Ku Li: Saya ada resipi selesai masalah kenaikan harga minyak

Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah malam ini menegaskan bahawa beliau mempunyai ‘resipi’ untuk menyelesaikan masalah rakyat, jangkamasa pendek ke serdehana akibat kenaikan harga runcit petrol dan diesel dua minggu lepas diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan kenaikan harga runcit petrol sebanyak RM 0.78 dan diesel RM 1.00 seliter mendadak merupakan amat membebankan rakyat. “Apakah Kerajaan bersedia sekiranya harga minyak naik lagi? Apa persediaan seterusnya apabila harga minyak naik lagi?”.

“Buruknya ekonomi kita kalau kita tidak merancang kerana kenaikan harga pasaran minyak peringkat antarabangsa”, sambil menjelaskan keperluan untuk merancang secara teliti kesan kenaikan minyak yang dijangkakan akan berterusan.

“Keadaan politik tidak boleh distabilkan kerana keyakinan rakyat kepada Kepimpinan amat rendah”, dalam ulasan mengenai masalah ‘Tsunami Politik’ yang melanda UMNO dan BN, yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil untuk mengaku kekalahan dan rakyat sebenarnya menolak Kepimpinan dan bukan parti. Beliau juga mengulas tindakan SAPP untuk menunjukan ketidak keyakinan kepada Kepimpinan dengan cadangan membawa usul undi tidak percaya kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan bukan BN, Isnin ini di Dewan Rakyat.

Beliau berucap dalam satu majlis makan malam anjuran UMNO sekitar Titiwangsa dan Ampang. Beliau mengesa agar calon calon UMNO akan datang dipilih dan ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian, “Mereka ini yang memahami keperluan masyarakat setempat dan bukan diputuskan di Putrajaya”.

*Perkembangan dikemas kini 19 Jun 2008 100am

Dalam sessi sidang media selepas majlis, Ahli Parlimen Gua Musang ini menegaskan “Kepimpinan gagal menangani permasalahan yang dibangkitkan oleh parti komponen Sabah, walaupun telah berkali kali mengadakan pertemuan”, bagi menjawab soalan mengenai cadangan SAPP untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat Isnin ini. “Kepimpinan sepatutnya memanggil Yong Teck Lee dan cuba selesaikan, daripada membiarkan SAPP mencuba untuk undi tidak percaya keatas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Ini adalah sesuatu yang buruk!”.

Published in: on June 18, 2008 at 22:36  Comments (9)  

Kenyataan media Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir

KENYATAAN BALAS OLEH AHLI PARLIMEN JERLUN TERHADAP KENYATAAN AKHBAR KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN

1. Saya memahami keresahan yang dinyatakan oleh Ketua-ketua Cawangan tadi. Pada pandangan saya, luahan oleh Ketua-ketua Cawangan ini harus diberi perhatian dan dari perjumpaan-perjumpaan yang telah saya adakan di seluruh negara, didapati ramai pihak di peringkat akar umbi yang mempunyai pandangan yang serupa dengan Ketua-ketua Cawangan Jerlun.

2. Walaupun peruntukan Perlembagaan UMNO, contohnya dalam pemilihan pucuk pimpinan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan bahagian, satu mekanisme untuk sekurang-kurangnya merekodkan pandangan cawangan untuk dikemukakan ke bahagian. Satu cara yang boleh digunakan bagi menzahirkan pandangan cawangan adalah melalui mekanisme usul. Pihak cawangan boleh mengemukakan usul bagi menyuarakan pilihan mereka untuk kepimpinan tertinggi bagi dipertimbangkan di peringkat bahagian. Dengan sedemikian maka adalah ruang bagi ahli-ahli akar umbi menyampaikan suara mereka ke peringkat bahagian. Dengan ini, bahagian harus memberi perhatian di atas cadangan yang dicadangkan oleh cawangan melalui usul yang dikemukakan pada mesyuarat agung cawangan.

3. Kita harus ingat UMNO mempunyai 3.5 juta ahli dan ini adalah sumber kekuatan kita. Sekiranya suara-suara akar umbi ini tidak kesampaian di peringkat bahagian dan seterusnya di peringkat Perhimpunan Agung, maka hala tuju dan perkara-perkara pokok UMNO hanya terletak di tangan 2,500 orang perwakilan yang merupakan tidak sampai 0.1 peratus dari jumlah keahlian kita. Dengan yang demikian UMNO akan dilihat sebagai milik segelintir daripada ahli sahaja. Ini juga mungkin satu manifestasi kepincangan dalam UMNO yang menyebabkan keputusan PRU-12 begitu teruk kepada UMNO. Apa yang saya maksudkan di sini adalah pandangan suara akar umbi telah tidak diambil kira dan ahli-ahli peringkat akar umbi telah mengambil tindakan untuk sama ada tidak mengundi calon-calon UMNO ataupun memberi undi mereka kepada pihak pembangkang sebagai protes ke atas pandangan dan suara mereka enggan didengari oleh pemimpin-pemimpin atasan.

Published in: on June 18, 2008 at 07:53  Comments (17)  

Who really made money from the RM 625.00/car subsidy pay out?

Recently, Government announced that the pay out subsidy for private cars below 2000cc, SUVs below 2500cc and motorcycles below 250cc be made on cash, via all the post offices in the country.

RM billions have been put aside for this exercise, meant to alleviate the burden of the much thought to be a ‘Flip-Flop’ decision of the exorbitant increase in retail price of petrol and diesel two weeks ago. The exercise was said to be decided by the ‘Cabinet technocrats’ Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Minister in the PM’s Department (in charge of EPU) Dato’ Amirsham Aziz and Agriculture and Agrobase Industry Minister Dato’ Mustapha Mohamad (from his NEAC experience), in a discussion meant to address the issue of IPPs and the affect on electricity tariffs. Eventually, someone proposed to unlift all subsidies on retail petrol and diesel eventually and pushed for PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi to announce hastily.

Maybe the public is not aware who are the shareholders of Pos Malaysia Services Holdings Bhd., the wholly own parent company of Pos Malaysia which has been given the authority and funds to channel these monies.

As of two years ago, pre-merger with ECM Libra, Avenue Capital Resources Bhd. owns 15.6% of Pos Malaysia Services Holdings Bhd. When the merger was successfully announced August 2006, which received approval of all the authorities (despite the attention drawn to the highly dodgy deal of ECM Libra merging with a much bigger firm and eventually took control), it was still believed that presently, ECM Libra still has the strategic 15.6% holdings of Pos Malaysia Services Holdings Bhd.

So who actually benefitted from this subsidy payout scheme?

If the amount is in the neighbourhood of RM 1 billion, then long term deposit with a commercial bank, Pos Malaysia or indirectly, ECM Libra would have made RM 39 million per annum or RM 106, 849.32 daily.

That is not including the management or services fee that Pos Malaysia charges the Government for this service. If the charge is just 1.0% of the amount, it means Pos Malaysia would have made RM 50 million per annum free income without incurring significant operations cost. If the pay out amount for the year is in multiples of RM 1 billion, then the profits will be realised will be on the same proportion.

That is definitely a great business model for the owners of ECM Libra, which include Riong Kali and Khairy Jamaluddin, two of PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s closest advisers!

Published in: on June 18, 2008 at 00:01  Comments (22)