Usaha terdesak untuk PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus kekal dan tidak tunai janji?

 

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan bahawa akan mengumumkan keputusan untuk mempertahankan jawatan pada pemilihan parti akan dating atau tidak menjelang 9 Oktober 2008 ini. Ini merupakan kesefahaman yang dicapai semasa mesyuarat tergempar MT UMNO pada 26 September 2008. Walaubagaimanapun, ada usaha untuk mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah membelakangkan janji itu dan membuat keputusan ‘Flip-Flop’ sekali lagi.

Difahamkan, beberapa pemimpin UMNO begitu aktif berusaha untuk menunjukan bahawa akar umbi UMNO masih lagi mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus memimpin UMNO. Walaupun ahli UMNO, disemua peringkat samada pemimpin akar umbi (menerusi siri ‘Sessi Bertemu Pemimpin’, samada diusahakan Perhubungan Negeri atau JASA), maupun peringkat MT UMNO secara lantang menunjukan rasa tidak puas hati dengan Kepimpinan lemah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, usaha yang dilihat sebagai ‘terdesak’ ini masih diteruskan.

Antara pemimpin yang begitu aktif dalam usaha ‘terdesak’ ini ialah Setiausaha Politik Dato’ Alwi Che Mat dan Dato’ Reezal Merican. Kini, mereka mengunakan personaliti seperti Senator Tan Sri Jins Shamsudin pula bertemu pemimpin akar umbi bagi mendapatkan sokongan. Nama nama dan no kad pengenalan/passport Ketua dan Pemimpin Bahagian sedang  aktif dikumpulkan secara sistematik, seolah olah sebuah petisyen sedang diusahakan bagi menunjukan sokongan peringkat Kepimpinan Bahagian bagi PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengekalkan jawatan Presiden UMNO.

Apakah UMNO perlu melakukan perubahan dari bentuk mengeluarkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah atau membuat transformasi dalaman? Mungkinkah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi dan apa apa janji yang diberikan, sebenarnya hanya tidak lebih melepaskan tengkok sendiri apabila terdesak?

Yang nyatanya, mesej jelas rakyat menolak UMNO (dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008) dan memberikan peluang kepada orang lain kerana UMNO dilihat tidak mampu melakukan perubahan bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Published in: on October 6, 2008 at 17:32  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/10/06/usaha-terdesak-untuk-pm-flip-flop-abdullah-terus-kekal-dan-tidak-tunai-janji/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. Abdullah does whatever Abdullah wants to do.
    Come March 2009 he is no more the Presiden UMNO and neither is he the Prime Minister.

    The global economic turmoil may save him from the renewed political onslaught by PR starting the 13th October when parliament reconvenes but the inept economic measures implemented to counter the turmoil will drown him and a several ministers including Nor Mohamed Yackob.

  2. Orang akan faham kenapa Alwi dan Reezal aktif melobi supaya Abdullah “hold on”. Survival mereka ada dicelah naik turun Abdullah. Mereka bergantung pada Abdullah dan akan cuba sedaya upaya.

    Khairy juga bergantung kepada Abdullah dalam lonjakan politik beliau. Dengan “protection through marriage”, banyak yang digodaknya. Struktur kuasa Umno berkecamuk dibuatnya.

    Sekarang adalah injury-time untuk muhasabah. Setengahnya, tidak sehebat mana bila tupang dikais ketepi. Musuh mereka menganggap sekarang adalah pay-back time.

    Abdullah diyakini akan berpegang pada janji kali ini.

  3. BERIKUT ADALAH MESEJ YANG AKU TERIMA HARI INI DARI SEORANG YANG TAK DIKENALI

    PAK LAH SEOLAH2 LAYANG2 YANG PUTUS TALI. TIADA PENDIRIAN YANG TETAP DAN TEGAS. MELIHAT RAMAI YANG DATANG KE RUMAH TERBUKA DI KEPALA BATAS , PAK LAH TERUJA UNTUK BALIK KE PERANCANGAN ASAL JUN 2010. MASALAH KEPIMPINAN PAK LAH BUKAN KERANA SOKONGAN ORANG DATANG BERHARI RAYA TETAPI OLEH AHLI UMNO. INI ISU PARTI DAN BANGSA MELAYU. KEMELUT KEPIMPINAN UMNO INI SEMAKIN KALUT, RAMAI YANG BERCITA2 TINGGI NAK JADI TPM,BUKAN KERANA BANGSA TETAPI KEPENTINGAN PERIBADI. RAKYAT UMUMNYA DAN AHLI UMNO KHASNYA DAH NAIK MELUAT DENGAN KETIDAK TENTUAN INI. MELIHAT KEPADA KEKALUTAN UMNO INI, PARTI2 KOMPONEN DAH BERANI MEMBUAT UGUTAN PELBAGAI, GERAKAN, PPP, MIC, DAN MCA DAH MULA MEMBERI KATA DUA. AHLI UMNO TIDAK SEDAR MALAH BUAT2 TAK DENGAR KERANA PENTINGKAN JAWATAN DAN NAK KEBALKAN ‘CAMP’ MASING2.BANGUNLAH , BERISTGHTIFARLAH, MASA SEMAKIN SUNTUK, LIHATLAH MELAYU SINGAPURA YANG TELAH HILANG IDENTITI MELAYU HASIL DARI PUTAR BELIT PAP. KINI SEDAR TAK SEDAR KEMBAR PAP IAITU DAP, SEDANG MENUJU KEMENANGAN KERANA ORANG MELAYU DAH LALAI DAN ALPA, SIBUK DENGAN MENGEJAR KEKAYAAN DAN POLITIKING UNTUK PERIBADI. GENERASI MENDATANG AKAN MELAKNAT KITA. ENOUGH IS ENOUGH, YANG DAH KAYA TU, SUDAHLAH. KALAU DAH MEMANG PERLU BERUNDUR, BERUNDURLAH, KERJA TERBENGKALAI BOLEH DITERUSKAN OLEH PENGGANTI, DAN MUNGKIN LEBIH BAIK. IN OTHER WORD UNDURLAH SEGERA PAK LAH, GUNAKANLAH MASA DAN BAKI UMUR YANG ADA UNTUK MENIKMATI PENCEN, DAN HABUAN YANG ADA.

  4. Pru lepas saya sokong PKR, kerana terlalu meluatkan kebanyakan pemimpin umno.Tapi tidak pula bencikan Pak Lah.

    Yang tak sukakan Pak Lah ialah puak umno belaka. Kami dalam PKR semuanya sokong Pak Lah sebagai presiden umno.

    Jadi tuduh rakyat tak suka Pak Lah ini, tak betul.

  5. saya ada juga ke kepala batas pada ‘open house’ Pm tempoh hari tu, tapi saya ke rumah sanak saudara, tak ke dewan millenium. tapi suasana di sana tak pun penuh sesak, lebih macam ghost town. agaknya munkin saya tersilap jalan. tapi memang saya ke kepala batas hari itu. macam mana saya boleh miss 100,000 orang? ajaib!

  6. It would be sure political suicide for Malaysia if PM decides to stay on; the world economy is crumbling by the day and PM (including all his selfish supporters and family) are totally incompetent in handling the potentially grave impact on the country. The worst is yet to come. All the proposed reforms that PM wants to undertake will be meaningless because the world economic fallout will protract for quite a long while and take center stage. The Malaysian people are hoping for a new leadership to focus on economic issues, their resilience and stability. It is in the betterment for all that PM raises his white flag in the next 2 days and go off by December 08; that is the wish of the people of Malaysia and not let’s spin about it.

  7. Doalah kepada Tuhan anda jika anda yakin kepada Tuhan berkuasa utk tentukan siapa bakal pemimpin negara kita selepas ini.

    Jika masalah sama atau lebih teruk apa guna tukar pemimpin.

    Dulu Tun berpuluh tahun berkuasa tapi bila Pak Lah buat Islam Hadhari Jqaf Koridor2 di negeri melayu mundur maka Tun dan pengikut Tun dlm Umno juga desak Pak Lah berundur.

    Pelik kerana ramai tak dpt kenal pemimpin benar benar berkhidmat utk rakyat.

    Saya doa Pak Lah kekal saja jadi PM….anda ???

  8. Penyokong PKR memang suka Pak Lah berkuasa kerana pemimpin yang lemah mudah di buli dan dijatuhkan. Akan tercapailah hasrat PKR berkuasa itu pun jika DAP beri ikhsan.

    Jika tak suka pemimpin UMNO itu sama jugalah tak suka Pak Lah sebab Pak Lah kepala UMNO yang dah mula membusuk.

  9. Saya setuju dengan penulis_cyber…
    Saya pun rasa begitu.. Tidak guna jika tukar pemimpin jika tiada apa-apa perubahan yang berlaku, baik dalam UMNO atau dalam negara.. Jika ditukarkan pemimpin sekalipun, kita tak tahu macam mana pula cara pemerintahannya. Mungkin lebih teruk. Mungkin sama saja. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jadi, ada baiknya jika dikekalkan. Kita sebagai rakyat, berdoa dan bertawakkal je lah agar negara kita dapat membangun…

  10. Hidup Pak Lah if he fights all those who want to destroy him. Fight, fight, fight, I say to him!

  11. yo bro,

    just got to know about ur blog from frens…ok gak la..banyak gak yg panas2..cuma gua pelik gak camana budak sains pandai tulis karangan..??? lu dulu blajo BM ngan cikgu khalil ke? hahahahahaha
    last skali wa jumpa lu kat hotel istana kot…the day ansara was born!!

    keep posting bro..

  12. Salam,

    Memang betul ada masalah dalaman lain di dalam UMNO yang harus diperbetulkan, dan mengeluarkan Pak Lah bukanlah penyelesaian muktamad.

    Tetapi ianya akan menjadi pemangkin untuk perubahan secara sistematik.

    Dengan cara ini, ahli-ahli UMNO akan berani bersuara melihatkan bagaimana suara mereka mempunyai kesan. Mereka kembali berkuasa.

    Jadi apabila pemimpin-pemimpin yang lain cuba mempermainkan ahli-ahli UMNO, mereka akan dibayangi “kes Pak Lah”. Pak Lah akan dijadikan contoh bagaimana ahli-ahli UMNO boleh membuat perubahan apabila berlaku ketidakcekapan dan kedangkalan dalam pemerintahan.

    http://www.suaradu.com

  13. adakah Pak Lah akan ambil keputusan untuk kekal atau tidak?

    dengan sokongan yang padu sudah semestinya dia mahu kekal dan tidak mahu menghampakan penyokong-penyokongnya.penyokong Pak Lah diseru agar memberikan sokongan sepenuhnya agar dapat menangkis tekanan untuk berundur.

  14. Salam,

    Saya fikir masa untuk Pak Lah berundur sudah tiba, dan tidak ada alasan lagi untuk beliau bertahan di takhtanya sekarang.

    Bagaimanapun, saya tidak pasti apakah pengganti beliau akan lebih baik atau lebih buruk.

    Jika lebih buruk, mungkin UMNO/BN pula yang akan ditolak oleh rakyat dalam PRU yang akan datang.

  15. […] Usaha usaha tedesak terakhir kuncu kuncu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar jawatan Presiden UMNO dipertahankan, menjelang tarikh akhir janji untuk mengumumkan kedudukan dalam pemilihan parti akan datang ini, sedang begitu giat dijalankan. Malam ini, gerombolan yang dikatakan sengaja membelakangkan aspirasi akar umbi mengadakan perbincangan tertutup dan panjang di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. […]

  16. […] Usaha terdesak untuk PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus kekal dan tidak tunai janji? […]

  17. […] has been deployed earlier. Much like the midnight meetings between mid-September to early October, when sordid efforts made to salvage any shred of support within UMNO to portray that PM ‘Flip-Flop’ Abdullah was still wanted, thus translated by the […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: