Kenyataan media Ahli Parlimen Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir

KENYATAAN BALAS OLEH AHLI PARLIMEN JERLUN TERHADAP KENYATAAN AKHBAR KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN

1. Saya memahami keresahan yang dinyatakan oleh Ketua-ketua Cawangan tadi. Pada pandangan saya, luahan oleh Ketua-ketua Cawangan ini harus diberi perhatian dan dari perjumpaan-perjumpaan yang telah saya adakan di seluruh negara, didapati ramai pihak di peringkat akar umbi yang mempunyai pandangan yang serupa dengan Ketua-ketua Cawangan Jerlun.

2. Walaupun peruntukan Perlembagaan UMNO, contohnya dalam pemilihan pucuk pimpinan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan bahagian, satu mekanisme untuk sekurang-kurangnya merekodkan pandangan cawangan untuk dikemukakan ke bahagian. Satu cara yang boleh digunakan bagi menzahirkan pandangan cawangan adalah melalui mekanisme usul. Pihak cawangan boleh mengemukakan usul bagi menyuarakan pilihan mereka untuk kepimpinan tertinggi bagi dipertimbangkan di peringkat bahagian. Dengan sedemikian maka adalah ruang bagi ahli-ahli akar umbi menyampaikan suara mereka ke peringkat bahagian. Dengan ini, bahagian harus memberi perhatian di atas cadangan yang dicadangkan oleh cawangan melalui usul yang dikemukakan pada mesyuarat agung cawangan.

3. Kita harus ingat UMNO mempunyai 3.5 juta ahli dan ini adalah sumber kekuatan kita. Sekiranya suara-suara akar umbi ini tidak kesampaian di peringkat bahagian dan seterusnya di peringkat Perhimpunan Agung, maka hala tuju dan perkara-perkara pokok UMNO hanya terletak di tangan 2,500 orang perwakilan yang merupakan tidak sampai 0.1 peratus dari jumlah keahlian kita. Dengan yang demikian UMNO akan dilihat sebagai milik segelintir daripada ahli sahaja. Ini juga mungkin satu manifestasi kepincangan dalam UMNO yang menyebabkan keputusan PRU-12 begitu teruk kepada UMNO. Apa yang saya maksudkan di sini adalah pandangan suara akar umbi telah tidak diambil kira dan ahli-ahli peringkat akar umbi telah mengambil tindakan untuk sama ada tidak mengundi calon-calon UMNO ataupun memberi undi mereka kepada pihak pembangkang sebagai protes ke atas pandangan dan suara mereka enggan didengari oleh pemimpin-pemimpin atasan.

Published in: on June 18, 2008 at 07:53  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/18/kenyataan-akhbar-ahli-parlimen-jerlun-dato-mukhriz-mahathir/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. Sudah tiba masanya UMNO memikirkan kaedah dan mekanisma pemilihan kepimpinan parti di peringkat bahagian dan Pusat

    Suara 3.5 juta mestilah diambil kira. Jika perlu di adakan pemilihan cara pilihanraya umum di mana semua ahli yang layak diberi peluang mengundi dan bukan hanya segelintir ahli elit yang menentukan parti. Cara ini baharulah telus dan “genuine”.

    Sistem yang di amalkan hari ini terlalu banyak dan nyata kelemahannya.
    >Pertama undi boleh ditentukan dengan wang ringgit
    >kedua sikaya akan terus menguasai simiskin
    >ketiga cerdik pandai yang tidak punya kewangan yang kuat dinafikan hak mereka
    >keempat ramai cerdik pandai melayu terus menjauhkan parti kerana tidak ada tempat untuk mereka lalu lari ke arah pembangkang

  2. Bigdoggy,

    I like electronic voting system when it is user-friendly.

    Imagine you go to an UMNO-friendly data entry point and you key in your identity – by swiping your umno member-mykad – or be identified; then you download whatever you want to download at the dep; complain, vote for your president, etc…then a slip recording your transaction.

    Why even the Youtube was used in the USA Presidential campaign…make things easier but not more honest.

    Will UMNO be around when each member votes directly their office bearers into or out of office?

  3. Have written a petition on this a couple of months ago, which is largely not supported for the very simple reason that no politician who will be running for UMNO election come December will be willing to dilute the ‘power’ of the SUPER delegates.

    You are welcomed to support the petition, (for what it’s worth).

    http://www.petitiononline.com/ubahpilh/petition.html

    Also welcomed to use the petition for your UMNO cawangan. I will not be able to do so as I have left UMNO (bersyarat).

  4. a’kum, saya setuju sangat dengan pandangan di atas. memang benar perwakilan UMNO ke perhimpunan agong jarang sekali menyuarakan pendapat sebenar ahli akar umbi. kebanyakkan masih menjaga periuk nasi sendiri. takut kalau berbeza pendapat nanti akan disenaraihitamkan. inilah sebab utama kepimpinan parti merasakan mereka kononnya masih disukai oleh rakyat. BERKATALAH BENAR SEKALIPUN IANYA PAHIT!

  5. Satu jentera diperlukan untuk menyebarluaskan maklumat ini kepada cawangan-cawangan dan memandu cawangan untuk melaksanakannya. Teks-teks standard yang boleh diutarakan sebagai usul oleh cawangan hendaklah disediakan dan dihantar ke cawangan untuk mereka pilih dan gunakan. Seeloknya, usul turut merangkumi senarai nama calon yang dipersetujui oleh cawangan bagi pimpinan tertinggi parti meliputi presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden.

    Harus ada pihak yang sanggup mengorbankan masa dan sumber kewangan serta idea bagi mengambil peranan memandu cawangan untuk bertindak sebegini kerana untuk mengharapkan cawangan mampu bertindak sendiri dalam perkara-perkara sebegini adalah sesuatu yang hampir mustahil. Golongan yang selama ini begitu lantang mengkritik pucuk pimpinan perlu mengambil daya usaha yang tersebut bagi membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh dalam kritikan mereka dan mahu menyelamatkan UMNO serta Malaysia.

  6. Bigdoggy,

    Kid Jerlun said that he is 65% sure of being nominated for the post of Ketua Pemuda.

    I say that he will be nominated but he will be wiped out. This senario will however change when the Presiden steps down in a few months.

    First he is wiped out then the Presiden stepped down
    then he uncontested.

    I don’t know – it sounds too good to be true.
    Let see where the motion no confidence in the PM go.

  7. Umno akan tumbang seteruknya, selagi pak lah menarajui negara. sekira nya ini berlaku. org melayu tidak akan memaafkan pak lah , pak lah mesti terima hakikat bahawa kepimpinannya tidak begitu dpat meyakinkan kami.Sebagai rakyat Malaysia berbangsa melayu, kami generasi baru yg sayangkan umno mahu Dato Mukriz sebagai peminpin kami. kami lebih percaya dan yakin atas kewibawaan beliau utk mempertahankan agenda melayu. beliau lebih berani utk memperjuangkan hak bangsa melayu tanpa rasa takut. Apa yag kita lihat sekarang ni, peminpim2 lebih mementingkan kepentingan mereka sendiri dan kecuali Dato Mukriz yg berani menentang utk bangsa melayu ,tanpa mimikirkan kepentingan beliau.

  8. DUA PIEMINPIN PALING HEBAT DALAM MALAYSIA ,ALLAHYARHAM TUN RAZAK DAN TUN DR MAHATHIR. yg lain bungkus nasi lemak. JGN MARAH KENYATAN

  9. 4 PELAKON YANG PALING HEBAT , ibrahim pendek ,S KADARISMAN, AR BADUL ,DAN PAK LAH PERDANA MENTERI KITA YANG D SAYANGI. terima kasih ya. cobaan. nanti saya sambung lagi

  10. 4 lagi pelakun pembantu paling membantu dalam filem ‘UMNO Dilembah Maut’ ialah KJ,Zaid Ibrahim,Nazri Aziz dan Mike Tyson.Mereka memang hebat.Patut dapat award!Tunggu kesudahan ceritanya.

  11. PERGI JAHANAM LAH KJ, KALAU KITA PILIH KJ JADI PM HANCUR LAH KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA BANGSA MELAYU. YG LAYAK JADI PM HANYA 2 ORG AJE, TAN SRI MUHYIDDIN DAN DATO NAJIB, ITU PUN DAH TAK ADA PILIHAH, SEBAB YANG LAIN SEMUA LANGSUNG TAK LAYAK. DARI PARTI PEMBAKANG PULA YANG LAYAK DATO SRI ANUAR,ITU PUN ADA MASAALAH JUGA. tk jangan marah, kenyataan. nanti saya sambung lagi.

  12. Dalam UMNO ini ada banyak sangat spesis perosak.Kalau dikebun kita bolih meracun.Kalau dalam parti apa tindakan yang patut kita buat? Takkan nak beri racun juga!Fikirkan.

  13. SAYA SAMBUNG LAGI MANTOYA,DALAM MALAYSIA ADA ENAM JAHANAM, IA ITU NAZRI AZIZ, KJ, MIKE TYSON, ZAHID HAMIDI,EZAM DAN AKHIR SEKALI YG KEENAM KESAYANGAN KITA PAK LAH. JGN MARAH, KENYATAAN, NANTI SAYA SAMBUNG LG. TENGAH MARAH NI!!!

  14. MANTOYA KALAU KERANA TERPASA, KITA HARUS BG RACUN ,KALAU TIDAK DIA AKAN MEREBAK KE ANAK CUCU. SEPERTI PENYAKIT KENCING MANIS, KALAU DIA DAH MEREBAK KE KAKI KITA DAN DAH BERULAT, IA TERPAKSA D POTONG. JGN MARAH, KENYATAAN, NANTI SAYA SAMBUNG LG. TENGAH MARAH NI

  15. Tok Mamat,kalau kencing manis atau batu karang bolih pantang tetapi kalau barah cepat merebak mesti kena racun.Kalau tak percaya tanya along.

  16. Tok Mamat sekurangkurangnya KJ lebeh cerdik dari Pak Lah.Cuma dua2 tu penyakit satu barah dan yang satu lagi tu kencing manis.

  17. Hello Bigdot,

    Saya ada e-Temuramah bersama Dato’ Mukhriz Mahathir in my blog.

    Have a look and what do you think?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: