MT UMNO desak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur?

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diberitakan media perdana sebagai akan membuat keputusan samada untuk bertanding mengekalkan jawatan pada pemilihan parti Disember ini atau tidak, selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini di Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

Laporan bernama.com:

18 September, 2008 20:11 PM

Sama Ada Bertanding Atau Tidak, Biar Saya Buat Keputusan – Abdullah

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan juga peralihan kuasa akan dibuat oleh beliau sendiri.

Perdana Menteri berkata sebarang perubahan kepada pelan peralihan kuasa itu akan beliau bincangkan dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebab mesyuarat (bahagian) belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, dan apa-apa tindakan yang akan saya buat sekali lagi ke, apa ke, itu terserah kepada sayalah.

“Saya akan cakap dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib, tak payah ulang-ulanglah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini.

Abdullah ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini yang dijadualkan pada Disember memandangkan persidangan Umno bahagian akan bermula 9 Okt ini.

Perdana Menteri turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam proses peralihan kuasa akan dibincangkan dengan Najib dan keputusan yang dibuat akan dibawa ke Majlis Tertinggi.

Abdullah juga berkata isu pelan peralihan kuasa itu tidak dijelaskan semula dalam mesyuarat MT hari ini.

“Saya tidak beri penjelasan semula. Saya hanya kata yang saya sedar, saya sentiasa mendengar, saya sedang memberi perhatian kepada apa yang berlaku mengenai situasi sekarang ini dalam parti.

“Apa-apa juga keputusan yang akan saya buat mengenai perkara ini akan saya bincang dulu dengan Datuk Seri Najib, kemudian keputusan itu akan dibawa untuk makluman Majlis Tertinggi,” katanya.

Semalam Abdullah dilapor berkata walaupun beliau dan Najib komited dengan pelan peralihan kuasa yang dirancang pada tahun 2010, pengunduran beliau mungkin berlaku lebih awal.

— BERNAMA

******************************************

Realitinya, ianya tidak sebagaimana dilaporkan. Menurut sumber sumber yang hadir dalam mesyuarat itu, sebilangan ahli MT UMNO meluahkan hasrat bagi mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengundurkan diri, setelah perkembangan senario politik tanahair dewasa ini. Mereka secara lantang menyuarakan pendapat untuk meletakan kepentingan UMNO dan politik orang Melayu, membatasi kepentingan pemimpin.

Isu ‘Peralihan Kuasa’ merupakan agenda yang paling hangat dihujahkan oleh ahli MT UMNO yang hadir. Sumber menyebut bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah didesak untuk meletakan jawatan sebelum mesyuarat Bahagian UMNO bermula 9 Oktober ini.

Dikhabarkan juga bahawa ahli MT UMNO yang selama ini pro-PM ‘Flip-Flop’ Abdullah hanya mengambil kedudukan mendiamkan diri kerana jelas kali ini, pendapat dan kedudukan mereka merupakan suara minoriti, dalam forum yang banyak kali disebut sebut sebagai menjadi “rubber stamp” kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

Berita yang belum disahkan lagi juga menyebut bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menitiskan air mata apabila dibidas secara terbuka oleh beberapa ahli MT UMNO, termasuk beberapa Menteri Kabinet sehinggakan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak masuk campur untuk menenangkan keadaan.

Desakan akar umbi UMNO keatas Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk mengundurkan diri dalam kadar seberapa segera makin menebal dan jelas. Masa untuk beberapa ahli MT UMNO menengahkan aspirasi akar umbi, yang mewakili sebilangan besar rakyat Malaysia merupakan langkah bijak untuk menentukan kesinambungan keyakinan dan sokongan rakyat Malaysia kepada UMNO dan BN berterusan, walaupun ketirisan keyakinan dan sokongan makin bertambah jelas kebelakangan ini.

Mesej jelas rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri, telah diillustrasikan begitu jelas pada Pilihnaraya Umum ke XII 8 (PRU 12) Mac 2008 dimana UMNO dan BN kalah di 5 + 1 negeri dan gagal meletakan calon pilihan sebagai Menteri Besar di dua buah negeri. Di Johor, negeri dimana sokongan kepada UMNO/BN begitu utuh dan selama ini dianggap kubu kebal kerana hampir 500,00 dari 3.2 juta UMNO berdaftar disitu, menyaksikan  bagaimana 100,000 undi rosak dibuang, iaitu 1/3 dari jumlah undi rosak seluruh negara. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku. Namun begitu, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih lagi mendabik dada begitu angkuh mengatakan “Kita menang besar dan mendapat majoriti mandat rakyat”. Ini mengakibatkan rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri mula menunjukan kebosanan kepada parti.

Semoga tindakan ‘keras’ sebilangan MT UMNO ini akan membawa perubahan yang akar umbi UMNO sendiri dambakan, jelas diketengahkan dalam siri sessi “Bertemu Pemimpin”, samada yang diusahakan peringkat Bahagian maupun Perhubungan Negeri semenjak realiti ‘tersentak’ pasca PRU 12.

Published in: on September 19, 2008 at 00:58  Comments (34)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/19/mt-umno-desak-pm-flip-flop-berundur/trackback/

RSS feed for comments on this post.

34 CommentsLeave a comment

  1. Pak Lah, Rakyat menangis kerana Pak lah tak mahu undur. Air mata kami lebih banyak menitis dari titisan air mata Pak lah. Kami tak seronok hidup di Malaysia kerana Pak Lah masih kekal, walaupun dikatakan tak seronok, kenapa kedudukan ini menjadi rebutan bukan kepalang seronoknya.

  2. Betul apa Komen Zubli cakap. Kebanyakan kami yang “small businessman” dah banyak menangis sehingga tak ada airmata disebabkan oleh Pak Lah , Menantu and Co.

    Contoh :Habis wakil proton Melayu lingkup disebabkan polisi kerajaan yang menindas Proton . Beratus agensi pelancongan Melayu tutup disebabkan polisi kerajaan menggalakkan penerbangan Air Asia yang kepunyaan “You know who” .
    Habis MAS Catering lingkup disebabkan “you know who ” punya brother jual maruah kepada katerer luar negara . Tak ada airport diseluruh dunia melantik orang luar sebagai caterer (macam mas tak boleh buat)

    …..dan macam macam lagi yang mana kalau Pak Lah menangis satu lautan South China Seas pun tak cukup menebus penindasan terhadap kami.

    PS: Kenapa duit kita jatuh berbandingkan US $ yang sanggat lemah dipasaran ????? HAIRAN.

  3. to zubli
    hear hear!!

  4. bro biggy,

    Is it tears of regret,humiliation or frustration,..heheh,..wat can I say,..jst doubted PLah so much wth his flip flopping decision b4 dis dat i doubt he is remorseful now..(,”)

    SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

    Dear CT,

    Most probably PM ‘Flip-Flop’ Abdullah is expected to make his announcement of retiring, within 3-4 weeks time. And obviously, DPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak will take over.

    Even if the handover is done post 20 December 2008 (after UMNO General Assembly ended), the manjority UMNO Divisions will back DPM Najib up for the nominations.

    It would be more difficult for Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah to get the necessary nominations, after Najib already been name successor with roll over date in the shortest time possible. UMNO had always adhered to the tradition of Deputy Presidents taking over from Presidents.

  5. Hidup Bangsa Melayu! Hidup UMNO!

  6. Dear Big Dog,
    Setelah banyak perkara rosak dan hampir hancur, baru nak menangis. Setelah masadepan anak cucu orang Melayu hampir2 terhakis, baru nak nangis, baru nak sedar. Tak payahlah. Ini manusia yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk menjaga kepentingan bangsa tetapi lebih mementingkan menantu, anak dan keluarga. Berbangga dengan keturunan ulama. Tak payaklah. Jangan beri muka. Ini pengkhianat bangsa Melayu. Walau airmata darah sekali mengalir tidak akan dapat pulih cemar yang telah dilakukan kepada bangsa.

  7. Dear Big Bro,

    Kasihan juga tengok Pak Lah dalam TV semalam, tetapi saya lebih kesihankan orang Melayu dan parti UMNO yang akan terkubur sekiranya Pak Lah tidak mengundurkan diri secepat yang mungkin.

    Salam.

  8. kalau benar baguslah…tetapi tekanan mesti diteruskan.manalah tahu berubah fikiran lepas ‘anak dan menantu babah’pulak menangis merayu!!

  9. ooo…tak dpt projek.
    Sah la yg ada dlm UMNO ni mmg yg menangguk. Dari ketua cawangan smp menteri. Rakyat muak dgn benda ni, tapi umno tak pernah mahu mengaku.
    Betul? hati kecil anda akan kata YA !!

  10. Kedegilan Pak Lah utk undurkan diri memalukan kita semua. Pak Lah bukan saja Perdana Menteri kpd seluruh negara tetapi juga pemimpin yang melambangkan orang Melayu. Jika pemimpin Melayu sudah tak ada malu, apakah pandangan orang lain terhadap Melayu?

    Jelas sekali majoriti paling besar rakyat negara terdiri dpd Melayu, China, India dsbnya tidak sokong Pak Lah sedikit pun. Doktor, petani, pegawai, peniaga, suri rumah, guru sekolah, penuntut semuanya sudah fed up dgn Pak Lah.

    Masih nak bertahan lagi sampai 9 Okt? Atau Disember? Sikit pun tak ada malu ke?

  11. pak lah cuma menangis untuk imitate chedet..dahulu, chedet menangis untuk umum perletakan jawatan nya, sekarang, pak lah menangis bila di desak turun..

    how could we even consider to elect a ‘man’ like this to run the country for good? this is no man, i reckon. he got no shame at all.

  12. Sdr Ahmad Albab,

    Anda mahu projek juga? heh heh…jangan marah. Gurau je di bulan puasa 🙂

  13. Cuba ‘penasihat-penasihat’Pak Lah bayangkan senario yg berikut:

    1. Tiada Bahagian yg akan mencalonkan Pak Lah utk presiden pada Oktober ini.

    2. Tetapi sebelum itu, 11 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya. Cuba bayangkan jika Ketua Bahagian, Menteri UMNO, Ahli Majlis Tertinggi semua boikot Rumah Terbuka Hari Raya Pak Lah yg makin menjelma ini.

    3. Saya cadangkan kita mulakan kempen utk memboikot Rumah Terbuka Pak Lah jika Pak Lah tidak berundur hari ini juga.

  14. Saya pun banyak menangis kerana Pak Lah hanya mendengar rakan beliau sahaja. Tetapi beliau lupa bila dia memberi laluan kepada rakan dan membelakangkan keputusan jawatankuasa maka beliau sebenarnya menzalimi hak orang yang dipilih berasaskan keupayaan. Pak Lah bila menangis sebenarnya mencerminkan tangisan lagi banyak hati dan perasaan orang di akar umbi.

  15. Ini hanya rumours dan belum tentu lagi kesahihannya. Spekulasi-spekulasi sebegini biasa terjadi di dalam dunia politik. Apa-apa pun boleh jadi.

  16. PM digesa berundur sebelum 9 Oktober, iaitu sebelum mesyuarat bahagian UMNO mula bersidang dan membuat pencalonan. Saya tidak fikir PM akan berhenti ketika itu, ini kerana dia masih banyak `tugas’ yang akan dilaksanakan. Inilah kata-kata beliau apabila ditanya tetapi rakyat sdar sehingga kini tida apa yang dilakukan. ERkonomi makin merosot, sementara Anwar Ibrahim semakin mendapat sokongan rakyat. Isyu beliau memperoleh sokongan daripada lebih 30 MP yang sedia melompat, dinafikan secara bodoh oleh PM. Sementara itu, pemimpin MT UMNO seharusnya keluar membuat kenyataan terbuka, meminta PM berhenti segera. Ini baru anak jantan. Kalau mereka menggesa Anwar mendedahkan senarai MP melompat, kenapa anda semua tidak mahu bangkit dalam satu barisan dan mengistiharkan `kami sudah tidak mahu Pak lah sebagai PM lagi. Adakan undi tidak opercaya dalam UMNO. Inilah cara bijak dan berani. Mungkin apabila Pak Lah meletak jawatan, strategi Anwar akan hancur. Apa anda tidak nampak ini semua?

  17. Question. Is Najib the answer or part of the problem since he is (was) Pak Lah’s tag team? This is a difficult question for me. I still think UMNO would be better off starting “fresh” with Ku Li and Muhyiddin.

  18. Orang tua dollah ni dah nak sampai tahap bangsat! dah tak ambil peduli apa orang lain nak kata. Ada ke orang yang tak malu macam ni ujud??

  19. salam semua…
    xnk cakap banyak…
    lu pk la sendirik…

    nantikan kedatangan pakatan rakyat menawan putrajaya insyaallah…

  20. menangis minta simpati ke? memang lah saya jatuh kasihan. tetapi bila di fikirkan balik betapa banyaknya kerosakan hasil tangan abdullah, simpati itu bertukar menjadi benci.
    saya bukanlah cucu ulamak ke apa. tetapi saya dibesarkan di dalam keluarga yang kurang berada. jadi saya tahu betapa teruknya berada di dalam ekonomi zaman abdullah. jadi, janganlah beli airmatanya. ramai lagi orang di luar sana yang menangis tetapi dia buat bodoh je.

  21. Biarlah dia bertanding, supaya bahagian2 boleh memilih pemimpin yang sesuai. Baik Najib atau Muhyiddin atau Tengku Razaleigh. Ini, Muhyiddin dan Tengku Razaleigh yg penat berjuang, Najib yang untung.

  22. http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/09/19/teresa-released-paklah-should-reconsider-his-premiership/

    To Pak Lah, lets face this gentlemenly. If they say that they have those name with them, why should Pak Lah refuses to entertain the call? Infact, constitutionally speaking, Pak Lah should reconvene parliament since there are satisfactory needs to do so. However, the power is vested in the Prime Minister’s hand and nobody shall question about it. We just wait and see.

  23. http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/09/19/teresa-released-paklah-should-reconsider-his-premiership/

    Teresa has been released by the police. After 7 days on without trial detention, she finally made herself out from the locked down. I am sure the police has no cause of action to continue the detention as to whether they are lacked of evidence or perhaps thinking of the unrest citizens that may come against them, and could derive the country to chaos.

    I suppose this detention will atleast make the people understand on the restriction of the freedom of speech and expression that bestowed in the constitution, as a warning to others that we must avoid ourselves from discussing sensitives issues where our racial interest are concerned. Therefore, we must behave ourselves and stop making racist statement in the future. Whilst the poeple are questioning about the racist remark made by Datuk Ahmad Ismail, I also suggest the police to arrest this man under the ISA too before furthering the investigation and to decide later whether he should be made liable for not upon his racist statement.

    People, couldn’t we be more generous and have some respect to others? For God sake, stop discussing sensitive issues! Without knowing your political or religion background, we should stop discussing sensitives issue by all cost. Can’t we continue our routine and make peace with other people from different background? Have you heard the song Laskar Cinta by Dewa 19? you should make yourself available to listen to this song. Hear the lyrics. I qoute one line from the song;

    Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
    dan menjadi suku suku bangsa..
    yang pasti berbeda
    bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
    Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata..

    Sometimes we look artistes as a group of people which influence bad things to our teenagers. We usually have this kind of negative perception towards them. But atleast they are not that bad if we were to compare them with politicians. Open our eyes, people.

  24. Kita hanya mampu menunggu saat itu. Tapi buat masa ini Pak Lah mungkin ingin memastikan penggantinya mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut. Jangan kan kerana terlalu cepat ingin berundur, yang menggantinya tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik atau pun belum betul2 bersedia.

  25. “Sama Ada Bertanding Atau Tidak, Biar Saya Buat Keputusan” – Abdullah. Saya rasa secara peribadi Pak Lah mungkin nak berundur. Dia sedar yang dia dah jadi tak berguna. Tapi orang keliling dia yang menghalang dia dari berundur terutama keluarga dia sendiri- faham2 lah sebab ape. Mereka inilah yang buat keputusan untuk Pak Lah. Pak Lah sendiri tak tau apa dia nak buat.

  26. Syukur Alhamdulliah, I trust the news you brought out, bro will be truth in the nest few days to come. Finally in this Holy and Blessed month, the prayers of the Silent Majority and UMNO grassroots for an effective change in the top leadership will be answered. Albeit the international financial mayhem, I believe a new leadership will be able to best handle our economy; with PM making his way out, I can already sense more confidence in the air. The international financial scenario is expected to be very harsh to this country and confidence in the leadership is the first critical issue to be contained and insha’allah the rest will soon follow.

  27. Salam Bro Biggy,

    I guess Najib will not make the heavy baggage carried by UMNO become lighter. The tunes of hatred and alleged scandals will be continously blown by opposition.

    Furthermore, Najib will be an easy target for Anwar, from PD case, Mongolia to Najib’s wife, and believe me Anwar will be more menacing when Najib leads the country. It has now become personal.

    Let the chance be given to the combined forces (got it from JMD) of Ku Li, Muhyidin plus handful of trusted men (definitely not Mike Tyson). If this happens, Anwar will be sent to shiver in fear.

    Wassalam.

  28. Hello Bro!
    This is what i’ve posted in my blog http://raktamrittika.wordpress.com/ regarding this particular issue:

    APALAH KORANG NI PUN.. TAKDE KERJA LAIN KE? YANG KORANG PI “KEJUT”KAN ORANG TUA TU DARI “LENA” DIA SEBAB APA? TENGOK..ALIH2 DIA DAH “MELATAH”.. DIBERINYA 2ND BOSS JAGA “FINANCE”, DIA JAGA “DEFENCE”!! LA NI DIA DAH ADA “PERTAHANAN” DARIPADA GANGGUAN DAN PENGACAU2 YANG NAK KEJUTKAN DIA DARI TIDURNYA YANG ASYIK-MASYUK DIBUAI JIN (BACA:JEANNE). DAH TU GATAI LAGI NAK TANYA DIA NAK PERTAHAN JAWATAN DIA KA TIDAK?! MANGKUK KA APA KORANG NI? “DEFENCE”.. TAK PAHAM LAGI? MAKSUDNYA… “TOBAT AKU AKAN PERTAHANKAN JAWATAN KERAMAT NI DENGAN SEGALA PERTAHANAN YANG ADA”. BLURRR LA KORANG NI (WARTAWAN).

    Peace!!

  29. This article revealed Dr Mahathir’s breathtaking hypocrisy. He lamented that race relations were deteriorating under Abdullah Badawi without even considering that it is the culture of Umno, which he himself engendered, which is responsible for Umno’s racist and bigoted actions.

    Racial division in Malaysia today emanates from one source only and that is – Umno.

    Surely it was the fact that people of different races and religions were willing to unite which resulted in the unprecedented gains for the Opposition in the Mar 8 elections. In fact, the races have never been more united in Malaysian history.

    Yes, there is a long way to go, but there has been a palpable sea of change. Race relations only apparently “deteriorate” when Umno instigates it using the media, religious government authorities and the police. The recent ISA arrests of 3 individuals under the pretext of national security and race relations were utterly disingenuous and could only be described as a synthetic charade.

    When Dr Mahathir took over power, he emphasised Ketuanan Melayu. Racial division became the modus operandi of BN during his tenure. It was Dr Mahathir who in fact gloated that Umno could rule Malaysia without non-Malay support. So much for promoting racial harmony and Bangsa Malaysia.

    Dr Mahathir inculcated the idea that non-Malays must accept the discrimination in the country if they wanted to prosper and live peacefully.

    He rewrote Malaysian history, selectively applied the 1957 constitution and encouraged a racist agenda in the civil service reinforced by institutions such as Biro Tatanegara. Nevermind if the majority of the Umno bigwigs were not pure Malay, as long as they claimed to be Malay and were recognised as such, they could be leaders.

    It explains why Dr Mahathir, whose Indian ancestors came to Malaysia little over 100 years ago, could volubly claim to be ‘indigenous’ but yet consider Baba Chinese in Melaka who have been here for almost 600 years as “orang asing”.

    This is ‘Mahathirism’ in short – a Machiavellian ploy to exploit race and religion for financial gain and power. Dr Mahathir is shameless in his duplicity and the only reason why he was able to succeed was because he was a leader of a feudally minded people who were economically and educationally backward. His Machiavellian psychological ploy was to engender a tongkat mentality in the Malay community to make them loyal to Umno.

    Dr Mahathir was able to bring about a semblance of unity and economic progress during his tenure due to his dictatorial grip on all institutions of governance.

    He was willing to share the wealth with the leaders of BN component parties as long as they acquiesced to his Ketuanan Melayu stipulation. It is no surprise that MCA and MIC leaders became immensely rich but had to sell out their communities as part of the deal.

    It was only a matter of time that we would see Mahathirism unravel because it was based on a lie and was becoming economically, socially and politically untenable. Anwar Ibrahim’s sacking was a symptom of this. This led to the haemorrhage of support from Umno to PAS and PKR.

    In order the stem the loss, Dr Mahathir, the arch secularist in a cynical and unconstitutional manner, declared Malaysia an ‘Islamic state’ to steal the thunder, as it were, from PAS. This further divided Malaysian communities as there was now a rivalry between PAS and Umno for Islamic credentials leaving non-Muslims confounded and alienated.

    Badawi’s team saw this as an opportunity to wrest power from Dr Mahathir and seduced the rakyat with promises to end Mahathrism i.e. crony politics, police corruption, judicial corruption and religious and racial polarisation.

    The gullible rakyat responded by giving BN and Umno an unprecedented level of support in the 2004 elections. However, Abdullah squandered this opportunity to reform governance in Malaysia by reneging on his promises.

    The overwhelming support seemed to make Umno even more arrogant to the extent that it actually put into practise the notion that it did not need other parties or communities to rule. This explains the arrogant and politically naive rhetoric by Khairy Jamaluddin about Penang needing a Malay chief minister, the brandishing of the keris by Hishamuddin Hussein at the Umno general assembly, the demolition of a Chinese temple in Penang and the escalation in Hindu temple demolitions.

    We recall that at the Umno conference which was held on Deepavali day, a delegate had the audacity to say that the temple issue was a ‘small matter’. Khairy then went on to make his infamous speech about Indian news vendors “who controlled the business” not distributing his father-in-law’s speech because they chose to go on holiday. This was just the tip of the iceberg of a cumulative set of events from 2004 till now which have left Malaysians feeling bitterly short-changed and cheated by Abdullah.

    I personally believe that Umno is not capable of reform under Abdullah, a man who has never been known to stand for anything other than being a ‘Mr Nice Guy’. His promises for reform were at best well intentioned. The landslide win in 2004 made Umno think that they already had a winning formula and so why rock the boat and change?

    Well, Mar 8 saw the rakyat waking up and bringing about change which they had been yearning for. The multiracial opposition smashed the psychological two-thirds majority of BN without any violent racial conflagration as a consequence.

    It was a cathartic event for all Malaysians. It demolished the self -serving Mahathir mantra that a two-thirds majority was required for political stability. In fact, people began for the first time to see BN majority rule as a liability.

    Umno does not appear to have learnt anything . It still behaves like a “one man show” when it cannot afford to do so. MIC and MCA are lame duck parties which are incresingly seeing the wisdom of distancing themselves from Abdullah’s Umno, which arrogantly pushed them aside when they won with a landslide in 2004.

    Umno is now riddled with hopeless division and scrambling for power that it does not seem to realise that it is weak and needs to build up multi- racial support, otherwise it is as good as dead in the long run.

    The current irrational actions by Umno to arrest people under ISA under bogus excuses betrays a pathetic mindset which sees the Malays as tools to be manipulated for Umno’s own self-serving ends.

    Malays know that it was an Umno warlord who uttered racist comments against the Chinese, yet the journalist who reported it was arrested.

    Malays now know that Khir Toyo’s allegations were the pretext for Teresa Kok’s ISA incarceration. The mosque in question has categorically said that Teresa was not involved in the azan petition and that the low volume of the azan was due to a technical fault.

    Malays know from reading Raja Petra’s blog that he has always stood for justice and Islamic values. The arrests have further undermined Abdullah. It would appear that Abdullah’s administration is in complete disarray and this is in no small way is due to his utter incompetence.

    To be fair to Abdullah, he inherited the rot which Dr Mahathir had set in motion. I would go as far as to say that Dr Mahathir is to be blamed for all the nonsense we are witnessing now. Abdullah’s fault lies in his inability to reform Mahathirism.

    Malaysia and Umno needs Mahathir now like the proverbial hole in the head.

    On the contrary. This analysis is completely skewed, factually wrong and weak interpretation.

    UMNO had always practiced ‘concession and unity’, since the beginning of democratic processes in Malaya. In the 1955 elections, UMNO willing to give away 17 seats or more than 35% to non Malay candidates when ONLY 20% of them are legible to vote.

    ‘Ketuanan Melayu’ NEVER ( We repeat, NEVER!) coined, incepted, agreed, promoted or adopted by Tun Dr. Mahathir Mohamad. Infact, he utterly disbelieve and disagree with the idea and notion, completely. So how he emphasised on something he don’t agree?

    Tun Dr. Mahathir did not rewrite history. That is history as how it happened. People like Raja Petra, Dr. Kua Kia Soong, Dr. Mavis Puthucheary are the ones who actually tried to rewrite history with the wrong facts, interpretations and skewed analysis. These people’s attempted act of screwing how history has been interpreted should be construed as ‘anarchism’.

    The non Malays made themselves “orang asing” and be treated as “kaum pendatang”. As minority who migrated, they refused to assimilate themselves to local customs and practices, use local language as the medium of communications etc, as practiced by other migrant communities in the rest of the world. Vernacular schools is actually the root of all the division amongst the race and religious relations amongst all the ethnic groups; time and again something the non Malays vehemently denied to admit!

    What justice and values has Raja Petra stood for, when incomes to the realism of his analysis?

    It is unfair for us to comment on someone else, not related to this article. However, since this commentary drew the discussion to that, we shall digress from the essence of the original article.

    His Islamic interpretations somewhat of an orientalist in nature, only acceptable by non Muslims. What justice idealism for someone like that who failed to respect, let alone adhere to any ruling what so ever, be it enacted by the democratic process, be of any value to anyone remotely level headed? His “law of the jungle” mentality in someway promoted anarchism, via intelectual discourse.

    What is happening now is nothing anyone inherited. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah weak leadership and policies, allowed issues usually contained exploded into mega maniacal proportions. Instead of correcting what was the right thing to do (when it comes to limitations which warranted the interests of the majority to be addresses first is pertinent, to maintain overall stability and mid term balance), PM ‘Flip-Flop’ Abdullah chose to go to territories he himself unable to deal with.

    Maturity and civility in talking about sensitive issues should be done when everyone is ready to talk about them, in the more relaxed fashion. All the ingredients and elements must be presented when everyone is ready and the situation is very conducive. Antagonising the majority, by hiding behind the blanket of “intellectual discourse”, will never work. Otherwise, some ‘cheeky fellows’ will always be martyred for something done at the wrong place, wrong time, for all the wrong reasons and we might come to a dark alley we will be unable to get out from.

    That is a recipe for destruction.

  30. […] MT UMNO desak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berundur? […]

  31. Paklah Ibarat pacat dibadan….makin ditarik semakin kuat lah dia menyedut darah dibadan.Bila dan genuk kenyang barulah dia akan jatuh ketanah dengan sendiri

  32. […] for the now precarious presidential candidate. The last UMNO Supreme Council meeting saw how UMNO leaders hit against PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and strongly ask him to go. Then there is so much talk along the grapevine about Najib will be […]

  33. […] is happening in relations to the plan.Other blog reports:Badawi … asked to leave by Apanama; MT Umno desak PM "flip-flop" Abdullah berundur oleh Big Dog; Pak Lah gets Oct 9 deadline to quit by Ashraf Abdullahpic courtesy of Agenda […]

  34. […] – MT UMNO desak PM FLIP-FLOP Abdullah BERUNDUR […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: