GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4 UNTUK KITA MENYELAMATKAN UMNO

Dipetik dari blog Gerbang Ruhanie:
GUNA FASAL 17.5.1, 14.5.3 DAN 14.5.4
UNTUK KITA MENYELAMATKAN UMNO

Ruhanie Ahmad

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum insaf bahawa UMNO mutakhir ini sedang menempah saat-saat kemusnahannya. Sebab itulah pada 20 Julai 2008, Abdullah dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa “formula peralihan kuasa yang dibuat secara muafakat antara beliau dan timbalannya mendapat sokongan besar daripada akar umbi yang mahu melihat parti terus kukuh dan aman.”

Kenyataan di atas membuktikan bahawa Abdullah memang tersalah anggap. Kalau tidak, mana mungkin seluruh 32 cawangan UMNO dalam Bahagian Gua Musang dengan sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini?

Kalau tidak, mana mungkin satu cawangan dalam UMNO Bahagian Pekan juga membuat usul yang sama? Jika tidak disekat oleh pihak-pihak tertentu, pasti banyak lagi usul seperti ini akan diluluskan di peringkat cawangan di seluruh negara.

Tetapi, biarlah Abdullah seronok sendiri kerana inilah ciri-ciri pemimpin yang sentiasa dilanda sindrom penafian – kenyataan-kenyataannya tidak mencerminkan realiti di peringkat akar umbi.

Fasal 17.5.1

Dalam pada itu, Persidangan Cawangan UMNO yang sudah bermula hujung minggu lalu wajar menghasilkan strategi komprehensif untuk menyelamatkan parti yang sedang dilanda krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang amat serius di peringkat tertinggi.

Persidangan Cawangan perlu menggunakan Fasal 17.5.1 yang memberikan kuasa kepada warga akar umbi untuk “membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian” dengan sebaik-baiknya demi UMNO, agama, bangsa dan tanahair.

Gunakanlah Fasal 17.5.1 ini untuk Persidangan Cawangan mengemukakan usul ke peringkat bahagian masing-masing berkaitan usaha-usaha menyelamatkan UMNO.

Satu daripada usul cawangan yang amat relevan pada waktu ini ialah mencadangkan supaya bahagian masing-masing tidak mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Calonkanlah siapa sahaja asalkan bukan Abdullah. Usul ini bolehlah digubal seperti berikut:

Usul Pertama:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mengusulkan kepada UMNO Bahagian Pulau Buluh untuk menggunakan Fasal 14.5.4 supaya tidak mematuhi formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selaras dengan ini, UMNO Bahagian Pulau Buluh hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO. (Namakan calon-calon pilihan masing-masing.)

Jika usul di atas didapati kurang sesuai, satu lagi usul yang relevan untuk dikemukakan oleh Persidangan Cawangan kali ini adalah mendesak bahagian masing-masing mengemukakan usul ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 untuk memendekkan tempoh peralihan kuasa itu kepada 1 Januari 2009.

Alasannya, semakin lama Abdullah memimpin UMNO, semakin ramai orang hilang keyakinan terhadap beliau, UMNO akan hancur dan BN mungkin akan kehilangan kuasa secara total dalam PRU13. Usul yang dicadangkan bolehlah digubal seperti ini:

Usul Kedua:

Berasaskan kuasa yang termaktub dalam Fasal 17.5.1 Perlembagaan UMNO; demi untuk menyelamatkan UMNO, agama, bangsa dan tanahair; maka UMNO Cawangan Kampung Juara, Bahagian Pulau Buluh, dalam Persidangan Tahunan pada 22 Julai 2008, mendesak UMNO Bahagian Pulau Buluh menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Oleh itu, warga UMNO akar umbi buatlah keputusan muktamad, usul manakah yang sesuai untuk diketengahkan kepada bahagian masing-masing kali ini.

Jika pilihannya adalah usul yang pertama seperti di atas, warga UMNO cawangan tidak perlu takut. Keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu terus diberikan kepada penyandangnya ketika ini – Abdullah dan Najib – tidak perlu dipatuhi kerana ianya tidak berasaskan perlembagaan parti.

Perlu Berani:

Jika dipilih usul yang kedua seperti di atas, warga UMNO akar umbi juga berhak meminda tempoh peralihan itu.

Pokoknya, warga UMNO akar umbi perlu berani dalam membuat salah usul di atas kerana matlamat utama kedua-dua usul cadangan berkenaan adalah untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Oleh itu, Persidangan Cawangan kali ini perlu berani mencabar peringkat bahagian masing-masing dengan mengemukakan salah satu usul di atas. Jika tidak, perwakilan cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian bolehlah memilih barisan baru untuk memimpin bahagian masing-masing bagi memenuhi aspirasi warga akar umbi!

Jika bahagian masing-masing gagal memenuhi usul cadangan yang pertama seperti di atas, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula boleh menggunakan Fasal 14.5.4 untuk “mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.”

Fasal 14.5.3.Dan 14.5.4

Berasaskan Fasal 14.5.4 ini Perwakilan Bahagian boleh membantah jika pihak bahagian masing-masing masih terus mahu mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO. Jika bantahan ini menerima sokongan, ianya terpaksa diputuskan menerusi pengundian. Jika menerima undi sokongan daripada majoriti perwakilan, bahagian terpaksalah akur dengan keputusan berkenaan – tidak mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO.

Jika usul cadangan yang kedua seperti di atas mengenai memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib juga tidak dipedulikan oleh peringkat bahagian, para perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian boleh menggunakan Fasal 14.5.3 yang memberikan kuasa untuk “membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.”

Menerusi kuasa dalam Fasal 14.5.3 ini, cadangkanlah usul mendesak bahagian masing-masing mendesak PAU 2008 memendekkan tempoh peralihan kuasa mulai 1 Januari 2009.

Huraian dua contoh di atas membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Dan, jalan yang terbuka dalam konteks ini adalah jalan yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO.

Selamat bersidang dan selamat majujaya dalam menyelamatkan UMNO dari kehancurannya.

Advertisements
Published in: on July 24, 2008 at 10:26  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/07/24/guna-fasal-1751-1453-dan-1454-untuk-kita-menyelamatkan-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. ini bermakna yang PAU tu memang demokratik la kalau semua dapat memilih untuk bertanding. Yang melaungkan bahawa Pak Lah tu mengawal ketat pencalonan dan pengundian semua tu memang tak berdasar. Biarlah mereka yang kononnya mewakili suara2 golongan akar umbi bertanding secara adil untuk memilih pemimpin masing2. tapi kalau ada di antara kalangan UMNO yang memilih stabiliti, janganlah nanti menuduh Pak Lah diktator pulak.

  2. Contoh usul dah ada. Sebarkanlah ke cawangan-cawangan. Terangkanlah kepada mereka kepentingan usul ini dibentang, dibahas dan diluluskan.
    Sekiranya tidak ada pihak mengambil tanggung jawab menyebarkan contoh-contoh usul ini, secara fizikal, janganlah salahkan cawangan kerana mereka tidak mahir untuk merangka usul yang jitu.
    Yang banyak merungut, melaung dan menjerit tentang “usul sebagai senjata cawangan” hendaklah menunjukkan isi cakap-cakap mereka dengan menggalas tanggung jawab menyebarkannya ke seluruh pelusuk negara.
    Jika usul ini telah disebarkan, penerangan telah diberikan, cawangan masih tidak mahu mengutarakannya pada persidangan, mungkin itulah kehendak akar umbi. Kalau masih ada rungutan lagi selepas itu, yang merungut itu ikutlah tindakan YABhg Tun Dr. Mahathir, keluar parti secara terhormat. Sudah tidak ada apa yang boleh diharapkan daripada Umno, sama ada peringkat atasan, pertengahan, malahan akar umbi sendiri sudah hilang jati diri Umno.

  3. Assalamualaikum,

    Persoalannya tetap sama yakni apabila usul cawangan di bawa ke peringkat bahagian, dan ditolak oleh peringkat bahagian, apakah yang boleh dilakukan akar umbi?

    Ini adalah kerana di peringkat bahagian, perwakilan hanyalah 2-3 orang sahaja, yang mungkin mengangguk setuju sewaktu mesyuarat cawangan, tetapi di peringkat bahagian hanya tersengih apabila usul ditolak.

    Tetapi, insyaallah, akan kami usahakan untuk membentangkan usul-usul ini.

    But the bigger problem is – do our grass-root members, the ones who don’t visit blogs etc., know where UMNO is heading?

    http://www.suaradu.com

  4. Find out which cawangan akan buat Mesyuarat dulu. Make sure that cawangan or these cawangan lulus usul ini. Then publicise that to get ground swell. It takes hard work and guts. Tapi soalnya dalam UMNO masih ada yg berani ke?

  5. Salam Brother Bigdog,

    Contoh usul yang terperinci telah saya tulis di mykmutara,tolong posted dalam blog ini.Kalau bole download ,print dan hantar kepada rakan rakan.Tajuk artikel ialah USUL CAWANGAN.

    Terima Kasih,

    aah(merbok)

  6. what the grass-root has is number. Those educated in the wider scheme of things (good point made above, do they know where UMNO is heading?) must take the bold steps of spreading the message that it’s time that they, as the true rakyat, take charge instead of letting UMNO sinks deeper into this mud fight for wealth and position.

  7. Memang cadangan dan usul-usul yang amat tepat untuk menyelamatkan UMNO. Boleh dikatakan hampir seluruh pelusuk Negara, rakyat tidak mahu dan tidak tahan dengan pentadbiran lemah PM (serta tamaknya keluarga beliau terutama menantu dan anak lelaki beliau), tiada sebab UMNO akar umbi tidak sependapat (kecuali mereka yang hanya mementingkan pangkat, posisi atau kontrak).

    Sistem dan struktur institusi UMNO dan BN sememangnya mantap. Sipengganti PM bolih mengambil alih kerajaan dalam tempoh yang tersingkat tanpa banyak rintangan ; dua tahun untuk peralihan kuasa tiada makna selain daripada memperbodohkan lagi rakyat serta akar umbi.

    Rakyat berharap akar umbi UMNO akan bersatu dan tidak mengecewakan hasrat rakyat jelata- “Anybody except PM and SIL”.

  8. Orang UMNO – haah!
    bab kouta 30% untuk calon presiden pun kekal dan dah lama dicanang-canangkan pelupusannya pun bagai mencurah air ke keladi. Ketua cawangan mana yang nak timbulkan isu bila dia bertanding atas rakit ketua bahagian yang berpaut kuat kepada dompet presiden?

  9. Saya akan mencadangkan usul-usul tamabahan seperti berikut

    1. Bahawa jawatan ketua bahagian tidak boleh lebih 2 penggal, kecuali jawatan perdana menteri. Alasannya perdana menteri memerlukan masa yang panjang untuk merealisasikan idea beliau ( Seperti Tun bukan Pak Lah ) Ketua bahagian hanya seorang posmen yang menyebarkan dasar-dasar parti dan kerajaan kepada ahli dan rakyat. Oleh itu siapa juga ketua bahagian akan melakukan perkara yang sama kecuali perdana menteri (itu pun jika UM O berkuasa) Secara tidak langsung ketamakan kuasa tidak boleh berlaku.

    2. Hapuskan kuota agar semua ahli yang layak dapat menawarkan diri. Lobi melobi dan sogokan wang dapat dielakkan dan ketua-ketua cawangan tidak mengahadapi sebarang tekanan daripada ketua-ketua bahagian yang ada.

    3. calon wakil rakyat dari kalangan UMNO mesti ditentukan oleh ahli-ahli akar umbi agar hanya calon yang benar-benar disenangi rakyat mewakili mereka dan sejarah pru12 tidak berulang

  10. No komen kekalutan ini yang perlu ditenangkan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: