“Berani Berubah”: Mukhriz mengumumkan bertanding Ketua Pemuda UMNO


Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, MP Jerlun petang ini mengumumkan penawaran diri dan kesediaan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti, Perhimpunan Agung UMNO 16 Disember 2008. Pengumuman ini dibuat di “Pondok Maharizan”, kediaman peribadi keluarga beliau di Titigajah, Alor Setar, Kedah.

Dalam membuat pengumuman ini, beliau berterima kasih kepada sokongan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda Bahagian yang menghadirkan diri dalam upacara ringkas itu.

Signifikan pengumuman ini dilakukan sekarang merupakan keinsafan beliau mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, dalam usaha untuk membawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketahap yang lebih baik. Ini amat penting sebagai meneruskan kesinambungan Perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu, disamping mengekalkan relevan UMNO kepada generasi baru Malaysia, terutama golongan muda.

Lokasi ini juga merupakan suatu tempat yang amat signifikan kerana Perjuangan ayahanda beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO ke V dan Perdana Menteri Malaysia ke IV, bermula dari sini. Disinilah juga buku “Dilemma Melayu” ditulis, satu wadah membangkit semangat dan Perjuangan, khususnya mengisi Kemerdekaan dengan menentukan Bangsa Melayu terbela dan dimartabatkan.

Slogan kempen “Berani Berubah” dipilih untuk membangkitkan semangat ahli UMNO, terutama Pemuda UMNO bagi membuat perubahan yang begitu didambakan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan ahli UMNO sendiri peringkat akar umbi. Perubahan amat penting bagi mengekalkan relevan dan seterusnya sokongan rakyat kepada parti nasionalis yang selama ini banyak meraih kejayaan bagi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sebelum ini, Mukhriz pernah menunjukan ‘keberanian’, berusaha untuk melakukan ‘perubahan’. Tiga hari selepas keputusan Pilihanraya Umum ke XII diumumkan dan negara dikejutkan dengan BN kalah di 5 + 1 negeri, beliau telah menulis sepucuk surat kepada PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak beliau mengambil kepertanggungjawaban atas kekalahan dan prestasi  buruk BN/UMNO dan meletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

600 orang pemimpin dan ahli Pemuda UMNO dari segenap pelusuk negara bersempit sempit dalam khemah yang disediakan dalam kawasan ‘Pondok Maharizan’ itu.

*Perkembangan dikemas kini 530pm

Untuk Edaran Media 6 September 2008

BERANI BERUBAH!

Ringkasan Ucapan Pengumuman YB Dato’ Mukhriz Mahathir

6 September 2008, bersamaan 6 Ramadhan 1429

Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Krisis Kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina Kerajaan dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri. Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan UMNO yang sebenar, yakni perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita. Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.

Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan. Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa UMNO akan membetulkan dirinya sendiri. Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli UMNO, maka jangan terkejut jikalau hayat UMNO berakhir.

Kita harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.

Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan UMNO. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula UMNO. Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.

Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

* Video ucapan & sidang media akan dimuatnaik dalam masa terdekat. Sila periksa YouTube di bawah username DMMMO untuk video tersebut dalam masa terdekat. Ulasan Dato Mukhriz di sebalik Berani Berubah dinyatakan dalam sidang media.

Terima kasih

*Perkembangan dikemas kini Ahad 7 September 930am

Ini merupakan satu byline akhbar perdana yang tidak disiarkan. Walaubagaimanapun, laporan ini cukup berharga untuk memberi illustrasi sebenar sidang media Mukhriz selepas pengumuman semalam:

Mukhriz: Reject destructive practices to save Umno

ALOR STAR: Jerlun MP Datuk Mukhriz Mahathir, who is vying the Umno Youth Chief post, has initiated a “Dare to Change” campaign to check the party from collapsing.


He said Umno members should shun money politics and other destructive practices to regain public support.


“If the members continue supporting candidates who embrace corrupt practices in the party elections, the public would boot the party out in the next general election,’’ he said.


He said this at a ceremony to announce that he was willing to contest the Youth Chief post if he could garner enough nomination from the divisions.


The ceremony was held at Mukhriz’s family home, Pondok Maharizan, in Titi Gajah here yesterday.


To be eligible for the contest, a candidate needs to get nominations from at least 20% of the 191 youth divisions. The party elections are scheduled in December.


About 30 division youth chiefs including from Sabah joined hundreds of youth members from all over the country to show support for Mukhriz who is the first potential candidate to officially announce his willingness to contest the top post in the wing.


Mukhriz said members must dare to change to bring about changes.


“Umno is rotting. It is no longer seen as the glowing pillar in Barisan Nasional. And the oppositions are taking advantage of this to ruin the party,’’ he said.


Top on Mukhriz’s agenda for change are removing hurdles that hinder certain youths with great potentials from joining the wing and charting the party’s direction.


He also plans to address issues involving youths including difficulties in getting loans, buying houses and finding a decent place to carry out petty trading.


Mukhriz hoped that he would not be offered any government post if he won the post.
“I want to focus on reviving support for the party, as its popularity has tipped to the negative scale,’’ he said, adding that sacrifices need to be made to strengthen the party.


He said the post was not for one who seeks glamour and fortune.


Mukhriz also said that he was ready to face Khairy Jamaluddin if the latter was also vying the post.

*Perkembangan dikemas kini Isnin 8 September 2008

Pautan video Youtube mengenai pengumuman dan sidang media Mukhriz di Titigajah pada hari Sabtu:

1. Sidang media I

2. Sidang media II

3. Ucapan “Berani Berubah” I

4. Ucapan “Berani Berubah” II

5. Ucapan “Berani Berubah” III


Advertisements
Published in: on September 6, 2008 at 15:25  Comments (24)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/06/berani-berubah-mukhriz-mengumumkan-bertanding-ketua-pemuda-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

24 CommentsLeave a comment

  1. DATO MUKHRIZ,

    WE WILL SUPPORT YOU 200%.

  2. This is a sincere advice :

    KJ should just leave this country while he could, rather than wasting his time trying to be the Ketua Pemuda.

    The moment Pak Lah is removed, the so-called protective wall would be gone, and KJ would be as good as being naked in the centre of PWTC.

    If KJ wants to be a HERO, then stay on and face the music. It’s gonna be real HARD rock.

    We will ROCK YOU till you crawl home to your mamma.

  3. Kami Doakan Semoga perjuangan mu akan menyelesaikan perjuangan kita yang belum selesai. Hidup MUkhriz.. BERANI BERUBAH

  4. hidup mukhrizz!!!!!

    seru pemuda umno untuk memberi sokongan kepada mukhriz. sudah lah dengan semua ini, kita perlu kan perubahan!

    http://combinedforces.blogspot.com/
    http://writtenbyhim.wordpress.com/
    http://bicarapenulis.blogspot.com/

  5. Good for you, Mukhriz.
    Work hard, work smart –
    tawakkal and let discretion
    be the better part of honesty

    while the al-qaeda is welcomed

  6. What is he going to “berubah”? Will he get rid of corruption? Don’t hold your breath. Maybe he can change the way Khidmat Negara camps are run…….

  7. Mukhriz bertarunglah bagaikan ayam laga!!!
    September 6, 2008 by admin
    Setiap kali kepimpinan UMNO ditekan setiap kali itu juga kumpulan ini turut menekan serta mengeruhkan lagi tekanan yang di terima oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Alhamdulilllah segalanya dapat diselesaikan dengan kerjasama dan semangat bersatu padu ahli UMNO menyelesaikan semua tekanan terhadap parti itu. Ketika UMNO menghadapi proses pemulihan dan ketika itu juga kumpulan pendesak ini mengambil kesempatan mahukan perubahan

    Comments are welcomed. Advertising other people’s blog is blogadmnis perogative. Thank for you for understanding

  8. hope the moderator have guard to publish the comment.

  9. Bro Biggy,

    Let d game begins,…heheh..congrats to Dato Mukhriz for going agains all odd to stand for d Pemuda Umno head,..all d best & may u have God’s blessing in dis month of Ramadhan Al-Mubarak..insyaallah..wat else can I say..heheh..(,”)

    SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar & PLah!!

    p.s. Do it fast brothers as I heard d Whisperers saying d Chinese kongsi/clan have been telling deir Lims, Tans, Lees n others to give bro AnWar a chance to lead as dey r only concern bout d economy..if dis is true n not a rumour den UMNO is in big shit!! once d chinese decide dat dey r willing to give bro AnWar a chance considering bro AnWar represents majority of Rakyat n Malays in particular so PKR/PAS is still a Malay party..wat can I say..heheh..(,”)

  10. TQ so much for the review bro bigguy!

    TO DATO’ MM …. Kami barisan Pemuda, sentiasa akan berjuang sehabis daya kami untuk Dato’ … Terima kasih Dato’ kerana menjadi pejuang untuk kami semua generasi pelapis … Jasa Dato’ dan Ayahanda Tun akan kami balas dengan sokongan tidak berbelah bagi! ….

    AloQStaQ
    http://AloQStaQblog.blogspot.com
    http://www.MyKMUtara.net

  11. saya harap semua pemimpin pemuda berani berubah 😉

    http://teampemudaumno.blogspot.com

  12. Brother!

    What is Mukhriz talking about. What change? His wealth represents all that is wrong with Umno. Profiteering from position and family ties! Don’t call it by another sanitized name!

    That is not true. The notion you made is something almost everyone want to believe, just because Dato’ Mukhriz is the son of Tun Dr. Mahathir. Infact it is unfair to pass a remark just like that.

    His businesses were developed from his own venture and effort. If not all, his family name is actually a major hindrance in his business ventures now.

    In reality, no one can actually and realistically list down benefits that Dato’ Mukhriz reaped being the son of Tun Dr. Mahathir.

    Not only that, business people who conveniently and coincidentally associated (people who actually DO NOT BENEFIT from their association with the man) to the fourth PM, now find their businesses impaired for all the wrong reasons.

  13. we will suport you Dato Mukhriz someboby has to lead.
    Zaman Mat Dollah perlu di singkir segera begitu juga menantu nya Mat Khari. these people have no sense of direction.

  14. […] that he will stand in the way of Khairy Jamaluddin’s dream to be the Umno Youth chief (read here). Two enter the fray. {http://rockybru.blogspot.com/2008/09/dr-m-to-return-to-umno-ku-li-for.html} […]

  15. […] that he will stand in the way of Khairy Jamaluddin’s dream to be the Umno Youth chief (read here). Two enter the fray. […]

  16. Congrats Datuk, on becoming Ketua Pemuda Malaysia. We need a major reform in UMNO..We need this reform becoz we all love this Party.

    ” the Fact the new realities has come does not mean we should just sit by and watch as the predator destroy us, we must wake up and take the responsibility to reform”

    I’ll support u all the way Datuk…armandPJU

  17. Action prove everything! Citizen’s eye everywhere to observe the situation from time to time.

  18. we penangites (especially fr georgetown) support u 100% without doubt. May ALLAH lead to to where ur father was for 22yrs. A Heavely man i.e. Yg Berbahagia TUN DR MAHATHIR MOHAMED

  19. Semoga ALLAH merahmati kita semua… Hidup Dato’ Mukhriz.. “BERANI BERUBAH”….

  20. […] momentum “berani berubah” yang Pemuda UMNO peringkat Bahagian tunjukan seminggu itu diteruskan dan memberikan gambaran […]

  21. […] Mukhriz Tun Mahathir http://www.mukhriz.com kini berwajah baru. Berthemakan motif perjuangan beliau, “Berani berubah!” untuk membawa perubahan kepada Pergerakan Pemuda UMNO agar terus kekal relevan sebagai sayap kiri […]

  22. […] Timbalan Perdana Menteri itu dan ramai pemimpin UMNO yang tidak mahu MP Jerlun yang membawa slogan “Berani Berubah” naik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengantikan YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun […]

  23. […] sebenar. Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima […]

  24. […] which was shot by us when then recently elected MP for Jerlun Mukhriz Mahathir, about to launch “Berani Berubah” campaign to run for UMNO Youth Chief. Seen here is Mukhriz tidying up speech, Press Secretary Azrin Zizal […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: