Najib Razak launches 1 Malaysia portal

Deputy Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak joined the digital media bandwagon by launching his own personal portal, 1 Malaysia. He launched this interactive portal after a specially organized buka puasa held at his official Deputy Premier residence Seri Satria in Leboh Perdana, Putrajaya, in front of thousands of well wishers, mostly party kin.

We at BigDogDotCom wishes him and his team all the best.

Published in: on September 16, 2008 at 21:09  Comments (12)  

Khairy tawar diri; ‘kelebihan’ yang menentukan UMNO terus dibenci

Besok, Rabu 17 September 2008 merupakan hari dimana Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mengumumkan menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan parti, Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 16-20 Disember 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pada peringkat akar umbi UMNO, penawaran ini adalah cukup kontroversi. Ini kerana begitu banyak diperkatakan mengenai MP Rembau ini, yang di’parachut’kan kepada persada perdana politik UMNO dan tanahair pada usia yang sangat muda. Pada pemilihan parti Ogos 2004, Khairy yang baru mencecah 28 tahun diangkat kejawatan sekarang tanpa pertandingan, setelah calon calon yang pada asalnya berhasrat kuat seperti Dato’ Mohd. Norza Zakaria menarik diri pada saat akhir.

Timbul juga desas desus dimana Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan ‘restu’ agar Khairy diberikan pencalonan atau tidak diberikan ‘tentangan’ apabila Pemuda UMNO peringkat Bahagian seluruh negara membuat penyenaraian jawatan parti.

Kini, timbul pula kontroversi yang UMNO perlu pertimbangkan semasak masaknya. Sekiranya Khairy menawarkan diri, maknanya dia mempunyai peluang cerah untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Apa akan jadi pada UMNO sekiranya Presiden merupakan bapa mertua dan Ketua Pemuda merupakan menantu kesayangan? Apakah masyarakat Malaysia menerima percaturan politik dinasti ini, terutama tatkala UMNO dan BN sudahpun begitu tidak diterima majoriti rakyat? Apa akan jadi pada UMNO dan BN pada Pilihanraya Umum ke XIII, dijangkakan selewat lewatnya 2013?

Khairy Jamaluddin sendiri merupakan seorang personaliti politik yang begitu kontroversial. Anak muda ini mula mula menimbulkan kontroversi apabila pada usia semuda 29, dibawa masuk kedalam bank pelaburan ECM Libra sebagai Pengarah dan kemudian bank ‘butik’ ini “menelan” sebuah syarikat jauh lebih besar, Avenue Capital, dalam tempoh amat singkat dan proses yang amat mencurigakan., termasuk penyah-sejat nilai harta ehsan (impairment of goodwill) yang bernilai RM 300 juta  dan membinggungkan pasaran modal. Badan seperti Suruhanjaya Sekuriti ‘menutup sebelah mata’ walaupun bertubi tubi aduan dibuat, termasuk badan professional penyelia bebas bagi pihak pemegang saham minoriti, Malaysian Minority Stockholders Watchdog Group. Kemudian ECM Libra – Avenue (pada masa itu) secara mudah diberikan lesen universal stock broking dan dinaik taraf kepada bank pelaburan.

Khairy juga dikatakan berperanan besar dalam pengembangan strategik AirAsia, terutama dalam tempoh yang amat singkat. Kontroversi paling tiada tolok bandingnya ialah hubung kait terlalu rapat Khairy dengan ‘Budak Budak Tingkat Empat’, yang ramai percaya punca asal ketirisan kepimpinan dan ketokohan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Banyak penulisan diterbitkan mengenai tempoh hayat Khairy sebenarnya tidaklah lama lagi kerana penglibatan beliau dalam pelbagai kontroversi.

Walaubagaimanapun, penawaran besok ini wajar diteliti secara rapat. Liputan media, terutama perdana keatas calon yang cukup kontroversi ini jelas menampakan percaturan yang dilakukan pihak tertinggi untuk menentukan Khairy mendapat ‘kelebihan’ dalam pertandingan Disember ini. Ini kerana calon calon lain yang menawarkan diri sebelum ini, Dato’ Mukhriz Mahathir, Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Dato’ Zahidi Zainul Abidin, diberikan liputan media ala kadar dan “sekadar melepaskan batuk ditangga semata mata”.

Semua ‘kelebihan’ yang personaliti kontroversi seperti Khairy perolehi, dalam pemilihan Disember ini, hanya akan menimbulkan kebencian rata rata rakyat Malaysia kepada dinasti PM ‘Flip-Flop’ Abdullah makin memuncak dan mungkin meluap luap. Walaupun ada pihak akan mengunakan alasan “demokrasi masih subur dalam UMNO” apabila mengunakan pencalonan Khairy semasa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi berkuasa, ianya ‘wayang yang tidak laku lagi’ pada kacamata rakyat marhain.

Yang nyatanya, ini semua merupakan proses yang menentukan UMNO dan BN terkubur, dalam  kepimpinan dan pemerintahan seorang Presiden yang hanya baru berusia 5 tahun Oktober ini.

Published in: on September 16, 2008 at 08:08  Comments (15)