PM ‘Flip-Flop’ Abdullah umumkan Sektretariat pantau politik wang dalam parti?

Hari ini, pemimpin veteran Pemuda UMNO Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan kepada BPR berdasarkan keatas surat Ketua Bahagian PJ Selatan Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim kepada Lembaga Disiplin UMNO pada 11 Julai 2008, mengenai salah laku politik wang dan salah guna jentera dan kedudukan Kerajaan bagi tujuan berkempen untuk jawatan dalam parti.

Ironinya, semalam Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa sebuah Sekretariat akan diujudkan untuk memantau amalan politik wang  semasa proses mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO seluruh negara.

Utusan online melaporkan:

Sekretariat UMNO pantau politik wang

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ibu pejabat UMNO telah menubuhkan sebuah sekretariat untuk memantau mesyuarat cawangan dan bahagian di seluruh negara bagi memastikan tidak berlaku gejala politik wang pada pemilihan parti kali ini.

Presiden UMNO berkata, sekretariat yang mempunyai kakitangan yang mencukupi itu bertanggungjawab memantau perjalanan mesyuarat berkenaan supaya ia mematuhi etika parti.

“Langkah ini selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan parti supaya perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian serta kempen diawasi oleh ibu pejabat UMNO,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Wanita Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang mendedahkan perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.

UMNO sedang mengadakan pemilihan cawangan secara berperingkat dari 17 Julai hingga 24 Ogos ini yang turut menyaksikan pemilihan pelbagai jawatan di peringkat itu.

Selepas pemilihan cawangan, UMNO akan mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November sebelum diikuti pertandingan jawatan peringkat tertinggi parti pada Perhimpunan Agung dari 16 hingga 20 Disember.

Menurut Abdullah, ibu pejabat UMNO memberikan perhatian serius terhadap gejala politik wang kerana tidak mahu ia berterusan sehingga merosakkan parti.

Mengenai pungutan pendapat yang dilakukan oleh Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan popularitinya di kalangan rakyat semakin merosot, Abdullah berkata, ia adalah perkara normal.

“Setiap ahli politik ada masa turun dan naiknya. Apa yang penting bagi saya ialah apa yang dibuat untuk rakyat dan negara,” ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang membuat tuntutan ganti rugi RM4.7 bilion ekoran pembatalan beberapa projek mega di negeri itu, Perdana Menteri menegaskan, pihaknya tidak akan melayan desakan itu kerana Kerajaan Pusat tidak pernah berhutang apa-apa dengan kerajaan negeri itu.

“Pembatalan itu dibuat kerana kita perlu memberikan keutamaan kepada projek- projek lain yang lebih penting dan kita akan terus berpegang kepada keputusan ini,” ujar beliau.

*************************************

Apakah kewajaran Sekretariat ini ditubuhkan sekiranya penyelewengan politik wang dan salah guna kuasa dan kedudukan bagi tujuan berkempen untuk jawatan parti itu dilakukan oleh pemimpin politik yang berjawatan Kerajaan, termasuk PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sendiri?

Apakah sekiranya ada pemimpin UMNO berjawatan penting dalam Kerajaan melakukan sumbang politik wang dan salah guna kuasa dan kedudukan untuk kepentingan jawatan parti mereka, tindakan akan diambil termasuk Lembaga Disiplin UMNO bersidang dan keadilan (menurut Perlembagaan UMNO) dicapai?

Pada 18 September 2006, lima orang Ahli UMNO Bahagian Kubang Pasu membuat laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO mengenai konspirasi tertinggi politik wang untuk menghalang Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dari dipilih secara demokratik sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO Novemeber 2006. Namun begitu, tiada tindakan yang diambil dari Lembaga Disiplin UMNO, termasuk siasatan yang menyeluruh.

Dengan pengumuman ini, akal siapakah yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah cuba hina?

Bak kata bidalan lama Inggeris nukilan seniman agung William Shakespeare “The bigger the lie is, the more people will believe in it“. Apakah pembohongan pusingan ini cukup besar untuk menipu lebih ramai orang, terutama Ahli UMNO?

Published in: on August 5, 2008 at 08:52  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/08/05/pm-flip-flop-abdullah-umumkan-sektretariat-pantau-politik-wang-dalam-parti/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 CommentsLeave a comment

  1. ….SEPERTI IBU KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS..

  2. Saya kira perkara ini juga perlu diambil kira sebelum membuat apa-apa tuduhan dan spekulasi..
    Saya dapat tahu bahawa,
    Kapt (B) Dato’ Zahar Hashim adalah salah seorang Pengarah di Syarikat Worldwide Holdings Berhad yang secara ‘kebetulannya’ bersama-sama dengan Mirzan Mahathir dan ayah kepada Dato’ Mazlan Harun pernah mendapat pertolongan dari Tun M sendiri…
    Um, saya tidak bermaksud untuk menimbulkan sebarang spekulasi tetpoi saya sangat tertarik dengan kedua informasi ini.
    Persoalan nya di sini, adakah ini juga merupakan salah satu rancangan dari Tun M’s camp untuk menjatuhkan/mencemarkan Pak Lah sekali lagi?

    Saya pasti kita semua sudah sedia maklum bahawa Tun M semenjak, dua menjak ni amat tidak menyenangi Pak Lah.. dan secara terang-terangan memperlihatkan ketidakpuashatian beliau terhadap Pak Lah. Pada perkiraan saya perkara ini pelik kerana Tun M sendiri yang melantik Pak Lah menjadi penggantinya.
    Adakah sebab beliau sebenarnya berharap Pak Lah menjadi proxy beliau dalam mentadbir negara?

  3. Si Luncai terjun dengan labu-labunya …. Biarkan! Biarkan!

  4. BigDog,

    Jangan terpedaya dengan helah seketgriat ini. Dulu pun saya terbabit sebagai pemantau.

    Tiba2 saya pelik bagaimana pembesar2 MKT semua elak dari berkunjung rumah saya sedangkan mereka kenal saya dah lama dan ramai dari yg duduk di MKT hari ini pun di suatu ketika dahulu ada membayar untuk undi. Rupa2nya, pemantau di wujudkan untuk menyelamatkan kawan2 orang2 pusat. Sebaik sahaja pemantau di lantik, list nama2 pemantau ini di beri kepada pemimpin2 tertentu yg pusat mahu membantu supaya mengelak nama2 ini bila menziarah negeri2 pemantau tersebut.

    So, in short, THIS SECRETARIAT IS FULL OF SHIT.

  5. As if there is not enough reason already for the dismissal of Abdullah – and Najib if not as well; but our political culture will manifest a tendency to be similar to the Japanese. A new PM every less than 3 terms – not really bushido, is it?

    What will the impact on the economy of the country?

  6. Kali ini, kerabat Pak Lah memang tidak banyak terlibat dengan politik wang. Mereka sogok orang melalui projek pulak. Jadi selamatlah mereka dari sebarang tindakan berkaitan politik wang. Kebetulan, huruf “pa” mirip sangat dengan huruf “wau”.

  7. minta maaf, tp komen MAIJr macam tak tau politik… kesian…exspecially perenggan terakhir beliau…

    jangan mara ye…

  8. “Kapt (B) Dato’ Zahar Hashim adalah salah seorang Pengarah di Syarikat Worldwide Holdings Berhad yang secara ‘kebetulannya’ bersama-sama dengan Mirzan Mahathir dan ayah kepada Dato’ Mazlan Harun pernah mendapat pertolongan dari Tun M sendiri…”

    Kenyataan di atas dipetik dari komen saudara kita di atas. Saya ada juga terbaca berkenaan hal ini di dalam stephendoss.blogspot. Mungkin beliau dapat info dari situ. Saya juga setuju dengan beliau. Kita dah sedia maklum, Mahathir tak pernah senang duduk semenjak beliau sendiri menyerahkan jawatan PM kepada Pak Lah. Sehingga sekarang Mahathir kerap mengkritik pimpinan Pak Lah.. Adakah ini salah satu daripada konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah…

  9. Pak Lah dikelilingi oleh ramai orang yang sentiasa ingin menjatuhkan beliau walau apa cara sekalipun.. Berhati-hati dengan isu-isu yang akan dikaitkan dengan Pak Lah kerana ia juga mungkin konspirasi untuk menjatuhkan Pak Lah…

  10. “Kapt (B) Dato’ Zahar Hashim adalah salah seorang Pengarah di Syarikat Worldwide Holdings Berhad yang secara ‘kebetulannya’ bersama-sama dengan Mirzan Mahathir dan ayah kepada Dato’ Mazlan Harun pernah mendapat pertolongan dari Tun M sendiri…”

    si samdol dapat pertolongan lagi besar….dilantik jadi timbalan pm…kemudian dilantik lagi jadi pm…sehinggalah dia jadi manusia lupa daratan…apalah sangat banding dgn kaptan zahar ni…tak usah nak ungkit pasal pertolongan tun lah…tulis lah pakai kepala otak sikit…boleh kata sebahagian besar menteri kabinet termasuk yg disalah pilih yg ada sekarang ni sapa yg tolong depa semua….

  11. “Persoalan nya di sini, adakah ini juga merupakan salah satu rancangan dari Tun M’s camp untuk menjatuhkan/mencemarkan Pak Lah sekali lagi?”

    kalau Tun M nak jatuhkan Pak Lah dan segala macam konsiprasi, ELOK PUN. yang sibuk kait mengait ni buat ape. Bila Pak Lah buat sial, kata Tun M lantik, bila Tun M nak suruh turun, kata Tun M pulak berkonspirasi. POOORAAHH penyokong Pak Lah. Aku rasa elok pun Pak Lah turun. Nak buat apa lama lama. Nak kasik makan orang macam engkau kot. POORAH!!

  12. Facts are facts; it does not matter kalau ada konspirasi Mahathir atau konspirasi si balak siam. DSAI is a sodomite, the facts are such, whether there is or there is not a conspiracy. So in this case, clearly the leadership fails to provide the example to UMNO grassroots. Power corrupts and absolute power corrupts absolutely!

    Mengenai Sekretariate UMNO Pantau Politik Wang, idea nya bagus tetapi boleh disalah gunakan, apakah lagi sekiranya anggotanya berpihak dan tidak bebas. Kerana kepimpinan telah tidak menunjukan tauladan yang sihat dan telah mengotorkan tangannya dalam mewujudkan Sekretarite tersebut, maka objektif Sekretatiate sudah tercemar – jangan harap keadilan daripada Sekretarite tersebut kerana matlamatnya hanya akan berpihak kepada ‘keluarga’ PM. Kata nya Sekretariate mencukupi kaki tangan tetapi ACA dan SB juga diarah membantu. Sial punya orang, ahli UMNO tak faham faham lagi ke kononnya ada demokrasi dalam UMNO? Main layang layang lagi bagus – go fly kites.

  13. How about Zaid Ibrahim to head the secretariat, he could really “DO” the job for Dollah, either when he is drunk or sober.

  14. Adakah dia ini orang dari Mahathir’s camp yang digunakan untuk menjatuhkan Pak Lah?hmmm..

  15. […] PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dianggap ramai rakyat Malaysia, termasuk ahli UMNO sendiri cuba ‘membohongi’ dan mengaburi pandangan dan pemikiran dengan kunun kunun usaha yang mungkin dilihat cuba membetulkan UMNO, padahal sebenarnya adalah […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: