Mukhriz membuat ulasan mengenai tatacara etika pemilihan UMNO

Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Jerlun hari ini membuat kenyataan mengenai Tatacara Etika Pemilihan UMNO yang dikeluarkan MT UMNO dalam “Tata Etika Ahli UMNO” bertarikh 27 Mac 2008. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pemimpin dan ahli UMNO ini disemua peringkat ini rata rata yang disifatkan ramai sebagai “tidak demokratik dan terlalu mengongkong”.

Beliau mengulas mengenai lebih keterbukaan dalam proses pemilihan jawatan dalam UMNO. Ini kerana ramai yang mempunyai bakat kepimpinan dan kaliber yang baik, yang masih tidak dikenali oleh ahli UMNO kini berhadapan dengan peraturan yang menyekat mereka dikenali dan dekati oleh ahli. Menurut Mukhriz, amat penting bahawa ahli UMNO diberikan secukup peluang untuk mengenali bakal pemimpin, terutama yang akan mewarisi parti satu hari nanti.

Mukhriz juga membuat ulasan mengenai bagaimana mereka yang belum ada jawatan, samada dalam parti maupun dalam Kerajaan akan lebih tidak akan dikehadapankan dengan larangan ketat yang ujud dalam peraturan ini.

Semua ulasan dibuat dalam temuramah dengan Bernama yang ini dirakam dan sediakan dalam format You Tube.

Menurut Tata Etika Ahli UMNO, bakal calon tidak dibenarkan menghadiri majlis dan bertemu ahli UMNO, termasuk majlis sosial seperti kenduri tahlil dan perkahwinan dan juga yang dianjurkan bukan atas platform UMNO, seperti NGO. Hanya mereka berjawatan dalam Kerajaan sahaja boleh bertemu akar umbi, atas kapasiti mereka dalam jawatan rasmi masing masing. Calon juga dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk dalam medium elektronik, walaupun atas kapasiti peribadi. Larangan ini juga merangkumi pengurus kempen dan wakil calon dan melanggari akan dikenakan tindakan tata tertib, termasuk dipecat dari parti.

Namun begitu, Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan beberapa siri pertemuan dengan pemimpin peringkat Cawangan UMNO di Kuala Lumpur. Pada mulanya, ianya diatur oleh Perhubungan UMNO Negeri. Kebelakangan ini, ianya diambil alih oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dimana ahli UMNO ini dibawa dengan bas ke ibu negara, diberikan penginapan di hotel dan jamuan, disediakan keraian seperti persembahan artis, diberikan wang berjumlah RM 100-150.00 dan kain pelikat.batik, setiap peserta. Ini sepatutnya melanggar sebagaimana tertera dalam Tata Etika Ahli UMNO kerana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dijangkakan akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden tetapi ianya masih diteruskan, atas alasan pertemuan dianjur Jabatan Kerajaan dan bukan platform parti.

Bagaimana pula kalau pemimpin yang mahu menawar diri yang tiada jawatan Kerajaan, seperti Mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah?

UMNO perlu maju kehadapan dan menyahut cabaran dinamism dunia hari ini dan bukan mengadakan sekatan yang sebenarnya akan menjadi counter productive parti nasionalis Melayu itu. Rata rata ahli UMNO diakar umbi mendambakan ‘pendemokrasian’ dalam UMNO dan UMNO perlu menjadi parti akar umbi dan bukan hanya mementingkan Kepimpinan.

Rabu lepas, Tengku Razaleigh yang dijadualkan berucap kepada ahli UMNO sekitar Seremban membatalkan hasratnya minit terakhir kerana sekatan yang tertera dalam buku Tata Etika Ahli UMNO.

*Perkembangan dikemas kini Jumaat 27 Jun 2008 1100 pagi

Ini pandangan seorang lagi Exco Pemuda UMNO mengenai Tata Etika Ahli UMNO dalam konteks bagaimana ianya disalah gunakan oleh Kepimpinan.

Advertisements
Published in: on June 26, 2008 at 19:18  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/06/26/mukhriz-membuat-ulasan-mengenai-tatacara-etika-pemilihan-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. Bigdoggy,

    Can Mukhriz undo what his dad had done in this matter?

    Feedback says that Kid Jerlun is not on the same fm mode as most of the pemuda and the ahli-ahli. He is too new – that’s all.

    Now with the new PM in 2009, the question is can he capitalise on that change? I suggest he starts his campaign on a more aggresive mode as Khairy Jamaludin will not be around to exert his influence that much. Still will he ‘uncontest’ himself for the Ketua Pemuda and go for the V-P post?

  2. Hi Bigman, its me again.

    I LOVE Mukhriz. I really do. But sometimes i think Mukhriz has been OVERBOARD with his statements.

    Hes a fine upcoming leader in the making, thats one thing for sure. BUT being in the limelight too many times for the so obvious reasons of underestimating everything UMNOs, will do no favor in bringing back people confidence in his own party.

    He made comments. Being cynical at times. But he lacked the wisdom.

    We have to admit, at least both of us do; that the guy (Mukhriz) is not really doing anything to improve the party, hes singing the tunes those of his father (Tun), in order to bring AAb down.

    Its a game. The game is all about AAB and KJ. Thats what Mukhriz is eyeing at.

    I wish Mukhriz all the best. And i do hope, whatever his priorities are, doing it for his Agama, Bangsa and Negara should be the underlying principle that much attach to it, rather than AAB all for nothing.

  3. Siapa yang sebenarnya menggariskan tata etika ini? Jika manifesto BN pada PRU yang lepas pun dihidangkan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan hasil otak tingkat 4, tidak mustahil tata etika yang begitu mengongkong ini pun hasil kerja kumpulan yang sama. Apa pun, kalau dah serba serbinya tidak boleh, lebih baik dibatalkan pemilihan, digantikan dengan perlantikan semata-mata. Makin lama makin rendah minat terhadap Umno sekarang. Ezam pun dah secara rasminya diterima semula sebagai ahli, yang secara terang-terang bertentangan dengan Perlembagaan. Sekiranya berterusan begini cara Umno dikendalikan, semakin ramailah ahli yang akan menjatuhkan talak kepada Umno. Mungkin mulai hari ini kita boleh memikirkan untuk keluar Umno dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia, sekurang-kurang masih bersama dengan BN lagi.

  4. Bigdoggo,

    Calon pemilihan UMNO ditegah hadir kenduri, guna pelobi
    Oleh ZULKIFLI JALIL

    PUTRAJAYA 23 Jun – Berkuat kuasa bulan depan, calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

    Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

    Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.

    Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.

    “Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.

    “Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

    Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos ini, bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November manakala peringkat Pusat yang menjadi tumpuan perebutan jawatan tertinggi parti dari 16 hingga 21 Disember.

    Perkara 8.2 tataetika tersebut juga melarang pengundian ala ‘sistem rakit’ yang menetapkan ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti.

    Larangan itu dibuat bertujuan mengelakkan kewujudan kem tertentu pada pemilihan parti yang boleh memecahbelahkan UMNO.

    Pengundian secara ‘sistem rakit’ kebiasaannya digerakkan oleh ejen atau pelobi calon tertentu yang mengandungi senarai nama ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.

    Di peringkat bahagian dan cawangan pula, ditetapkan ‘barisan kepimpinan’ yang dilarang digunakan meliputi ketua bahagian/cawangan serta timbalannya, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.

    Menurut tataetika tersebut, mana-mana ahli UMNO yang mempunyai maklumat mengenai gejala sistem rakit boleh membuat laporan kepada Ibu Pejabat UMNO.

    Jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, mereka yang terlibat dengan kesalahan tataetika boleh dihukum termasuk digantung keahlian dan dipecat daripada parti.

    Mengikut Perkara 7.2 tataetika pula, adalah menjadi satu kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin.

    Jika berlaku, perbuatan itu akan dianggap sebagai menghina parti.

    Kenalah petah dan pakar dengan Perlembagaan UMNO untuk mengatakan Tataetika Ahli UMNO yang baru ini tidak boleh digunapakai atau ia akan dikenakan hukuman disiplin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.

  5. Baguslah!

    Benarkan Harami2 yg memegang jawatan berkempen menggunakan duit rakyat atas kapasity menteri. Bukanke lagi baik jadikan beruk2 tu MKT aje tak payah bertanding. Lagi senang.

    Yang MKT boleh berjumpa orang melalui majlis perhubungan negeri sedangkan yang bertanding di peringkat bahagian di suruh “main” dengan diri sendiri di rumah.

  6. Saya ingin mencadangkan semua calun-calun yang ingin bertanding di kuarantinkan supaya tidak melanggar sebarang peraturan. Lokasi yang menjamin kuarantin total ialah Kamunting. Selepas pemilihan baru di keluarkan semula.

  7. Tataetika ahli UMNO… buku apa tu? Buku cerita baru ke? Siapa yang benar-benar ikut panduan dalam buku tu? Ada nilai lagi ke buku tu dengan apa yang berlaku kini?

  8. Salam Big Dog,

    Saya hadir semasa perjumpaan Pak lah dengan Ketua K

  9. Salam Big Dog,

    Ssya hadir semasa perjumpaan Presiden UMNO dengan Ketua Ketua Cawangan Negeri Kedah di Legend hotel Ballroom,ianya satu perjumpaan kononya ramah mesra Presiden dengan ahli akar umbi.Sebenarnya semua Ketua Ketua Cawangan telah di rasuah oleh Pak Lah untuk terus mencalonnya semasa pemilihan peringkat Bahagian nanti.Apakah bentuk rasuah yang dimaksudkan:

    1.Bas disediakan dari kedah ke KL

    2.Penginapan dihotel 4-5 bintang

    3.Wang saku RM 100-150 diberi kepada setiap orang

    4.Makan malam di Angkasapuri

    5.Konsert khas di ANGKASAPURI

    6.Minum pagi dan makan Tengahari di hotel legend

    6.Buah tangan kain pelikat/sejadah diberi semasa hendak pulang

    Kalau ini bukan rasuah ? apa dia ! tolong BPR perjelaskan !

    Tuan,

    Itu masalah kita. Kepimpinan kita pun mencurangi bangsa sendiri!

    Mungkinkah mana mana agensi Kerajaan akan ambil tindakan?

    Lembaga Disiplin Parti pun boleh dapati bahawa tiada kes keatas tuduhan 6 orang yang membuat aduan berkanun mengenai rasuah politik wang dalam pemilihan Perwakilan Bhg Kubang Pasu pada 9 Sept 2006.

  10. BD,

    Dollah dan KJ adalah spises P*****K. Kalau ahli Umno tak jatoh kan dia, kami rakyat Malaysia akan jatuhkan P*****K ni dalam next election

    We appreciate comments in this blog. However, profanities are not acceptable. Thanks

  11. BD,

    Beginilah keadaan apabila seseorang itu mempunyai masalah pemahaman.

    Party President is not equivalent to being a King.

    Demokrasi harus ditegakkan. Tetapi beranikah cawangan?

    http://umnodu.blogspot.com

  12. Define and make the rules on money politics simple and contain money politics by exception ie if found persisting, the penalty would be to disallow the candidates and the votes.

    The more restrictions are imposed, the more ridiculous the election in the country’s premier party will look; there are many” ways to skin the cat” ie to pass the kick backs unnoticed while only the “small fries” will be caught.

    Unlikely money politics can be avoided completely especially in such a lucrative election as UNMO; rather the focus would be to mitigate the “big” types/ numbers which includes the abuse of official positions by misusing party/ government funding and facilities unless approved by a central committee without the involvement of those interested parties and where the benefit is for best interest of the party and not the individual candidate directly. All candidates to sign a negative declaration (that they have not violated the rules) to be submitted within a stipulated time frame before the election begins.

    Focus on the substance rather then only the form. Remember how UMNO consistently lost the votes in Kelantan even when UMNO promised so much, did so much and gave so much to facilitate the Kelantanese voters to vote for UMNO but the votes never came. Thus sufficient focus should be given to maintain the secrecy of the individual votes.

  13. A’kum

    off topic, but cuma nak tanya & share my 2cents

    Siapa designer logo & laman web YB Husam Musa? Kenapa plagiat Barack Obama? kalau sikit2 tak apalah tapi dari logo ke font type sama, dengan style header dan kedudukan quote pada muka hadapan hanpir sama.

    Mungkin Obama membawa kelainan kepada org US tapi dasar & pendirian dia terhadap Israel tetap sama. Mungkin dia bukan war-monger macam bush atau mccain dan lebih toleransi dalam kes iraq, saya tak rasakan dia akan membawa banyak perubahan – Kerana kalau Hilarry jadi running-mate beliau, 2×5 sahaja

    IMHO, baik re-design laman web beliau. Cuma pendapat saya, Wasalam

  14. Salam Semua…

    RULES ARE MEANT TO BROKEN!!!

    http://www.pilihananda08.blogspot.com

  15. Dah tahu mereka nak kalah, mereka buat tata etika berkempen! BIg DOG, mari kita sama2 berkempen untuk calon pilihan kita iaitu GOLONGAN KEBENARAN yang terdiri dari Tun, Ku Li, Najib, Muhyiddin, Mukhriz, Puad Zarkashi, dan lain2!! Sedia BERKHIDMAT.
    -www.gunungraya.blogspot.com

  16. Buat la apa yang patut wahai ahli-ahli UMNO. Kalau tak, next election, akan menjadi lebih parah

  17. […] UMNO ke Kuala Lumpur untuk ‘taklimat khas’, beliau menegaskan bahwa Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sendiri menyalahi Tata Etika Ahli UMNO yang dikeluarkan MT UMNO pada 27 Mac 2008. “Ianya masih lagi dianggap berkempen kerana […]

  18. Big Dog

    Saya salah seorang peserta dari Johor dalam program ramah mesra ketua-ketua cawangan UMNO dalam negeri Johor bersama PM Pak Lah pada 2 Jun 2008 anjuran JASA.

    1. Bas persiaran disediakan dari Johor ke KL pergi dan balik
    2. Makan disediakan di PWTC
    3. Penginapan dan sarapan pagi di Vistana Hotel
    4. Wang saku RM30.00 semasa tiba dan RM100 ketika pulang (diberikan oleh pegawai JASA )
    5. Konsert Khas di PWTC
    6. Kain pelikat diberikan selepas tamat perjumpaan

    PAK LAH BERSELINDUNG DI BELAKANG SEHELAI LALANG

    UMNO NI PAKLAH DAN KONCO-KONCONYA PUNYA KE??????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: