Suara akar umbi melalui Cawangan UMNO boleh merubah keadaan

Plan ‘Peralihan Kuasa’ dari PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dijangkakan pada Jun 2010 telah dimumkan pada 10 Julai 2008. Ini menimbulkan banyak reaksi bercampur campur dikalangan ahli UMNO, terutama akar umbi dan pemerhati dan penganalisa politik.

Secara kasarnya, TPM Najib amat mengalu alukan pengumuman ini. Ramai berpendapat bahwa tempoh 2 tahun itu amat lama dan sebarang kemungkinan, terutama dengan senario politik yang amat dinamik kebelakangan ini, boleh berlaku dan meninggalkan kesan strategik. Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad pula berpendapat bahawa apabila TPM Najib mengambil alih Kepimpinan, masa dan peluang untuk diperlukan untuk memperbetulkan keadaan, mengembalikan keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat, terutama golongan muda kepada UMNO dan BN, menjadi amat terhad.

Exco Pemuda UMNO, yang bermesyuarat pada 14 Julai 2008 pula membuat kenyataan walaupun plan peralihan kuasa ini diumumkan dan dipersetujui Kepimpinan, tidak bermakna pada pemilihan parti semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 16-20 Disember 2008 ini, jawatan terutama termasuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh dipertandingkan dan dicabar. Ini sesuai dengan amalan demokrasi dan mengekalkan semangat bahawa UMNO merupakan parti akar umbi.

Semenjak minggu lepas, Cawangan UMNO telah mula bermesyuarat. Antara agenda yang terangkum dan diusulkan ialah pencalonan kepada jawatan samada diperingkat Bahagian, maupun diperingkat Majlis Tertinggi, termasuk Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden.

Sekiranya ahli akar umbi UMNO, bermula diperingkat Cawangan, tidak bersetuju dengan pengumuman ‘Plan Peralihan Kuasa’ yang diumumkan pada 10 Julai 2008 itu, maka Mesyuarat Tahunan Cawangan UMNO sekarang wajar digunakan untuk mencalonkan pemimpin tertentu yang paling sesuai dan praktikal, untuk jawatan jawatan tertentu, termasuk Timbalan Presiden dan Presiden UMNO.

Walaupun TPM Najib diberitakan bersetuju dengan pengumuman 10 Julai 2008 itu, sekiranya beliau menerima permintaan akar umbi, dalam bentuk pencalonan samada diperingkat Cawangan dan Bahagian untuk jawatan Presiden UMNO, tidak dapat tidak, beliau terpaksa menimbangkan permintaan ini. Ini lebih lebih lagi sekiranya pencalonan yang diterima itu substantif, terutama pencalonan itu melebihi pencalonan yang diterima PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sendiri.

UMNO wajar menimbangkan proses pendemokrasian ini secara serious dan berani membuat perubahan, agar keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat dapat dikembalikan.

Published in: on July 21, 2008 at 11:31  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/21/suara-akar-umbi-melalui-cawangan-umno-boleh-merubah-keadaan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. there was never any directive that the top 2 posts cannot be contested. So if the others feel like they have a better alternative to offer to the part (re : Kuli and Muhyiddin), then by all means get the nominations required and contest. Although I suppose, for everyone 1 member who’s ready for drastic change of leadership, there’s 1 who will choose stability.

  2. Banyak cawangan dijangka gagal mengadakan Persidangan Cawangan akibat perubahan dalam Peraturan Persidangan Cawangan dari segi cukup bilang atau kuorom.
    Peraturan 11.3 “Sungguhpun cukup bilang bagi Persidangan ialah satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang berhak hadir, khususnya bagi Persidangan Cawangan hendaklah terdapat sekurang-kurangnya lapan belas (18 ) orang bagi mengesahkan Persidangan” telah dipinda kepada menetapkan bahawa hanya syarat “satu perempat (1/4) daripada jumlah ahli yang berhak hadir” diguna pakai.

    Arahan ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum bermulanya tarikh Persidangan Cawangan, menyebabkan banyak cawangan yang terperangkap kerana tidak mengetahui peraturan terkini.

    Natijahnya, jika cawangan BG mempunyai jumlah keahlian seramai 200 orang yang membayar yuran pada 31 Disember 2007, cukup bilang untuk mengadakan Persidangan ialah 50 orang. Mampukah BG menarik satu perempat bilangan ahlinya hadir ke Persidangan Cawangan?

    Kalau dahulu, berapa ramai pun jumlah ahli sesebuah cawangan, kehadiran 18 orang telah mencukupi syarat mengadakan Persidangan.

    Sudahlah Umno dalam keadaan kemerosotan pengaruh. Halangan sebegini sudah tentu akan menjauhkan lagi akar umbi dari Umno. Mungkin peringkat atasan Umno berpendapat bahawa akar umbi sudah tidak penting kepada Umno. Pihak atasan boleh berbuat sesuka hati dengan mengenakan pelbagai halangan dan tekanan kepada akar umbi yang harus dipatuhi. Apabila akar umbi bersuara, peringkat atasan buat pekak dan tuli terhadap suara mereka. Itulah Umno hari ini, begitu terbuka dan demokratik, untuk peringkat atasan bermaharajalela. Akar umbi semakin dipinggirkan.

  3. just like what the previous post said,there was never any directive that the top 2 posts cannot be contested.i still believe there will be challenges on both position if akarumi wants it to be contested or else they gonna continue the tradition same as before.Pak Lah announced his retirement on 2010 because to satisfy those who want him to step down therefore he gave them the year he will retire.

  4. The top two post is not contested for the purpose of protecting and securing the 2 leaders. Its obvious. Yup I agree with rivers reason for AAB statement to step down in 2 years ahead.

    Because of the manifestos, rumors and speculations done by the opposition had succeed in influencing the public had eventually create more negative impressions towards the foreign investors, foreign countries and the world globally.

    The root members were confused to either pay their full support towards the existing leadership or to change the leadership by voicing out open contest for the top two post. However with the policy of democracy in the party enable the root members to overrule the high council members decision to open contest for top two post in the party by next December.

  5. Ini dah menjadi tradisi UMNO. Zaman TDM pun dah buat benda ni. Patut zaman TDM dulu kena bising jugak.

  6. Pl ponder on the article written appended below by a visitor to kudang-kepang blog , which I feel inter-related with what you wrote above:

    KE MANA AKHIRNYA NAJIB?

    Kiriman Spycatcher-03

    Peralihan kuasa di Malaysia dewasa ini digagaskan kerana rakyat jelata tidak sukakan Perdana Menteri dan ahli UMNO tidak sukakan presiden parti yang tidak berkesan dari segi kepimpinan dan pemerintahannya.

    Matlamat utama peralihan ini adalah mengembalikan keyakinan rakyat selepas kekalahan teruk dalam PRU12 kepada kerajaan dan UMNO yang diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga bertujuan membolehkan pengganti Abdullah melakukan konsolidasi untuk memeta stretegi dan persiapan menghadapi PRU13.

    Tekanan terhadap Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berlandaskan matlamat di atas. Najib memerlukan tempoh secukupnya untuk proses konsolidasi berkenaan bagi memastikan prestasi BN yang lebih baik dalam PRU13.

    Najib juga memerlukan waktu secukupnya kerana keadaan ekonomi semasa yang kian merudum akan menyukarkan beliau meyakinkankan rakyat terhadap kemampuan parti dan kepimpinannya menangani isu ini sebelum PRU13. Tempoh ini juga diperlukan supaya Najib mampu mengatasi isu kredibiliti dirinya yang kelihatan makin meruncing.

    Jadi, adakah tempoh peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah ini adil dan menepati tujuan asalnya? Oleh kerana Abdullah nyata tidak lagi berkebolehan untuk memimpin negara ini, mengapakah harus dilengah-lengahkan lagi proses peralihan yang wajib beliau lakukan ini?

    Gimik Politik

    Pada hemat saya, pengumuman tempoh peralihaan tersebut hanya dibuat oleh Abdullah untuk memenuhi tekanan semasa daripada rakyat. Ia juga sekadar untuk meredakan tekanan ke atas diri Abdullah.

    Jadi, kenapakah Abdullah masih mahu mengekalkan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember 2008 nanti? Mengapakah setiap hujung minggu Abdullah mengaturkan (diaturkan?) perjumpaan dengan ahli UMNO akar umbi, walaupun ini menyalahi etika UMNO?

    Indikasi kepada semua tindakan ini ialah Abdullah mahu terus berkuasa. Pengisytiharan tempoh peralihan kuasa yang beliau umumkan hanya satu gimik politik untuk menentukan Najib tersepit dan berada dalam dilema.

    Sementara itu, siapa dapat memastikan bahawa proses untuk merobek kredibiliti Najib tidak mungkin diteruskan, satu demi satu, sehingga Najib tidak bermaya untuk menepisnya dan mungkin menyerah kalah kepada persepsi yang amat negatif. Pada waktu yang sama, tiada siapa juga dapat memastikan kemungkinan Najib terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

    Jika ini terjadi, Abdullah akan mempunyai alasan untuk membatalkan niatnya menyerahkan kuasa kerana tiada mempunyai pengganti yang difikirkan matang untuk mengambi alih darinya.

    Justeru, Abdullah pun akan terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri walaupun akan menghadapi risiko ditolak oleh rakyat dalam PRU13.

    Perlindungan

    Kemungkinan senario ini berlaku adalah amat besar memandangkan faktor kegelojohan orang-orang terdekat Abdullah untuk mendapat tempat di persada kuasa.

    Anehnya, kenapakah Najib seolah-olah akur sahaja dengan arrangement ini? Mungkinkah kerana beberapa sebab tertentu? Mungkinkah Najib berfikir inilah ganjaran for being loyal?

    Mungkinkah kerana ancaman terhadap kredibilitinya ketika ini begitu bertubi-tubi, Najib pun menganggap pengumuman peralihan kuasa ini sebagai peluang terbaik beliau untuk berteduh di bawah perlindungan Abdullah bagi tempoh dua tahun ini?

    Atau, mungkinkah Najib beranggapan Abdullah tidak tega merestui sebarang tindakan undang-undang terhadapnya? Sebab itukah Najib mungkin menyifatkan Abdullah sebagai penyelamatnya?

    Kalau inilah pendirian Najib, saya menganggap beliau bersikap naïf dan lari dari tujuan asal untuk membetulkan keadaan UMNO dan negara akibat angkara kepimpinan Abdullah.

    Maka, tidakkah Najib sedar bahawa ada jari-jemari lain yang sedang merangka untuk berkuasa (sudah tentu dengan bantuan Abdullah)? Tidakkah Najib sedar bahawa beliau berada di final curtain? Tidakkah Najib sedar bahawa beliau tidak mungkin jadi Perdana Menteri dalam keadaan sekarang?

    Muhyiddin

    Oleh itu, apa akan jadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin? Adakah beliau akan berpuashati mengekori rentak Najib untuk tinggal ditakuk lama? Setahu saya, Muhyiddin mencetuskan isu peralihan kuasa ini sebagai tindakan segera mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan.

    Kalau tempoh peralihan tersebut terlalu panjang, sudah tentu ia menjejaskan proses mengkonsolidasi yang dirancangkan. Jadi adakah wajar Muhyiddin berdiam diri?

    Bagi saya, kesanggupan Najib untuk menunggu proses peralihan kuasa yang begitu lama ini mengesahkan bahawa beliau hanya inginkan jawatan dan pangkat sahaja.

    Jadi, tujuan asal untuk menyelamatkan UMNO dan negara menjadi sekunder bagi Najib. Beliau harus sedar kesuntukan masa untuk mengkonsolidasikan UMNO hanya akan mengundang keputusan yang amat negatif dalam PRU13 kelak.

    Dalam masa dua tahun Najib tidak mungkin sempat untuk membuat sesuatu yang boleh meyakinkan rakyat supaya kembali menyokong BN dan kerajaan. Jadi, relakah Najib jadi Perdana Menteri hanya bagi tempoh dua tahun sahaja? Ini mungkin akan berlaku kerana parti pembangkang telah mendapat momentum yang begitu tinggi ke arah memenagi PRU13!

    Saya harap Najib fikir masak-masak dan gunakanlah kepintaran think-tank beliau untuk membuat keputusan demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Jangan biarkan Muhyiddin mengambil tindakan berasaskan opsyen yang terdedah kepadanya secara individu. –

    Spycatcher03, 9:50 AM, 13 Julai 2008.
    Posted by kudakepang at 12:06 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: