Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO/BN mengenai ‘Peralihan Kuasa’ Jun 2010

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

MERANGKAP PENGERUSI PERGERAKAN PEMUDA BARISAN NASIONAL (BN)

Selasa, 15 Julai 2008

Mesyuarat Exco Pemuda UMNO dan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), hari ini bersepakat dan sebulat suara menyokong penuh peralihan kuasa yang diumumkan YAB Presiden UMNO merangkap YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi baru baru ini.

Sehubungan dengan itu, kami akan memberikan segala kerjasama supaya peralihan kuasa berjalan dengan lancar pada Jun 2010.

Mesyuarat juga sebukat suara mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas bagi memastikan semua langkah pencegahan terhadap sebarang anasir yang cuba menggugat ketenteraman orang ramai sebelum sesuatu perhimpunan haram, keganasan jalanan dan budaya liar asing menular dinegara ini.

Pemuda UMNO dan Pemuda BN tidak mahu keadaan huru hara berlaku dan berakhir dengan konflik yang berpanjangan seperti di sesetengah negara lain sehingga demonstrasi dan keganasan jalan berlaku hampir setiap hari dan setiap hujung minggu menyebabkan pelajar bimbang ke sekolah, pernigaan kecil dan serdehana terbantut, pelabur asing enggan dan pertumbuhan ekonomi negara akhirnya merosot.

Cukuplah segala sandiwara dan demontrasi jalanan yang berlaku sepanjang 1998 sehingga 2001 kerana terlalu banyak masa dan wang ringgit dibelanjakan untuk mengawal ketenteraman awam. Malah demontrasi itu tidak member sebarang sumbangan positif kepada keamanan, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan negara, sebaliknya mengundang kuasa luar mengintai intai peluang campur tangan urusan dalam negara.

Sekian.

Published in: on July 15, 2008 at 15:26  Comments (13)  

Apakah budaya “Yes, Boss” Pemuda UMNO dan BN akan surut?

Besok, Exco Pergerakan Pemuda UMNO akan bermesyuarat jam 1.00 tengahari di tingkat 38, Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur. Kemudian Jawatankuasa Pergerakan Pemuda BN pula akan bermesyuarat ditempat yang sama pada 3.00pm. Dijangkakan, antara yang akan dibincang dan putuskan ialah ketetapan mengenai ‘Peralihan Kuasa’ yang diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah Pemuda UMNO dan BN akan meneruskan budaya “Yes, Boss” dan akur kepada program ‘Peralihan Kuasa’ ini, seadanya?

Bagaimana UMNO dan BN akan terus mengembalikan keyakinan rakyat, dan seterusnya sokongan pada Pilihanraya Umum ke XIII yang dijangkakan pada 2013 sekiranya budaya ini masih lagi tidak ada perubahan sedangkan rakyat, terutama golongan muda telah memberikan ‘mesej jelas’ pada Pilihanraya Umum ke XII 8 mac 2008?

Published in: on July 15, 2008 at 00:05  Comments (6)