“Anwar akan berdalih menjelang 16 September”

Perdana Menteri ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan Mantan Timbalan Perdana Menteri dan banduan salahguna kuasa Anwar Ibrahim akan berdalih apabila 16 September 2008 menjelang. Ini kerana Anwar tidak akan mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan terdiri dari Pakatan Rakyat (PR) dan akan berdalih dengan pelbagai alasan termasuk ‘konspirasi’ kerana gagal melunaskan ‘janji’nya kepada rakyat Malaysia.

Hakikatnya, Anwar tidak mendapat cukup sokongan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Selama ini, hanya illusi semata mata ‘janji’ mengenai menjadi Perdana Menteri Malaysia ke VI, mula ditaburkan pada majlis sambutan ‘Black 14’ di Kelab Sultan Sulaiman April lepas.

“(Hanya) Tuhan (mampu) menghalang (God forbids)!”, ujar spontan Tun Dr. Mahathir, “Anwar akan memberikan segala macam alasan, (termasuk polis dan peguam negara memang sengaja mahu ‘mengenakan’ dirinya). Ini memang sifat Anwar”.

Beliau membuat ulasan sedemikian apabila ditanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan 2008, anjuran ANSARA dengan kerjasama AEON-Jusco, Utusan Malaysia dan pelbagai badan di AEON Bukit Tinggi, Klang petang tadi.

Apabila diminta membuat komen mengenai keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh beberapa hari lepas, Tun Dr. Mahathir membuat analisa sokongan rakyat kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi makin tiris. “Dalam hanya lima bulan, sokongan merosot. Pemimpin apa macam ini?”. Tambah beliau lagi “Jumlah ahli UMNO kecil berbanding dengan majoriti. Ini menunjukan ada ahli UMNO sokong Anwar”.

Published in: on August 29, 2008 at 18:06  Comments (32)  

Mukhriz: Anwar “berkhayal” untuk menjadi PM menjelang 16 September

 

YB Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini menjelaskan bahawa beliau amat sangsi ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Anwar Ibrahim akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat menjelang 16 September ini. Ini kerana PR masih belum membuktikan bahawa ada cukup MP BN akan melompat keluar dan menyokong parti kerjasama yang amat rapuh itu.

Beliau menjelaskan semasa sidang media mengumumkan pra-pelancaran Kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA 2008 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Sungai Besi tengahari tadi.

“Kemenangan Anwar tidak memberi kesan kepada penguasaan dalam Dewan Rakyat. BN tidak kehilangan apa apa kerusi kerana Permatang Pauh memang selama ini dipegang PKR pun”.

“Saya tidak nampak ada 30 MP BN akan keluar dan menyokong PR. Kalau adapun, hanya segelintir”. Perkataan yang digunakan Mukhriz untuk mengambarkan hasrat Anwar ialah “berkhayal” (Dillusional). Tambah Mukhriz lagi, Anwar akan dijangka akan berdalih dan memainkan ‘drama’ untuk menjelaskan kenapa menjelang 16 September ini beliau masih belum mampu menubuhkan Kerajaan Persekutuan PR.

Laporan Bernama.com mengenai MP BN tidak akan melompat keluar parti:

 

29 Ogos, 2008 01:17 AM

Anggota Parlimen BN Sabah Dan Sarawak Nyatakan Pendirian Tidak Akan Lompat Parti

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Majoriti anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak menyatakan pendirian tidak akan lompat parti seperti yang diuar-uarkan pembangkang sebelum ini.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kenyataan yang dibuat pembangkang mengenai perkara itu merupakan suatu rekaan dan pembohongan semata-mata.

“Sokongan anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan BN dan kita akan sentiasa bersama BN walaupun ada cerita di luar sana bahawa kononnya ada ura-ura anggota Parlimen dari kedua-dua negeri nak melompat (parti),” katanya yang mewakili anggota Parlimen kedua-dua negeri itu pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Kira-kira 20 anggota Parlimen Sabah dan Sarawak hadir pada sidang media itu bagi menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Douglas Unggah Embas dan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata pendirian tidak akan berlaku lompat parti itu turut dinyatakan dua anggota Parlimen BN dari Sabah iaitu Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) yang sebelum ini didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.

” Saya telah bercakap dengan Eric Majimbun dan Chua Soon Bui pagi ini, saya berjumpa mereka dan mereka memberi jaminan kepada saya bahawa mereka masih kekal bersama BN,” katanya.

Shafie berkata satu surat yang mengandungi tandatangan semua anggota Parlimen dari kedua-dua negeri itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Jumaat sebagai tanda sokongan mereka.

” Kami akan memberi jaminan kami dan akan menandatanganinya dan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hanya untuk memastikan tiadanya spekulasi.

” Pendirian kami sangat jelas jadi saya harap tiada spekulasi, jangan dengar spekulasi yang dibuat (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa di luar (parti),” kata Shafie.

— BERNAMA

*************************************

“Hanya Pembangkang sahaja yang merasakan ‘keseronokan’ apabila Anwar menyertai mereka dalam Dewan Rakyat”, sambil membuat analisa bahawa Anwar ialah 80% rhetorik dan hanya 20% fakta. Namun begitu, Mukhriz mengakui bahawa Anwar mempunyai kemampuan oratori yang amat baik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa ahli UMNO, terutama peringkat akar umbi amat gusar dengan Plan Peralihan Kuasa yang hanya akan berkuat kuasa 2 tahun lagi, sebagaimana diumumkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Julai 2008. Ini jelas ditunjukan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh dua hari lepas menunjukan bahawa dengan majoriti yang diperolehi, ada kemungkinan besar ahli UMNO sendiri mengundi PKR. Perasaan tidak senang kepada Kepimpinan makin menebal dan jelas Mukhriz, “Rakyat makin sukar untuk ‘menelan’ kemampuan Kepimpinan meneruskan plan mereka”.

Published in: on August 29, 2008 at 01:29  Comments (12)