Mukhriz: UMNO gagal dengar isu akar umbi, termasuk ekonomi

Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini mendesak agar Kerajaan menyuarakan suara rakyat Malaysia dipersada antarabangsa, walaupun mengenai isu global yang tidak mampu dikawal dan berusaha untuk menjaga kepentingan rakyat termasuk menentukan jurang antara kaum makin luas, terutama kepada orang Melayu sebagai kaum majoriti. Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam program dialog yang dianjurkan Gabungan Teknokrat Merbok di Sungai Petani, Kedah petang tadi.

“Kita mempunyai cara kita sendiri untuk menyelesai masalah global yang ada kena mengena dengan kita” dan member contoh penyelesaian krisis ekonomi semasa matawang Ringgit diserang ‘Penyangak Matawang Antarabangsa’, pada September 1998. “Ada masalah global yang kita tidak boleh buat apa apa tetapi ada isu yang kita boleh tangani sendiri. Malangnya, hari ini perkara yang kawal ditangan kita sendiri, seperti menjayakan Wawasan 2020 sebagai negara maju kita gagal”.

Isu serangan matawang diserang pernah dibangkitkan dalam pelbagai arena antarabangsa seperti Forum IMF tetapi isu kenaikan harga minyak yang mendadak, Kerajaan hari ini gagal membangkitkan dipersada antarabangsa walaupun Malaysia merupakan negara perdagangan ke XVII terpenting dunia. Walaupun sebenarnya bekalan minyak dunia mencukupi, namun begitu kerana kuasa spekulasi Amerika Syarikat berjaya menaikan harga minyak dengan mendadak, bertujuan untuk membiayai peperangan yang mereka anjurkan di Afghanistan dan Iraq.

Beliau menjelaskan dalam soal politik dan diplomasi antarabangsa, Malaysia memang terkenal dengan ketetapan dasar dan suara yang begitu lantang selama ini, termasuk zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang membangkit isu Apartheid. Hari ini, suara lantang Malaysia mengenai isu isu Palestin, serangan ganas Israel ke Lubnan dan sebagainya tidak lagi didengari.

“Jangan setakat hanya menjadi ‘jaguh kampung’. Suatu masa dahulu kita amat dihormati kerana ketegasan dan kelantangan suara kita! Kerajaan mempunyai tanggung jawab untuk menjaga kepentingan orang Melayu, sebagai kaum majoriti (yang akan menentukan kestabilan negara) kerana terpinggir dari arus pembangunan dan pendidikan”.

Beliau menjelaskan bahawa hari ini, berlaku keadaan dimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula dipersoalkan dan Kerajaan yang sepatutnya bertanggung jawab mempertahankanya demi kepentingan kaum majoriti, kini sudah mula tiris.

Dalam UMNO sendiri, isu isu yang dibincangkan diperingkat akar umbi, Cawangan dan Bahagian tidak dibangkitkan langsung diperingkat Perhimpunan Agung Tahuhan UMNO. “UMNO tidak cukup dengar permasalahan akar umbi, terutama ekonomi orang Melayu. Berlaku tapisan isu yang dibangkitkan dalam UMNO terutama waktu Perhimpunan Agung Tahunan, maka orang Melayu mula mencari alternatif lain, termasuk memberi sokongan mereka kepada Pembangkang. UMNO mula menjadi tidak relevan kepada orang Melayu”!.

“UMNO perlu menjauhi rasuah politik kerana orang Melayu memerhati rapat perkembangan parti. Perhimpuan Agung Tahunan kali ini merupakan titik tolak survival UMNO, untuk menentukan ‘Tsunami Politik’ yang dialami semasa PRU 12 tidak menghancurkan UMNO!”.

Majlis yang dihadiri Exco Pemuda UMNO Marzuki Yahya turut mendengar ucapan alu aluan Ketua Pemuda Merbok Abdul Karim Ali sebagai penganjur.

*Perkembangan dikemas kini 5.45pm

Dalam sessi soal jawab, Mukhriz mempersoalkan kemasukan Mantan Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Md. Nor kembali kepada UMNO yang begitu diberikan layanan ‘istimewa’ oleh Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah “Siapa Ezam ni? Dia dulu dengan siapa? Bukankah Anwar Ibrahim merupakan ‘bapak segala rasuah dalam UMNO’ (membuat rujukan bagaimana Timbalan Presiden UMNO En. Abdul Ghafar Baba berjaya disingkirkan pada tahun 1993)?”

Beliau juga membangkitkan perasaan Pejuang Bangsa yang mempertahankan UMNO, terutama ahli ahli UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan tatkala orang seperti Ezam yang dianggap sebagai ‘Pengkhianat UMNO’ cuba meruntuhkan parti dan negara, semenjak gerakan ‘Reformasi’ 10 tahun dahulu dan “Ezam perlu ‘membersihkan diri’ dan menunjukan benar benar keikhlasan (insaf)”. Exco Pemuda UMNO juga itu berikrar “Selagi hayat dikandung badan, membujur lalu melintang patah kita tidak akan benarkan Anwar kembali kepada UMNO!”.

Ketua Cawangan UMNO Kulim High Technology Park pula menarik perhatian hadirin apabila mendedahkan bahawa syarikat pembekal kuasa di High Tech Park Nothern Utilities Resources (NUR) Sdn. Bhd., yang dimiliki Bumiputra akan dijual kepada Singapura. Mukhriz menjelaskan ianya tidak seharusnya berlaku kerana utiliti merupakan syarikat strategik. Beliau menyingkap kisah dimana Time Telecoms pernah cuba dikuasai Temasek tetapi Perdana Menteri ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menghalang dan kemudian ‘memaksa’ Maxis membeli syarikat itu. Hari ini, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sudah berlaku dimana saham Telekom Malaysia dan TNB dijual kepada Temasek Holdings.

*Perkembangan dikemas kini Isnin 9 Jun 2008 9.00am

Menurut laporan The Star hari ini, Mantan CEO Avenue Capital Tengku Zafrul merupakan salah seorang dari yang berminat membida NUR ini. Beliau yang pusingan ini menjawat CEO Tune Money, dikatakan membuat bidaan bernilai RM 700 juta.

Sila juga layari laporan Sira Habibu, Ketua Biro The Star di Kedah mengenai isu Ezam kembali ke pangkuan UMNO dan kenaikan harga minyak.

Published in: on June 8, 2008 at 16:13  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/08/mukhriz-umno-gagal-dengar-isu-akar-umbi-termasuk-ekonomi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. I share the same view. There is no issue of supply and demand for food, energy, etc. Such impression is falsely created.

    The Government used the opportunity to IMF-ed the economy.

    When the Government said, there is no more money for development, it strikes me that Government had expected the abnormal profit from petrol to built its mega-mega economic corridors.

    As I highlighted on my blog, our Government had expressed concerns and measures since 2006, but what come out of it? Pak Lah repeated teh same promises.

  2. akum. saya memang setuju sangat dengan dato, kepimpinan sekarang memang lemah dan jaga periuk nasi sendiri saja. tapi selagi kebanyakan MT dan Kabinet masih mengamalkan prinsip YES BOS dan masih dalam DENIAL STATE, sampai bila pun perubahan tak dapat dilakukan. kepada Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian, tolonglah sampaikan perkara sebenar kehendak rakyat. Kebanyakannya akan menyampaikan laporan yang baik-baik sahaja, yang buruk-buruk takut nak disampaikan kerana takut dikatakan tak pandai jaga kawasan atau tak pandai buat kerja. kalau buat kerja tentulah ada masalah. orang yang tak bekerja saja yang takda masalah.
    Sebagai orang Kuli, saya sangat berharap apa yang disebutkan takkan berlaku. Kita tak mahu menjadi seperti kebanyakkan negara Afrika di mana ekonominya dikuasai negara asing. Pak Lah, buatlah sesuatu selagi mampu dan sebelum terlambat. ingatlah, FIRST RULE OF LEADERSHIP, EVERYTHING IS YOUR FAULT! kalau tak mahu menanggung kesalahan, janganlah jadi pemimpin, jadilah seperti kami, pengikut- rakyat marhain.

  3. Bigdoggy,
    yo!

    where can I get the scheds
    for this dude’s bnc talks, please.
    date, time and place
    to fit mine.

    thank you.

    ps does this kid jerlun blog?

  4. Pak Lah sudah membawa Malaysia pada landasan yang salah.

  5. Bigdoggy,

    what is the platform mukhriz is standing on
    -over! I hope it is not a target shoot for
    the guys in the gunnery

    has he got a racist card
    apart from his ic and his looks
    or an economic agenda for his
    franchisees and frinchisors

    i hope he sings rod stewart
    his ad lib lines were well rehearsed

    read this, mukhriz:
    what makes you think that you are good
    enough for the Ketua Pemuda post?

    do you know your dad wll enough to be
    your own man?

  6. Fuck Lah bukan sahaja membawa Malaysia kelandasan yg salah. tetapi dia telah menjerumuskan Malaysia ke lembah yg hina dimana suatu hari nanti Malaysia akan berada dibawah kuasa Temasek Holding… apa ada pada UMNO pada masa itu… apa akan jadi dengan nasib orang melayu…
    sekarang ni ketua-ketua bahagian pun sama macam MT dan menteri-menteri UMNO… semua dok jaga periuk nasi depa saja.. dok jaga glamour… ketua bahagian Padang Serai apa yg dia buat selama jadi ketua bahagian… bahagian Pdg Serai merupakan bhg yg cukup baik untuk di ketengahkan kerana Kulim Hi-Tech Park terletak dlm bhg Padang Serai… tetapi hingga ke hari ini apa yg ada di Padang Serai… Timb. Ketua bahagian dok buat apa… naib ketua bhg dok buat apa.. AJK UMNO bhg semua dah tua bangka… sampai perkembangan semasa pun tak ambik tau… Ketua pemuda hanya pandai bersyarah… ekonnomi melayu masih tak berubah… ketua puteri pilihan Ketua bahagian… SPM pun tak pass… itu lah UMNO ketua pi Timbalan pi ka Naib pi ka AJK semua kroni depa… Ketua buat salah pun depa kata YES…

  7. […] Mukhriz said this in response to concerns over a proposed bid to take over NUR that was raised by Umno Kulim Hi-Tech branch Youth chief Faizal Mansor during a dialogue. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: