Muhyiddin ‘berseorangan’ diatas, namun mewakili aspirasi akar umbi

“Saya berseorangan dalam Perjuangan ini!” tegas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin kepada UMNO Pagoh baru baru, apabila menjelaskan kedudukan beliau ‘menentang arus’. Naib Presiden UMNO paling veteran dalam perkhidmatan hari ini itu, begitu konsisten dalam kritikan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat sedang membawa UMNO kepada kehancuran.

Beberapa dasar dan keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juga dibidas Muhyiddin dalam majlis samada terbuka atau tertutup, atas platform UMNO atau NGO. Ini merupakan sifat ‘Kepimpinan’ yang begitu ramai akar umbi dambakan, kerana kelemahan ‘Kepimpinan’ PM ‘Flip-Flop’ Abdullah yang mengakibatkan akar umbi UMNO sendiri mula merasa bosan, gusar dan tidak sabar.

Beliau merupakan antara pemimpin UMNO yang paling lantang menyuarakan menentang sistem kuota yang beliau secara peribadi menganggap sebagai “Menghalang proses demokrasi”.

“Biarlah siapa nak bertanding diberikan peluang. Biar ahli UMNO yang tentukan kesesuaian seseorang calon itu”, menjelaskan kedudukan beliau. “UMNO ialah parti akar umbi”.

Muhyiddin sebenarnya begitu konsisten dengan gesaan ini. Semasa menjadi Pengerusi Keahlian UMNO, beliau pernah membentangkan kepada Presiden UMNO ketika itu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengenai cadangan menghapuskan sistem kuota, apabila UMNO dilihat sebagai tidak popular semasa pasca Pilihanraya Umum ke X November 1999 dan kebangkitan gerakan ‘Reformasi’.

Namun begitu, Muhyiddin tidaklah berseorangan dalam Perjuangan membetulkan dan meletakan UMNO kelandasan yang betul. Beliau merupakan nama yang disebut sebut menjadi pilihan utama Bahagian UMNO sebagai calon Timbalan Presiden pada pemilihan parti 18 Disember 2008. Antara nama nama yang popular untuk calon Presiden ialah TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan MP Gua Musang Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah.

Kebarangkalian kedua dua calon ini mendapat pencalonan Bahagian UMNO kejawatan Presiden adalah lebih baik dari PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Tidak kira siapa antara dua ini menjadi calon Presiden UMNO, Muhyiddin tetap menjadi pilihan popular yang bermain dibibir pemimpin UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian.

Setakat ini, 20 Bahagian dari Johor, 20 Bahagian dari Sabah dan 18 Bahagian dari Perak disebut sebut bersedia mencalonkan Muhyiddin kejawatan Timbalan Presiden. Begitu juga kesemua 3 Bahagian di Perlis. Yang lebih menarik lagi, setakat ini dianggarkan 142 Bahagian UMNO dari 191 yang sedia menamakan Muhyiddin sebagai calon Timbalan Presiden. Sekiranya 30% jumlah ini boleh didiskaun, maka masih ada kekal 100, satu jumlah yang amat selesa bagi seseorang calon bertanding.

Analisa pemerhati politik, kebarangkalian TPM Najib dicalonkan sebagai Presiden UMNO adalah lebih baik dari Tengku Razaleigh. Ini kerana pencalonan Najib merupakan mengekalkan tradisi UMNO seorang Timbalan Presiden akan mengantikan Presiden dan berbanding dengan Tengku Razaleigh, Najib merupakan anggota pentadbiran yang berterusan semenjak 1978.

Jika benar anggaran ini, maka lebih baik bagi Presiden ‘Flip-Flop’ Abdullah mengundurkan diri secara terhormat sebelum proses mesyuarat agung tahunan dan pemilihan peringkat Bahagian UMNO bermula 9 Oktober 2008. Ini dilihat sebagai cara menyelamatkan ‘maruah’ Kepimpinan parti nasionalis paling utama negara. Sumber terdekat juga menyebut bahawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sedang menimbangkan secara serious “mesej akar umbi” ini.

Ini semua merupakan aspirasi akar umbi yang mahukan pembaharuan dalam Kepimpinan UMNO. Populariti Muhyiddin, yang dilihat sebagai ‘berani berubah’, akan menjadi sokongan agar TPM Najib mengorak langkah secara terbuka, tatkala menerima ‘tekanan’. Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi tetap dengan pendirian memberikan sokongan kepada Tengku Razaleigh sebagai calon Presiden, semenjak pertemuan di Cyberjaya 16 hari lepas. Ramai penganalisa melihat ‘tekanan’ yang diberikan Tun Dr. Mahathir merupakan pemangkin bagi menentukan TPM Najib ‘berani berubah’ dan membawa aspirasi akar umbi.

Semoga Perwakilan Cawangan ke Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian UMNO bermula 9 Oktober ini ‘berani berubah’, demi kepentingan orang Melayu.

Published in: on September 23, 2008 at 01:33  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/23/muhyiddin-berseorangan-diatas-tetapi-mewakili-aspirasi-akar-umbi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. Persoalannya, kenapakah Najib seolah-olah macam kera kena belacan, sekejap nak serah kepada akar umbi sekejap hendak turut peralihan kuasa? Adakah Najib tidak senang dengan Muhyiddin sebagai Timbalannya dan jika beliau tidak pertahankan peralihan kuasa beliau dan Muhyiddin akan di calonkan satu dan dua? Sebaliknya, jika peralihan kuasa berlaku 2010 beliau berhak untuk memilih sesiapa sahaja diantara 3 naib presiden tidak semestinya Muhyiddin.

    Mana dia gerakan yang di maksudkan oleh Tan Sri Sanusi untuk habis2an berkempen untuk Tengku Razaliegh? Adakah Tun masih musykil dan tidak ikhlas terhadap Tengku Razaleigh? Masih nakkan Najib lagi?

    Masalahnya, we all know that PakLah needs to be replaced, but we all bitch around 2 people who should replace him instead of focussing on one ready, able and willing candidate from day one, Tengku Razaleigh.

    Semenjak TPM Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan bahawa beliau menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan calon Kepimpinan pada pemilihan parti PAU 16-20 Dis 2008, beliau tidak pernah membelakangi keputusan ini.

    Masalah sebenarnya, media yang diputar belitkan (spin) seperti NST (dikawal Riong Kali) dan Malaysian Insider (yang dikaitkan kepada Brenden Perreira) yang memaparkan seolah olah Najib masih bersetuju dengan Plan ‘Peralihan Kuasa’ sebagaimana yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah umumkan pada 10 Julai 2008.

  2. My memory is a bit hazy, but can someone please explain why didn’t Tun appoint Najib as his successor from the beginning? Why did he end up choosing the Flip Flopper?

    Could it be that Tun had no faith in Najib?

    1. Tun Dr. Mahathir thought Najib Razak was too young as compared to Pak Lah (back in 1999), when Najib is only 46 years old compared to Pak Lah, then 60 years old.

    2. Tun Dr. Mahathir also thought because of Pak Lah’s age, he’d leave after 1 or 1 1/2 terms in favour of Najib

    3. Tun Dr. Mahathir saw Pak Lah as “Mr Clean” son-of-Ulama’ persona and this would do good in the wake of anti Government sentiments (January 1999).

  3. There you go.
    When there is a clear decision on Najib and from Najib
    then you can talk of taking down Abdullah.

    Yo, bigdog! Are you for Najib as President?

  4. Pah Lah’s camp are busy scouting for support all over the country.

  5. How’s the Mongolia C4 case? Who is the fall guy? Justice must be serve, Justice must be SEEN TO BE SERVE!!!

    Get our GDP up, inflation down, fuel price down as well as generate economic interest to everybody.

    If not, then ever hope the 5 state government would revert back to BN….maybe it is better that way. 1/2 1/2 so we have competition.

  6. dude, your reply to gamal needs more of scrutiny than a magnifying glass.

    Salaam Ramadhan and Salaam Aidil-Fitri
    Maaf zahir-batin.

    Save driving all.

  7. kampong boy

    TDM memilih AAB sebagai penganti adalah atas sebab muslihat politik pasca PRU 1999. Keputusan PRU 1999 memberi gambaran bahawa sekiranya TDM terus memimpin UMNO(baru) dalam PRU 2004, kemungkinan BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Tsunami mac 2008 mungkin akan berlaku lebih awal lagi iaitu dalam PRU 2004. Atas sebab ini juga TDM meletak jawatan dalam tahun 2003 dulu.

    JIka NTR dipilih instead of AAB, keputusan PRU 2004 juga tidak akan berubah kerana rakyat melihat NTR adalah proxy peribadi TDM dalam PRU 2004.

    Tindakan TDM melantik AAB sebagai penganti boleh disifatkan sebagai satu political brilliant move dalam usaha untuk menyekat kemaraan pembangkang dalam PRU 2004. Imej Mr Clean AAB telah berjaya memukau hati pengundi dalam PRU tersebut dan memberi kemenangan yang terbaik dalam sejarah.

    Pada saya tindakan TDM melantik AAB sebagai penganti menjelang PRU 2004 adalah satu keputusan terdesak memandasngkan pembangkang sedang naik atas isu pemecatan DSAI. Being human yang penuh drengan kelemahan, saya percaya TDM tidak menjangka AAB apabila diberikuasa tiba-tiba turn his back on TDM.

    Another brilliant move yang dibuat TDM sebelum ini adalah membawa UMNO(baru) masuk ke sabah setelah PRU 1990 dimana by a troke of luck, TDM berjaya avoid tsunami. Dari keputusan PRU 1990 dimana undi melayu telah berpecah dengan ketara, TDM mungkin berfikir UMNO(baru) dimasa hadapan tidak akan selamat dimasa hadapan sekiranya hanya bergantung kepada undi orang melayu di semenanjung.

    TDM membawa masuk UMNO ke sabah dan menjadikan Sabah sebagai king maker dalam pilihanraya umum dan juga pemilihan dalam UMNO(baru). Tapi saya percaya dia tidak menjangka King maker yang diciptanya akan membawa masaalah kepada UMNO(baru) pasca PRU 2008.

    bat8

  8. ini ialah “reality check” buat Najib bahawa yang lantang menentang peralihan kuasa 2010 ialah yang akan mendapat pencalonan lebih dari grassroots Umno yg jelas mahukan reformasi kepimpinan.Umno is beyond saving under AAB.time is so short for najib..

  9. Bigdog

    saya selaku penyokong kuat parti amat mengalu-alukan kesediaan TSMY untuk menawarkan diri bertanding Timbalan Ketua UMNO. Dan saya akan pastikan nama beliau akan berkumandang dibahagian saya.

    Tetapi tentang Najib ni, saya kurang setuju beliau bertanding apa pun jawatan. ini bukan soal tradisi, tetapi demi survival UMNO dan bangsa Melayu. Dikaca mata grass root Najib adalah pemimpin UMNO yang kontroversi, liabaliti kepada UMNO.

    Kumpulan yang suka DS Najib bertanding jawatan Presiden adalah pertama pihak pembangkang. Pemimpin yang kontroversi seperti Najib ini mudah untuk dieksploitasi oleh puak pembangkang, maka akan ditelanjang bogelkanlah Najib akan segala skandal. Jika ini berlaku sekalai lagi kita tidak boleh menumpukan usaha untuk memperkasakan parti.

    Kumpulan kedua adalah terdiri daripada golongan opportunis, golongan yang berkepentingan dan kroni-kroni Najib, tidak kira mereka ini ketua bahagian @ ahli2 MKT

    Oleh itu saya mempunyai minat yang mendalam jika Tengku Razaleigh menawarkan diri bertanding Ketua UMNO S

  10. […] Muhyiddin ‘berseorangan’ diatas, namun mewakili aspirasi akar umbi […]

  11. Bigdog,

    Maklumat yang saya dapat di Kedah hanya 2 Bahagian yang akan mencalonkan PM FLIP FLOP,Bahagian itu ialah Kubang Pasu (JO 5 JUTA)dan Padang Terap(Mantan MB Kedah yang tewas pada Pas)itu pun ada maklumat akar umbi sedang memberontak dan akan mencalonkan samada KU LI/MAHYUDDIN atau NAJIB/MAHYUDDIN.

    Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah DET KHALID dah tak ada control lagi keatas Bahagian Bahagian,kalau Najib tiup lagi sekali ribut Tsunami, DET KHALID akan lari lintang pukang tinggal Pak Lah terkonteng konteng.I’ll be monitoring the Bahagian meeting and get you informed.

    Sir,

    Thanks. Please let us know as we will keep watch on the movements on the Bahagian nominations, to give a fair view on what to expect by 18 December.

  12. Kalau Najib jadi PM-
    1. Akan jadi bahan pembangkang.
    2. Akan dihurung oleh kroni-kroni dia yang kelaparan.
    3. Kes Altantuya.
    4. Kes komisen sukhoi dan kapal selam.
    5. Kes bini dia dan PLKN.
    6. Kes ‘womaniser’
    7. Dan lain-lain kes yang mungkin akan timbul!

    Lebih baik bagi Ku Li saja yang jadi PM-
    1. Ku Li dah cukup tua, paling lama pun 2 penggal.
    2. Ku Li cukup pengalaman politik dan ekonomi.
    3. Ku Li dah cukup kaya, tak perlu buat duit lagi.
    4. Ku Li tak ada anak yang nak jadi penasihat dan
    perabih harta negara!
    5. Ku Li ada cukup sokongan akar umbi.
    6. Ku Li mampu memperbetulkan UMNO!
    7. Ku Li dah cukup masak dengan tendang terajang
    politik kerajaan dan pembangkang!

    UNDI KU LI JADI PM aje lahh, settle masaalah UMNO!

  13. Big Dog,

    Masalah-masalah seperti yang diutarakan oleh beberapa “commentors” sebelum kami membangkitkan persoalan yang cukup menarik.

    Dalam kesungguhan menjatuhkan Pak Lah (yang mana rata-rata tiada siapa di sini yang menolak), adakah UMNO sanggup menabalkan seorang pemimpin yang penuh dengan kontroversi (baik dari segi korupsi, perempuan dan ketamakan) dan berpasangan seorang wanita yang dikenali sebagai “gila kuasa”?

    Itu adalah satu risiko yang harus dipertimbangkan. Rasanya pihak Bahagian sudah berani menentang Presiden, tapi adakah mereka cukup berani untuk “overhaul” seluruh kepimpinan dan buang yang tidak memenuhi kriteria kepimpinan sebenar yang boleh memartabatkan bangsa,agama dan negara?

    Sokong Ku Li/Muhyiddin buat masa ini, dengan harapan Muhyiddin mengambil alih jawatan penggal depan?

    http://www.suaradu.com

  14. BigDog,

    Saya percaya Tengku Razaleigh Hamzah benar2 berhasrat untuk menyelamatkan masa depan UMNO. Beliau pun telah berkata beliau hanya ingin memegang jawatan itu selama sepenggal sahaja untuk membuat perubahan dan memulangkan kuasa parti di dalam pemerintahan dan kepada akar umbi.

    Di antara perkara2 yang ingin di ubah adalah menghapuskan kuota untuk bertanding jawatan tinggi dan kesemua ahli2 UMNO memilih penjawat2 dalam parti berbanding dengan para perwakilan yang sedikit jumlahnya. Selain dari itu, para calon wakil rakyat juga akan di pilih oleh akar umbi secara undi dahulu berbanding sekarang di mana ianya di pilih oleh PM, dan TPM sahaja. Macam di PRU yg lepas, nama yang bukan2 dicalonkan menyebabkan jentera UMNO sendiri menolaknya dan mengundi pembangkang.

    Yang paling saya suka adalah cadangannya untuk menekan kepada para wakil rakyat dan jemaah menteri bahawa peranan Isteri2 mereka hanyalah di masa kenduri-kendari atau kematian di kampong dan bukan setaraf dengan suami mereka hendak berlagak macam VVIP. Mereka semua harus belajar dari suami Tan Sri Rafidah dan suami Sharizat bagaimana hendak menjadi the insignificant half.

    Dari itu, Tengku Razaleighlah yang paling layak untuk menjadi calon Presiden.

    Jika Pak Lah ada KJ, Kamal yang memerintah, kita tidak mahu Najib meng-subcontractkan kuasanya kepada isterinya atau anak-anaknya yg sudah pun dewasa mahupun adiknya di CIMB. Cukuplah kerajaan anak beranak yang sedia ada ini. Takut takut lepas ini Najib jadi PM, isterinya TPM, Sepupunya TPM2, adiknya Menteri Kewangan, lagi teruk dari yang ada ini.

    Tengku Razaleigh Hamzah tidak mempunyai anak, tidak mempunyai menantu dan tidak mempunyai isteri yang mahu menjadi lebih vip dari suaminya di majlis2.

    Sokonglah Tengku Razaleigh untuk mengubati penyakit yang sedang mengular di dalam UMNO hari ini.

    Only for one term.

    Wasallam.

  15. Salam…Jelaslah pak Lah tak disenangi oleh orang utara kecuali JO dan Mahadet Khaled…Depa inilah yang mengubah perpepsi UMNO Kedah sehingga orang ramai tak berminat untuk joint UMNO…lebih baik bersama PAS …kedua dua orang inilah yang telah merosakkan Dr Mahthir dan pengaruhnya…Apa yang ada di kubang Pasu sekiranya Che Det tiada…Untuk itu kedua dua orang ini rasanya tak sesuai bercakap bagi pehak Kedah…orang ramai lagi tak suka…itulah hakikatnya…

    Eloklah bagi tengku Razalegh jadi PM MUhyiddin jadi Timbalan…rasanya Penyokong UMNO akan berubah…kalau yang ada dikekalkan alamatnya tiada UMNO lagi sebab akan kehilangan penyokong

    Salam aidil Fitri untuk semua terekses

  16. Dia ni bising sebab ada kepentingan sendiri juga ni. Bukan sebab apa pun. Dah tak sabar dah nak dapat Timbalan Presiden tu.

  17. […] Ini sekaligus akan menimbulkan tekanan kepada DPM Dato’ Seri Najib untuk terus mara, terutama Tan Sri Muhyiddin hari ini mempunyai sokongan kuat akar umbi, yang secara lantang mahu melakukan […]

  18. […] ini, Tan Sri Muhyiddin merupakan calon paling popular untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan beliau yakin Bahagian UMNO akan memberikan pencalonan dan sokongan yang baik. Pengumuman dan […]

  19. hello…saye rase laa kn, klau kite sume ni org islam, tak yah laa pilih sape2 pon antare DS Muhyiddin Yassin, Ku Li lebih2 lg Najib jdik PM & TPM, coz diorang ni bukannye alim pon, smbhyg tu ntah tau ke tdk, puasanya, pergaulan antara laki ngan pompuan (kt dpn org ramai pon main sambar-salam jer tangan pompuan, bukannyer bini die nak buat mudah2 camtu, cam org jahil) bukannye diorg jage pon, sbb tu org syak diorg ni ade skandal…jdk, ape kate kalau kite same2 kuburkn aje BN ni dan undi Tuan Guru ngan PR plak, kita bg sokongn kt Tok Guru jadik PM ngan TPM, Ku Li ngn ngn TS Mahyudin jd menteri…baru gempak Malysia kita…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: