Ezam: Agenda jahanamkan Najib, penghalang Anwar merealisasikan cita cita

Mantan orang paling kanan sekali dengan Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, Ezam Mohd. Nor memberi pandangan bahawa serangan, kecaman dan fitnah bertubi tubi dan makin sengit keatas kredibiliti dan integriti Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan agenda menjahamkan Timbalan Presiden UMNO itu. Ini kerana Najib merupakan penghalang besar bagi Anwar “Mat King Leather” Ibrahim merealisasikan cita cita terpendam untuk naik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dipetik laporan Utusan Malaysia:

Najib penghalang Anwar jadi PM – Ezam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

SUBANG 4 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.

“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.

“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang.

“Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

“Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.

“Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.

Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.

“Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.

Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.

“Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.

“Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita,’’ tegasnya.

Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik

“Anwar bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.

“Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’’ katanya.

*************************************************

Pandangan dan analisa Ezam wajar diambil kira secara serious kerana walaupun ada pihak dalam UMNO meragui kemasukan semula beliau dalam persada UMNO ditatang dengan sebegitu gah oleh Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun begitu, penglibatan Ezam amat rapat dengan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim  merupakan maklumat yang amat berharga.

Kalau dikaji secara terperinci, serangan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim berupa fitnah dan sebaran maklumat palsu mengenai Najib makin diperhebatkan semenjak Pilihanraya Kecil Ijok April 2007. Fitnah mengenai dakwaan tidak berasas rasuah keatas pembelian asset ATM kapal selam Scorpene dan pesawat tempur pelbagai upaya Sukhoi Su 30 MKM sehingga hari ini masih belum dibuktikan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim lagi.

Fitnah ini makin diperhebatkan semenjak kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada awal November 2006 mula dibicarakan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam Jun 2007 dan Anwar “Mat King Leather”  Ibrahim menguatkan tohmahan keatas Najib dengan mengaitkan kes ini, tanpa sebenarnya mempersembahkan bukti yang jelas. Ini termasuk orang kanan PKR Tian Chua didapati memalsukan gambarfoto dimana Najib difitnah makan malam bersama Altantuya dan tertuduh bagi kes pembunuhan itu Abdul Razak Baginda.

Pusingan terakhir ialah kegagalan usaha penyiasat persendirian P. Balasubramaniam diperkudakan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim kehadapan dengan SD ‘Flip-Flop’ cuba melibatkan Najib dengan kes Razak dan hubungan dengan Altantuya dan percubaan pihak tertentu mengaitkan Najib dengan Saiful Bukhary Azlan, penuntut yang gagal di IPTA dan menjadi sukarelawan diPKR membuat laporan  Polis Anwar “Mat King Leather” Ibrahim meliwat beliau.

Polar kaitan dimana Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad makin mengkritik dan mendedahkan kepincangan dan kegagalan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah secara konsisten adalah berkadar langsung dengan serangan, fitnah dan kecaman Anwar “Mat King Leather” Ibrahim keatas Najib. Dirasakan bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah adalah dalam saluran ‘bom jangkamasa’ dan akan secara tersendirinya tersingkir dari Kepimpinan. Maka, adalah strategi yang baik bagi Anwar “Mat King Leather” Ibrahim secara berstruktur, sistematik dan konsisten menjahanamkan krediliti dan integriti Najib yang bakal mewarisi Kepimpinan dan sekaligus, mempelopori ‘ruang dan peluang’ agar beliau kembali menjadi Kepimpinan dalam UMNO.

Published in: on July 5, 2008 at 11:09  Comments (25)  

Blogging decorum

I was told by fellow bloggers that a blogger criticized me in his blog, about a posting I made. I guess it is alright to do that. It is healthy to be able to disagree, especially in a matured manner.

What I find strange is that this blogger mentioned in public something private happened between us. I too have the choice of dwelling on the private issues between the confined of so limited people, brought into the public as well; to tell my side and version of the story. How civil minded people are not actually what they advocate. However, I choose not to. This is because I strongly feel that private things should remain in private, especially within the ambit of “friends”. We are private people and things happened in private should not be scrutinised freely in public, regardless how strongly we feel on certain things.

So I shall not go into that. Lets remain in disagreement, within the confine of the infinity of bloggosphere that should not be taken into real life and vice versa.

Published in: on July 5, 2008 at 02:05  Comments (13)