EPU digesa untuk buat kajian menyeluruh dalam pembinaan kekayaan dan pembangunan modal insan

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) emnganjurkan Kongress Ekonomi 2008 di PWTC pagi ini, untuk membincangkan pelbagai sudut dan permasalahan yang membelengui masyarakat Melayu, terutama dari aspek ekonomi.

Personaliti yang ternama dan pakar dalam ekonomi Melayu membentangkan pelbagai kertas kerja. Antaranya ialah Pengarah Pengagihan dan Pembangunan Korridor Unit Perancang Ekonomi En. Mat Noor Nawi.

Antara iti pati pembentangan kertas kerja bertajuk “Kajian Separuh Penggal RMK 9”

Pembasmian Kemiskinan

· Merangka program pembasmian kemiskinan berasaskan pendekatan bersepadu dan meluas liputan kumpulan sasar serta meningkat keberkesanan sistem penyampaian program kemiskinan menerusi Kumpulan Fokus mengenai kemiskinan

· Menumpu kepada aktiviti penjanaan pendapatan dan penyediaan entity asas

· Menyediakan kim Amanah Saham Wasan (RM 100 juta) untuk golongan miskin Bandar Bandar dan meningkat usaha membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli dan minoriti Bumiputra Sabah dan Sarawak

Pengagihan Pendapatan

· Meningkatkan bahagian pendapatan di kalangan isi rumah 40% terendah dan mewujudkan dan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar

· Mengurangkan nisbah ketidaksamaan pendapatan luar Bandar dengan Bandar kepada 1:1.7 menjleang akhir tahun 2010

· Mempercepatkan program penyusunan semula guna tenaga dan hak milik khususnya bagi Bumiputera, kommuniti India dan kumpulan lain

· Perlaksanaan pelbagai inisiatif di bawah pembangunan corridor

Data data mengenai pencapaian orang Melayu dari sudut ekonomi, pertumbuhan pendapatan isi rumah dan analisa mengenai professional dibentangkan. Antara lain yang diperbincangkan ialah masalah orang Melayu ialah kemiskinan luar bandar dibawa ke kawasan bandar dan golongan orang Melayu ini masih lagi menjadi miskin, tetapi sebagai urbanit. Keadaan kemiskinan urbanit ini sebenarnya lagi kompleks.

Senator Prof. Dato’ Dr. Ismail Salleh mengesa supaya EPU membuat kajian menyeluruh, terutama plan pembangunan modal insan dan perancangan tenaga kerja bagi orang Melayu. Perancang perlu mengambil kira guna tenaga dan keperluan industri, bagi menentukan graduan Melayu akan terjamin mendapat peluang pekerjaan.

Mantan Ahli MTEN Prof. Dr. Mahani Zainal Abidin, yang kini sebagai ketua Pengarah ISIS pula membincangkan soal ‘pembentukan kekayaan’ (wealth creation) dan keperluan kajian penuh dalam dasar pemilikan dan menentukan pemilikan kekayaan yang berjaya dibina ini diteruskan dalam pegangan orang Melayu. Buat masa ini, sistem membenarkan asset dan pegangan Bumiputra dijuaol kepada orang lain, termasuk warga asing dengan tanpa sekatan.

Beliau golongan pemikir dan strategis Melayu juga dicadangkan untuk dibina dan bukan setakat membangunkan golongan teknikal semata mata.

Published in: on July 18, 2008 at 13:24  Comments (1)