semua rakyat dah tahu..
    bangkai gajah tak boleh ditutup dgn sehelai daun..

    Setiap hari Pak Lah akan mengantuk sahaja…
    bukan kerana di malam harinya beliau bersembahyang tahajud
    sebenarnya setiap malam beliau hanya leka dengan hiburan semata2..

    Rupa2nya Pak Lah telah berjumpa dgn Al-Ghazali yang beliau cari selama ini..
    Tetapi Al-Ghazali yang pak lah jumpa ini bukanlah iman Al-Ghazali
    Sebanarnya Pak Lah telah terjumpa dgn Ghazali benggali roti yang selalu menjaja roti di hadapan rumah aku.. ( Ghazali Bin Abdullah )

    Ghazali yang jual roti ni memang gemar dgn hiburan dan setiap pagi dia menjaja roti sambil pasang lagu2 hindustan..

    Ghazali ni memang suka dgn orang perempuan sambil dia menjaja dia akan mengambil kesempatan menyentuh tangan, bahu atau pinggang pelanggan perempuan yg membeli rotinya..

    Ayat dia pun manis di hadapan pelanggan2 lelaki..
    ” Kita harus mempertahan bangsa, agama dan tanah air, jangan sampai dijajah oleh kuasa asing..”

    Serupa benar perwatakan, perlakuan, nafsu serta ucapan Pak Lah dgn Ghazali yang menjadi idola beliau..

    Nasib baik Ghazali tu bin Abdullah sahaja..
    kalau bin Adullah Badawi lagi ngam..

  50. Aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia memberi kesedaran kepada rakyat malaysia supaya jangan terus di tipu dulu, kini dan selamanya (slogan UMNO)……kerana apa??….

    Sebab kita sekarang akan jadi macam indonesia kalau takde perubahan politik dalam negara,kita tengok indonesia, negara mereka kaya dengan minyak (Negara OPEC) malaysia bukan negara OPEC sbb pengeluaran minyak kita tk cukup utk melayakan kita mjadi negara OPEC…….

    Mengapa indonesia menarik diri dari negara OPEC..??
    kerana di zaman suharto berlaku terlalu banyak penyelewengam, rasuah, keronisme dan nepotisme..
    kekayaan negara hanya dibolot oleh golongan pemerintah.. pengurusan hasil kekayaan negara tidak diurus dgn betul dan amanah.. para pemiimpin bersengkongkol melantak dan mentedarah sumber kekayaan negara..

    kenapa Indonesia kaya dgn minyak dan sumber balak sedangkan rakyat yer merempat jd kuli di negara org sebab bila Suharto di gulingkan br kita semua tahu Suharto org no. 4 terkaya dalam dunia (FORBES) pd ketika itu (1998)…rupe2nye kekayaan Indonesia di rompak oleh Suharto dgn anak pinaknya dan kroni2nya..akibatnya kekayaan negara indonesia tak sampai pd rakyat..

    Kita jgk akan jd mcm mereka selagi UMNO terus berkuasa kerana Pak Lah,anak2nya dan kroni2 mereka merompak harta negara..
    Cuba kita tengok pemimpin UMNO manakah yg hdup miskin ? takde….yg miskin hanya ahli2 UMNO kat kampung2 sedangkan pemimpin mereka hidup mewah,nak nak buat macam mana sbb org kampung memang bodoh2 tak berpelajaran.

    Bagaimana pemuda umno cawangan dan negeri boleh mengunakan kereta mewah yang bernilai sehingga mencecah 1/2 juta ringgit..???

    Datuk zakaria kat kelang boleh jadi contoh mcm mana dan dari mana dia dpt duit buat banglo mewah 22 bilik tido 16 bilik air……..
    itu br datuk zakaria? mcm mana datuk2 lain?
    anak Pak Lah Kamaludin abdullah dpt kontrak 1.2 billion utk buat Monorel kt P.Pinang,Rapid KL dan Penang Khairy Jamaludin punya dan byk lagi yg tk mampu aku nk tulis kt sini sbb byk sgt……..

    Suatu hari nanti rakyat kita juga berkemungkinan besar akan menjadi seperti rakyat indonesia – jika kita membiarkan apa yg berlaku sekarang berterusan tanpa sebarang tindakan.

    Harga minyak dunia naik, sepatutnya Malaysia untung byk sbb Malaysia jual minyak,knp plak tak mampu tampung subsidi ?ayuh lah…generasi muda ku buat perubahan dalam negara kita…..
    kita selamatkan pertiwi kita. daripada dijahanamkan oleh makhluk2 perosak yang senantisa tidak puas meratah darah dagin anak bangsa sendiri..

    sudah terbukti pilihanraya baru2 ni pengundi saluran 1 (Pengundi Tua) memang tak berubah undi mereka,yg berubah ialah pengundi saluran 2 dan 3 (Pengundi Muda bawah 40 )

    UMNO akan tumbang jua akhirnya pada zaman kita sbg anak2 muda.
    sbb org melayu tua dulu tak berpelajaran mereka sekolah pun sampai darjah 6.
    tp zaman kita dah tk mcm tu…..setiap thn universiti sampai tk cukup tempat untuk mnampung jumlah pelajar.

    Janganlah sampai kita menghina anugerah akal fikiran yang allah telah berikan kepada dgn cara yg sia2 dan tunduk terhadap kerakusan nasfu puak2 UMNO yang menjarah sumber kekayaan negara..

    marilah kita tingkatkan iltizam dan berusaha yg berterusan agar barisan kepimpinan negara yang kita lantik nanti adalah mereka2 yang kasihkan rakyat dan takutkan allah..

    Sama2lah kita berdoa agar allah menganugerahkan kepada bangsa kita sorang pemimpin yang berpewatakan yang mempunyai ciri2 kepimpinan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz..

  51. PUAK2 UMNO MEMANG SUKA BERPANTUN, BERGURINDAM DAN BERSELOKA..
    MELAYU UMNO MEMANG GEMAR DGN HIBURAN..
    SEGALA PERMASALAHAN SENTIASA DISELESAIKAN DGN BERHIBUR
    JUSTERU ITU UMNO ACAP KALI MENJEMPUT ARTIS SERTA PENYANYI BAGI MENGHIBURKAN HATI..

    CONTOH YG NYATA..
    SETIAP KALI DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MEREKA SEMUA AKAN BERGUMBIRA, MENJERIT2 TAK TENTU HALA, BERPANTUN SERTA BERSELOKA.. MEMUJI SERTA MENYANJUNG SESAMA SENDIRI SEOLAH2 TIADA SEBARANG CACAT DAN CELA PADA DIRI MEREKA SEMUA..

    BUDAYA FESTA PORA ADALAH AMALAN YG TELAH SEBATI DAN MENJADI DARAH DAGING MEREKA..

    MANAKAN TIDAK TELAH BERAPA RAMAI PENGHIBUR SERTA ARTIS YG TELAH MENDAPAT ANUGERAH SERTA PINGAT YANG MEMBAWA GELARAN TAN SERI DAN DAT0′
    JIKA DINILAI APAKAH SUMBANGAN MEREKA TERHADAP UMMAH SERTA MASYARAKAT MARHAIEN DALAM NEGARA KITA..

    ADALAH LEBIH ELOK DAN MULIA BEKERJA SEBAGAI PEMUNGUT SAMPAH YANG MEMBERSIHKAN KAWASAN DARIPADA MENJADI ARTIS YG MENHIBURKAN MANUSIA KE ARAH KESESATAN SERTA MELALAIKAN..

    ” UMNO DAN HIBURAN TERPISAH JANGAN “

  52. MEMANGDANGKAN SETIAP SOALAN YG DIAJUKAN DI DALAM BLOG NI TIDAK BERJAWAB MAKA BOLEHLAH KITA MENGANGGAP BLOG NI SENGAJA DI BUAT UNTUK MELEKAKAN KITA SEMUA..

    JUSTERU ITU MARILAH KITA SEMUA BOIKOT SAHAJA BLOG INI KERANA MEMBAZIRKAN WAKTU KITA SAHAJA.

    * KEMUNGKINAN BESAR BLOG NI DIMILIKI OLEH HANTU-HANTU KERANA SETIAP PERSOALAN YG DITITIPKAN TIDAK BERBALAS..

    BERHANTU DAN BERPENUNGGU…

  53. Memang betul hanya Allah yang menentukan siapa yang layak dan siapa yang tak layak memasuki syuganya,,

    Tapi harus diingat… !!!
    Bukankah Allah dan Rasulullah juga telah memberi panduan serta formula kepada semua manusia bagaimana caranya bagi mereka untuk melayakkan diri ke syurga Allah…

    Segala panduan2 tersebut tidak pernah berubah semenjak turunnya Nabi Adam ke dunia ini hinggalah ke hari kiamat..
    Iaitu ” Masuklah Kamu ke dalam agama Allah keseluruhannya ”
    Jangan diikut jejak langkah kaum Yahudi yang mengikut ajaran nabi Musa separuh2 sahaja..

    Sekarang telah wujud suatu fahaman songsang dikalangan umat islam sendiri yang mengatakan agama lain politik lain..

    Jika penganut agama kristien nasarah atau yahudi memang demikian pegangan mereka – mengasingkan agama dgn politik..
    Kerana Nabi Isa dan Juga Nabi Musa diutuskan Allah hanyalah untuk menyerlamatkan bani israil yang tertindas serta memulihkan pegangan akidah mereka..

    Sedangkan Rasulullah selain dari menyelamatkan akidah dan keruntuhan sosial masyarakat jahiliah tujuan utama baginda diutuskan adalah bagi menyebarluaskan agama Allah keseluruh muka bumi ini.. juga bagi membentuk struktur bermasyarakat dan struktur bernegara..

    Nabi Isa dan Nabi Musa hanya menjadi Pemimpin Umat sedangkan Rasulullah adalah pemimpin umat dan juga pemimpin negara..

    Kalau Puak2 UMNO betul2 hebat

    Sila nyatakan Rasul atau Nabi manakah yang membentuk struktur Negara dan membentuk Piagam ( Perlembangaan Negara ) selain dari Rasulullah..

    Sebelum Wujudnya Piagam Madinah ( Perlembagaan Negara Madinah ) tiada satu negara pun sebelumnya yang mempunyai Perlembagaan Negara..

    walaupun sebelumnya telah wujud kerajaan2 hebat seperti Rome, babylone, Greek / Yunani dan Parsi.. negara2 tersebut tidak mempunyai Perlembagaan Negara..
    yang ada cuma Klausa2 tidak jelas yang berupa arahan Raja2 / Pemimpin serta Para Pendeta di dalam negara2 tersebut..

    Justeru itu ramai sarjana-sarjana barat yang menyimpulkan bahawa kerajaan Islam madinah di bawah pimpinan Rasulullah adalah struktur kerajaan pertama di dunia ini yang paling lengkap serta sempurna sekali..

    Mereka juga mengangkat Rasulullah sebagai pemimpin teragung di dunia ini..

    Tetapi malangnya Para pemimpin serta penyokong UMNO memperlekehkan Pembentukan serta Struktur negara islam…

    Demikiankah akibatnya jika Iman telah tiada di hati dan jiwa mereka..

  54. LAWAK APAKAH INI..???

    Did you remember what happened after DSAI buktikan dia tak bersalah b4 dia masuk court? They suddenly changed all the evidences…

    By right, orang yg menuduh perlu buktikan kesalah orang yg dituduh. Orang yg menuduh perlu buktikan dulu…

    Ramai orang tak sedar, Saiful buat laporan pada 28 Jun 2008, dlm laporan dia telah mengaku telah diliwat pada 26 June 2008 (2 hari sebelum laporan dibuat). Dlm press statement, Najib ckp Saiful jupa dia 3 hari sblm laporan dibuat, iaitu pada 25 June utk mengadu bahawa dia telah diliwat.. Macam mana dia bleh mengadu kt Najib padahal dalam laporan, dia diliwat sehari selepas dia mengadu kt Najib…

    25 June 2008 (3 hari before laporan) – Saiful mengadu pada Najib dia telah diliwat.
    26 June 2008 (2 hari before laporan) – Saiful dikatakan diliwat
    28 June 2008 – Saiful buat laporan dia diliwat pada 26 June
    1 July 2008 – Najib ckp tak kenal Saiful. Mula2 ckp mamat tu jupa pegawai dia je utk minta “biasiswa”
    3 July 2008 – Najib ckp Saiful dtg ke rumah dia utk mengadu 3 hari sblm laporan dibuat…

    Hamid Albar kata Anwar Ibrahim datang sebagai tetamu ke kedutaan Turkey..
    Lagi satu lawak Antara bangsa yg UMNO buat..
    macam mana anwar membuat lawatan pagi2 buta itu dan diterima oleh kedutaan Turkey..??
    adakah sebelum itu anwar telah buat temu janji yg beliau akan membuat lawatan kedutaan Turkey selepas sembahyang subuh..

    mana ada kedutaan dalam dunia ni menerima seseorang rakyat di dalam negara tersebut pagi2 buta..

    Saiful bukhary yg disahkan gagal dan tidak layak meneruskan pengajiannya di universiti telah pergi berjumpa memohon biasiswa pendidikan beliau.. Hahahaha..!!

    Fikirla sendiri jangan sampai diperbodoh-bodohkan, ingat kami semua ni bodoh mcm org kampung dan puak2 kamu kerr..
    sape2 yg percaya dgn semua lawak antarabangsa ni memang bangang le namanya..

  55. salam semua..

    sl0gan UMNO iaitu mempertahan dan membantu 0rang2 melayu da boleh pakai lagi da.nak tau kenapa??
    sebab cuba korang pikir,sape orang2 melayu yang dibantunya??
    kalau bukan anak2 menantu dye,,pcik@mcik dorang..come on lah,jangan ingat rakyat macam kami di bodoh sangat ok..kami pon ade hak untuk menyuarakan pendapat kami.kami rasa ditindas oleh kamu semua.kamu kat atas kenyang,kami kat bawah sengsara.kami semua pon nak hidup jugak.lagi satu,2010 nanti najib akan ganti pak lah sebagai perdana menteri.hancur leburla negara MALAYSIA.sebab dapat pemimpin yang ade terlibat dalam kes pembunuhan kejam ALTANTUYA..najib,r0smah,,jangan ingat kamu berdua akan terlepas.kamu akan masuk penjara jugak satu hari nanti.inagt tu.sape2 yang setuju dengan komen kawan di atas,bolehlah hubungi kawan di Lexus_co5577@yahoo.com!!!!
    kawan menanti komen dan email dari kamu semua!!

  56. HANG NAK KOMPLEN BUAT APA PASAI BINI PAK LAH DENGAN NAJIB TAK PAKAI TUDUNG..??
    ITU LAH NAMA DIA ISLAM HADHARI..
    CARANYA SAMA MCM ISLAM SEKULAR YG MUSTAFFA KAMAL AT-TARTURK BUAT KAT TURKEY DULU..
    MUSTAFFA KAMAL BUAT DULU SECARA TERANG-TERANGAN DENGAN MENGHARAMKAN TERUS PEMAKAIAN TUDUNG..

    TAPI PAK LAH BUAT DENGAN CARA BERHEMAH SERTA BERSOPAN SESUAI DENGAN SIFAT KELEMBUTAN ORANG2 MELAYU..
    SEBAB PAK LAH DAH TAHU KELEMAHAN SERTA KEKUATAN ORG MELAYU..
    ORANG MELAYU INI AKAN IKUT SAHAJA APA KATA PEMIMPIN..
    MACAM ZAMAN HANG TUAH TU..

    DEPA AKAN TUNDUK SEHINGGA MENCIUM KEPALA LUTUT PEMERINTAH.. SETIAP PERKATAAN PEMETINTAH ADALAH AZIMAT DAN SETIAP ARAHAN PEMERINTAH MESTI DIPATUHI WALAUPUN PEMERINTAH ITU KEJAM SERTA ZALIM
    BAGI MEREKA ” PANTANG MELAYU MENDERHAKA ” NANTI AKAN DITIMPA BALA..

    BAGI ORANG2 MELAYU PEMERINTAH ATAU PUN PEMIMPIN ITU KEDUDUKAN MEREKA ADALAH SAMA TARAFNYA DENGAN DEWA..
    SEBAB TU MEREKA SUKA MENYANJUNG SERTA MENDEWA-DEWAKAN SETIAP PEMIMPIN DIKALANGAN ORANG2 MELAYU..

    MEREKA AKAN BAHAGIA JIKA PEMIMPIN MEREKA HIDUP MEWAH SERTA KAYA RAYA, WALAUPUN MEREKA ANAK BERANAK TERPAKSA MENDERITA DAN MENGIKAT PERUT..
    BAGI ORANG MELAYU MEMANG SEWAJARNYA DEWA ( PEMIMPIN ) MEREKA HIDUP DALAM SEGALA KENIKMATAN DUNIA KERANA
    KEBAHAGIAAN MEREKA TERLETAK KEPADA SETIAP DEWA YANG MEREKA PUJA ( PEMIMPIN )

  57. SEDARKAN WAHAI SAHABAT2 KU DLM UMNO..UMNO DLU SGT BERBEDA DENGAN UMNO SKRG..SGT BERBEZA….

  58. ANTARA SEBAB UTAMA MELAYU UMNO MEMBENCI LIM GUAN ENG – DAP

    Kho Su Kun bekas ketua menteri P.Pinang tu adalah bangsa melayu walau pun dia ahli parti Gerakan tetapi dia tetap berbangsa melayu..

    Namanya pun Sukun..
    Org melayu dulu2 kan suka letak nama anak2 mereka macam2 nama.. diorang tu main hentam jerr..
    memang ramai org2 dulu nama mereka pelik2..

    Jadi bapak si sukun ni memang suka sgt makan buah sukun maka org tua tu letaklah namanya “Kau Sukun” tapi silap ejalah pulak oleh kerani pejabat pendataftar pada masa tu.. maka jadi Kho Su Kun

    Sebab tu org2 UMNO tak kesah dan dan percaya yg Kho Su Kun akan membantu melayu P.Pinang..
    kalau org melayu tak bantu melayu nak harap sape lagikan..??
    itulah pegangan org2 umno- melayu tolong melayu.
    betul ke melayu tolong melayu..?? macam mana dgn melayu kelantan..?? sebenarnya ialah ( umno tolong umno )

    Korang semua tak nampak ke? selama ini Kho Su Kun telah banyak membantu org2 melayu P.Pinang..
    Bukankah ramai melayu P.Pinang dah menjadi hartawan serta jutawan..

    80% sumber kekayaan P.Pinang adalah milik melayu..
    semuanya ini adalah sumbangan Kho Su Kun yang berbangsa melayu tu..

    Sekarang ni sape yg susah..??

    Bila Lim Guan Eng yg berbangsa cina dari DAP telah menjadi Ketua Menteri P.Pinang.
    maka dalam sekelip mata sahaja semua org2 melayu P.Pinang menjadi papa kedana serta merempat di bumi sendiri..
    malamnya mereka tido di banglow2 mewah tetiba saja esok pagi nyabila mereka bangun dari tido mereka dapati mereka berada di pondok2 buruk yg tak layak didiami org makhluk yg bernama manusia..

    Sungguh ajaib kuasa Lim Guan Eng..
    Macam cerita 1001 malam..
    Org melayu yg kaya raya telah disihirkan oleh Lim Guan Eng..
    dengan segala kehebatan ilmunya serta bantuan segala jin dan iblis maka Lim Guan Eng telah menukarkan segala kemewahan yg dikecapi oleh org2 melayu P.Pinang menjadi suatu bangsa yg hina dan merempat..

    Kini satu2nya harapan bagi melayu pulau pinang adalah dgn meminta bantuan Koh Su Kun bagi menghapuskan segala kuasa sihir yg mencengkam meraka serta kembalikan mereka kpd keadaan sedia kala.. kalau tidak maruah ketuanan melayu P. Pinang akan terhapus..

  59. saya ingin membuat rayuan tentang permohonan kelulusan kewarganegaraan untuk mendapatkan kad pengenalan My Kad bagi anak saya arar perkara ini sangat penting bagi mereka.Harap tuan kerjasama dan membuat tindakan sedemikian.Ini amatlah diharapkan dan dahulu mengucapkan terima kasih

  60. […] bigdogdotcom.wordpress.com:Blog Pemuda UMNO â […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: