MKT UMNO putuskan tiada pertandingan jawatan tertinggi PAU ini?

 

Petang ini, dijangkakan akan diadakan satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC. Antara perkara yang dicadangkan dibawa untuk dibincangkan ialah usul agar MKT UMNO membuat keputusan bahawa jawatan tertinggi parti, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 16-20 Disember 2008 ini.

Setakat ini, usaha telah mula digerakan diperingkat Perhubungan UMNO kearah ini. Perhubungan UMNO Selangor dan Melaka sudahpun mengumumkan bahawa mereka sebulat suara mahukan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Presiden dan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kekal sebagai Timbalan Presiden. Ini akan dimodalkan oleh segelintir Ahli MKT UMNO berkepentingan bahawa akar umbi mahukan jawatan Kepimpinan dikekalkan.

Namun begitu, keputusan yang diumumkan Pengerusi Perhubungan tersebut mungkin sebenarnya tidak melambangkan aspirasi sebenar peringkat Bahagian UMNO dalam negeri itu. Contohnya, laporan oleh Ketua Bahagian UMNO yang hadir dalam pertemuan Perhubungan UMNO Selangor lepas memberitakan bahawa hanya Menteri Kabinet yang baru dilantik sahaja seperti Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhd. Taib dan Dato’ Ir. Mohd. Zain “Badak” Mohamad sahaja yang bertegas mahu mengekalkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sebagai Presiden UMNO, sedangkan beberapa Ketua Bahagian lain menentang, samada secara langsung atau berkias. Ketua Bahagian selebihnya memilih untuk tidak bersuara dan ini sesekali tidak wajar diambil sebagai menyokong ketetapan mereka yang berkepentingan, seperti Muhammad dan Zain.

Mesyuarat MKT UMNO petang ini mungkin sengaja dianjurkan semasa beberapa personaliti pemimpin yang ‘kuat’ seperti Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Ketua Wanita Tan Sri Rafidah A. Aziz tidak dapat hadir kerana sebab tertentu. Maka untuk mereka dalam MKT UMNO terus mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kekal sebagai Presiden dengan apa cara sekalipun akan mengunakan peluang ini kerana mereka yang lantang bersuara tidak akan hadir.

Setakat ini, difahamkan ada beberapa pihak dalam MKT UMNO sedang cuba berunding dengan rakan rakan MT UMNO lain agar MKT UMNO petang ini agar tidak membuat ketetapan “tiada pertandingan jawatan tertinggi”, atas apa alasan sekalipun dan aspirasi akar umbi yang sebenarnya mahukan Kepimpinan yang ditentukan mereka secara demokrasi ujud. Rata rata, setiap kali Mesyuarat Pengurusan UMNO bertemu pemimpin peringkat Perhubungan, Bahagian dan akar umbi, termasuk yang dianjurkan JASA sekitar Kuala Lumpur, jelas menunjukan bahawa ahli UMNO mendambakan perubahan dan ini perlu ditafsirkan setidak tidaknya dalam proses pemilihan parti yang benar benar demokratik.

Sekiranya MKT UMNO membuat keputusan tiada pertandingan jawatan tertinggi pada PAU Disember ini, maka aspirasi akar umbi sebenar tidak dapat direalisasikan. Sebilangan besar akar umbi sudah pun mula bercakap sesama mereka mengenai hala tuju UMNO, terutama mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat dan khususnya generasi muda, agar UMNO terus relevan dan menjadi tunggak Barisan Nasional (BN). Mereka sudah pun mula mempersoalkan kewajaran sistem kuota, yang dilihat penghalang utama agar mereka yang layak dan beraspirasi untuk menawarkan diri sebagai calon Kepimpinan dihalang. Peralihan kuasa, sekiranya ada, mungkin dilaksana seawal Jun 2010.

Sekiranya UMNO hari ini gagal membuat perubahan dan menunjukan kepada masyarakat Melayu dan Malaysia bahawa ianya mampu untuk mendemokrasikan sepenuhnya proses pemilihan tanpa sekatan peraturan yang ditetapkan segolongan elitis, maka usaha untuk mengillustrasikan bahawa UMNO sudah cukup matang untuk berhadapan dengan isu sebenar adalah meleset. Ini penting agar mereka yang dipilih Perwakilan sebagai Kepimpinan sebenarnya mendukung aspirasi akar umbi (mewakili rakyat) dan UMNO ialah parti akar umbi dan bukan golongan elitis. Maka dengan itu, UMNO akan dilihat sebagai golongan elitis hanya berminat untuk menjaga kepentingan masing masing semata mata.

Keputusan ini bukanlah jenis hadiah hari jadi bagi mantan Presiden UMNO paling lama  berkhidmat dan berjaya membawa UMNO ketahap paling gemilang (jika difaktorkan keadaan dan cabaran semasa yang diharungi) dalam sejarah. UMNO ditinggalkanya pada 31 Okt 2003 dalam keadaan begitu kuat dan mampu meraih keyakinan dan sokongan rakyat. Ini ditafsirkan pada Pilihanraya Umum ke XI 21 Mac 2004 dimana BN mampu memenangi 198  (UMNO 110) dari 219 kerusi  Dewan Rakyat yang dipertandingkan, satu rekod baru. Walaubagaimanapun, bawah Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, UMNO mengalami prestasi paling buruk iaitu  Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 menyaksikan BN hanya mampu bertahan di 140 dari 222 kerusi (kurang 2/3 majoriti), dimana UMNO sendiri hanya meraih 78 kerusi dalam Dewan Rakyat dan BN kalah di 5 + 1 negeri serta gagal meletakan Menteri Besar pilihan parti di dua buah negeri yang UMNO berjaya menguasai.

*Perkembangan dikemas kini 7.15pm

Ini laporan terkini The Star mengenai pengumuman PM ‘Flip-Flop’ Abdullah atas ‘Peralihan Kuasa’:

Thursday July 10, 2008 MYT 7:04:39 PM

Abdullah to hand over power to Najib in mid 2010

 

KUALA LUMPUR: Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has announced that he will hand over the reigns of the government’s leadership to Datuk Seri Najib Tun Razak in mid 2010.

He confirmed that he would not lead the Barisan Nasional and Umno in the next general election.

Speaking to reporters after a special Umno briefing Thursday evening, he said he would defend his party president’s post in December and wanted the Deputy Prime Minister to be his number two.

More to follow later.

 

Published in: on July 10, 2008 at 11:07  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/10/mkt-umno-putuskan-tiada-pertandingan-jawatan-tertinggi-pau-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Salam bro,

    Jika ini berlaku petang ini, jelaslah UMNO sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

    Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan UMNO tidak lagi demokratik.

    Pak Lah dan KJ hanya memanfaatkan apa yang telah diwariskan oleh Tun Mahathir.

  2. MKT boleh buat macam-macam, tetapi cawangan2 di dalam mesyuarat mereka boleh memberontak dan meminta bahagian2 menolak cadangan itu. Tidak ada peruntukan di mana Presiden dan Timbalan tidak boleh di tanding. Dulu semasa Tun pun, kita mesti bangun dan calonkan beliau walaupun di tetapkan tiada pertandingan.

  3. Setuju dgn sahabat Gamal, kalau inilah caranya Free Officers Union di semuan perengkat tidak harus berdiam diri dan berpeluk tubuh lagi.

    Rakyat marhain cukup-cukup mual dan muak dgn leadership by edict, pi mai pi mai, macam dah tak ada org lain yg berwibawa bagi mempastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yg berterusan.

  4. BD,

    Yes, the branches can rebel. But how many are willing to do so? I will raise this during our Branch meeting, but don’t hold your breath. I can almost bet the majority of people would raise their hands and vote for ‘no change’. That is also democracy, and if that happens, I accept it open-heartedly. I’m just afraid if other branches won’t even allow this to be voted.

    Btw, if not Pak Lah and Najib, what is the alternative?

    Regards

    http://www.suaradu.com

  5. what ever it is… i won’t believe this flip flop sleepy head…

  6. […] July 11, 2008 by bolehblah Saya menulis blog ini kerana peristiwa hari ini. Nampaknya, ahli UMNO dah kena kencing BIG TIME! […]

  7. pengumuman oleh kelompok-kelompok pengampu (MKT UMNO)sudah cukup untuk membuat ahli yang waras merasa mual dengan keputusan ini.

    2 tahun adalah masa yang cukup lama untuk luka membiak menjadi pekong yang sukar diubati. Jika perubahan tidak berlaku diperingkat cawangan maupun bahagian, itu bukan satu keputusan yang perlu dibanggakan oleh para pendukong UMNO apatah lagi mendabik dada mengatakan bahawa ahli-ahli menerima kepimpinan yang sedia ada.

    Jika kelompok elit terus berdegil dengan kesombongan mereka , saya yakin pru13 akan mendatangkan mala petaka yang besar pada UMNO dan orang melayu.

    2 tahun adalah masa yang cukup lama untuk menanam benih-benih kebencian dikalangan suara majoriti ahli dan rakyat yang rata-rata mahu melihat perubahan segera dilakukan , bukan sehingga 2010.

    Mungkin Pak Lah dan konco-konconya keturunan pekak, sudah lupa atau sekadar mendengarnya melalui telinga kanan lalu keluar ditelinga kiri, akan desakan ahli-ahli akar umbi agar Pak Lah melepaskan jawatan sekarang, bukan 2010. Adakah Pak Lah tak reti bahasa apabila ada ketua-ketua cawangan mendesak Pak Lah agar berundur????????

    MENGAPA 2010? APA KEHANCURAN YANG PAK LAH CUBA HIDANGKAN LAGI? JANGAN TUNGGU RAKYAT SEMAKIN MUAL DAN MELUAT LALU MENJADI MARAH, KERANA ORANG YANG MARAH SELALU HILANG PERTIMBANGAN!!!

    INGATLAH PAK LAH, MKT, BAHAWA DOSA KAMU TERLALU BESAR UNTUK DIMAAFKAN JIKA UMNO HANCUR. SELURUH KETURUNAN KAMI TIDAK AKAN MEMAAFKAN DOSA-DOSA KAMU SEMUA.

    BERHENTILAH SEGERA PAK LAH SEBELUM SEMUANYA HANCUR!!!!

  8. […] sentiments of the grassroot more. However, some pro-PM ‘Flip-Flop’ Abdullah leaders at UMNO State Liaison level like Selangor and Melaka is putting up a totally inaccurate sentiment of the UMNO grassroots in wanting PM […]

  9. […] include the Military Intelligence Chief media statement on the issue. Then the announcement of the ‘Power Transition’ in UMNO Leadership. Its about the Drama King and also, Drama Queen, with some new twist to an old drama script. Of […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: