Pemimpin UMNO mengorak langkah untuk membetulkan keadaan

Pemimpin UMNO Dato’ Mazlan Harun, yang membuat laporan keatas Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai salahguna kuasa dan kedudukan berkempen  untuk jawatan parti berdasarkan surat Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan Kept (B) Dato’ Zahar Hashim, pada BPR Wilayah Persekutuan, kini mengorak langkah lagi untuk membetulkan keadaan.

Besok, Mazlan dan Dato’ Kadar Shah Tun Sulaiman dari UMNO Muo akan memajukan satu affitdavit mengenai kes yang sama kepada BPR Wilayah Persekutuan. Oleh demikian, ahli ahli UMNO digesa untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 900am untuk memberi sokongan kepada usaha yang dianggap membetulkan parti warisan nasionalism Melayu itu.

Dewasa ini, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dianggap ramai rakyat Malaysia, termasuk ahli UMNO sendiri cuba ‘membohongi’ dan mengaburi pandangan dan pemikiran dengan kunun kunun usaha yang mungkin dilihat cuba membetulkan UMNO, padahal sebenarnya adalah ‘sandiwara’ semata mata.

Dalam pada itu, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun dijangka akan membuat pengumuman khas di Alor Setar pada Sabtu 6 September 2008 ini, mengenai kareer politik beliau dalam parti.

Beliau pernah menerima perhatian kerana kelantangan mengkritik Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bermula dari Perhimpunan Agung UMNO November 2006, gesaan berlapik dua hari selepas UMNO dan BN mendapat prestasi buruk Pilihanraya Umum ke XII dan terbaru, meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan jawatan  dan menerima kepertanggung jawaban beberapa hari selepas itu. Namun begitu, Exco Pemuda UMNO bawah Ketuanya Dato’ Seri Hishamuddin Hussein menetapkan bahawa tiada tindakan diambil keatas Mukhriz, walaupun pelbagai pihak yang “menjaga Boss” memberikan tekanan sebaliknya.

Published in: on September 3, 2008 at 21:46  Comments (7)