Tun Dr. Mahathir: Kembalikan demokrasi dalam UMNO untuk elak ahli memilih Pembangkang kerana kecewa

Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini mengesa ahli UMNO mengembalikan kuasa Kepimpinan dalam UMNO kepada akar umbi dan bukan ditentukan oleh pemimpin pemimpin UMNO.  

“Ahli yang berkuasa! Ahli yang menentukan siapa yang menjadi pemimpin”. 

 

 

Beliau menyingkap kisah dimana setelah Perang Dunia Ke II, British memaksa Raja Raja Melayu melepaskan kuasa dan menjadikan Tanah Melayu jajahan koloni British. Walaubagaimanapun, UMNO ditubuhkan untuk menyatukan orang Melayu sebagai satu suara yang berjaya mendesak Raja Raja Melayu menolak cadangan Malayan Union (walaupun sudah ditanda tangani). 

Dalam program yang anjurkan UMNO Cawangan Tasik Tanjung Belanja, Bahagian Parit di Ipoh pagi ini, beliau menegaskan “Orang Melayu bersatu untuk menyokong sistem beraja. Kemudian UMNO memilih agar rakyat yang berhak menentukan kuasa pemerintahan (demokrasi) melalui sistem Raja Berperlembagaan”. 

“Hari ini sistem demokrasi tiada lagi dalam UMNO kerana ahli dan pemimpin dihalang untuk mengamalkan sistem demokrasi”, menjelaskan keadaan dimana ahli ahli UMNO dihalang untuk bertemu dan mengadakan perbincangan, yang dilihat sebagai mencabar Kepimpinan. 

“Kita berjaya Merdeka dan menentang British, walaupun masa itu kita (orang Melayu) tidak ada apa apa, kerana kita berani!”, apabila mengulas fenomena orang dan pemimpin UMNO hari ini tidak lagi berani menyuarakan hasrat dan suara hati mereka secara terbuka dan kritikal kepada Kemimpinan. 

“Kita sebenarnya menipu diri sendiri!”, apabila menjelaskan sebenarnya rakyat yang akan menentukan Kepimpinan, walaupun mereka dihalang menyuarakan pendapat (sebaliknya berlaku fenomena “Saya sokong”) dan akhirnya menyuarakan perasaan sebenar mereka apabila mengundi Pembangkang dalam Pilihanraya Umum. “Ini yang berlaku dalam PRU 12. Rakyat mengundi siapa saja yang diletak Pembangkang, walaupun Posmen dan yang menyanyi dalam karaoke”. 

“Anwar Ibrahim dan Keadilan sebenarnya tidak popular dan tidak menerima sokongan sebenar rakyat. Mereka dipilih dan mendapat kemenangan luar biasa kerana orang UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Kepimpinan dan mengundi Pembangkang!”.

Mantan Perdana Menteri ini mendedahkan bahawa Presiden SAPP Dato’ Yong Teck Lee pernah cuba di’rasuah politik’ dengan jawatan apabila mula bersuara menentang Kepimpinan. “Inikah yang kita mahu. Ini kerajaan rasuah! Bolehkan kita majukan negara kita dengan Kerajaan yang mengamalkan ‘duit’ sebagai selesaian?”.

“Kita khianati Perjuangan yang dibawa Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak, dan mereka ini yang mengharapkan kita meneruskan Perjuangan mereka”, tegas ahli UMNO semenjak 62 tahun dan menjadi ahli No. 1 apabila UMNO dihidupkan semula pada 1988 “Ini bukan UMNO yang ditubuh oleh orang Melayu. Ini sudah menjadi parti untuk satu orang dan keluarga dia sahaja!”.

Mantan Pengerusi BN selama 22 tahun ni mengulas bahawa sistem parti berdasarkan kaum dan formula bekerjasama untuk kebaikan semua ini amat berjaya. “Tiada negara amalkan formula ini berjaya dan bertahan begitu lama macam kita. Sistem ini berjaya. Yang gagal ialah Kepimpinan. Oleh itu, kita tukar Kepimpinan!”.

Beliau mengulangi lagi soal cadangan untuk Majlis Presiden untuk menentukan Kepimpinan tidak mudah menyalah gunakan kuasa dan ianya akan menjurus kepada apa apa nasihat kepada Presiden dibuat untuk kepentingan majoriti ahli UMNO.

 

*Perkembangaan dikemas kini 12.20pm

Dalam sessi soal jawab, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa Scomi membeli sepenuhnya syarikat MTrans dengan harga murah apabila MTrans hampir bankrap (kerana krisis ekonomi 1998  ) dan MTrans menjadi pembekal bas eksklusif Rapid KL. Rapid KL didapati membeli bas berkualiti rendah dan perlu kerap menukar bas kerana mudah rosak, akibat utiliti tinggi. Rapid KL ialah syarikat 100% milik Prasarana, iaitu 100% milik Kerajaan Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa rakyat hari ini rata rata tidak suka kepada PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberikan contoh, apabila perlumbaan Formula 1 di Sepang terbaru, beliau di’boo‘ semasa berjalan jalan di pit sebelum perlumbaan dan apabila memberikan hadiah, di ‘boo‘ sekali lagi sehinggakan tidak menghabiskan pemberian hadiah dan lari meninggalkan majlis. “Apa jenis manusia ini? Tak tau malu!”.

Program ini yang dianjurkan Ketua Cawangan Ahmad Zaini Ismail turut dihadiri ADUN Sungai Rapat YB Hamidah Osman dan beberapa pemimpin UMNO peringkat Bahagian sekitar Ipoh.

 

*Perkembangan dikemaskini 2.00pm

Dalam sidang media, beliau ditanya mengenai akuan berkanun (SD) yang dibuat Raja Petra mengenai Datin Seri Rosmah “Ini tidak betul. Ini tuduhan berat. Adakah dia berada semasa ianya (kejadian) berlaku? Kalau tidak, macamana dia boleh buat SD hanya berasaskan cerita orang lain?”.

Beliau juga membuat ulasan mengenai cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengenai meminda Artikel 121 dan mempersoalkan akibat pindaan tersebut dan kemudian kepertanggung jawaban. Sebelum itu, beliau mempersoalkan lantikan Zaid Ibrahim sebagai Menteri, sedangkan dia masih digantung dari UMNO kerana enggan memberi keterangan dalam Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan ‘rasuah politik’.

Beliau juga mempersoalkan pembayaran ex gratia dibuat kepada Hakim yang dipecat dan kenapa beberapa Hakim kebelakangan ini tampil untuk kunun kunun memberikan keterangan negatif mengenai beliau, sedangkan sudah lima tahun bersara dari Perdana menteri Malaysia.

 

*Perkembangan dikemaskini 4.00pm

Kemudian Tun Dr. Mahathir dijemput untuk majlis makan tengahari di rumah Dato’ Radzi Manan di Tambun Heights.

Sila layari gambarfoto Tun Dr. Mahathir di Ipoh dalam fotopages bloggo-photo-journo Jinggo.

*Perkembangan dikemaskini 11.30pm

Laporan lengkap mengenai cadangan Zaid Ibrahim dan ulasan Tun Dr. Mahathir dalam Bernama.com:

21 Jun, 2008 18:24 PM

 

Zaid Dan Kerajaan Perlu Bersedia Bertanggungjawab Sekiranya Pindaan Semula Artikel 121 Bawa Kesan Buruk

 

 

 

IPOH, 21 Jun (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan kerajaan perlu bertanggungjawab jika tindakan untuk mengembalikan Artikel 121 (1) Perlembagaan Persekutuan kepada peruntukan asalnya membawa kesan buruk kemudian, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan yang diterajuinya ketika itu mempunyai sebab-sebab yang tertentu untuk meminda artikel berkenaan.

“Jadi kalau dia (Zaid) berpendapat bahawa sekarang ini tidak perlu lagi pindaan yang itu, terpulanglah. Kalau ada kesan buruk, itu mesti ditanggungjawabkan.

“Jangan kita buat sesuatu, lepas itu bila berlaku kesan buruk kita tidak (mahu) bertanggungjawab… itu tak boleh,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Harapan Malaysia’ di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas implikasi yang bakal timbul sekiranya usaha mengembalikan artikel itu kepada peruntukan asalnya menjadi kenyataan.

Zaid selepas menyampaikan cek pembayaran ex-gratia kepada bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Azmi Kamaruddin di rumahnya, di Kuala Lumpur semalam, berkata penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan usaha mengembalikan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan kepada peruntukan asal mungkin memerlukan lebih banyak masa kerana masih ada pihak yang perlu diyakinkan mengenai kebaikannya.

Zaid berkata dua cadangan itu sepatutnya dikemukakan kepada jemaah menteri minggu depan, tetapi mungkin ditunda daripada jadual yang disasarkan berikutan masih ada yang mahu penjelasan lanjut mengenainya.

Sementara itu Dr Mahathir melahirkan rasa sedihnya dengan kecaman yang dilemparkan oleh Azmi terhadapnya dan mempersoalkan mengapakah kecaman itu dilontarkan sebaik menerima cek pembayaran ex-gratia itu semalam dan hanya selepas lima tahun beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu pada sesi soal-jawab selepas menyampaikan ucaptamanya, bekas presiden Umno itu berkata beliau hanya akan kembali kepada Umno sekiranya anggota dan pemimpin Umno menghentikan sokongan membuta-tuli mereka terhadap pemimpin.

“Saya turut merayu kepada ahli dan pemimpin Umno supaya setia kepada diri sendiri, bangsa, agama dan tanah air…” katanya menjawab permintaan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rapat Hamidah Osman yang merayu beliau agar kembali menyertai Umno dan bersama-sama melakukan perubahan dari dalam parti itu.

Turut menghadiri majlis hari ini ialah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Tan Sri Sanusi Junid dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.

— BERNAMA

 

 
Published in: on June 21, 2008 at 11:42  Comments (22)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/21/tun-dr-mahathir-kembalikan-demokrasi-dalam-umno-untuk-elak-ahli-memilih-pembangkang-kerana-kecewa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

22 CommentsLeave a comment

  1. scomi juga diberi kontrek refurbish bas iveco dan dijenama semula sbg donco sebanyak 150 bas.menurut sumber, bas yg dah siap mengalami banyak masaalah dan kemungkinan akan dilupus di sg buaya atau antara gapi.lagi juta duit rakyaat akan habis begitu saja.sebelum inipun bas intrakota yg sudah direfurbish dgn jutaan ringgit juga tak sempat pakai dihantar ke sg buaya utk berehat sambil mereput.

    anda boleh dpt maklumat jika bertanya dgn mereka yg bekerja di depoh melawati.banyak cerita.

  2. NASIB SAPP & TDM ?

    Cadangan undi tidak percaya
    Terhadap pak lah, SAPP suara
    Di Dewan Rakyat, dua sahaja
    Kecil cili api, gegarkan negara

    Kekalutan pak lah amat nyata
    MT BN adakan sidang segera
    Impak suara SAPP buka mata
    Pak lah lesu bukan cerita reka

    Hanya cadangan heboh negara
    Pembodek pak lah segera terpa
    Satu YTL tetiba mahu didakwa
    Atas tuduhan rasuah tika kuasa

    Gaya tutup mulut, pak lah peraga
    Beginikah keadilan mahu agenda
    Lawan taukeh, salahlaku didakwa
    Kunci mulut, boleh tambah harta

    Intergriti keadilankah begini cara
    Dapat ex-gratia, TDM jadi mangsa
    Terlihat ada habuan sanggup suara
    Konon kepada TDM buruk belaka

    serling
    [22.06.08]
    ahad
    ….

  3. “Hari ini sistem demokrasi tiada lagi dalam UMNO kerana ahli dan pemimpin dihalang untuk mengamalkan sistem demokrasi”,
    ————————————————

    Aduhai! Si hipokrit yang menyingkirkan demokrasi dari UMNO kini menyalak tak tentu hala. Pooraaah!

  4. Bigdoggy,

    The question: Is there a healthy democratic system practiced in UMNO?

    Is there a crime in Scomi buying over MTrans?

    Is Azmi wrong for saying what he wanted to say? What did he say?

  5. As usual there’s only one correct viewpoint, the TDM viewpoint. What about what the ‘entire’ UMNO members really want? He’s quit the party, doesn’t that mean he’s relinquished his rights to talk about the party? But of course, that’s not the case, semua ikut suka dia je.

  6. singh tak pakai serban pun ada cakap pasal Umno. Koh Tsu Koon pun baru cakap pasal Umno. Ada pulak orang yang kata YABhg Tun Dr. Mahathir tak boleh cakap pasal Umno sebab dia dah keluar Umno. Kelakarlah tu.

    Hakim-hakim dan keluarga mereka itu sungguh tidak malu terima duit rakyat tapi tak mahu beritahu berapa banyak yang masing-masing dapat. Kalau duit Zaid Ibrahim yang diberikan kita tak kisah. Kalau Duit Dolah dalih yang diagihkan pun, kita tak kisah. Ini yang diambil duit rakyat dan diberi kepada Hakim-hakim yang telah terbukti bersalah laku secara sah melalui saluran undang-undang. Mereka sendiri melanggar prinsip yang kononnya mereka agung-agungkan dengan cuba membersihkan diri melalui penggunaan kuasa eksekutif untuk menyatakan mereka tidak bersalah. Kalau benar-benar mahu tegakkan prinsip, kes mereka perlu dipertimbangkan melalui saluran undang-undang, oleh hakim-hakim yang dikatakan telah dibebaskan dari kongkongan eksekutif sekarang ini untuk memutuskan sama ada mereka benar atau sebaliknya. Kalau pada 1988 beberapa tribunal boleh ditubuhkan dan bersidang serta membuat keputusan dalam masa yang singkat, kenapa sekarang tindakan yang sama tidak dilakukan serta tidak cuba dilakukan tetapi haluan lain yang dipilih yang jelas bukan kesinambungan daripada jalan yang terdahulu.

    Dah terima duit secara yang dipersoalkan dalam amaun yang dirahsiakan, selepas itu buat kenyataan yang macam-macam untuk menyebelahi pihak yang memberikan mereka wang itu, ini serupalah dengan rasuah yang terang dan nyata.

  7. Demokrasi dalam UMNO hanya ada sebelum 1987.Dari 1987 hingga 2003 UMNO di bawah TDM menjadikan semua orang takut.TDM memulakan dengan undian Bonus untuk Presiden dan semua hiraki dalam MKT UMNO.2003 hingga kini cuma menjalankan “precedent” yang telah diperkenalkan oleh TDM.TDM ciplak idea ini dari Ghafar Baba. Ghafar terlentang sendiri sebelum masuk gelanggang dalam 90an.

    Sepatutnya TDM tak berhak cakap fasal UMNO.Dia sendiri telah keluar dari UMNO.Penyakit yang ada dalam UMNO sekarang bermula dari seorang doktor ubat.Apatah lagi jika negara ditadbirkan oleh seorang tidak tahu apa.

  8. Salam hormat,

    Saya setuju dengan komen sdr terebei@lastik di atas. Saya percaya bahawa Pak Lah jauh lebih Demokratik berbanding Mahathir. Adakah pemecatan DS Anwar dulu tindakan seorang yang demokratik?

    “JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

    YANG BERHORMAT DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM.

    YANG BERHORMAT DATO,

    Dengan dukacitanya saya terpaksa melucutkan jawatan-jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan daripada Dato Seri serta lain-lain jawatan dalam kerajaan yang dipegang oleh Dato serta sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

    Perlucutan ini berkuatkuasa dari hari ini, 2 September 1998 mulai jam 5.30 petang.

    Perlucutan ini telah dimaklumkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
    Salam Hormat,

    Dr Mahathir bin Mohamad

    2 September 1998”

    Akhirnya, Mahathir laksana meludah ke langit.:)

    Wassalam.

  9. Bigdoggy,

    Itulah YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad gatai sangat nak keluar U-M-N-O…La ni orang rumah dia pujuk supaya masuk balik jadi ahli pun keghaih kepala macam kepala batu orang Kerala mampuih Tun tak nak masuk balik jadi ahli. Bukan ada apa yang UMNO boleh buat yang nak buka hati dia gumbira nak masuk balik. Tekat nomber 00000001 – dia tak hirau.

    Tapi bab majlis penasihat Perdana Menteri dan Presiden itu apa punya balaghana, Tun?

    Tun ada masakah nak bagi ‘advise’ pada Perdana Menteri dan Presiden? Macamana dengan kaldai tua mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden Abdullah Ahamad Badawi? Apa orang kepala bataih ini pun kemaruk juga nak jadi penasihat. Itu bab dia.

    Bab siapa lagi dalam majlis itu – jangan tanya…

    Ya, Tun Dr Mahahthir, kenapa ada masakah nak jadi ahli majlis ini? Tun tak maukah jumpa kepala-kepala negara bagi menjayakan terlepasnya benua Asia dari ‘hegemony’ Barat?

  10. Dr M is funny to be talking about democracy within UMNO..does he think that everybody has forgotten the ugly episode in 1988, and the extend to which he was willing to go to assert his own supremacy? The exclusion of the Team B, the sacking of dissenting judges, down to the amendment of the Constitution.

    “Hakim-hakim yang telah terbukti bersalah laku secara sah melalui saluran undang-undang. Mereka sendiri melanggar prinsip yang kononnya mereka agung-agungkan dengan cuba membersihkan diri melalui penggunaan kuasa eksekutif untuk menyatakan mereka tidak bersalah.” Ms/Mr berasiam : u need to get ur facts and laws right. Do you even begin to comprehend the concept of Separation of Powers and its importance to a democracy?

  11. Bigdoggy,

    Article 121
    121

    (1) There shall be two High Courts of co-ordinate jurisdiction and status, namely –

    (a) one in the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principal registry at such place in the States of Malaya as the Yang di-Pertuan Agong may determine; and

    (b) one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and shall have its principal registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di- Pertuan Agong may determine;

    (c)(Repealed),

    and such inferior courts as may be provided by federal law and the High Courts and inferior courts shall have such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.
    (1A) The courts referred to in Clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts.
    (1B) There shall be a court which shall be known as the Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) and shall have its principal registry at such place as the Yang di-Pertuan Agong may determine, and the Court of Appeal shall have the following jurisdiction, that is to say:

    (a) jurisdiction to determine appeals from decisions of a High Court or a judge thereof (except decisions of a High Court given by a registrar or other officer of the Court and appealable under federal law to a judge of the Court); and

    (b) such other jurisdiction as may be conferred by or under federal law.

    (2) There shall be a court which shall be known as the Mahkamah Persekutuan (Federal Court) and shall have its principal registry at such place as the Yang di-Pertuan Agong may determine, and the Federal Court shall have the following jurisdiction, that is to say:

    (a) jurisdiction to determine appeals from decisions of the Court of Appeal, of the High Court or a judge thereof;

    (b) such original or consultative jurisdiction as is specified in Articles 128 and 130; and

    (c) such other jurisdiction as may be conferred by or under federal law.

    (3) Subject to any limitations imposed by or under federal law, any order, decree, judgment or process of the courts referred to in Clause (1) or of any judge thereof shall (so far as its nature permits) have full force and effect according to its tenor throughout the Federation, and may be executed or enforced in any part of the Federation accordingly; and federal law may provide for courts in one part of the Federation or their officers to act in aid of courts in another part.
    (4) In determining where the principal registry of the High Court in Sabah and Sarawak is to be, the Yang di-Pertuan Agong shall act on the advice of the Prime Minister, who shall consult the Chief Ministers of the States of Sabah and Sarawak and the Chief Judge of the High Court.

    Repealed Former 121.

    Subject to Clause (2) the judicial power of the Federation shall be vested into High Courts of co- ordinate jurisdiction and status, namely-
    (a) one of the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principle registry in Kuala Lumpur; and
    (b) one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Borneo and shall have its principle registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di- Pertuan Agong may determine;
    (c) (Repealed);and in such inferior courts as may be provided by federal law.
    The following jurisdiction shall be vested in a court which shall be known as the Mahkamah Agung (Supreme Court) and shall have its principle registry in Kuala Lumpur, that is to say-
    (a) exclusive jurisdiction to determine appeals from decisions of a High Court or a judge thereof (except decision of a High Court given by a registrar or other officer of the court and appealable under federal law to a judge of the Court);
    (b) such original or consultative jurisdiction as is specified in Articles 128 and 130; and
    (c) such other jurisdiction as may be conferred by or under federal law.
    Subject to any limitations imposed by or under federal law, any order, decree, judgement or process of the courts referred to in Clause (1) or of any judge thereof shall (so far as its nature permits) have full force and effect according to its tenor throughout the Federation, and may be executed or enforced in any part of the Federation accordingly; and federal law may provide for courts in one part of the Federation or their officers to act in aid of courts in another part.
    In determining where the principal registry of the High Court in Borneo is to be, the Yang di- Pertuan Agong shall act on the advice of the Prime Minister, who shall consult the Chief Ministers of the States of Sabah and Sarawak and the Chief Justice of the High Court.

  12. Bigdoggy,

    Red Herring?
    (ikan pedukang?)

    Scribe,

    Apa hal dengan CheDet?

    Special Note
    Posted by Dr. Mahathir Mohamad at June 22, 2008 11:09 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)

    On Friday June 19th, chedet.com was locked by the administration of Bloggers.com for what was termed as “suspected spam blog”. Following that chedet.com has not been able to publish any new posting pending approval by Bloggers.com.

    Depsite repeated appeals Bloggers.com have yet to “unlock” chedet.com to allow for posting of new comments. Due to this measures have been taken to migrate chedet.com from Bloggers.com in an effort to avoid further disruption, hence the new page set up.

    Chedet.com apologises to all readers and commentators for the inconvenience caused. Chedet.com would like to notify readers that comments for previous postings have not been attached currently while the technical team resolves certain matters. As for new postings commentators are only required to follow the simple registration steps accordingly before submitting comments.

    In line with this chedet.com would like to remind commentators that critical comments are welcome but in efforts to maintain the integrity of this site and to promote healthy debate, readers are urged to refrain from using deragotary terms, name-calling and racial and seditious remarks. Such comments including comments that are UNRELATED to the posting WILL NOT be given priority…Chedet.com

    Apa cerita?

  13. TDM tak perlu bercakap tentang isu ini kerana kalau ingin dibandingkan dengan zaman pemerintahan beliau, Pak Lah lebih demokratik..beliau bercakap seolah2 UMNO dulu begitu demokratik berbanding sekarang..dulu, orang begitu takut untuk bersuara kerana kalau tersilap cakap, TDM akan sumbat ke ISA..dulu buat, sekarang nasihat orang?

    Apa yang lebih demokratiknya Pak Lah berbanding dengan Tun Dr. Mahathir, semasa berkuasa?

    Dr. Mahathir biarkan Tengku Razaleigh kempen secara terbuka merata negara sehingga beliau hanya mampu menang 43 undi sahaja pada pemilihan Presiden UMNO April 1987. Hari ini, nak buat ceramah atas platform UMNO pun penganjur diberikan pelbagai arahan dan tekanan dari pihak UMNO Pusat, Perhubungan Negeri dan Bahagian untuk menghalang/gagalkan program yang dicadang.

    Hari ini, kalau nak panggil Dr. Mahathir bagi ceramah atas nama NGO, Polis CK akan telefon dan bagi tekanan sehingga penganjur tarik diri. Sudah 17 kali Dr. Mahathir kena!

    Polis guna ISA dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri dalam 22 tahun Dr. Mahathir menjadi PM bukan bermakna ianya tidak demokratik. ISA adalah peruntukan akta yang diluluskan Parlimen (badan perwakilan rakyat yang diujudkan melalui sistem demokratik). Maknya, ianya menurut luna sundang undang yang diujudkan oleh wakil wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi. Kalau ikut cara hari ini, Polis CK telefon untuk mendesak penganjur gagalkan rancangan, ini lagi tidak demokratik! Sebab Polis CK tiada hak menurut undang undang memberi tekanan sesiapa membatalkan rancangan!

    Ada pernah anak atau menantu Dr. Mahathir (semasa menjadi Presiden UMNO) menang jawatan tertinggi parti, TANPA BERTANDING?

    Zaman Dr. Mahathir, pengarang MSM diberikan taklimat bertujuan untuk jaga nama baik Kerajaan dan Negara, disamping menentukan matlamat tercapai. Hari ini, pengarang MSM diarah untuk menjaga imej dan membuat Pak Lah nampak “Gemilang, Cemerlang, Terbilang”!

    Tahun 1999, MKT UMNO tangguh pemilihan parti sekali, untuk fokus kepada PRU selepas isu pemecatan Anwar. Tahun 2006, MKT UMNO buat keputusan tangguh pemilihan parti 18 bulan dan bukan ada isu pun. Tahun 2008, MKT UMNO tangguh sekali lagi pemilihan (dijadualkan Jun 2008 kpd Dis 2008)!

    Apa yang lebih demokratiknya Pak Lah ini?????

  14. Demokrasi zaman Tun dia tak bagi beruk2 berlagak pandai buat keputusan. Itu bijak namanya. Demokrasi zaman Pak Lah beruk2 buat keputusan.Pak Lah jadi pokok tunggul tempat beruk bermain.Itu kebodohan namanya.Kau orang nak sokong Pak Lah nak buat apa?Dah jadi bodoh apa1

  15. Telah masuk 100 hari selepas PRU12 namum nampak apa yang DSAB katakan yang UMNO dan BN telah kembali pulih adalah satu kenyataan yg palsu dan satu pembohongan. Nyatanya UMNO dan BN semakin hancur disebabkan kedegilan pemimpin atasan memahami dan menerima pandangan positif dari ahli. Tidak nampak satu pun perkara ynag dilakukan dapat meyakin ahli dan rakyat bahwa kerajaan dapat membela kami. Hanya harapan kosong dan keputusan yang begitu bodoh yang kami nampak telah di lakukan oleh pihak pemerintah DSAB. Yang kami tahu rakyat di kehendaki memahami masalah DSAB sepatutnya DSAB perlu memahami masalah kami ni yang telah memilih UMNO dan BN dlm PRU12. Cukuplah sampai disini kesetiaan kita. Demi agama, bangsa dan tanahair kita terpaksa memilih yang nanti yang lebih layak.

  16. Pandangan saya Datuk Muzkriz harus diberi peluang untuk memimpin generasi muda atas alasan yang beliau telah mengikuti arena politik ayahandanya TDM dan dapat mengetahui sejarah politik TDM dimana apa-apa kesilapan yang telah dilakukan tak akan diulangi dan beliau tahu apa yang patut dilakukan agar UMNO kembali pulih. Bukan senang atau mudah untuk memimpin generasi muda dalam UMNO jika tidak tahu sejarah pahit maung jika hanya bersandarkan teori semata-mata. KJ perlu banyak belajar dari Datuk Mukriz jika beliau betul-betul sayangkan UMNO
    kerana beliau banyak menghabiskan masanya berada di luar negara semasa zaman belasan tahun (anak duta). Anggaplah ini satu lagi pandangan positif yang bertujuan untuk memperkasakan UMNO. UMNO bukan satu persatuan yang bolih digunakan untuk kepentingan agenda peribadi seperti persatuan BAM, MYTEAM dan yang lain-lain.

  17. There are some mixed comments here. But my personal opinion is, Mahathir shoulf reflect back his old PM days and realize he is no saviour of “democracy” either. I clearly feel DS Abdullah is paving the way to greater democracy compared to Mahathir’s time. Those mengapu politicians who say “yes sir” all the way clearly have their own issues somewhere. The PM never said nobody can criticize him. If it was Mahathir, sorry to say, I’m THE Boss, and you follow what I say.

  18. Refer to aadya, The PM (DSAAB) never said nobobody can criticize him. I very sure that you are being play out with this man (DSAAB). This man will used others such as YB Dato’ Sharir and YB Dato’ Nazri to counter attack if you criticize him (DSAAB). He wants to be maintained as Mr Nice guy. If that your personal opinion very sad to say that You are still young in this what we call ‘Dunia Politik’. Were you agree with the increased of petrol price up to RM 2.70. Does DSAAB aware that due to new petrol price we as his so rakyat really feel the pain now.

  19. Siapa kata time Mahathir dia tak kena kritik.Jangan jadi bodoh.Zaman Mahathir lagi teruk dia kena kritik.Berapa banyak buku kutuk,maki dan carut dia.Aku kesian dengan Aadya ni.Dia mudah lupa.Kau sokong Pak Lah yang menyusahkan raayat buat apa.Sekurangkurangnya zaman Mahathir Malaysia tak sengkek sangat.Negara lain pun respect.Ada paham?

  20. Mr Mantoya03, I agree with you. You are the man…This Aadya, still young in this what we call ‘Dunia Politik’ he must go back and reads more on politics of malaysia espially during Tun Dr Mahathir be the PM. To bad I have to say that to you Aadya. Keep it up Mr Mantoya03..

  21. Dalam negara yang berbilang kaum Demokrasinya mesti lain sikit.Kalau tidak jahanam bangsa melayu.Kalau adil pun tapi bangsa lain yang untung buat apa.Bangsa Melayu ni lambat sedar.Esok kalau dah kena halau dari negara sendiri baru nak sedar tak guna.Apa jadi dengan Palestine?Jadi jangan cakap pasal Demokrasi!

  22. […] as the lead partner and mainstay of support for BN has to change, in order to bring back its glory. UMNO has to be democratized, to regain the confidence and support of the […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: