MT UMNO desak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur?

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diberitakan media perdana sebagai akan membuat keputusan samada untuk bertanding mengekalkan jawatan pada pemilihan parti Disember ini atau tidak, selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini di Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

Laporan bernama.com:

18 September, 2008 20:11 PM

Sama Ada Bertanding Atau Tidak, Biar Saya Buat Keputusan – Abdullah

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Perdana Menteri berkata sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

“Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Abdullah ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini yang dijadualkan pada Disember memandangkan persidangan Umno bahagian akan bermula 9 Okt ini.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam proses peralihan kuasa akan dibincangkan dengan Najib dan keputusan yang dibuat akan dibawa ke Majlis Tertinggi.

Abdullah juga berkata isu pelan peralihan kuasa itu tidak dijelaskan semula dalam mesyuarat MT hari ini.

“Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti.

“Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi,” katanya.

Semalam Abdullah dilapor berkata walaupun beliau dan Najib komited dengan pelan peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010, pengunduran beliau mungkin berlaku lebih awal.

— BERNAMA

******************************************

Realitinya, ianya tidak sebagaimana dilaporkan. Menurut sumber sumber yang hadir dalam mesyuarat itu, sebilangan ahli MT UMNO meluahkan hasrat bagi mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengundurkan diri, setelah perkembangan senario politik tanahair dewasa ini. Mereka secara lantang menyuarakan pendapat untuk meletakan kepentingan UMNO dan politik orang Melayu, membatasi kepentingan pemimpin.

Isu ‘Peralihan Kuasa’ merupakan agenda yang paling hangat dihujahkan oleh ahli MT UMNO yang hadir. Sumber menyebut bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah didesak untuk meletakan jawatan sebelum mesyuarat Bahagian UMNO bermula 9 Oktober ini.

Dikhabarkan juga bahawa ahli MT UMNO yang selama ini pro-PM ‘Flip-Flop’ Abdullah hanya mengambil kedudukan mendiamkan diri kerana jelas kali ini, pendapat dan kedudukan mereka merupakan suara minoriti, dalam forum yang banyak kali disebut sebut sebagai menjadi “rubber stamp” kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Berita yang belum disahkan lagi juga menyebut bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menitiskan air mata apabila dibidas secara terbuka oleh beberapa ahli MT UMNO, termasuk beberapa Menteri Kabinet sehinggakan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak masuk campur untuk menenangkan keadaan.

Desakan akar umbi UMNO keatas Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk mengundurkan diri dalam kadar seberapa segera makin menebal dan jelas. Masa untuk beberapa ahli MT UMNO menengahkan aspirasi akar umbi, yang mewakili sebilangan besar rakyat Malaysia merupakan langkah bijak untuk menentukan kesinambungan keyakinan dan sokongan rakyat Malaysia kepada UMNO dan BN berterusan, walaupun ketirisan keyakinan dan sokongan makin bertambah jelas kebelakangan ini.

Mesej jelas rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri, telah diillustrasikan begitu jelas pada Pilihnaraya Umum ke XII 8 (PRU 12) Mac 2008 dimana UMNO dan BN kalah di 5 + 1 negeri dan gagal meletakan calon pilihan sebagai Menteri Besar di dua buah negeri. Di Johor, negeri dimana sokongan kepada UMNO/BN begitu utuh dan selama ini dianggap kubu kebal kerana hampir 500,00 dari 3.2 juta UMNO berdaftar disitu, menyaksikan  bagaimana 100,000 undi rosak dibuang, iaitu 1/3 dari jumlah undi rosak seluruh negara. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Namun begitu, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi mendabik dada begitu angkuh mengatakan “Kita menang besar dan mendapat majoriti mandat rakyat”. Ini mengakibatkan rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri mula menunjukan kebosanan kepada parti.

Semoga tindakan ‘keras’ sebilangan MT UMNO ini akan membawa perubahan yang akar umbi UMNO sendiri dambakan, jelas diketengahkan dalam siri sessi “Bertemu Pemimpin”, samada yang diusahakan peringkat Bahagian maupun Perhubungan Negeri semenjak realiti ‘tersentak’ pasca PRU 12.

Published in: on September 19, 2008 at 00:58  Comments (34)