Pemimpin UMNO buat laporan BPR siasat Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Abdullah salah guna jentera Kerajaan

Ketua Bahagian PJ Selatan Kept (B) Dato’ Zahar Hashim telah membuat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO tiga minggu lepas mengenai salah laku Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengunakan agensi bawah Kementerian Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) untuk berkempen kepada AJK Cawangan UMNO seluruh Malaysia yang diadakan secara bersiri di Kuala Lumpur bermula Mei lepas.

Besok pagi jam 9.30pagi, Mantan Exco Pemuda UMNO Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan mengenai salah laku ini kepada BPR dan meminta siasatan dibuat.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu pemimpin UMNO peringkat Cawangan, melalui JASA dikatakan mengaturkan agar mereka dibawa ke Kuala Lumpur, diberikan penginapan sekurang kurangnya bertaraf empat bintang, wang ringgit, kain pelikat atau batik dan jamuan serta persembahan juga disediakan.

Helah ini digunakan bagi PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu pemimpin UMNO peringkat akar umbi dengan mengunakan jentera Kerajaan kerana Majlis Tertinggi UMNO menghalang pemimpin berkempen atas platform UMNO, setelah Tataetika Ahli UMNO dikeluarkan pada 27 Mac 2008.

Dua hari lepas, Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir mengaku bahawa ‘politik wang’ dan salahguna kuasa yang berlaku secara berleluasa sekarang ini mencacatkan peluang beliau untuk mendapat pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti 16-20 Disember ini.

Mazlan dan pengikutnya akan berkumpul di hadapan bendera, Dataran Merdeka pada jam 9.30 pagi sebelum berjalan ke Pejabat BPR Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan rasmi salah guna kuasa dan kedudukan ini.

*Perkembangan dikemas kini Selasa 5 Ogos 2008 1000am

Dato’ Mazlan dan pengikutnya berkumpul di Dataran Merdeka dan bergerak ke Rumah Persekutuan untuk membuat laporan BPR. Beberapa orang penulis seperti Dato’ Idris Tulis, blogger Another Brick in the Wall dan Sang Kelembai hadir untuk memberikan sokongan kepada usaha luar biasa seorang pemimpin UMNO keatas Kepimpinan untuk mengekang budaya politik wang dan salah guna kuasa dan kedudukan Kerajaan

Published in: on August 4, 2008 at 17:18  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/08/04/pemimpin-umno-buat-laporan-bpr-siasat-presiden-umno-pm-flip-flop-abdullah-salah-guna-jentera-kerajaan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 CommentsLeave a comment

  1. Aiiii!!! Apa dah jadi dengan Imam Hadhari Malaysia ni? Kalau dulu pihak pembangkang mengatakan Pemimpin UMNO korup dan salah guna kuasa, banyak ahli UMNO yang marah. Sekarang apa dah jadi? Kebenaran akan terserlah! Pak Lah kalau tak ditumbangkan oleh pembangkang, ianya akan ditumbngkan oleh UMNO sendiri. Untuk ingatan semua! BUkan Pak Lah saja yang menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingannya, semua pemimpin tertinggi UMNO begitu. Yang pertengahan ikut-ikut saja. Yang dibawah (akar umbi) tak tahu apa-apa.

    Untuk contoh penyelewengan kuasa dengan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti, lihat bagaimana pemimpin UMNO menyalahgunakannya nanti di Permatang Pauh. Alat utama disalah gunakan ialah RTM pimpinan Shabery Chekkkk!!!

  2. […] 多个巫统博客,今天在其网站宣布8月5号(星期二),Dato Mazlan Harun […]

  3. Yang sebenar semua manusia yang berada di Malaysia ni dah tahu dahhhhhhhhhhhh . Ini semua bukan cerita baru. Saya brani bertaruh , ia akan tidak meninggalkan kesan apa apa pada Pak Lah . Sapa yag nak ambil tindakan . Mimpi disiang hari la sekiranya ada manusia yang percaya ia akan memberi kesan kpda Pak lah

  4. hahahahahaha …. UMNO/BN – what a bunch of lousy cheating hypocrite …. please lar next time in politics please don’t use Islam … Islam is a religion, Allah’s word … don’t mix it with human politics.

    Time to change government lar … hidup Pakatan Rakyat!!!!!!!!!!

  5. PM will plead ignorance and put the blame on the organisers; so what, he has already got his objective executed. He doesn’t care about the constitution as he doesn’t care about opinion polls; he’ll get others to ratify/ justify his actions.

    I wonder about the ACA, PM seemed to be using them a lot these days. The ACA seems to go after the small fries like the high cost in the Proton maintenance but big ones like this and of coarse Wang Ehsan Trengganu, Monsoon Cup, Crystal Mosque, Agusta and many many more; fat hopes. And yet PM wants to reform the ACA; all part of his scheme in putting the ACA in his pocket. It’s all a big bluff, wayang kulit when it comes to PM and of coarse his son and SIL and of coarse his corrupted defacto law Minister.

    How do UMNO expect to meet the challenges in the Permatang Pauh by election with a dunggu still at the helm of the country! Even an office coffee boy can win over BN at Permatang Pauh, what more his sodomite boss.

    Any way, it’s a commendable effort by Dato Zahar Hashim/ Dato Mazlan Harun and the Mubarak camp; hope other UMNO grassroots will join in the fray and give full support so that it is not seen as an attempt to discredit PM by a small group of dissidents. All dissidents might well join hands, be united and bring up to the ACA other abuses during this UMNO election campaign including money politics or misuse of Special Branch.Perhaps then the dissidents will be a force to reckon with and their voices clearly heard by the population. The ACA will be spread out so thin that PM cannot use the instituition to promote his agenda.

  6. RTM tu badan kerajaan punya..tak semestinya umno punya..esok bila pakatan rakyat jadi pemerintah, RTM tu jadi pakatan rakyat punya..so jgn salahkan RTM ok..

  7. […] Read also BigDog’s blog HERE. […]

  8. Datuk Zahar dan Datuk Mazlan – tabik springgggggggggggg!!! Jangan berani separuh jalan je. Orang UMNO yang lain kalau bos cakap terjun lombong, maka berduyun2lah terjun lombong… alahai!!!

  9. […] ini, pemimpin veteran Pemuda UMNO Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan kepada BPR berdasarkan keatas surat Ketua Bahagian PJ Selatan Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim kepada Lembaga […]

  10. BD,

    Semoga ahli akar umbi kekal teguh dalam kepercayaan masing-masing.

    Teori Anwar Menimbulkan Persoalan
    http://www.suaradu.com

  11. Saya rasa kita tak patut buat andaian melulu terhadap Pak Lah. Kita tak tahu mungkin Dato’ Mazlan Harun dan Dato’ Zahar Hashim ada agenda tersendiri. Rasanya tak salah jika kita selidik latar belakang mereka. Rujuk blog http://www.stephendoss.blogspot

    Melalui blog di atas, saya dapat sumber di bawah:
    1) Dato’ Zahar Hashim adalah seorang Pengarah Syarikat Worldwide Holding Bhd (T6430-P) yang mana salah seorang pengarahnya adalah Mirzan Mahathir iaitu anak Mahathir!

    2) Dato’ Mazlan Harun, ayahnya pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuahmembabitkan Bank Negara dan penganjuran tinju antarabangsa yang menyebabkan kerugian besar. Ayahnya dibebaskan dengan pengampunan Yang Dipertuan Agong sejurus Mahathir menjadi PM…

    Dalam dua kenyataan di atas, dapat disimpulkan kedua-dua mereka ada kaitan dengan Mahathir…Adakah ini merupakan pakatan Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah?

  12. ini macam satu “konspirasi” je?.nak tau kenapa macam berbau seperti ada “konspirasi”?.aku ada terbaca kat satu blog pasal Dato’ Mazlan Harun dan Kapt (B) Dato’ Zahar Hashim.nak taip pepanjang malas la pulak.bole cek kat http://www.stephendoss.blogspot.com.

  13. Tak kiralah, siapa mereka tu, yang penting isu utama disini ialah, Pak Lah telah melanggar kod etika UMNO dan ada saksi2 yang berani untuk menengahkan isu ini. Yang lain tu takde balls!

  14. nk report BPR ke sumer org ada hak..apa kesah.. cuma yg nie siap nak berkumpul n berarak lagi..mcm nak kan publisiti jer..takder isu jadi ader isu.. huh macam macam…

  15. ntah2 ni keje anwar…
    dier kn byk jer idea nk jatuhkn kerajaan..
    ahahah..no wonder la..

  16. nak tgk laporan ader ni blog ni..

    http://ariff89.blogspot.com

  17. Pak lah tetap berundur. percaya lah. Satelah dia bereskan masalah hutang piutang Kamaluddin dan khairy Lah. Dan juga siap2 kan duit pencen yg lumayan dan boleh hidup beratus tahun lagi. Kalu semua dah ‘in place’ baru dia berundur. Itu sebab dia target tahun 2010. Lepas tuh giliran Najib lah cuci najis2 yang tertinggal. Selesai najib bersih kan najis2 tuh, UMNO pun close shop lah. Kalau dalam kata insuran..TOTAL LOSS lah.

  18. Ooo, ayah dia dulu dipenjarakan kerana tuduhan rasuah lepas tu tup2 dibebaskan bila TDM jadi PM. Ni kes bayar balik hutang ke apa ni? Membalas jasa mungkin? Hehe

  19. BERANI KE BPR NAK AMBIL TINDAKAN

    • kalau kita teliti kes kematian ahli politik d bangunan sprm tu dia orang pun ikut pengarahnya kalau orang politik masuk campur hentikan sisatan alahai dia orang pun makan gaji cuma sprm d letakan d bawah kuasa perlimen wassalam

  20. Is UMNO still relevent???? I just hope someone will answer this Q in current perspective.

    http://ahbengkoboi.wordpress.com

  21. […] UMNO Dato’ Mazlan Harun, yang membuat laporan keatas Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato&… mengenai salahguna kuasa dan kedudukan berkempen  untuk jawatan parti berdasarkan surat Ketua […]

  22. doakan sahaja dapat PETUNJUK daripada ALLAH..
    katakan yang benar walaupun PAHITTT…

  23. Asalam para penulis blog ulasan dari saya ialah selagi sistem tak d ubah ke sistem islam apa pun yang nak buat buang masa je kuasa d tangan mereka kalau sisat pun ikut skrip akhir cerita hero menang.Yang penting kita ikut jer sapa nak lawan nasib kau oranglah tapi sistem islam bukan d bawah olih parti pas wasslam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: