IGP Musa Hassan selamat dibedah di IJN

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara hari ini. Pakar kardiologi mendapati beliau mengidap sumbatan koronari minggu apabila pemeriksaan angiogram dijalankan. Maka diputuskan bahawa pembedahan perlu dijalankan segera.

Ketua Polis Negara Jalani Pembedahan Pintasan Koronari

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari Selasa menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Musa selamat menjalani pembedahan tengah hari. “Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditempatkan ke wad biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Musa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

— BERNAMA

Sekarang beliau sedang dipulihkan dalam Unit Rawatan Koronari pasca pembedahan yang berjaya. Ini merupakan prosedur biasa dan sumber memberitakan bahawa keadaan beliau adalah stabil dan memuaskan. Semoga Allah s.w.t. meletakan Tan Sri Musa berada dalam keadaan selesa dan cepat sembuh.

*Perkembangan dikemas kini Rabu 20 Ogos 2008 1130am

Difahamkan Tan Sri Musa menjalani pintasan pada empat batang arteri dalam pembedahan semalam. Beliau kini boleh bernafas tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan dan perkembangan yang dikatakan amat memberangsangkan.

*Perkembangan dikemas kini Khamis 21 Ogos 2008 600pm

Perkembangan pasca pembedahan pintasa koronari oleh pakar bedah IJN amat memuaskan. Tan Sri Musa kini dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi koronari dan sedang dipulihkan dalam wad VIP.

Published in: on August 19, 2008 at 19:05  Comments (12)