Tun Dr. Mahathir: Peralihan kuasa perlu sekarang kerana Najib tiada masa untuk pulihkan keadaan

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyelar Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana menjadi seorang “Yes man”. Beliau menegaskan demikian kerana TPM Najib setakat ini hanya menyatakan sokongan sepenuhnya kepada PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, walaupun keputusan yang dibuat itu salah dan sebenarnya merugikan negara.

Tun Dr. Mahathir juga menjelaskan bahawa pengumuman ‘Peralihan Kuasa’ antara PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada TPM Najib dijangkakan padda Jun 2010, dibuat dua hari lepas merupakan sesuatu yang amat diragui keberkesananya. “Ini kerana tempoh dua tahun TPM Najib ambil alih untuk pulihkan UMNO, BN dan Kerajaan adalah amat singkat”.

“Peralihan Kuasa perlu diadakan sekarang ini kerana empat tahun ini diperlukan untuk menguatkan parti dan mengembalikan sokongan rakyat kepada BN!” dan menambah, “Rakyat perlu diyakini dan bukan setakat ahli UMNO sahaja”, sambil membuat rujukan perjumpaan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan Ketua Ketua Cawangan UMNO semenjak dua bulan kebelakangan ini.

Beliau berucap disebuah majlis anjuran Alumni SMK Bukit Saujana dan Pewaris Pekembar di Kelab Golf Port Dickson. “Prestasi kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merosot teruk dari sokongan rakyat yang begitu kuat kepada BN pada 2004 hingga kekalahan 5 + 1 dalam 2008. Satu rekod luar biasa” dan memperingatkan hadirin dalam bentuk soalan “Apa yang dia buat dalam tempoh empat tahun ini, sehinggakan keyakinan rakyat begitu berbeza?”.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan TPM Najib juga perlu banyak masa dan peluang untuk memulihkan persepsi diri sendiri, yang begitu buruk dilakukan secara sistematik oleh pihak tertentu dan mula menunjukan kesan, terutama dikalangan golongan urbanit. Beliau juga melahirkan kekecewaan TPM Najib “yang menelan bulat bulat janji PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dalam ‘Peralihan Kuasa'”.

Beliau juga merayu agar ahli ahli UMNO diperingkat Cawangan UMNO bertindak dengan penuh keberanian agar menentukan PM ‘Flip-Flop Abdullah tidak dicalonkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 16-20 Disember 2008 akan datang ini, “Ahli UMNO perlu berani singkirkan (PM ‘Flip-Flop’) Abdullah!”.

Mantan Presiden UMNO itu juga mendedahkan pakatan yang dibuat antara TPM Najib, selaku Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin dimana TPM Najib akan bertanding jawatan Presiden dan Muhyiddin jawatan Timbalan Presiden PAU Disember ini. Beliau mempersoalkan samada apakah TPM Najib sekarang mengkhianati ‘pakatan’ ini dan membuat pakatan lain bersama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah (Peralihan Kuasa) dan mengumumkanya tatkala Muhyiddin sedang berada di Jepun atas lawatan rasmi.

Beliau juga menimbulkan sekiranya Muhyiddin bertanding dalam PAU akan datang ini jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menang, apakah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah akan tetap memberikan Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila dan jika janji yang diumumkan dua hari lepas akan ditunaikan?

Dalam sessi soal jawab, Tun Dr. Mahathir menjelaskan panjang lebar mengenai pepatah Inggeris “If its not broken, don’t fix it” apabila mengulas apa yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah lakukan setelah mengambil alih dari beliau, yang kini dilihat jelas kesanya kepada negara dan ekonomi dan menitik beratkan bahawa kajina mendalam dan terperinci perlu dilakukan keatas apa apa keputusan terdahulu dan dasar yang telah pun dilaksanakan sebelum apa apa perubahan baru dilakukan.

Mengenai soal Dasar Pelajaran Kebangsaan pula, beliau menjelaskan bahawa kepincanganya adalah kerana budaya dan nilai hidup, terutama masyarakat Melayu tidak menitik beratkan “berusaha meraih kejayaan”, dari konteks disiplin, amanah, kerja kuat dan tertib.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa hubungan Anwar Ibrahim dengan Amerika Syarikat begitu akrab dan intim sehinggakan semasa Anwar berjaya dibebaskan dari penjara dan terus ke Munich untuk mendapatkan rawatan, Paul Wolfowitz telah datang dan berbincang selama tiga jam dihospital itu. “Tak taulah apa yang dibincangkan. Tiga jam itu lama!”. Hubungan Anwar dengan Neo Conservative yang pro Yahudi Zionis dan Israel ini lebih jelas apabila timbul tuduhan liwat baru, Amerika Syarikat secara spontan mengeluarkan amaran kepada Malaysia agar tidak menganiaya Anwar.

Semasa soal jawab dalam sidang media, mengulas saranan awal beliau agar ahli UMNO peringkat Cawangan perlu berani menamakan TPM Najib sebagai Presiden UMNO walaupun PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah mengumumkan ‘Plan Peralihan Kuasa’ pada 10 Julai 2008, beliau berkata ahli UMNO punya hak menentukan pemimpin dan bukan pemimpin tentukan pemimpin. “Jika ini gagal dilakukan, maka UMNO tidak lagi menjadi parti yang mengamalkan demokrasi”.

Apabila ditimbulkan amalan agensi tertentu Kerajaan memanggil Ketua Cawangan UMNO ke Kuala Lumpur untuk ‘taklimat khas’, beliau menegaskan bahwa Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sendiri menyalahi Tata Etika Ahli UMNO yang dikeluarkan MT UMNO pada 27 Mac 2008. “Ianya masih lagi dianggap berkempen kerana walaupun guna platform Kerajaan, (PM ‘Flip-Flop’) Abdullah bercakap soal parti. Itu kempenla tu!”.

Ini merupakan kali pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap dan menjawab soalan, termasuk sidang media sejak pengumunan ‘Peralihan Kuasa’ PM ‘Flip-Flop’ Abdullah kepada TPM Najib dijadualkan Jun 2010, pada 10 Julai 2008.

*Perkembangan dikemas kini 10.15pm

Ini merupakan laporan Bernama.com:

July 12, 2008 22:11 PM

Mahathir Considers Najib As The Best Umno Leader

PORT DICKSON, July 12 (Bernama) — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad praised Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as the best among the Umno leaders.

Dr Mahathir admitted that when he was the prime minister, he seldom heard of complaints of any wrongdoing by Najib.

“He was the shining star among the Umno leaders, but now he the shine has dimmed a little,” he told reporters after attending a `Programme With the Former Prime Minister’ organised by the SMK Bukit Saujana Alumni Club Saturday.

Dr Mahathir said he observed that Najib’s star was becoming `dimmer’ because while the political situation was declining after the last general election, Najib appeared to be doing nothing. On the contrary, he preferred to remain silent rather than criticise Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

He feared that the transition of power in 2010 would not give enough time to Najib, who would then be the sixth Prime Minister, to carry out political rehabilitation before the 13th general election.

“Najib has only two years whereas he would have to repair his own credibility at the same time,” Dr Mahathir added.

— BERNAMA

Published in: on July 12, 2008 at 12:13  Comments (26)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/12/tun-dr-mahathir-peralihan-kuasa-perlu-sekarang-kerana-najib-tiada-masa-untuk-pulihkan-keadaan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

26 CommentsLeave a comment

  1. Tun Mahathir tak habis habis berceramah.

    Tun Mahathir ingin memusnahkan ‘ nama ‘ Pak Lah..

    Takut yang ‘terbakar’ bukan Lah tetapi Det …

    Hidup Pak Lah !!!

    Hidup Pak Lah !!

    Undur Mahathir !

    Undur Mahathir !

    Undur Mahathir !

    dari jadi penasihat GLC kerajaan Pak Lah…

  2. BD,

    IMAM HADARI lebih berminat menghadiri hari pertama Sarawak Rain Forest Music Fest dari ke mjlis penutup Tilawah Al Quran di Kedah malam semalam.

    Dia siap berdiri ambil video camera ( lihat berita RTM )tapi masa tilawah dulu siap tertidur di kerusi VIP.

    cukupLAH umat Islam Malaysia….nak tunggu lagi ka

  3. BD,

    KO CARI VIDEO IMAM HADARI TIDOR MASA TILAWAH DAN RECORD BERITA RTM DOLLAH SIAP BERDIRI AMBIL VIDOE CAM KAT RAINFOREST MUSIC FEST SEMALAM…LEPAS TU DISTRIBUTE KAT ORANG UMNO

  4. Penulis cyber,

    Berapa banyak projek yang hang dah ambik dari KJ,Ketua ketua cawangan ayoh jangan gentar,minggu depan buat usul calon siapa saja asalkan JANGAN NAMA ABDULLAH BADAWI sudahlah.

  5. Tentukan pencalonan TPM Najib sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin sebagai Timbalan

  6. Itu Ablulla Balawi aa, dia manyak suka itu glamer munya kilija.
    Lia ingat lia manyam itu bulak kicik, joget sini joget sana. Wa ala lengak aa, lekat itu laynfolet ala masalley munya polompuan lompat-lompat lalam ujan. Itu nyam itu Balawi sana ala, angkat gambar. Itu masalley polompuan lalam itu becak sumua pun golek-golek.
    Waa.. Manyak syok oo.. Wa ingat lia mukan PM kalu a, lia pun sulah joget. Ujan pun ujan la.. Fuyo.. Ini maciam punya PM la manyak bagus! Lu olang apa buat mau panggil lia blenti?
    Itu Salawak saja dia kasi mikin itu joget. Panggil lia bikin satu lekat KL, lagi satu lekat JB, Melaka pun mau, Slemban, Kuantan.. Kasi satu Malaysia joget la.. Fuyo!! Bolow munya olang…

  7. I m there just now … meet BD and the gang …… well what can i say is that UMNO Bahagian Telok Kemang might nominate other candidate than Pak Lah to be the UMNO President.

    BD, you already out when Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang told the crowd about it.

    Nevertheless, from what i can gather is that, there could be 3 UMNO division in Negeri Sembilan which will nominate other people except Pak Lah as President …

    I think your role and Tun M’s role is to tour the Malay land and do something like just now …

    UMNO is still not screwed ……… i still believe there are still sensible people left in UMNO …….. to make a change ……………

    I guess you can “feel” that people in that dewan are fed-up with Abdullah Ahmad, KJ and the gang …. Everybody has a role …….. and i m playing my role discretely ……

    UMNO DULU KINI SELAMANYA ………………

    Thank you. That would be the best for UMNO, to nominate another candidate as President. We have to get a new leader installed ASAP and move on, in the business of running the country and developing our people.

    Now, we have a really weak leader who keeps making all sorts of irrevocable mistakes

  8. 2years is a long way to go…isnt that true Tun?

  9. Aiyoyoyo…. You all up there commenting really want an Islamic PM, wait for Nik Aziz to be PM lah… Pigi music fest pun marah ke? How come PR event bawak orang tnjuk punggung you all sanjung ka?

    Back on topic, I think if Pak Lah announce next year ke, next 6 months ke, next MONTH ke, sure got other people yang akan bising2 dan tak puas2 ati jugak. Entah kenapa orang nak sangat orang ganti Pak Lah cepat2. Sudah cukup konfiden kah dengan PM seterusnya..?? Najib…? Anwar…??!!

  10. Even if Najib is given the time now, I doubt that he can clear the water. With so many missiles directed at him, the chances are he cannot stand the insult, and thus increase the burden and may bring UMNO down.
    There may also be possibility that within this nearly two years time, there will be a plot to bring Najib to his knees, and Dollah ends with no replacement and thus he’s got to continue his reign.
    So go for the option that to bring Dollah down during the coming UMNO election.
    Let’s disgracefully show Dollah, Khairy, Kamal, Nazri, and Kali the exit door come december. Ada PM macam ni memang tak guna.

  11. BD

    To Pak Lah and their supporters

    APA! PAK LAH INGAT UMNO NI HAK DIA PUNYA KA????

    Kamu semua lupa ka kami semua ada dibawah ni yang akan tentukan kamu semua????

    Kalau Pak Lah nak terus-terusan memperbodoh-bodohkan ahli ahli UMNO yang memang bodoh, alamat kecundanglah UMNO dalam PRU akan datang.

    Dua tahun masa yang singkat untuk Najib nak pulihkan UMNO tetapi dua tahun jugalah masa yang panjang untuk menanam bibit benci terhadap Pak Lah dan BN. Perasaan marah akan bertukar benci. Meluat menjadi muak. Dari BN pergi ke pembangkang. Orang bodoh pun boleh fikir.

    BD

    Hanya segelintir orang yang suka mencari ilmu atau pun maklumat. Carilah jalan agar kempen lebih berkesan, dan maklumat sampai kepada rakyat. Sekadar blog tidak memadai.

  12. pipitart

    inilah buktinya orang-orang UMNO dah tongong. Tak semestinya Najib, atau Anwar sahaja yang boleh jadi PM, ramai lagi cuma tak diberi peluang, tapi bukan Zaid Ibrahim, Nazri atau Saharil and the other pengampu. Buka otak luas-luaslah… Nik Aziz pun boleh asal hukum Islam tidak ikut acuan PAS. but not pak lah…. lagi lama Pak Lah tunggu Lagi jelas nampak ketidakupayaannya.. lagi kuat dia tidur..

    Nik Aziz sebagai PM?

    Ini amat diragukan! Nik Aziz sebagai pemimpin ugama, boleh lah. Kalau nak bagi kepimpinan untuk peringkat negara, dengan segala kompleksiti sebagai masyarakat majmuk, pelbagai kegiatan ekonomi dan peranan diperingkat antarabangsa, jauh sangatlah tu kalau hendak diberikan ke tangan Nik Aziz.

  13. Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

    Petikan itu seperti di bawah:

    From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

    Katanya, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu diperjuangkan.

    Mari kita fikirkan.

    Mungkinkah ada dalam masyrakat kita yang sudah mewah dan kini leka? Yang tidak ambil peduli pula?

    Mungkinkah ada dalam masyrakat kita sudha di tahap pergantungan? Lakukan cara mudah tak perlu kerja dan susah payah untuk mendapatkan sesuatu. Rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa.

    Paling takut sekali, adakah kita menunggu kembali semula kepada penjajahan semula dan penghambaan?

    Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober – 9 November. Agong 16-20 Disember.

    Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

    Sedia berjuang. Tentangi kekangan, hilangkan ketakutan dan rungkaikan pergantungan. Berani lakukan perubahan! Bersuara, tentang manipulasi, bawa usul, dan gunakan undi.

  14. JJ,
    Setuju, ramai orang dalam umno yang juga berkaliber utk menerajui Pak Lah. Saya tak pernah kata yang sebaliknya, cuma sekarang keadaan angin tengah kencang, ada aje pihak lain yang mengambil kesempatan nak merampas kuasa, dan yang paling nyata sudah tentulah DSAI. Jadi jika mahu kata demokrasi, adakah cara merampas takhta dengan cara DSAI itu betul2 akan memberi kesan positif dalam politik dan stabiliti negara?

  15. He’s saying it’s wrong because it’s not his way, his way or the highway remember? so he thinks the period is too short, the others he’s purporting to help said it’s too long, and both said they’re acting in the best interest of the country? the UMNO old-timers have not forgotten, so I find it perplexing that TDM himself has..that he did the “pemimpin tentukan pemimpin” himself. and really who’s flip-flopping here, because what I can see is TDM praising Najib for awhile and then do a going-stern.

  16. Kita perlu hormati keputusan tu..Tempoh 2 tahun bukanlah satu tempoh yang lama..Sekurang2nya Najib akan lebih bersedia untuk mengambil alih nanti..

  17. Saya kecewa dengan pendapat Pipitart yang disiarkan pada July 13,2008 yang menyatakan;

    i) isLam mengikut acuan PAS.
    ii) Kononnya Nik Aziz tak Layak jadi PM.

    Saya perlu nasihatkan Sdr agar mengikuti Kuliah Ugama Tok Guru Nik Aziz,Hj.Hadi dan Dr.Harun Taib beberapa siri sebelum Sdr.melontarkan kenyataan tersebut.
    Saya juga menasihatkan Sdr.mendalami iLmu isLam sebelum menganggap Tok Guru Nik Aziz tak layak memimpin Negara atas alasan Negara ini Majmuk(berbilang Kaum).Untuk makluman,Tok Guru adalah seorang Ulama'(berilmu)dan Berkat,serta Wara’dan Pana’ kepada Dunia dan isLam adalah ugama yang amat sesuai sepanjang zaman hinggalah keHari Qiamat.
    Jangan Kita fikir orang yang belajar kat London aje layak memerintah.Saya suka nasihatkan Sdr.mengenali Nik Aziz lebih dekt.Sikit makluman,Nik Aziz fasih berbahasa inggeris,Mandarin,Urdu dan Tamil.Gua rehat dulu kerana letih melayani karenah orang jahil.

  18. pak lah….mungkin akan dikatakan sebagai individu yg menjatuh kan umno instead memajukan malaysia..so sejarah akan tercipta dan akan diingati oleh rakyat malaysia dimana kejatuhan umno adalahlah disebabkan penguasaan ahli keluarga perdana menteri ketika ini..tidak kira lah walau macam mane pon RTM selepas ini akan menutup kesilapan ini dengan mengatakan pak lah sebagai salah seorg pemimpin agung Malaysia, tetapi kita yg hidup di waktu ini menyedari hal yg sebenar..

  19. UMNO MAKIN PARAH BUBAR UMNO BUBAR PAS BUBAR PKR UJUD SATU PARTI MELAYU..

  20. bisnes online yang paling hangat masa kini dan mengdatang duit dengan cepat. jika anda berminat klip
    http://www.perigiduit.com/?ref=jatt

  21. TUN DR MAHATHIR IS THE BEST!!!we always supporting u Tun!!!love u!!!

  22. Tun… kembalikan lah maruah Malaysia seperti dlu… kami kini telah kehilangan permata yang menyinarkan Malaysia :-(.. kami berada dalam keadaan yang amat sukar Tun… dalam pemerintahan Tun dulu, kami dapat tidur nenyak dan dapat membayangkan masa depan yang cerah ..tapi skg sebaliknya… kami rakyat Malaysia amat menyayangi Tun..please Tun… 😦

  23. Bagi saya apapun anggapan seluruh rakyat Malaysia tentang kelemahan pentakbiran sekarang ini ,semuanya akan kembali seperti sedia biasa bagai sebelum ini.

    Kalau kita selalu nak ceritakan masaalah.maka masaalah tidak akan habis.

    Saya rasa kalau kita tak pandai nak tolong selesaikan dengan cara tenaga,atau kepandaian dan lain2 lagi.

    Kita semua ada Doa yang sentiasa didengari oleh Allah yang Maha Berkuasa..Kalau kita satukan Doa ini hanya untuk kesejahteraan di negara kita saya pasti ianya akan berjaya.

    Jangan kita fikir kita semua sebaris dengan mereka yang pandai dan cekap mentakbir negara.

    Kita boleh tegur..tapi bukannya dengan hukuman.
    Kalau kita ingat kita ini siapa dalam dunia…mari kita selesaikan masaalah dalam diri kita sendiri dulu baru boleh kita lihat orang lain ..

    Asalamualaikum…

    Batu Pahat

  24. cerdik pandai melayu tulen perlu berkumpul dan bermuafakat untuk menyatukan semua orang orang melayu. Kita ada penduduk seramai 15 Juta,!!!! Buang yang ada sekarang ni dan cari pemimpin MELAYU TULEN yang berkualiti dan fikirkan parti ” MELAYU BARU ” yang boleh memerintah ” MALAYSIA BARU “.! Wake up the SECOND GENERATION MALAYS !!! Kuda tua yang corrupt tu boleh rehat dan pencen.DON KAN KAN LAH

  25. good style…
    kingpahat.blogspot.com

  26. assalamualaikum…
    sape pun PM itu tak penting…yg paling penting tolong lah ringankan beban rakyat yang tersepit…saya dah tak sanggup tengok ramai anak remaja yg mengangur tidak berkerja dan berkeliaran tak tentu hala…ramai rakyat yg tak cukup makan…sampaikan beras 500 gram pun terlalu berharga buat mereka yang di kawasan pendalaman nak makan..di Terengganu sendiri…saya anak jati Terengganu…balik ke sana sumbangkan beras kepada org di sana kerana mereka tidak dapat makan…bayangkan?!!! walaupun saya tak sekaya PM,TPM dan Dato’ dan Datin tapi sekurang-kurangnya saya tak sanggup melihat anak-anak mereka menangis kelaparan melilit dekat kaki ibu-ibu mereka…dah macam dekat penempatan pelarian pakistan saya tengok…bukalah mata wahai pemimpin-pemimpin negara…bantulah rakyat mu yg tidak berdaya ini…saya tak boleh pergi ke luar negara berkempen utk memajukan negara sebab saya sekolah pun tidak tinggi mana… setakat tingkatan 5 semua org pun ada..kelayakan itu” ….TOLONGLAH kesiankan rakyat yg dibawah ini…jangan Malaysia akan berpatah arah..kepada zaman 50-an…bercucuk tanam dan mengusahakan apa yang ada setakat untuk dimakan sendiri seperti dulu…duduik dan renungkan apa yang benar dan apa yang salah….dengari kesengsaraan rakyat…KINI,ESok dan SELAMAnya….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: