Tumpuan khas diberikan kepada pengundi Melayu Permatang Pauh

Hari ini, kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh masuk ke gear yang lebih tinggi. Pemimpin kanan PAS Dato’ Seri Hadi Awang dan Dato’ Dr. Harun Din dijangkakan akan turun padang berkempen bagi calon PKR, Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim.

Sokongan parti Islam ini amat signifikan kepada kempen Anwar. Ini kerana sedikit sebanyak, setelah pengakuan bersumpah laknat Saiful Bukhari Azlan diliwat Anwar di Masjid Wilayah minggu lepas telah mengurangkan sokongan orang Melayu sekitar Permatang Pauh bagi calon PKR itu. Dengan endorsement ini, maka ia akan mengembalikan sokongan padu kepada Anwar.

Sekiranya usaha taktikal ini tidak berapa meninggalkan kesan kepada kempen Anwar, maka dijangkakan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat juga akan dibawa ke Permatang Pauh esok. Walaupun beliau uzur, usaha ini akan diteruskan juga untuk menentukan Anwar menang dengan majoriti yang amat selesa.

Tumpuan khusus diberikan kepada sokongan pengundi Melayu sekitar Permatang Pauh kerana undi Bukan Melayu, terutama keturunan Cina kepada Anwar dan PKR adalah begitu padu. Ini kerana masyarakat Cina amat berharap agar Anwar mendapat tempat dalam persada politik perdana, termasuk mempunyai peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun beliau akan dibelenggu dengan kes jenayah yang sememangnya akan berpanjangan.

Walaupun Pengarah Pilihanraya BN Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang jauh lebih baik dengan ucapan yang jauh lebih bermutu berbanding dengan Anwar, namun begitu momentum yang dapat dijana oleh BN dalam kempen Permatang Pauh ini jauh lebih meleset berbanding dengan apa yang berjaya dilakukan PKR.

Dalam pada itu, kempen PKR di Permatang Pauh amatlah berstruktur dan effisyen. Jentera kempen dan sokongan kempen amatlah cekap, termasuk pengurusan media dan bahan untuk propaganda. Ianya begitu professional sehinggakan mirip kempen Barrack Obama, calon parti Democrat di Pilihanraya Presiden AS hujung tahun ini.

Kini yang menjadi misteri, dari mana sumber kewangan PKR untuk menjana kempen politik begini effisyen. Keahlian PKR tidaklah seberapa. Namun begitu, jentera PKR amatlah mantap dan mampu menyediakan kemudahan logistik yang cukup baik, termasuk pusat media yang lengkap dan canggih. Para petugas media juga disediakan kemudahan shuttle untuk membawa petugas meliputi keseluruhan program kempen.

Ini semua amat berbeza dengan kemudahan yang disediakan PKR semasa Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum ke 12 Mac lepas. Di Sarawak, jentera PKR hampir lumpuh kerana pembiayaan ‘tidak turun’, walaupun pemimpin yang datang dari Kuala Lumpur ketika itu menginap dihotel bertaraf 4/5 bintang sekitar bandar bandar besar dan menyewa kenderaan pacuan empat roda mewah untuk kegunaan mereka.

Persoalan sekarang, mana datang pembiayaan untuk kempen kali ini? Apakah PKR tiba tiba mendapat penjanaan kewangan luar, terutama apabila Anwar bertanding, hanya kerana Anwar ialah ‘Darling of the West, especially Neo Conservative Jews’? Atau Anwar, yang hilang pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana dihukum penjara, memang sebenarnya berada dan mampu menjana kempen Pilihanraya Kecil Parlimen dengan magnitud yang sebegitu, yang sememangnya berjuta Ringgit belanja?

Published in: on August 23, 2008 at 10:19  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/08/23/tumpun-khas-diberikan-kepada-pengundi-melayu-permatang-pauh/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Jangan terperanjat jika Anwar bersumpah di hari terakhir kempen untuk mempastikan kemenangannya.

    Anwar akan buat begitu untuk menunjukkan keberanian, dengan harapan mendapat semula undi mereka yang mula ragu-ragu.

    Sebagai desparado, Anwar tak takut dilaknat, kerana hukuman tuhan tidak selalunya didatangi serta merta.
    Malahan, lebih banyak dosa yang dibuat, lebih nyawa dipanjangkan. Tujuannya bukan untuk menambah dosa, tetapi bertaubat.

  2. Salam,

    Saya rasa satu kelebihan Anwar ialah dia sudah lama dapat mewujudkan imejnya yang “bersih” di kalangan orang Melayu.

    Jadi walau betapa hebat pun kempen untuk memburukkan diri beliau, setakat ini kempen itu masih kurang berkesan.

    Jika BN menggunakan bekas kawan dan sahabat Anwar sebagai alat untuk memburukkan dirinya, Anwar pula dapat menggunakan khidmat pemimpin ulama dari PAS sebagai “pembelanya.”

    Jadi jangkaaan setakat ini agaknya menunjukkan majoriti pengundi Melayu akan tetap memberikan undi mereka kepada Anwar.

  3. Bro,
    On the same note, you should ask how does BN finance and conduct their campaign. I know you are purebred UMNO but we have to be fair. If UMNO can mobilised all available instrument at hand, why can’t ANWAR does the same. Suppose Anwar did received Overseas finances..Care to Explain How UMNO got theirs?

    UMNO is a party of 62 years. UMNO has 3.2 million members, spread in over 20,000 branches. UMNO members in 1955 already financing Tunku Abdul Rahman Putra and his team to negotiate independence with Whitehall. UMNO earlier assets have been invested many times over into companies like KUB and Talasco. UMNO now is able to finance their own university (Unitar).

    Compare that to PKR.

    Do the math!

  4. […] here an interesting snippet taken from bigdogdotcom a pro-BN blogger: Walaupun Pengarah Pilihanraya BN Timbalan Perdana Menteri […]

  5. anwar mesti menang kerana pengundi permatang pauh memang kurang bijak dan pak lah pulak menambahkan lagi kekalutan dalam kempen ni.
    selamat malam permatang pauh dan malaysia, di mana anda semua berada.

  6. Apa yang nak dihairankan. PKR kini berjaya menarik minat berbagai golongan kerana mereka yang memberi modal ini berharap akan mendapat habuan sewajarnya sekiranya Anwar berjaya menjadi PM. Ini termasuklah para-para taukeh, Hindraf, juga jentera PAS yang memang kuat dan mempunyai penyokong yang begitu setia kepada parti.

    BN pula masih belum berpijak dibumi yang nyata: masih berada dalam khayalan bahawa rakyat akan menyokong mereka dan masih belum membuat tindakan sewajarnya membuang punca punca kekalahan teruk PRU12

  7. My two cents, Pak lah dan Najib resign malam nih. Anwar akan kalah.

    Thanks

  8. HIDUP RAKYAT MALAYSIA AKAN LEBIH BAIK , BAHGIA DAN AMAN TANPA UMNO. UMNO DAH TOO MUCH…CUKUPLAH. MATI UMNO MAMPOS BN

  9. Dear Bro,

    Mungkin dia kerja dalam penjara kot. Boleh sipport kempen pilihanraya. Mana ada bantuan asing. Anwar kan mujahid dan zuhud orangnya. Anwar ni maksum, sesuai dengan gelaran Al Juburi.

  10. aiyoh brother!
    kata PR nak memerintah Malaysia..Mestilah sudah ada peruntukan yang lebat dan gerak kerja yang efisien. Saya adalah buat kerja matematik sikit-sikit,tetapi masih belum faham macam mana..
    ”UMNO is a party of 62 years. UMNO has 3.2 million members, spread in over 20,000 branches. UMNO members in 1955 already financing Tunku Abdul Rahman Putra and his team to negotiate independence with Whitehall. UMNO earlier assets have been invested many times over into companies like KUB and Talasco. UMNO now is able to finance their own university (Unitar).”
    masih ada hutang pilihanraya seperti yang dilaporkan suratkhabar baru baru ini..
    minta perbetulkan kira kira saya
    lagi satu, 3.2 juta keahlian itu sudah ditolak keahlian Tun & keluarganya kah?
    terima kasih,
    ~sayang selalu~

  11. Dear Bro,
    Bro belum lagi menghitung ‘contribution’ dari anchorman BN iaitu YB KJ. Dia umpama Usain Bolt bagi kerajaan, jangan risau, walaupun pembengkeng nampak begitu jauh dihadapan, gandingan KJ-Pak Lah dapat mengatasinya.

  12. Team Super star BN 4 x 100m
    Opening – Najib (Bronze medalist 100m)
    Middle – Ezam (no title)
    3rd Leg – KJ (Olympic Gold Medalist and world record holder)
    Anchor – Nallakarupan (Entah apa kualiti padanya?)

  13. Biggy, THREE impossible measures have to be taken so that win is a guarentee at PP.

    1. Dollah and Najib have to step down immediately,let Ku Li and Muhyidin lead UMNO and the country.

    2. Open the door for BPR to investigate Kamaludin and Khairy.

    3. Reduce the petrol price by 60 sen, a figure which is greter than what has been promised by Anwar.

    But as I earlier mentioned, those are IMPOSSIBLE coz Dollah has to stay in power so that Kamal and Khairy can rob us more.

  14. Sumber kewangannya datang dari Kena 4-D atau TOTO atau wang yang disembunyikannya waktu ketika jadi Menteri Kewangan. Sekiranya dibantu oleh penyokongnya Hindraf, DAP ,PAS dan ahli peniaga, semuanya ‘PAKAI DULU, BAYAR KEMUDIAN’.

  15. Biggodoggy,
    apa yang depa dok uluq?
    anwar aku tahu apa dia goreng
    najib? juai seluaq dalam?
    kj – mmmh – buat menyebok aje
    mana ada killer blow
    dia bagi kat pak sheik

    tumpuan konon.

  16. Saya amat kagumi Nuar sebelum ini, tetapi setelah membandingkan secara rasional, perbezaan antara Mahathir & Nuar,

    Mahathir: ada Wawasan 2020- masyarakat Malaysia Tulen. Mampu membuat apa sahaja- contoh sekarang Proton boleh buat enjin sendiri-berdikari & Bumiputera setaraf bangsa lain pada 2020. jika menyindir pun amat bijaksana.

    Anwar: Cakap-cakapnya busuk, muka hensem tapi sikapnya menjadikan wajahnya hodoh.Kucar-kacir. Semua orang tak baik, semua orang konspirasi.(lecuali masa dlm govt. mcm ada adab sikit)

    Kerja beliau dari dulu hanya menzahirkan perasaan2 beruk yang ada pada setiap manusia dari satu tempat ke tempat lain untuk melantiknya jadi perdana menteri.
    itu sahaja. saya perhatikan ketika dalam UMNO @ diluar.

    Ini gambaran saya-Mungkin Anuar berfikiran begini:
    (saya tak maksudkan Manusia itu beruk-cuma perumpamaan shj)

    Katakanlah Pak Lah itu (seorang pengembala beruk) ada kat atas dikelilingi kumpulan2 besar beruk2 A,B,C…G yang dipeliharanya bertahun2.

    Beruk2 ini dlm kumpulannya bekerja harmoni- ada yg petik kelapa, ada yang tangkap ikan, ada yg sedang makan pisang dgn aman.

    Tiba2 ada seseorang datang membuaskan beruk2 ini. “berhenti kerja! buat bulatan keliling saya, angkat kedua2 tangan. Next henjut spring kedua2 tangan dan henjut kedua2 lutut anda juga, sambil melompat & jerit uok2 ouk2 berulang2”

    Sambil itu dia pun berceramah membenci tuan beruk itu. Modal2nya sbg contoh “pisang yang anda makan tu tak berkualiti” maka marah & kuat lah pekikan beruk2 itu.

    Orang itu terus merekrut pejuang2 macam movie “Planet of The Ape” supaya bergetar pada frekuensi yang sama. Dari point A ke B…G dan pusing balik A, dan mencari beruk2 liar yg lain juga.

    Pada masa yg sama,Paklah telah sedaya upaya mengawal orang buas & kumpulan2 beruknya.Namun keupayaannya terbatas.

    Bila orang ini merasakan kumpulan2 beruk ini cukup buas dan sekeliling Paklah ini beruk2 telah seragam liarnya. “Beruk2, tengok orang diatas bukit itu,serang ramai-ramai”

    Lalu beruk2 buas (yang asalnya jinak & bekerja) itu menyerbu dan
    memukul tuannya. Lalu, orang itu menghumban Paklah, dan menjadi ketua baru beruk2 itu.

    Mungkin itulah agaknya kebijakan, bakal PM kita ni (harap2 Allah jangan-lah dia jadi).

    Sekadar pendapat sahaja, maaf jika ada yang terasa atau yakin kepada janji2nya.

  17. Interesting read for Malaysian Malays too.

    CLICK HERE: http://straitstimes.asia1.com.sg/Our%2BColumnists/Column/STIStory_266543.html

  18. “Najib pemimpin yg jauh lebih baik & berhujah lebih bermutu”?…apa punya statement lemah akal fikiran betul la… patut la nama pun anjing!

    Ini bukan pandangan blog in semata mata.

    Sebenarnya, ini pandangan beberapa wartawan politik kanan yang membuat liputan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sekarang. Mereka menghadiri siri ceramah TPM Najib dan Anwar dan memberikan analisa demikian.

  19. Hi Biggy,
    You gotta good blog.I love reading your jokes.
    DSAI will win very big majority. Hope he will keep his promises of corrupt free Govt.
    HIDUP PR HIDUP PR HIDUP PR
    Lets all pray that DSAI will form the next GOVT and be PRIME MINISTER for the RAKYAT.
    I hope when he takes control of the GOVT on 16th sept 2008, he will get all those corrupt cronies and charge them with plundering malaysia.
    YOU are a good guy BIGGY but hope you will see the bigger picture.
    Is Tun gonna migrate to zimbabwi when DSAI becomes the PM for ALL

  20. Jangan terperanjat jika Anwar menang di Permatang Pauh…….maka tergadailah MARUAH dan HAK MELAYU kepada bukan MELAYU terutamanya kaum cina.. dan wahai bangsa MELAYU bersedialah menerima nasib g sama seperti bangsa MELAYU SINGAPURA… kerana didalam PR DAP adalah PARTI INDUK dan DAP adalah PAP(singapura)..

    wassalam…..

  21. AMBOI BRO…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: