Ku Li: Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘Cacat’ (Kurang upaya), tawar diri untuk pimpin UMNO dan betulkan keadaan

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan bahawa Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal ujudkan Malaysia yang ekonominya makmur, walaupun negara ini mempunyai sumber yang banyak dan potensi yang amat besar.

Beliau berucap dalam majlis anjuran Cawangan UMNO Gombak di K Klub, Paradise Century Club, Taman Melawati, Ulu Kelang pagi ini.

“Kita mempunyai kekayaan dan masa lepas kita berjaya bangunkan ekonomi dan kesanya, masyarakat membangun, terutama orang Melayu. Hari ini, walaupun harga kommoditi tinggi, tapi kesan kenaikan harga petrol melonjak inflasi dan sudah member kesan negatif kepada rakyat”, sambil merujuk kepada kuasa pembelian menjadi kecil.

Beliau merumuskan Kepimpinan ‘gagal’ kerana:

1.Keadaan politik yang tidak menentu

2. Kedudukan ekonomi dalaman menurun, inflasi naik, produktiviti kurang, gaya hidup menurun dan simpanan makin tiris

3. Selepas PRU 12, menyaksikan bahawa kedudukan Melayu yang selama ini diperjuangkan UMNO mula dicabar oleh Bukan Melayu dan orang Melayu ‘pertengahan’ dan berfahaman liberal

Beliau menyifatkan Kepimpinan yang ada sebagai ‘cacat’ (kurang upaya) dan mengesa ianya ditukarkan segera, demi kesejahteraan negara dan kepentingan orang Melayu. “UMNO itu masih relevan kerana berjaya memperjuang dan meningkatkan orang Melayu. Hanya Kepimpinan sahaja yang tidak relevan!”.

Beliau juga menjelaskan bahawa hak parti dan ahli untuk menentukan Kepimpinan dan bukan hak pemimpin untuk menentukan siapa yang layak memimpin, sambil member rujukan mengenai plan ‘Peralihan Kuasa’ yang diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak beberapa hari lepas tanpa mengumumkan jadual sebenar.

Dengan itu, beliau menawarkan diri untuk memimpin parti dan berazam untuk membetulkan keadaan dan berikrar akan memberikan orang lain memimpin apabila tugasnya selesai, yang dijangkakan dalam tempoh jangkasamasa serdehana.

Beliau mengingatkan sekiranya keadaan tidak dibaiki segera, rakyat semakin resah dan gaya hidup yang semakin sempit, maka dikhuatitri akan berlaku keadaan tidak ketentuan yang akan meninggalkan kesan negatif kepada negara dan rakyat “Selagi tidak selesai, hak dan keperluan rakyat yang berbeza ini, nanti akan timbul isu perkauman dan mungkin akan menjadi situasi yang huru hara. Ini akan merugikan semua dan membawa kita kebelakang”.

Published in: on June 15, 2008 at 12:28  Comments (14)