KPMM 2008: Dari Perspektif Pembinaan Negara Bangsa

Ringkasan Mengenai

Kongress Professional Melayu Muda 2008

 

“DEB: Dari Perspektif Pembinaan Negara Bangsa”

 

————————————–

 

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA), adalah alumni yang mewakili bekas-bekas penuntut MRSM seMalaysia. Hari ini bekas penuntut MRSM sudah menjangkau anggaran jumlah 70-80,000 orang. Kebanyakan mereka mendapat pendidikan tinggi dan boleh digolong sebagai professional dan usahawan Melayu.

 

Antara pelbagai kegiatan-kegiatan yang dijalankan ANSARA, siri Kongres Professional Muda Melayu (KPMM) merupakan satu kegiatan yang mana ide yang tercetus telah menyumbang kepada proses pembangunan negara dan masyarakat.

 

KPMM adalah platform untuk ahli ANSARA, beserta professional muda Melayu lain, mengembeling tenaga dan minda untuk tampil kehadapan dan membincang perkara-perkara tertentu. Setakat ini, ANSARA telah mengadakan dua siri KPMM pada tahun 2000 dan 2001.

 

Kongress pertama, KPMM 2000 telah membincangkan perkara-perkara yang agak komprehensif, meliputi soal-soal kewangan dan ekonomi, pendidikan, teknologi tinggi, sosio-budaya dan keusahawanan. KPMM yang diadakan pada Februari 2000 telah dihadhiri oleh 1,500 peserta.

 

Manakala, KPMM Aeroangkasa, yang diadakan pada November 2001, adalah program susulan yang dianjurkan khusus untuk pengamal industri aeroangkasa, yang rata-rata adalah professional Melayu.

 

Dasar Ekonomi Baru

 

Setelah sekian lama, KPMM ingin dihidupkan kembali dan mahu meneroka satu subjek yang kini mula dianggap taboo ia-itu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

 

Polisi yang lahir dari peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mempunyai tujuan murni untuk penyatuan kebangsaan (national unity) masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melalui dasar dwi-tujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dan membenteras kemiskinan.

 

DEB dalam bentuk dan nama asal telah berakhir pada 1990. Walaupun sasaran ekonomi DEB tidak tercapai sepenuhnya, tidak boleh disangkal DEB telah meninggalkan impak-impak positif dalam pembangunan masyarakat dan negara.

 

Oleh kerana tujuan-tujuan DEB itu masih releven dan cadangan alternatif masih tidak ada yang tepat dan viable, polisi ber‘semangat DEB’ masih perlu dikekalkan dalam dasar-dasar ekonomi negara selepas 1990.

 

Dari mula implementasi, dasar afirmatif dalam DEB tidak henti-henti menerima kritikan dan tentangan dari sebahagian masyarakat yang sentiasa tidak puashati terhadap dasar ini sejak asal ianya dimulakan pada tahun 1971.

 

Penentang DEB menuntut pemansuhan total DEB tanpa menawarkan cadangan alternatif yang boleh dianggap tepat, viable dan komprehensif dalam penyelesaian masaalah Jika ada pun, cadangan lain mengambil pendekatan ekonomi liberal dan pasaran bebas yang tidak boleh memperbaiki ekonomi bumiputera yang masih diperingkat asasi dan mengurangkan jurang perbezaan antara kaum.

 

Hujah-hujah yang biasa didengari adalah dari perspektif keadilan sosial, communalism, aspek implementasi, keberkesanan polisi, elemen masa dan legitimasi orang Melayu sebagai Bumiputera. Pengkritik kini menekankan pula perspektif globalisasi yang menganggap DEB mengurangkan keupayaan bersaing dan efisensi komersil.

 

Atas pelbagai sebab, generasi muda bumiputera hari ini mula melihatkan penerimaan kepada hujah-hujah anti-DEB. Malah sudah ada insan produk DEB yang mula percaya ia satu polisi yang tidak adil dan sudah masa untuk satu polisi ekonomi yang “sama rata sama rasa”. Mereka merasakan polisi afirmatif untuk masyarakat bumiputera tidak sesuai dan penerimaan kepada realiti mekanisma pasaran boleh membawa penyelesaian.

 

Pada para pejuang Melayu aliran Nasionalisma, anggapan sedemikian adalah salah, tidak tepat dan mematahbalikkan usaha mereka selama ini. DEB bukan sahaja meliputi polisi afirmatif ekonomi, tetapi ia merangkumi polisi pendidikkan, polisi sosio-budaya dan batu asas pembinaan negara bangsa Malaysia.

 

KPMM 2008

 

Selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, senario dan landskap politik negara sudah berubah dengan ketara.

 

Kontrak Sosial dan “Ketuanan Melayu” atau yang lebih tepat Kesinambungan Kedaulatan Melayu telah dipersoalkan dengan terbuka. Seolah-olah satu gelombang besar mahu meredifinasi semula semua aspek masyarakat dan kenegaraan sedang melanda negara.  DEB dan hak Melayu itu sudah menjadi seolah-olah satu subjek taboo hingga ahli-ahli Parlimen Melayu bagai tergamam untuk mempertahankannya di Parlimen. Kesinambungan polisi ber‘semangat’ DEB sudah menjadi lebih mencabar.  

 

Adakah dan perlukah ‘Semangat DEB’ itu diteruskan? Bagaimana rupa ‘Semangat DEB’ yang patut dikekalkan? Tidak adakah polisi-polisi lain yang lebih tepat dalam menyelesaikan permasaalahan yang mahu diselesaikan? Adakah permasaalahan yang mahu diselesaikan oleh DEB masih releven hari ini? Tidak adakah satu polisi lain yang boleh digubal yang komprehensif – merangkumi aspek-aspek sosial, iktisad, pendidikan dan siasah – seperti DEB? Apakah releven ‘Semangat DEB’ dari perspektif Wawasan 2020, Islam Hadhari dan Misi Nasional?

 

Ini adalah antara persoalan-persoalan yang mungkin timbul dan cuba dibincang dan dibahaskan di KPMM 2008.

 

Dengan demikian, KPMM 2008 ingin menjadi pemangkin kepada satu perbincangan dan perbahasan yang terbuka dan ikhlas berkenaan DEB. Selari dengan hasrat untuk menjuruskan perbincangan kepada pandangan yang lebih luas, maka tema Kongres kami kali ini adalah “DEB: Kearah Pembinaan Negara Bangsa.”  

 

KPMM 2008 ingin mencapai tujuan-tujuannya melalui pendekatan exploratory yang lebih terbuka dan sedia untuk mendengar pendapat dari pelbagai spektrum pemikiran sosio-politik. Hasil perbincangan KPMM 2008 diharap dapat menjadi asas kepada perbincangan-perbincangan pasca KPMM 2008 untuk mempertingkatkan dan merencana ide baru yang akan tercetus kepada satu cadangan polisi dan strategi yang lebih konkrit dan terkini.

 

Struktur Kongres

 

Struktur Kongres satu hari ini terbahagi kepada kertaskerja utama, sesi bengkel bicara dan sesi bicara rumus. Kertaskerja utama adalah seperti berikut:

 

Sosiobudaya (Perpaduan Kebangsaan)

Cadangan tajuk: “Perpaduan Kebangsaan & Pembinaan Masyarakat Malaysia”

Dato’ Dr. Malik bin Munip, Bekas Pensyarah Sejarah UM dan Bekas MP Muar

 

Pendidikan

Cadangan tajuk: “Pendidikan Sebagai Teras Mobiliti Sosial”

Tan Sri Datuk Arshad bin Ayub, Peneroka dan Pemula ITM  

 

Ekonomi

Cadangan Tajuk: “Pembangunan Masyarakat & Kemajuan Ekonomi Negara”

Tan Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Bekas MD MAS dan Penggubal Undang Era NOC

 

Kenegaraan (Perlembagaan)

Cadangan Tajuk: “Artikel 153: Satu Analisa”

Dato Mohd Nor bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan  

 

Perbincangan mengenai kertaskerja utama akan diadakan dalam sesi bengkel bicara yang mana ahli-ahli panel jemputan serta para hadhirin akan mengulas, memberi komen dan menyumbang pandangan dan maklumat kepada bidang-bidang yang dibincangkan.

 

Ahli-ahli panel yang terlibat adalah ahli-ahli politik, para akademik dan profesional dari pelbagai bidang dan latarbelakang sosio-politik, termasuk ahli-ahli politik pembangkang dan pemikir dari kaum bukan Melayu.

 

 

Ekonomi

Moderator: Wan Azrain bin Tan Sri Wan Adnan; Sekretariat Muda Melayu, ANSARA

Ahli Panel: YB Dato Nurjazlan bin Tan Sri Mohamad; MP Pulai (BN), ANSARA, Jurublog

Tricia Yeoh*; Pengarah ASLI

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Tan Sri Sanusi; AMUKE, ANSARA, Jurublog

Pendidikan

Moderator: Noor Azman

Ahli Panel: YB Tony Pua; MP PJ Utara (DAP), Jurublog

Prof. Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi; KP MoHE

Dr Ahmad Suhaimi*; INSKA, UiTM, ANSARA

Kenegaraan (Perlembagaan)

Moderator: Mohamed Zakhir bin Mohamed, ANSARA

Ahli Panel: Zainur Zakaria; Bekas President Bar Council

Matthias Chang; Peguam, Aktivis Keamanan, Bekas Setpol Dr Mahathir, Jurublog

Tommy Thomas; Peguam, Penggiat Bar Council

Sosiobudaya (Perpaduan Kebangsaan)

Moderator: YB Suraya Yaacob, ADUN Sungai Tiang (BN), Bendahari Puteri UMNO, ANSARA

Ahli Panel: YB Mat Yusoff bin Abd Ghani, ADUN Nengiri, Kelantan(BN)

YB Jeff Ooi, MP Jelutong (DAP) dan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

  YB Nik Nazmi Nik Ahmad; ADUN Seri Setia (PKR) dan Setiausaha Politik MB Selangor

 

* Menunggu pengesahan 

 

Seterusnya, para peserta akan kembali ke sesi bicara rumus yang akan merumuskan perbincangan sesi bengkel bicara dan membincangkan beberapa persoalan tertentu. Dato Sazmi Miah, ahli ANSARA dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Alam Sekitar akan bertindak sebagai moderator sesi ini.

 

 

 

 

Butiran

 

KPMM 2008 akan diadakan pada 16 Ogos 2008 di Dewan Fakulti Sastera Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

 

 

 

Para hadhirin terdiri dari ahli-ahli ANSARA, jaringan rangkaian Alumni-Alumni Sekolah dan Univeristi yang behubungkait rapat dengan ANSARA, pertubuhan-pertubuhan dan perkumpulan-perkumpulan Muda Melayu lain, Pemuda-Pemuda pelbagai parti politik Melayu dan amnya professional Melayu. Kemungkinan ada antara hadhirin adalah peserta-peserta bukan Melayu dari kalangan ahli ANSARA atau ahli Alumni lain.Jika tiada perubahan, jadual KPMM 2008 adalah seperti berikut:

8:00 AM Kedatangan dan pendaftaran

9:00 AM Pembukaan:

YB Dato Mukhriz Mahathir, Presiden ANSARA

Ucaptama: Tan Sri Sanusi bin Junid

10:00 AM Kudapan/Pindahan ke Dewan-Dewan Bengkel

10:30 AM Pembentangan Kertaskerja Sesi I:

Ekonomi/Pendidikan

11:40 AM Pembentangan Kertaskerja Sesi II:

Kenegaraan (Perlembagaan)/Sosio-Budaya

1:00 PM Makan Tengahhari/Solat Zohor

2:00 AM Perbincangan Bengkel Dua Tajuk Selari I:

Ekonomi/ Pendidikan

3:00 PM Perbincangan Bengkel Dua Tajuk Selari II:Kenegaraan (Perlembagaan)/Sosio-Budaya

4:00 PM Kudapan

4:15 PM Bicara Rumus:

Pengerusikan oleh Dato’ Sazmi Miah

5:00 PM Ucapan Penggulungan/Penutup:

Dato Seri Utama Dr Rais bin Yatim, Menteri Luar Negara

6:00 PM Bersurai

Sila layari laman web ANSARA untuk keterangan penuh dan borang penyertaan

Published in: on August 8, 2008 at 09:11  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/08/08/kpmm-2008-dari-perspektif-pembinaan-negara-bangsa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. on the 16th…NOMINATION DAY! No, there is no talk of trouble – it will be a festival of flags and great fun for all. Even UMNO members get their Abdullah Bashing Day.

    Tell ANSARA, they got themselves a great line-up to give speech makers. Have a great and productive time.

    Say, Bigdoggy, how would TunM ‘take out’ the other two in a three way fight?

  2. The Line:

    While NEP rocks, BPR sucks

  3. kepada mereka yang anti DEB tu, pandai-pandai la kaji balik sejarah asal usul keturunan. nak hak sama rata, tapi hak sendiri tak nak dikurangkan. sekolah tamil n sekolah cina masih mahu dipertahankan, tp biasiswa nak sama banyak BANYAK….CANTIK!!!!

  4. […] According to Big Dog: […]

  5. Negara bangsa (nation state) adalah acuan Eropah. Setiap bangsa di sana berjuang menubuhkan negara masing-masing. Kebanyakannya berjaya manakala masih ada yang sehingga sekarang meneruskan perjuangan menubuhkan negara untuk bangsa mereka sehingga mencetuskan konflik yang berpanjangan.

    Istilah negara bangsa yang dinukilkan sebagai tajuk program harus diperhalusi kerana apa yang mahu dilakukan di Malaysia adalah songsangan daripada proses yang berlaku di Eropah. Kita telah mempunyai negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Daripada negara yang telah terbentuk ini, kita mahu mencipta sebuah bangsa, satu proses yang sebenarnya bertentangan dengan fitrah manusia.

    Dalam perkara ini, Ansara harus lebih berpijak di bumi nyata dan tidak terpengaruh dengan retorika ahli politik yang suka bermain istilah menurut kesesuaian perjuangan mereka. Masakan isu sebegini tidak difahami oleh Ansara yang terdiri dari golongan terpelajar yang tercipta sebahagian besarnya atas jasa DEB. Membentuk sebuah negara dari satu bangsa tentulah tidak sama dengan membentuk satu bangsa daripada sebuah negara. Maka istilah yang digunapakai juga seharusnya berbeza. Menggunakan istilah yang sama untuk dua perkara yang berlainan sudah tentu akan menyebabkan kekeliruan dan daripada setiap kekeliruan, akan ada pihak yang beroleh keuntungan.

  6. […] a precursor to the upcoming KPMM 2008 – DEB: Dari Perspektif Pembinaan Negara Bangsa, this article by eminent economist Dr. Rais Saniman, who was instrumental in the formulation of the […]

  7. […] dahulu dukacita dimaklumkan Kongres Profesional Muda Melayu III 2008 yang dijadualkan pada 16hb Ogos 2008 di Dewan Kuliah Fakulti Sastera , Universiti Malaya terpaksa […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: