Pemimpin UMNO mengorak langkah untuk membetulkan keadaan

Pemimpin UMNO Dato’ Mazlan Harun, yang membuat laporan keatas Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai salahguna kuasa dan kedudukan berkempen  untuk jawatan parti berdasarkan surat Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan Kept (B) Dato’ Zahar Hashim, pada BPR Wilayah Persekutuan, kini mengorak langkah lagi untuk membetulkan keadaan.

Besok, Mazlan dan Dato’ Kadar Shah Tun Sulaiman dari UMNO Muo akan memajukan satu affitdavit mengenai kes yang sama kepada BPR Wilayah Persekutuan. Oleh demikian, ahli ahli UMNO digesa untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 900am untuk memberi sokongan kepada usaha yang dianggap membetulkan parti warisan nasionalism Melayu itu.

Dewasa ini, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dianggap ramai rakyat Malaysia, termasuk ahli UMNO sendiri cuba ‘membohongi’ dan mengaburi pandangan dan pemikiran dengan kunun kunun usaha yang mungkin dilihat cuba membetulkan UMNO, padahal sebenarnya adalah ‘sandiwara’ semata mata.

Dalam pada itu, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun dijangka akan membuat pengumuman khas di Alor Setar pada Sabtu 6 September 2008 ini, mengenai kareer politik beliau dalam parti.

Beliau pernah menerima perhatian kerana kelantangan mengkritik Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, bermula dari Perhimpunan Agung UMNO November 2006, gesaan berlapik dua hari selepas UMNO dan BN mendapat prestasi buruk Pilihanraya Umum ke XII dan terbaru, meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan jawatan  dan menerima kepertanggung jawaban beberapa hari selepas itu. Namun begitu, Exco Pemuda UMNO bawah Ketuanya Dato’ Seri Hishamuddin Hussein menetapkan bahawa tiada tindakan diambil keatas Mukhriz, walaupun pelbagai pihak yang “menjaga Boss” memberikan tekanan sebaliknya.

Published in: on September 3, 2008 at 21:46  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/03/pemimpin-umno-mengorak-langkah-untuk-membetulkan-keadaan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. teruskan perjuangan membongkarkan perbuatan pengkhianat agama

  2. Yang last part tu yg buat suspend aje…. any hint?

  3. Salam,

    Selamat mencuba…tapi pengaruh Kamaluddin dan Khairy lagi power.

    Kalau nak berhimpun tu, panggil “3 juta” ahli UMNO sekali.Kalau dapat kumpulkan ahli bvanyak tu buat demo…confirm PM flip flop letak jawatan.

    “Semoga Berjaya Ahli UMNO”

  4. salam,

    Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa dan Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

    carcoon

  5. Teruskan perjuangan. SEMOGA BERJAYA.

  6. Saya rasa usaha yang telah dan akan dibuat oleh mereka yang ingin menyelamatkan UMNO , tidak akan kemana pun! Sudah berapa lama Datuk Mazlan Harun membuat laporan kepada BPR, sehingga kini tiada apa2 perkembangan pun. Sudah tentu BPR tidak akan bertindak bahkan mungkin telah di NFA (no further action) olih pegawai atasannya. Mana mungkin BPR bisa bertindak keatas orang yang bertanggung-jawab melantik KPnya? Kalau BPR berani, maka saya akan tabik spring, dan berikrar untuk menjadi sumber kepada BPR untuk melaporkan kegiatan rasuah! Serah lah apa jua bukti pun, samada dalam bentuk affidevit atau kenyataan berkanun sekali pun, saya rasa tidak akan menggerakan BPR bertindak. Pak lah dalam keadaan selesa sekarang kerana dikelilingi oleh jemaah menteri dan AMT Umno yang tidak berani menegur bahkan mengangkat2 berlebihan pula! Penerimaan DSN keatas arrangement peralihan kuasa , membuat pak lah rasa lebih kuat.

  7. Ramai pihak yang cuba menjatuhkan Pak Lah sekarang dengan berbagai2 dakwaan. Segala tindakan beliau dipersoalkan. Perkara yang baik dipandang dari segi negatif.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: