Najib: Ahli ahli UMNO tentukan ‘Peralihan Kuasa’ Oktober ini

Pada pagi ini YAB Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang secara ringkasnya adalah seperti berikut –

Peralihan kuasa: TPM Dato’ Seri Najib menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk menentukan soal peralihan kuasa. Katanya, pimpinan tertinggi dan Majlis Tertinggi UMNO telah bersetuju dengan pelan peralihan kuasa itu, tapi bagi menjayakannya Ia mestilah ditentukan oleh ahli-ahli melalui mesyuarat UMNO Bahagian. Dato’ Seri Najib berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur.

Kenyataan ini akan membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan UMNO.

· Pelan peralihan kuasa adalah satu cadangan daripada Majlis Tertinggi UMNO dan bukanlah satu yang wajib dituruti oleh akar umbi Peringkat akar umbi juga boleh mencalonkan sesiapa juga yang layak untuk apa jua jawatan dan ini tidak menyalahi mana-mana peraturan dan perlembagaan parti.

· Keadaan sekarang memaksa pemimpin-pemimpin UMNO untuk membuat keputusan yang tepat demi menyelamatkan parti agar kembali diterima rakyat dan dihormati kawan dan lawan.

· Pelan peralihan kuasa adalah hanya cadangan dan bukanlah peraturan. Dalam perkara ini,YB Tan Sri Muhiyuddin tidak berada di dalam negara semasa mesyuarat membuat keputusan pelan peralihan kuasa. Jadi tidak adil untuk mengatakan beliau tidak memegang semangat musyawarah mesyuarat.

Saya mengalu-alukan kenyataan YAB TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memberi erti kata bahawa beliau tiada halangan sekiranya beliau dinamakan bagi mana-mana jawatan dalam MKT termasuk jawatan presiden. Saya juga menyokong penuh kenyataan beliau menyerahkan keputusan pelan peralihan kuasa kepada akar umbi melalui bahagian-bahagian.

Dato’ Mohd Radzi Manan

Ketua UMNO Bahagian Kampar

12 September 2008

Published in: on September 12, 2008 at 17:49  Comments (13)