Saiful sumpah muhabalah untuk selamatkan dunia Islam dari Anwar

Pembantu Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis pada 28 Jun 2008 mendakwa diliwat Bossnya itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan 23, petang ini bersumpah muhabalah dengan Al Quran dalam Masjid Wilayah Persekutuan dihadapan Imam Besar mengenai dakwaan Anwar meliwat beliau.

MStar online melaporkan:

Saiful bersumpah ‘mubahalah’ di Masjid Wilayah


15-08-2008 10:47:56 PM


Oleh G. MANIMARAN, ZIEMAN, SITI AZIRA ABD. AZIZ, ZANARIAH ABD. MUTALIB dan LEE YAN XIU

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.

Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, ‘Uncle Pet’, beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.

Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara ‘bermubahalah’ dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

*********************************

Kejujuran Saiful untuk berbuat sumpah sedemekian adalah demonstrasi jelas bahawa beliau ingin membuktikan bahawa beliau di’aniaya’ Anwar untuk melakukan hubungan seksual luar tabii.

Saiful telah menunjukan keberanian yang luar biasa, menyerahkan kepada Allah s.w.t. agar menjatuhkan bala dan laknat sekiranya dakwaan dan pengakuan sumpah muhaballah ini palsu dan sengaja dilakukan dengan tujuan menganiaya Anwar.

Ini bukan pertama kali Anwar terlibat dalam perbuatan jijik ini. Beliau pernah disabitkan dengan jenayah melakukan hubungan seksual luar tabii bawah Kanun Keseksaan Seksyen 377B oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 April 2001. Walaubagaimanapun, pada 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan membatalkan hukuman tersebut, kerana isu teknikal. Namun begitu, Mahkamah bersetuju bahawa Anwar terlibat meliwat Azizan Abu Bakar.

Sebahagian dari sedutan penghakiman Hakim Mahkamah Persekutuan:

The Federal Court on September 2, 2004, by a majority decision of 2:1 acquitted Anwar on the charge of committing carnal intercourse against the order of nature – sodomy.

He was acquitted essentially on the grounds that it was unsafe to convict him mainly on the evidence of the complainant, one Azizan who the court held was an accomplice and therefore his evidence must be corroborated by other witnesses that he was sodomised on the dates that he complained of.

However, it is interesting to note that the majority decision of the Federal made a finding that:

“The testimonies of one Dr. Mohd Fadzil and one Tun Haniff and the conduct of the first Appellant (ie Anwar) confirmed the appellants’ involvement in homosexual activities. However such evidence did not corroborate Azizan’s story that the appellants sodomised him on the date, time and place specified in the charge.”

Additionally, the majority also held:

“even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt.”

However, we should note the minority opinion:

“It will be too high a standard to require that in sexual offences no case can be made out if it is solely on the evidence of a complainant or a participant to the act. At the end of the day it is the credibility of the witness that matters and in these appeals, the learned judge correctly appreciated that position.”

Perbuatan Saiful ini wajar disanjung kerana tabiat Anwar cenderung melakukan hubungan seksual diluar tabii wajar diketahui dunia. Ini kerana Anwar bukanlah seorang insan yang layak menjadi pemimpin kerana tergamak melakukan sifat jijik.

Disamping itu, Anwar yang begitu bercita cita besar mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia semenjak Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) menang luar biasa besar pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan menyaksikan BN buat pertama kalinya gagal mempertahankan kedudukan tradisi menguasai 2/3 Dewan Rakyat.

Saiful sebenarnya berjaya menghalang dari Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dan lantas pemimpin sebuah negara Islam yang paling lantang memperjuangkan isu isu umat Islam sejagat dipersada global, termasuk membidas Amerika Syarikat atas isu isu seperti penjajahan dan jenayah kemanusiaan di Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Lubnan dan bakal akan menjelang, Iran. Anwar yang telah terbukti mempunyai hubungan luar biasa akrab dengan Yahudi Neo Conservative Barat, terutama Amerka Syarikat termasuk Kerajaan, telah dibuktikan Anwar mendapat sokongan kuat yang mendalangi segala usaha menindas dan mengenai umat Islam diperingkat antarabangsa. Perhatian khas media Barat, termasuk Israel atas perkembangan Anwar juga perlu diwaspada secara serious.

Landskap dunia Islam akan berubah sekiranya pemimpin seperti Anwar berjaya diangkat sebagai Ketua Eksekutif negara Islam paling berpengaruh dalam dunia moden ini. Kedudukan sebagai pemimpin Malaysia akan digunakan sebagai alat untuk Barat menguasai seluruh negara negara Islam yang menyanjung Malaysia sebagai negara Islam yang dianggap sebagai ‘ketua’ kepada masyarakat Islam dunia, terutama dari sudut hubungan antarabangsa dan diplomasi, pembangunan ekonomi dan teknologi serta peranan sebagai pencetus isu isu sejagat.

Maka akan bermula babak baru, sandiwara lama, terutama selepas pencalonan Pilihanraya Kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh besok, 16 Ogos 2008, setelah Presiden PKR mengosongkan kerusi yang membawa kedudukan sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, baru baru ini.

Published in: on August 16, 2008 at 02:34  Comments (54)