Bahagian UMNO sedia calonkan Najib dan Muhyiddin

Kehangatan akar umbi UMNO mahukan dan berani untuk berubah sudah menunjukan tanda tanda positif dan progressif. Perubahan yang rakyat dan begitu ramai akar umbi UMNO dambakan makin nyata kebelakangan ini. Apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis 18 September 2008 merupakan hasrat sebenar sanubari majoriti akar umbi.

Semenjak dua tahun kebelakangan ini, rata rata rakyat mula merasa gusar dan tidak selesa dengan beberapa keputusan dan dasar Kerajaan. Sikap pemimpin Kerajaan dan kemampuan mengekalkan ‘kuasa’ dan ‘ketertiban’ dalam mengawal ‘hormat’ masyarakat kepada pentadbiran mula tiris. Segelintir golongan minoriti sengaja dibiarkan untuk melakukan provokasi, sehinggakan ada yang rasa ‘tercalar’. Namun tiada tindakan diambil. Kemuncak rasa tidak puas hati ini ialah pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 yang menyaksikan UMNO/BN kalah di 5 + 1 negeri dan gagal meletakan Menteri Besar dipilih didua buah negeri. Namun begitu, Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih dengan angkuh mendabik dada mengatakan “Kita memang besar. Kita mendapat mandat majoriti rakyat!”.

Gerakan ahli UMNO peringkat Bahagian sudah bermula. Hari ini, begitu ramai pemimpin Bahagian UMNO secara terbuka dan bersahaja mengesahkan kesediaan mereka menamakan Timbalan Presiden TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai calon Presiden dan Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin sebagai calon Timbalan Presiden.

Ini jelas dalam majlis majlis UMNO kebelakangan ini. Majlis buka puasa Timbalan Perdana Menteri pada 16 September 2008 menyaksikan sejumlah Ketua Bahagian UMNO yang dahulunya amat pro-PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikekalkan sebagai Presiden, kerana menjaga “kepentingan, maruah dan nama baik parti”, kini sanggup bercakap secara terbuka untuk mengambil tindakan sebaliknya.

Pemimpin pemimpin UMNO peringkat MT dan Bahagian mula bertemu sesama sendiri bagi membincangkan mengenai strategi pencalonan pemimpin dijawatan kedua tertinggi parti yang mempunyai 3.2 juta ahli itu. Mereka tidak lagi menunjukan ‘kewaspadaan’ untuk mengambil tindakan yang dilihat Kepimpinan sebagai ‘pengkhianatan’. Malah, dibibit mulut pemimpin menengah UMNO ini kini bercakap soal keperluan untuk berani melakukan perubahan.

Hari ini, semasa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah hadir di Johor, perkara yang sama masih lagi diperbincangkan tatkala pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan berkumpul dalam majlis seperti di kediaman rasmi MB Johor, Saujana.

Adalah wajar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengumumkan persaraan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh tiga minggu ini sebelum mesyuarat Bahagian UMNO pertama bermula pada 9 Oktober 2008 dan TPM Najib mula mendapat pencalonan. Setidak tidaknya, maruah sebagai pemimpin yang diaibkan akar umbi parti sendiri apabila tidak dicalonkan boleh dielakan.

Published in: on September 21, 2008 at 23:54  Comments (12)