Tun Dr. Mahathir: Peralihan kuasa perlu sekarang kerana Najib tiada masa untuk pulihkan keadaan

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyelar Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana menjadi seorang “Yes man”. Beliau menegaskan demikian kerana TPM Najib setakat ini hanya menyatakan sokongan sepenuhnya kepada PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, walaupun keputusan yang dibuat itu salah dan sebenarnya merugikan negara.

Tun Dr. Mahathir juga menjelaskan bahawa pengumuman ‘Peralihan Kuasa’ antara PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada TPM Najib dijangkakan padda Jun 2010, dibuat dua hari lepas merupakan sesuatu yang amat diragui keberkesananya. “Ini kerana tempoh dua tahun TPM Najib ambil alih untuk pulihkan UMNO, BN dan Kerajaan adalah amat singkat”.

“Peralihan Kuasa perlu diadakan sekarang ini kerana empat tahun ini diperlukan untuk menguatkan parti dan mengembalikan sokongan rakyat kepada BN!” dan menambah, “Rakyat perlu diyakini dan bukan setakat ahli UMNO sahaja”, sambil membuat rujukan perjumpaan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan Ketua Ketua Cawangan UMNO semenjak dua bulan kebelakangan ini.

Beliau berucap disebuah majlis anjuran Alumni SMK Bukit Saujana dan Pewaris Pekembar di Kelab Golf Port Dickson. “Prestasi kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merosot teruk dari sokongan rakyat yang begitu kuat kepada BN pada 2004 hingga kekalahan 5 + 1 dalam 2008. Satu rekod luar biasa” dan memperingatkan hadirin dalam bentuk soalan “Apa yang dia buat dalam tempoh empat tahun ini, sehinggakan keyakinan rakyat begitu berbeza?”.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan TPM Najib juga perlu banyak masa dan peluang untuk memulihkan persepsi diri sendiri, yang begitu buruk dilakukan secara sistematik oleh pihak tertentu dan mula menunjukan kesan, terutama dikalangan golongan urbanit. Beliau juga melahirkan kekecewaan TPM Najib “yang menelan bulat bulat janji PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dalam ‘Peralihan Kuasa'”.

Beliau juga merayu agar ahli ahli UMNO diperingkat Cawangan UMNO bertindak dengan penuh keberanian agar menentukan PM ‘Flip-Flop Abdullah tidak dicalonkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 16-20 Disember 2008 akan datang ini, “Ahli UMNO perlu berani singkirkan (PM ‘Flip-Flop’) Abdullah!”.

Mantan Presiden UMNO itu juga mendedahkan pakatan yang dibuat antara TPM Najib, selaku Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin dimana TPM Najib akan bertanding jawatan Presiden dan Muhyiddin jawatan Timbalan Presiden PAU Disember ini. Beliau mempersoalkan samada apakah TPM Najib sekarang mengkhianati ‘pakatan’ ini dan membuat pakatan lain bersama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (Peralihan Kuasa) dan mengumumkanya tatkala Muhyiddin sedang berada di Jepun atas lawatan rasmi.

Beliau juga menimbulkan sekiranya Muhyiddin bertanding dalam PAU akan datang ini jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menang, apakah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah akan tetap memberikan Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila dan jika janji yang diumumkan dua hari lepas akan ditunaikan?

Dalam sessi soal jawab, Tun Dr. Mahathir menjelaskan panjang lebar mengenai pepatah Inggeris “If its not broken, don’t fix it” apabila mengulas apa yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah lakukan setelah mengambil alih dari beliau, yang kini dilihat jelas kesanya kepada negara dan ekonomi dan menitik beratkan bahawa kajina mendalam dan terperinci perlu dilakukan keatas apa apa keputusan terdahulu dan dasar yang telah pun dilaksanakan sebelum apa apa perubahan baru dilakukan.

Mengenai soal Dasar Pelajaran Kebangsaan pula, beliau menjelaskan bahawa kepincanganya adalah kerana budaya dan nilai hidup, terutama masyarakat Melayu tidak menitik beratkan “berusaha meraih kejayaan”, dari konteks disiplin, amanah, kerja kuat dan tertib.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa hubungan Anwar Ibrahim dengan Amerika Syarikat begitu akrab dan intim sehinggakan semasa Anwar berjaya dibebaskan dari penjara dan terus ke Munich untuk mendapatkan rawatan, Paul Wolfowitz telah datang dan berbincang selama tiga jam dihospital itu. “Tak taulah apa yang dibincangkan. Tiga jam itu lama!”. Hubungan Anwar dengan Neo Conservative yang pro Yahudi Zionis dan Israel ini lebih jelas apabila timbul tuduhan liwat baru, Amerika Syarikat secara spontan mengeluarkan amaran kepada Malaysia agar tidak menganiaya Anwar.

Semasa soal jawab dalam sidang media, mengulas saranan awal beliau agar ahli UMNO peringkat Cawangan perlu berani menamakan TPM Najib sebagai Presiden UMNO walaupun PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah mengumumkan ‘Plan Peralihan Kuasa’ pada 10 Julai 2008, beliau berkata ahli UMNO punya hak menentukan pemimpin dan bukan pemimpin tentukan pemimpin. “Jika ini gagal dilakukan, maka UMNO tidak lagi menjadi parti yang mengamalkan demokrasi”.

Apabila ditimbulkan amalan agensi tertentu Kerajaan memanggil Ketua Cawangan UMNO ke Kuala Lumpur untuk ‘taklimat khas’, beliau menegaskan bahwa Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sendiri menyalahi Tata Etika Ahli UMNO yang dikeluarkan MT UMNO pada 27 Mac 2008. “Ianya masih lagi dianggap berkempen kerana walaupun guna platform Kerajaan, (PM ‘Flip-Flop’) Abdullah bercakap soal parti. Itu kempenla tu!”.

Ini merupakan kali pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap dan menjawab soalan, termasuk sidang media sejak pengumunan ‘Peralihan Kuasa’ PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada TPM Najib dijadualkan Jun 2010, pada 10 Julai 2008.

*Perkembangan dikemas kini 10.15pm

Ini merupakan laporan Bernama.com:

July 12, 2008 22:11 PM

Mahathir Considers Najib As The Best Umno Leader

PORT DICKSON, July 12 (Bernama) — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad praised Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as the best among the Umno leaders.

Dr Mahathir admitted that when he was the prime minister, he seldom heard of complaints of any wrongdoing by Najib.

“He was the shining star among the Umno leaders, but now he the shine has dimmed a little,” he told reporters after attending a `Programme With the Former Prime Minister’ organised by the SMK Bukit Saujana Alumni Club Saturday.

Dr Mahathir said he observed that Najib’s star was becoming `dimmer’ because while the political situation was declining after the last general election, Najib appeared to be doing nothing. On the contrary, he preferred to remain silent rather than criticise Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

He feared that the transition of power in 2010 would not give enough time to Najib, who would then be the sixth Prime Minister, to carry out political rehabilitation before the 13th general election.

“Najib has only two years whereas he would have to repair his own credibility at the same time,” Dr Mahathir added.

— BERNAMA

Published in: on July 12, 2008 at 12:13  Comments (26)