Najib: Ahli ahli UMNO tentukan ‘Peralihan Kuasa’ Oktober ini

Pada pagi ini YAB Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang secara ringkasnya adalah seperti berikut –

Peralihan kuasa: TPM Dato’ Seri Najib menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk menentukan soal peralihan kuasa. Katanya, pimpinan tertinggi dan Majlis Tertinggi UMNO telah bersetuju dengan pelan peralihan kuasa itu, tapi bagi menjayakannya Ia mestilah ditentukan oleh ahli-ahli melalui mesyuarat UMNO Bahagian. Dato’ Seri Najib berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur.

Kenyataan ini akan membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan UMNO.

· Pelan peralihan kuasa adalah satu cadangan daripada Majlis Tertinggi UMNO dan bukanlah satu yang wajib dituruti oleh akar umbi Peringkat akar umbi juga boleh mencalonkan sesiapa juga yang layak untuk apa jua jawatan dan ini tidak menyalahi mana-mana peraturan dan perlembagaan parti.

· Keadaan sekarang memaksa pemimpin-pemimpin UMNO untuk membuat keputusan yang tepat demi menyelamatkan parti agar kembali diterima rakyat dan dihormati kawan dan lawan.

· Pelan peralihan kuasa adalah hanya cadangan dan bukanlah peraturan. Dalam perkara ini,YB Tan Sri Muhiyuddin tidak berada di dalam negara semasa mesyuarat membuat keputusan pelan peralihan kuasa. Jadi tidak adil untuk mengatakan beliau tidak memegang semangat musyawarah mesyuarat.

Saya mengalu-alukan kenyataan YAB TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memberi erti kata bahawa beliau tiada halangan sekiranya beliau dinamakan bagi mana-mana jawatan dalam MKT termasuk jawatan presiden. Saya juga menyokong penuh kenyataan beliau menyerahkan keputusan pelan peralihan kuasa kepada akar umbi melalui bahagian-bahagian.

Dato’ Mohd Radzi Manan

Ketua UMNO Bahagian Kampar

12 September 2008

Published in: on September 12, 2008 at 17:49  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/12/najib-ahli-ahli-umno-tentukan-peralihan-kuasa-oktober-ini/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. aduh.. kali ini saya kena tegur d radzi manan orang kuat kampar yang tanahnya berekar-ekar ni.. habis disapunya bersih tanah orang-orang kampung.. orang-orang kampung anda boleh tipu hidup-hidup la datuk.. pergi selongkar pejabat tanah kinta tengok apa datuk ni dah buat di kampar tu.. perangai baik tapi ada maksud lain.. nak gigit lagi la tu ye datuk?

    orang macam ini ke yang nak jadi penyokong jilat punggung najib? tak ada orang lain ke yang lebih sesuai? dari mulut naga masuk mulut buaya tembaga.. berkobar-kobar tukar pemimpin tapi dapat orang kuat pemimpin yang perangai sama teruk..

    tolong la orang melayu kampar tu datuk.. bangsa dikepung bangsa lain tapi datuk nak kaya cepat makan bangsa sendiri.. hebat orang kuat najib ni.. TAHNIAH.

  2. Saya petik kenyataan ini dari http://www.mohdalirustam.com .. Saya tafsirkan Naib Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Ali Rustam setuju secara rasmi Pak Lah berhenti Jun 2010. Bagaimanapun, mulai sekarang Pak Lah boleh bercuti dan berikan Dato’ Seri Najib memangku jawatan tersebut:

    Keputusan Majlis Tertinggi dan Kabinet bahawa peralihan kuasa daripada YAB. Perdana Menteri Pak Lah kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib pada Jun 2010 adalah munasabah.

    Dalam masa peralihan, saya cadangkan pada masa masa tertentu YAB Dato Seri Najib memangku jawatan Perdana Menteri dan YAB. Perdana Menteri boleh menyerahkan kepada YAB. Dato Seri Najib untuk buat keputusan penting bagi beberapa dasar seperti ekonomi dan politik.

  3. PRESIDEN : Najib TUN Razak
    Timb Presiden: TS Muhyiddin Yassin
    Naib Presiden: Dato Seri Rais Yatim
    : Dato Seri Adnan Yaakob
    : Dato Ahmad Zahid Hamidi

  4. Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.
    —————————————-

    Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

    Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

    Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keagamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

    Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.

    Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seagama sendiri.

    Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
    mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.

    Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.

    Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada agama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keagamaan yang dikutbahkan.

    Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Agama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.

    Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.

    Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?

    http://patek1472.wordpress.com

  5. Radhi Manan , Yusof Manan kaki kapor hutang tak mau bayar.. Kaki bodek bodek bodek LIMA dari LE PROTON tutup bukak lain hutang tak mau bayar… Pemimpin Melayu…Ingat2lah mati, ingat yang aku punya aku tuntut diakhirat hutang kena bayar beb..

  6. Buatlah apa yang patut dengan cepat dan tepat.Jangan bagi ruang pada pada PKR dan gang untuk memanipulasi keadaan.Nampak gaya Pak Lah sengaja memberi ruang kepada Anwar untuk berkuasa.Kalau nasi dah jadi bubur dah tak guna lagi.Melayu yang sedar bertindak yang berkhayal tinggalkan.Kalau lambat Melayu hancur!

  7. Big Dog,
    Where’s the links in your blog. I can’t find them

    AHO

    That is not a link. It is just a mere highlight

  8. Salam,

    Saya kira wajar sekali, dan memang tidak patut ditangguhkan lagi “kuasa ahli” yang selama ini “dirampas” oleh MT, dikembalikan semula kepada ahli.

    Semoga ahli UMN0 dapat memilih tokoh yang “terbaik” untuk mengganti Abdullah, walaupun di kalangan pemimpin UMNO saya tidak lihat ada pemimpin yang “betul-betul baik”.

  9. Bila Muhyiddin buka citer…semua bingkas bangun nak pertahan pak lah lagi…Pak lah tidak boleh lagi memerentah malaysia…beliau gagal untuk menyambung tugas berat PM dulu…Beliau tidak berkemampuan dal hal perentah nie…gang gang MT cuba bagi cadangan supaya Pak Lah berhenti…Depa dok jek jerrr…Sebenarnya Pak Lah buat bodo jer…Pak lah jiwa dah kacau…memtalnya gagal memberi upaya untuk memerentah…Tolong lah nasehat dia bagi dia paham…DIa sebenarnya tak paham paham lagik…tengoklah kenyataan yang Pak lah keluarkan …semua nya ayat klasik yang tak dipakai sebagai jawapan PM…Dari apa yang berlaku sekarang lama kelamaan orang melayu akan sokong pas cuma yang ada Parti UMNO saja…penyokongnya sudah hilang…tak percaya tengoklah PRU13 nie…Apa yang muhyiden cakap memang benar…cuma mereka yang keliling Pak Lah buat komen tak pro sedangkan rakyat malaysia dah pandai buat analisa

  10. dear big dog,

    I read somewhere that Marina Mahathir husband name is implicated in the Lippo Group and Astro problem regarding their joing venture in paid tv service in Indonesia.

    Lippo Group alleged that Astro use the joint venture company money to pay Marina Mahathir husband. Is that true?

    charanjit singh

    We are not at liberty to make comments on this issue. We are sorry, but this comment serves no relevance to the topic.

    We suggest you take it with Dato’ Paduka Marina Mahathir at her own blog.

  11. Big Dog,
    Sorry but what I meant was your blogroll. It was missing yesterday.

  12. […] UMNO members close to the UMNO Deputy President confirmed that his earlier call for UMNO to decide on the “change-of-leader” be decided by UMNO Divisions when they started their Annual […]

  13. AKU ALU-ALUKAN KENYATAAN NAJIB TAPI AKU TAK MENGALU-ALUKAN PENAMAAN CALON NAJIB SEBAGAI PRESIDEN UMNO SEBAB

    NAJIB ADALAH LIABILITI PADA UMNO. FIKIRLAH SENDIRI.

    JANGAN BUAT PERUBAHAN SEKERAT-SEKERAT.

    KITA KENA KORBANKAN SEBAHAGIAN MILIK KITA UNTUK MENYELAMATKAN KEPENTINGAN BERSAMA.


Leave a reply to charanjitsingh Cancel reply