Mukhriz: Perlu bersedia sekiranya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mempertahankan jawatan

 

Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir berkata ada kemungkinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian yang akan bermula 9 Oktober 2008 ini.  Ini mungkin berlaku walaupun MT UMNO pada mesyuarat tergempar Jumaat 26 September 2008 menerima cadangan ‘Plan Peralihan Kuasa’ dibawa kehadapan. Olehdemikian, beliau mengesa ahli UMNO peringkat akar umbi untuk melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menentukan hasrat ini digagalkan, sesuai dengan aspirasi majoriti akar umbi.

Beliau membuat penjelasan demikian dalam sidang media semasa majlis Buka Puasa Bersama Media yang dianjurkan di Restoran Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur petang ini.

Mukhriz merupakan pemimpin UMNO pertama yang mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah untuk meletakan jawatan dan berundur, setelah UMNO dan BN mengalami prestasi buruk dan kekalahan di 5 + 1 negeri masa Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan UMNO kemudianya gagal meletakan Menteri Besar pilihan di dua buah negeri. Beliau juga meminta PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menyerahkan kuasa kepada TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, satu gesan konsisten semenjak surat bertarikh 12 Mac 2008 itu.

“PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar berundur dan mengelakan agar UMNO mendapat malu sekiranya beliau terus juga untuk mempertahankan jawatan tetapi akan dikalahkan. UMNO tidak pernah menyaksikan seorang Presiden dikalahkan” dan bersetuju proses demokrasi perlu ujud tetapi dengan keadaan yang tidak mengaibkan parti.

Beliau masih lagi konsisten dengan gesaan dan saranan itu dan malam ini, memilih TPM Najib sebagai calon paling layak menduduki Presiden UMNO. Apabila ditanya mengenai saranan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad agar diujudkan “Majlis Penasihat Presiden” (Council of Elders), beliau menegaskan TPM Najib wajar melaksanakan cadangan ini kerana “Dalam empat tahun ini, banyak boleh dipelajari dan sepatutnya dielakan. Saya yakin sekiranya TPM Najib diangkat sebagai Presiden UMNO, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya” dan menambah “TPM Najib beri tumpuan kepada penelitian”.

Mengulas kenyataan calon Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa ‘beliau dihalang untuk bertemu Perwakilan’, Mukhriz menjelaskan bahawa sebenarnya beliua sendiri menghadapi masalah yang sama dan telah membuat kenyataan mengenai isu itu beberapa hari sebelum itu. Malangnya, kenyataan beliau tidak disiarkan media.

Published in: on September 28, 2008 at 22:29  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/09/28/mukhriz-perlu-bersedia-sekiranya-pm-flip-flop-abdullah-mempertahankan-jawatan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 CommentsLeave a comment

  1. Mukhriz merungut beliau dihalang ada sesuainya. Tetapi bila Khairy mengadu sedemikian, ramai angkat kening hairan. Siapa berani halang hasrat menantu Perdana Menteri?

    Lama dulu, Sedang Abdullah bersantai di dalam dengan Rice, Khairy masih boleh menyiku dan membolos dari luar di celah kawalan polis.

    Kini keadaan mungkin berubah. Atau Khairy sekadar beri amaran.

    Selamat berjuang Mukhriz.

  2. Mukhriz menyokong SUPP?????
    Ini mesti akibat melamine dalam teh dan kopi…

  3. Jika Pak Lah confident boleh mendapat 58 pencalonan, dia munkin akan bertanding kerana ada 5 bulan untuk buat kerja terhadap mereka yg mahu melawannya, termasuk juga memecat Najib sebagai TPM jika beliau tidak menarik diri dari bertanding Presiden.

    Let’s just watch and see.

    Perwakilan UMNO pun mudah lupa macam mana Tun cakap dahulu, kalau tidak takkan lah ada yang mula berani mengintai untuk ke nombor dua selain dari Muhyiddin. Dalam lima bulan, perwakilan UMNO akan lupa bahawa Muhyiddinlah yang sebenar2nya pejuang UMNO yang telah memberi kesan yang paling kuat terhadap nasib Pak Lah hari ini dengan izin Allah SWT.

  4. Selamat Hari Raya,BD!!
    Maaf Zahir Batin

    Thanks. Selamat Hari Raya to you too

  5. Selamat Hari Raya and have a very enjoyable Hari Raya celebration with family and friends!From Sakmongkol and I..

    Thanks. Selamat Hari Raya to you too

  6. Insha’allah, many issues will continue to unfold for the betterment of UMNO from 1st Shawal when the grassroots exercise their rights without fear and favor. We must intensify the pressure until we achieve the necessary objectives of strengthening and consolidating the premier political party, restoring confidence and economic development to our blessed Nation.

    Selamat Hari Raya. Maafar Dzahir & Batin to you and your family. It has been interesting blogging with you.

    Thanks. Selamat Hari Raya to you too

  7. Mukhriz should go all out, speak to all delegates, without fear. He is the only remaining youth leader who dares to challenge Khairy.

    UMNO’s reform can start with the youth and that should start with Mukhriz

    Selamat Hari Raya

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

    Thanks. Selamat Hari Raya to you too

  8. Selamat menyambut hari lebaran semuanya 🙂
    Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi 😉

    Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan 😉
    http://pro-faizal.blogspot.com

  9. Dear Big Bro,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin.

    Cucu Tok Selampit.

    P/S: Dua dari Dato’ Mukriz gambar you ke? Jumpa kat rumah terbuka Tun kay.

    Selamat Hari Raya

  10. Despite Malaysia pretty economic growth over these past few months, something just doesn’t seem to be right. It is almost as if the GDP growth figures were manipulated or spiced up.

    Well, they weren’t. Contrary to popular belief, the government does not really “jack up” economic figures. It just found clever ways to “spice up” growth figures. That is all.

    Let us use last year as an example. Abdullah found out that the economic figures were not good, and it couldn’t have been at a worse time. Elections were just around the corner and he didn’t want the economy to appear weak.

    So he did something very clever – he increased the wages of civil servants. This of course, leads to higher spending. And as we know, spending helps boost the economy.

    I am not saying that civil servants do not deserve a pay rise. But the reason why they were given one couldn’t be any worse. Yes, Malaysia is actually a failing economy. China and India are fast replacing Malaysia as manufacturing powerhouses. Half of Malaysia GDP figure comes from the manufacturing sector.

    If oil and palm oil prices did not increase last year by a mile, Malaysia would have registered an economic growth of somewhere near 3.5%. This is a measly figure for a developing country.

    By 2014, Malaysia will no longer be a net exporter of oil. In turn, this translates to losses for every sen oil prices go up.

    To achieve developed status by 2020, Malaysia should have registered at least an 8% economic growth annually since 1995 (a developed country should have Purchasing Power Parity of at least RM25000, and GDP per capita should be close to PPP figures).

    Right now, Malaysia has a GDP per capita of RM6500 and PPP of RM14700.

    We have only done an average of 5% increase in GDP growth from 1995 – 2007. So Vision 2020 will not be achieved despite what the government might claim. Furthermore, for Malaysia to move up the value chain (I define this as a country that is able to innovate and produce high quality products, e.g. companies such as LG, Samsung from Korea), large amounts of foreign direct investments (FDI) are needed.

    To show you how low our FDI is, Malaysia has a pathetic RM7 billion of FDI annually while Singapore, a country 100 times smaller than Malaysia, has FDI of RM55 billion annually. Last year, nearly 50% of our FDI went into the Iskandar Development Region.

    This, in my opinion, is a project bound to be a major failure. When Singaporeans were invited to invest, they did. But when they started to invest, our smart politicians said this would chase the malays into the jungles.

    To summarise everything up:

    1. All the people tax money is being used for stupid subsidies and unnecessary mega projects.

    2. Immigrants from Indonesia, Philippines are causing wages to remain stagnant.

    3. Malaysia economic growth is now based on oil and palm oil prices. (Malaysia will soon be a net importer of oil, and palm oil prices have reached their peak, meaning it will be downhill from here on.)

    4. Malaysia is suffering from a “brain drain”. No qualified professionals want to work in Malaysia anymore.

    5. Malaysia manufacturing sector is shrinking, thus unemployment rates will go up.

  11. […] Seri Abdullah Ahmad Badawi is at the verge of getting kicked out from UMNO. Even there are skepticism about him wanting  still to be nominated, despite the strong views MT UMNO thrown against him three weeks ago, it is still pertinent that […]

  12. […] direction. This is the same tactics in desperation that has been deployed earlier. Much like the midnight meetings between mid-September to early October, when sordid efforts made to salvage any shred of support within UMNO to portray […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: