Usaha terdesak untuk PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus kekal dan tidak tunai janji?

 

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan bahawa akan mengumumkan keputusan untuk mempertahankan jawatan pada pemilihan parti akan dating atau tidak menjelang 9 Oktober 2008 ini. Ini merupakan kesefahaman yang dicapai semasa mesyuarat tergempar MT UMNO pada 26 September 2008. Walaubagaimanapun, ada usaha untuk mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membelakangkan janji itu dan membuat keputusan ‘Flip-Flop’ sekali lagi.

Difahamkan, beberapa pemimpin UMNO begitu aktif berusaha untuk menunjukan bahawa akar umbi UMNO masih lagi mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus memimpin UMNO. Walaupun ahli UMNO, disemua peringkat samada pemimpin akar umbi (menerusi siri ‘Sessi Bertemu Pemimpin’, samada diusahakan Perhubungan Negeri atau JASA), maupun peringkat MT UMNO secara lantang menunjukan rasa tidak puas hati dengan Kepimpinan lemah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, usaha yang dilihat sebagai ‘terdesak’ ini masih diteruskan.

Antara pemimpin yang begitu aktif dalam usaha ‘terdesak’ ini ialah Setiausaha Politik Dato’ Alwi Che Mat dan Dato’ Reezal Merican. Kini, mereka mengunakan personaliti seperti Senator Tan Sri Jins Shamsudin pula bertemu pemimpin akar umbi bagi mendapatkan sokongan. Nama nama dan no kad pengenalan/passport Ketua dan Pemimpin Bahagian sedang  aktif dikumpulkan secara sistematik, seolah olah sebuah petisyen sedang diusahakan bagi menunjukan sokongan peringkat Kepimpinan Bahagian bagi PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengekalkan jawatan Presiden UMNO.

Apakah UMNO perlu melakukan perubahan dari bentuk mengeluarkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah atau membuat transformasi dalaman? Mungkinkah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi dan apa apa janji yang diberikan, sebenarnya hanya tidak lebih melepaskan tengkok sendiri apabila terdesak?

Yang nyatanya, mesej jelas rakyat menolak UMNO (dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008) dan memberikan peluang kepada orang lain kerana UMNO dilihat tidak mampu melakukan perubahan bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Published in: on October 6, 2008 at 17:32  Comments (17)